Allah
s.w.t telah menjadikan pada diri manusia itu akal yang sempurna.Ia
perlu dibimbing dengan wahyu. Sebab itulah diutuskan para Nabi dan Rasul kerana
terdapat perkara yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia itu seperti
perkara yang berkaitan dengan metafizik. Jika kita terlalu mendesak dan
memaksanya untuk capai ketahap itu, maka kebanyakannya lebih cenderung untuk tersasar dari sampai ke matlamat sebenar. Allah s.w.t telah memilih dari kalangan hamba-Nya menjadi penerus
untuk menyampaikan kebenaran yang hakiki.
Fitrah
kepada kejadian manusia itu adalah mahu mencari kebenaran.Namun jalan
yang digunakan kebanyakannya berbeza.Sebagai contoh, sikap al-Ghazali
iaitu seorang tokoh Islam berketurunan Parsi (hari ini dikenali dengan R.I Iran) mengambil pendekatan meragui atau syak kepada sesuatu perkara itu
kemudian beliau susulinya dengan mendalami serta mengkajinya.
Al-Ghazali dan Syakiyyah (skeptik atau ragu-ragu)
Keraguan
atau skeptisme yang muncul di dalam hidup al-Ghazali telah tercetus
daripada sikap dan pemikirannya yang sentiasa ingin mengetahui
sesuatu.Pengalamannya bekecimpung dan mendalami pelbagai ilmu dari
pelbagai aliran samada aliran bathiniyyah, falsafah, sufiyyah, kalamiyyah
serta bidang-bidang yang lain telah banyak memberikannya satu nekad
untuk mula menganalisis dan menilai bahawa golongan yang manakah
sebenarnya yang benar untuk diikuti.
Al-Ghazali merumuskan maksud sebenar ilmu adalah:
Al-Ghazali merumuskan maksud sebenar ilmu adalah:
“Akhirnya, nyatalah
kepadaku bahawa erti ilmu yang sebenarnya adalah dengan tersingkapnya
sesuatu itu dengan jelas sehingga tiada lagi ruang untuk ragu-ragu;tidak
mungkin tersalah atau keliru;tiada di dalam hati tempat untuk perasaan
itu.
Rasa aman dari bahayanya salah atau keliru itu harus diperkuatkan dengan suatu keyakinan sedemikian rupa sehingga sekiranya disangkal oleh seseorang yang sakti iaitu seperti mampu mengubah batu menjadi emas atau tongkat menjadi ular, maka hal itu tidak akan dapat menimbulkan keraguan sedikit pun terhadap keyakinan tadi.
Kerana jika aku sudah meyakini bahawa – contohnya: sepuluh lebih banyak daripada tiga,kemudian ada orang yang mengatakan bahawa tigalah yang lebih banyak daripada sepuluh dengan alasan bahawa dia mampu mengubah tongkat menjadi ular serta dia telah membuktikan dihadapan mataku,walaupun begitu,aku tidak akan ragu terhadap pengetahuanku tadi…
Keraguanku terhadap apa yang telah aku yakini tidak akan sesekali berlaku.Kini aku menyedari bahawa apa pun yang aku ketahui jika tidak seperti di atas dan apa pun yang aku yakini jika ianya tidak seyakin itu maka yang demikian itu bukanlah pengetahuan (ilmu) yang patut menjadi peganganan dan tiada rasa aman di dalamnya. Setiap pengetahuan yang tidak memberikan perasaan aman (yakin) seperti itu maka ia bukanlah pengetahuan yang sebenarnya.”

Di
sini kita dapat melihat bahawa pengetahuan terhadap sesuatu itu apabila
ianya mencapai tahap keyakinan yang sebenar,maka tiada satu pun
keraguan akan dapat mengatasi keyakinan itu walaupun terjadi sesuatu
perkara yang mustahil seperti berlakunya perkara-perkara yang bercanggah
dengan adat manusia.
0 comments:
Post a Comment
Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)