Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Tuesday, 11 October 2011

Noah's Ark: Inspirasi hotel futuristik

Ancaman pemanasan global, tatkala ketinggian permukaan laut dijangka akan naik secara mendadak dan menenggelamkan sebahagian dari Bumi telah menjadi inspirasi perusahaan arkitek Rusia, Remistudio. Remistudio bersama dengan International Union of Architects dalam program Architecture for Disaster Relief, merancang membina sebuah hotel yang pada masa sama berperanan sebagai sebuah bahtera penyelamat sebagai persediaan menghadapi sebarang bencama. Kombinasi antara bahtera dan hotel tersebut dinamakan sebagai Ark Hotel dan ia berupaya dibina di darat mahupun laut. Mungkin berdasarkan ilham dari kisah bahtera Nabi Nuh dan filem ilmiah fiksyen pada tahun 1970-an menjadi inspirasi kepada beliau. Namun, hotel berbentuk kerang ini memang direka khas untuk tahan banjir akibat kenaikan mendadak permukaan air laut disamping tahan dengan gelombang. Ark Hotel dapat mengapung dan timbul secara automatik di atas permukaan air.


Selain itu, strukturnya yang tembus pandang membuatnya nampak bertenaga di siang hari. Cukup memanfaatkan tenaga matahari. Untuk memastikan kualiti cahaya, bingkai kaca dilengkapi pembersih automatik. Menurut Alexander Remizov dari Remistudio, ada dua metod utama dalam reka bentuk hotel ini. "Pertama, meningkatkan keselamatan dan pencegahan terhadap kondisi lingkungan yang melampau dan perubahan iklim. Yang keduanya melindungi lingkungan alam dari aktiviti manusia," katanya seperti yang dinyatakan Daily Mail, 10 Januari 2011. Bahtera ini juga adalah sebagai respon untuk menjawab tentangan lingkungan global saat ini di samping untuk menyokong sistem pertahanan hidup."Semua tanaman dipilih yang sesuai, efisiensi pencahayaan, dan produksi oksigen.


Bukan sekadar itu sahaja, hotel ini juga tahan kepada gempa, dan mampu dibina di kawasan gempa. Arkiteknya mendakwa, reka bentuk yang terdiri dari binaan busur dan kabel yang mampu mengimbangi berat secara baik ketika berlakunya gempa. Selain itu, struktur bawahnya berbentuk tempurung, tanpa tepian atau sudut. Hotel raksasa yang terapung ini dikatakan juga sebagai 'biosfer', surga yang nyaman bagi para penghuninya, walaupun ketika bencana sekalipun. Reka bentuk hotel futuristik ini menggunakan panel matahari dan instalasi pengumpul air hujan, menjamin kewujudan tenaga, juga air untuk para penghuninya. Lingkungan yang mirip rumah kaca juga memungkinkan tanaman tumbuh subur, membantu meningkatkan kualiti udara dan juga menyediakan makanan.

Ia juga adalah demi mewujudkan ruang yang menarik dan nyaman," katanya. Tambah Remizov, atap hotel yang transfarens menjamin keberaadaan cahaya yang cukup bagi tanaman dan untuk menerangi interior. Perancangnya mengatakan, Ark Hotel mampu dibina hanya dalam waktu beberapa bulan di seluruh bahagian dunia. "Bahagian-bahagiannya boleh disatukan dalam tempoh tiga sehingga empat bulan," kata Remizov. Hingga kini hotel ini masih berbentuk rancangan, para arkiteknya sedang mencari pembangun untuk menjadikannya realiti. Selain jadi hotel yang nyaman untuk rehat, Ark Hotel mampu menjadi menjadi lokasi perlindungan di masa depan.

































(sumber I & II)

p/s : dunia ooOh dunia.. canggih mana sekalipun pasti tidak dapat elak dari ketentuan Allah yang ia akan hancur jua akhirnya..

0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)