Kemenangan Yang Hampir

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (Surah al-Fath 48:1)

Memaknai Hidup Dengan Perjuangan

Jadilah penolong-penolong agama Allah dalam menegakkan agamaNya di muka bumi ini

Kalam Murabbi

Amanat Untuk Pemuda dan Pemudi

Kesatuan Ummah

Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul (Surah An-Nisa’4:59)

Pedulisme dan Faham

Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya (HR al-Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Follow by Email

Friday, 25 February 2011

Program Mawlidur Rasul 2011


p/s : Ayuh kita menginterpretasikan kecintaan kita kepada baginda SAW bukan sahaja sekadar mengikuti program mawlid, perarakan, marhaban, berzanji semata2 mata bahkan lebih daripada itu iaitu dengan mengikuti Sunnah perjalanan hidup baginda SAW dalam semua segi termasuklah soal cara hidup, pergaulan, pentadbiran, akhlak dan sebagainya. Selawat!

Thursday, 24 February 2011

Faceblog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Tuesday, 22 February 2011

Sekitar biah PRK IPT


Saff kepimpinan baru mahasiswa menjadi peneraju kepada transformasi yang lebih baik


Prestasi kumpulan pro-Mahasiswa disifatkan jauh lebih baik tahun ini dengan kejayaan merampas beberapa universiti pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam. Angin perubahan dikatakan melanda di kampus beberapa menara gading setelah sekian lama dikuasai oleh kumpulan Pro- Aspirasi atau Pro-A.

Ini termasuk Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan dan Universiti Malaysia Kelantan.

Paling signifikan, kejayaan mereka di UM, - universiti pertama negara ini di mana calon-calon pro-M memenangi 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Mereka juga berjaya menyapu bersih semua sembilan kerusi kampus yang dipertandingkan dan 14 daripada 32 kerusi fakulti. Ini adalah kejayaan besar bagi kumpulan itu sejak kumpulan Aspirasi menang pada pilihan raya kampus tahun lalu. Ketika itu, mereka cuma mampu meraih 17 kerusi.

Kumpulan pro-M adalah pergerakan mahasiswa yang sering kali dikaitkan dengan mereka yang agak kritikal terhadap kerajaan dan menuntut mahukan pembabitan yang lebih menyeluruh di kalangan pelajar dalam pentadbiran kampus. Seteru mereka melabelkan diri mereka sebagai pro-Aspirasi (pro-A) kerana dikatakan cuba mempertahankan "aspirasi kerajaan", dan secara tradisionalnya adalah penyokong pihak berkuasa. UM secara tradisional adalah kubu bagi aktiviti perjuangan pelajar tetapi kumpulan pro-A sejak kebelakangan khususnya sedekad lalu dikatakan berjaya mendapat pengaruh.

Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kumpulan pro-Mahasiswa juga berjaya mengakhiri kemarau tujuh tahun bagi menguasai universiti kebangsaan itu. Mereka menang 22 kerusi manakala kem Aspirasi mendapat 15. Antara lain, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa pelajar mengundi mereka kerana tidak berpuas hati dengan bekalan air yang tidak menentu di asrama serta perkhidmatan Internet yang tidak stabil.

"Mahasiswa UKM keluar mengundi atas inisiatif bahawa mereka peka dengan pilihan raya kampus dengan kesedaran politik.

"Ia (adalah) kebangkitan mahasiswa UKM kerana pada tahun lalu jelas memperlihat banyak perkara penindasan dan kezaliman.

"Ia menjadikan mahasiswa matang dengan (selepas) mengetahui siapa yang memperjuangkan isu-isu mahasiswa," kata ahli Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) Mohd Hilman Idham dalam sidang media hari ini.

Di Universiti Sains Malaysia (USM), kumpulan pro-Mahasiswa tidak memenangi kebanyakan kerusi tetapi berjaya memperbaiki kedudukan dengan merampas 14 kerusi, meningkat daripada 7 yang dimenangi tahun lalu. Kem pro-A masih selesa dengan 24 kerusi manakala seorang calon bebas menang satu lagi.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), kem pro-Mahasiswa mengekalkan kedudukan mereka dengaan 11 kerusi, seperti pada tahun sebelumnya. Mereka dibelasah teruk oleh kumpulan pro-A yang memenangi 31 kerusi. Sebuah lagi kerusi dimenangi calon bebas.

Sementara itu, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), prestasi pro-Mahasiswa bertambah buruk berbanding tahun sebelumnya, mereka hanya mendapat 12 kerusi berbanding 18 sebelumnya. Kumpulan Aspirasi menang 38 kerusi manakala lima lagi diboloti calon bebas. Mengulas faktor kekalahan mereka dalam pilihan raya itu, jurucakap pro-M UTM Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid berpendapat kekurangan calon dan kekurangan sumber kewangan adalah antara punca kekalahan mereka.

"Rentak pilihan raya kampus lebih kepada perang poster, pro-M tidak semewah pro-Aspirasi yang gantung banyak poster. (Kita juga) kurang calon di peringkat fakulti," katanya.

Sehubungan itu, kumpulan tersebut akan mengadakan sesi bedah siasat berhubung kekalahan dan kemerosotan prestasi mereka malam ini.

Dalam perkembangan terbaru di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) lewat petang ini, pro-M mengekalkan kemenangan sebelum ini dengan menguasai 23 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan. Hanya satu kerusi dimenangi pro-A. Dua dimenangi calon bebas. Tahun lalu mereka menang 15 kerusi. Ini bermakna pro-M tahun ini berjaya menambah cengkamannya di universiti itu.

Sementara itu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pro-M tewas selepas mendapat 13 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pro-A mendapat 17 kerusi.

p/s : Kemenangan Pro-M di 8 kampus utama daripada 13 kampus menunjukkan mahasiswa kini makin sedar akan peranan mereka yg masuk ke universiti bukan sahaja setakat memenuhi dewan2 kuliah dan berassignment, malah lebih daripada itu.

"Transformasi Mahasiswa peneraju kepada transformasi masyarakat"

Sunday, 20 February 2011

MUST READ : Mahasiswa dan politik kampus


Mahasiswa yang berprinsip jauh lebih baik daripada mahasiswa yang menjadi percaturan pihak tertentu (gambar hiasan : kredit kpd blog GMUKM)

Islam merupakan sebuah agama yang padanya terangkum segala yang berkaitan dengan kehidupan manusia daripada sekecil-kecil perkara seperti adab masuk tandas sehinggalah kepada kepada sebesar-besar perkara samada dalam aspek akidah, ibadah, muamalat, hukum hakam, memerintah negara dan lain-lain. Pemahaman yang tidak jelas dan mendalam terhadap Islam menyebabkan sesetengah dari kalangan umat Islam (baca : mahasiswa) terkeliru mengenai Islam itu sendiri yang pada tanggapan mereka Islam itu hanyalah berkait rapat dengan masjid, menunaikan lima rukun Islam seperti menunaikan solat, maka keIslamannya sudah dikira sempurna.

Adapun perkara yang selebihnya, iaitu pada aspek yang lain seperti ekonomi, politik dan undang-undang, maka ia adalah terserah 100% kepada pembawakan manusia itu sendiri tanpa perlunya campurtangan daripada syarat dengan erti kata mereka mengisolisasikan antara perkara yang bersifat duniawi dengan perkara yang bersifat uhkrawi. Rentetan daripada pemikiran seperti ini, maka sindrom ketidakpedulian untuk meresapkan kembali ruh Islam itu kedalam duniawi makin berkurangan seterusnya menyebabkan pengurusan hal duniawi hanyalah berasaskan kepada hawa nafsu dan akal manusia semata-mata tanpa dibimbing oleh wahyu.

Politik

Salah satu elemen di dalam Islam adalah politik berasaskan tugas seorang khalifah itu sendiri adalah untuk mentadbir bumi Allah SWT ini selaras dengan syara’. Al-Marhum Imam Mawardi di dalam Ahkam al-Sultaniyyah-nya menyebutkan berhubung dengan interpretasi mengenai khalifah itu yang berasaskan ayat :

إني جاعلٌ في الأرض خليفةً

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". (Surah al-Baqarah : 30)

dengan erti khalifah tersebut bermaksud ”mendirikan agama (Islam), dan mentadbir (siasah) dunia dengan agama”. Siasah bukan sahaja bermaksud politik akan tetapi konsep pengertiannya amatlah luar dan secara harfiyyahnya sendiri membawa maksud mentadbir. Pentadbiran pula adalah berhubung rapat dengan politik itu sendiri.

Nabi SAW tidaklah menghabiskan seluruh kehidupan baginda hanya sekadar beribadah dan berikhtikaf di masjid-masjid, mendidik ahli keluarga serta para sahabatnya semata-mata bahkan baginda SAW sendiri terlibat secara lansung dalam peperangan serta pemerintahan negara Islam Makkah dan Madinah itu sendiri. Menolak politik sebagai suatu elemen di dalam Islam seolah-olah telah mengkufuri nas-nas yang berkaitan dengannya. Hal demikian adalah sama seperti mana sikap kaum Yahudi yang mengingkari perintah Allah di dalam kitab Taurat dan hanya mengambil hukum-hakam yang sesuai dengan kehendak mereka sahaja. Sikap beriman dengan separuh dari ajaran Islam namun mengkufuri sebahagian yang lain ini ditempelak oleh Allah SWT dalam firmanNya :

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

”Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah : 85)


Politik kampus tidak penting?

Kekeliruan dan kesalahfahaman terhadap konsep politik di dalam Islam menyebabkan wujudnya tanggapan-tanggapan dan pemikiran yang tidak sihat dikalangan umat Islam khususnya dalam konteks mahasiswa. Ungkapan-ungkapan dari segelintir pihak seperti ” Ala.. buat apa sibuk-sibuk dengan politik ini. Kita datang Universiti untuk belajar dan bukan untuk berpolitik”, ”Daripada aku sibuk dengan politik sana sini, baik aku pergi studi, Untung2 sem ni aku dapat anugerah dekan lagi”, serta bermacam2 lagi persepsi terhadap politik kampus ini.

mahasiswa yang SEDAR dan prihatin menjadi agen kepada perubahan masyarakat (gambar hiasan)

Soal politik kampus bukanlah perkara yang kecil dan boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Di sinilah medan latihan atau ’praktikal’ kepada politik sebenar apabila keluarnya seorang graduan itu ke dalam masyarakat. Jika di sini kita bersikap pasif dan berkecuali dengan politik kampus, seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak peduli terhadap kepimpinan dalam kampus samada yang memerintah itu dari kalangan golongan yang berhak atau yang sebaliknya. Soal memilih pemimpin bukanlah suatu yang kecil kerana Islam itu amat menitik beratkan soal kepimpinan.

Maka tidak hairanlah menurut sumber sejarawan Ahlu Sunnah bahawa para sahabat ketika jenazah Nabi SAW masih belum dikembumikan, mereka telah berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah untuk memilih pengganti baginda SAW walaupun dikalangan Syi’ah menganggap sahabat dan menantu Nabi SAW iaitu Ali KWJ telah dilantik oleh baginda SAW atau dengan erti kata perlantikan tersebut adalah berasaskan wahyu. Sengaja saya kaitkan perbezaan pandangan tersebut atas dasar untuk menunjukkan bahawa kedua-dua aliran dalam Islam tersebut menekankan bahawa pentingnya melantik pemimpin yang adil dan bertaqwa untuk menguruskan hal ehwal ummah.

Bayangkan sahabat2 yang dihormati sekalian, saban tahun mahasiswa dimomokkan dengan pelbagai aktiviti yang mempunyai unsur-unsur maksiat dan kemungkaran. Lihat sahaja sesetengah dari karnival-karnival yang dianjurkan tidak sunyi dari menjemput para artis untuk membuat persembahan dengan pakaian mereka yang tidak menutup aurat, dicampur pula mahasiswa lelaki dan perempuan tanpa batasan yang sepatutnya, isu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pihak-pihak tertentu dengan menindas golongan bawahan dan sebagainya. Kemudian masalah moral dikalangan mahasiswa semakin meruncing, soal agama dipandang remeh dan sebagainya.

Kesemua hal tersebut adalah berkait rapat dengan politik yang berpunca daripada pemilihan para pemimpin di dalam pilihanraya kampus. Lalu kita dengan bangga mengatakan ianya tidak berkait sama sekali dengan kita hanya kerana kita EGO (klik) dan merasakan kita telah mempunyai segalanya? Tanpa rasa bersalah sama sekali kita abaikan tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa hanya dengan merasakan aku adalah aku, datang kampus untuk belajar, then skor tinggi, dapat kerja bagus, kereta besar, rumah besar, lepas itu kawin, kumpul harta dan last sekali pergi haji dsb. Kemudian kita kata, ”maka puaslah kehidupan aku jika seperti ini..”


sebelum expired 'status mahasiswa' inilah masa untuk melakukan perubahan (gambar hiasan : kredit kpd blog GMUKM)

Sahabat2 yang dihormati sekalian, apakah kita tidak sedar bahawa pemikiran sebegini sebenarnya adalah terlalu amat jauh dengan ajaran Islam. Apakah Nabi SAW tugasnya hanya sekadar memenuhi perut baginda dan ahli keluarga baginda sudah memadai bahawa hidup baginda telah lengkap dan sempurna tanpa di sana adanya sebarang mehnah dan tribulasi dalam menegakkan agama Allah ini? Apakah baginda SAW perutnya yang mulia pernah penuh berisi dengan makanan yang lazat dan mewah-mewah? Apakah baginda SAW menetap di mahligai-mahligai seperti raja Kaisar dan Rom? Apakah baginda tidak pernah disakiti oleh kaumnya dan diancam bunuh hanya kerana mahu mendirikan syariat Allah?

Ketahuilah sahabat2 sekalian, Nabi kita, Muhammad SAW adalah seorang kekasih Allah SWT yang tiada tandingannya dan confirm dijamin dengan syurga sebeginipun menempuh pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan baginda. Inikan kita hanya umat baginda SAW yang tidak mahu melibatkan diri kita dalam masalah ummah sudah merasakan cukup dengan sedemikian tanpa rasa bersalah sedikit pun. Nabi SAW jika baginda mahu memiliki dunia dan segala isinya adalah terlalu mudah bagi baginda mahu mendapatkannya, namun mengapa baginda memilih jalan yang susah? Mengapa baginda sanggup diherdik oleh kaumnya, disakiti dan sebagainya hanya kerana mahu umatnya berpegang kepada agama ini?

Demikianlah sunnatullah dalam perjuangan menegakkan Islam. Kita sering mengisytiharkan keIslaman kita walhal kita tidak pernah diuji seperti mana golongan yang terdahulu. Skop kita sebagai mahasiswa adalah amat terlalu kecil berbanding dengan tugas baginda yang mahu mendirikan dawlah Islam namun konsepnya tidak jauh. Apakah dengan kita bersikap berkecuali atau tidak mahu terlibat lansung dengan isu politik kampus ini kita dengan bangga mendakwa kita ini telah mengikuti sunnah perjalanan baginda SAW seperti mana dinyatakan sebentar tadi?

Sabda Nabi SAW :

من لا يهتم بأمر المسلمين فليس منهم ومن لم يصبح ويمس ناصحا لله ولرسوله ولكتابه ولإمامه ولعامة المسلمين فليس منهم

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat dengan urusan umat Islam maka dia bukanlah dari golongan mereka (Muslimin), barangsiapa yang paginya tidak memberi nasihat bagi Allah, bagi RasulNya, bagi kitabNya, bagi kepimpinan, bagi ummat Islam maka dia tidak termasuk dalam golongan mereka”

Kesimpulan

Persoalan yang melibatkan kepimpinan dalam konteks pilihanraya kampus adalah merangkumi dasar-dasar dan hukum di dalam Islam. Ketidakterlibatan seseorang kerana sikapnya yang mementingkan diri bakal mengundang padah kepada dirinya pada hari akhirat kelak disebabkan kegagalannya menunaikan amanahnya sebagai seorang mahasiswa @ pengundi. Malah adalah amat mudah bagi Allah SWT untuk membalas kezaliman tersebut di dunia ini, samada dia akan dikifarahkan pada kehidupannya pada masa akan datang seperti mempunyai anak bermasalah, isteri yang tidak taat, jiran yang fasiq dan sebagainya yang kita minta perlindungan dari Allah SWT agar dijauhkan daripada perkara sedemikian.

kekeliruan pemahaman boleh merosakkan kualiti mahasiswa itu sendiri (gambar hiasan)

Kesilapan memilih pemimpin yang tidak berhak (tidak berasaskan ciri-ciri pemimpin menurut Islam) juga memberikan impak sedemikian rentetan disitulah bermulanya fitnah-fitnah dalam agama dikalangan warga kampus ini. Allah memberi amaran kepada hambaNya dengan mengancam dengan azab neraka. FirmanNya :

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَآءَ ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

” Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud : 112-113)

Pemimpin yang fasiq dan membawa ideologi selain Islam akan mengakibatkan kemusnahan pada masyarakat. Gambaran sesuatu masyarakat itu juga boleh dilihat kepada siapa yang memimpin mereka. Ibn Khaldun dalam Muqaddimah-nya, menyatakan : ” manusia itu diukur berdasarkan agama pemimpin mereka”. Jika masyarakat rosak maka pemimpinnya adalah lebih dahsyat rosaknya dari masyarakat. Al-Marhum al-Syaikh Abu Ala al-Mawdudi pernah berkata : "Jika mahu melihat masa depan Islam sesebuah negara itu, lihatlah kepada golongan anak mudanya pada hari ini "


Islam amat menitik beratkan soal pemilihan pemimpin daripada sekecil2 jawatan sehinggalah yang besar (gambar hiasan : kredit kpd blog GMUKM)

Produk mahasiswa daripada kampus yang berkualiti bukanlah terletak pada tingginya pointer atau sekadar glamour memegang jawatan yang tinggi namun pada sudut aplikasi dan gerak kerja nilainya sifar. Untuk melahirkan minda mahasiswa kelas pertama perlulah dipupuk daripada sekarang iaitu semasa masih bergelar sebagai seorang mahasiswa yang bukannya sekadar belajar semata-mata namun sanggup mengambil bahagian dan berpartisipasi dalam gerak kerja yang melibatkan kemaslahatan masyarakat kampus samada secara lansung mahupun sebaliknya. Di kampus inilah tempat untuk mencari segalanya, ilmu, pengalaman, skill dan sebagainya dalam tempoh yang hanya beberapa tahun sahaja. Amatlah malang bagi mereka yang terkeliru pemikiran dan tersasar matlamat sebenar dalam mengejar cita-cita yang dapat menjamin kebaikan kita samada di dunia apatah lagi di akhirat kelak.

Bersama mengorak langkah membawa perubahan pada PRK kali ini. Semoga bermanfaat dan segala teguran dan nasihat untuk maslahat bersama amatlah dialu-alukan.

Salam hormat dari penulis, faiz as-syirazi.

”berGM itu lebih baik”