Kajian Kes
Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan
masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula
apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah
berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup
aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong
terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut
berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi
pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah.
Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap
double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah
mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak
payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang
sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami
sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.
Penyelesaian
Bercakap
tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah
mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi
berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat
sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting
adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang
tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.
Apa yang
dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan
memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu
perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan
bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat
sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi
tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program
berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham
dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga
tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.
Di
sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon
songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap
sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima
dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan
sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan
visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun
keadaan sekitar sukar menerima.
Bagaikan susu yang
sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem
badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang
mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa
bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui
proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya
sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk
menerima sesuatu kelainan.
Adalah penting pemahaman
tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan
secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan
syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita,
tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang
sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai
seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita,
aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas
pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi
kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap
pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan
diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa
kepada kebatilan.
Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat
Dalam
Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam
bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika
dikaji tentang formula yang digunakan:
J = mc x tetha
J
ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu
objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.
m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.
c
ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim
tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.
tetha ialah perubahan suhu.
Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)
Abstrak/Pengenalan
Dalam
kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A-
wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah,
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan
wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah
melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit
lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana
model-model muka hadapan majalah hiburan.
Tujuan
Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.
Hipotesis
Semakin
baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan
dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual
atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.
Inferens
Wanita
A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap
ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang
lemah.
Pembolehubah manipulasi
c atau keupayaan
suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu
dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang
terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia
mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas
dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di
UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung.
Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita
di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka
memakai jeans dan t-shirt?
Pembolehubah malar
m
atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk
badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita
adalah sama.
tetha atau perubahan suhu. Ia adalah
tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita
berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas
(keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan
hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan
lain-lain).
Pembolehubah bergerakbalas
J
atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai
jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi
mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis
wanita terhadap daya tekanan yang diberi.
Kaedah
1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.
2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.
3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.
4)
Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang
menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan
pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu
bersukan atau berjalan-jalan.
Pemerhatian
1)
Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan,
pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan
berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.
2)
Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala
kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada
masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi
kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina
pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan
cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan
cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan
penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat.
Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap
studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.
3)
Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang
menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak
sombong, materialistik dan sosial.
4) Lelaki A
kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang
terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas
kemampuan orang lain dan lebih agresif.
Kesimpulan
Dari
eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J
yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik
mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam
formula yang diberi:
J = mc x tetha
Oleh itu, hipotesis diterima.
Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam
Dalam
usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam,
individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham
tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah
saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak
semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu
Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah
iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.
Adalah
menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil
jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika
perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi
ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu
Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam
sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.
Seperti
yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations,
Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence),
adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk
bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi
lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji
ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di
manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan?
Fikirkan...
(Sumber)
0 comments:
Post a Comment
Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)