Kemenangan Yang Hampir

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (Surah al-Fath 48:1)

Memaknai Hidup Dengan Perjuangan

Jadilah penolong-penolong agama Allah dalam menegakkan agamaNya di muka bumi ini

Kalam Murabbi

Amanat Untuk Pemuda dan Pemudi

Kesatuan Ummah

Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul (Surah An-Nisa’4:59)

Pedulisme dan Faham

Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya (HR al-Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Follow by Email

Monday, 30 June 2014

Sufistik Ramadhaniyyin

Bulan Ramadhan yang tiba, menerangi hati para hamba. Aroma syurga mengharumi jamuan kita, jamuan dari Sang Pencipta. Bulan Ramadhan, bulan kerinduan dan munajat kepada Allah SWT. Bulan yang di dalamnya, Allah SWT mengundang semua hambanya untuk menghadiri jamuan cahaya dan kebahagiaan untuk menerima pengampunan tertinggi dan rahmat yang tidak terbatas dariNya. Sebuah jamuan yang penuh spiritual dan kesempurnaan yang menuntut para tetamu untuk mengetahui dan menjaga tata cara jamuan tersebut untuk menerima lebih banyak manfaat. Kini Allah SWT kembali membuka jamuan megah ini untuk hamba-hamba-Nya dan semua diundang pada jamuan penuh berkah ini.  Bulan Ramadhan telah tiba, bulan pelepasan diri dari kebergantungan kepada materi duniawi.



Orang Arif pernah berkata, "Berbahagialah bunga yang tumbuh berdekatan aliran air, kerana ia akan segar dan mekar, berkembang, berwarna dan menjadi sangat indah. Ketika kamu berada di sampingnya, kamu akan berasa ceria. Dan malang bunga yang berada jauh dari air, ia akan layu dan kering. Manusia seperti bunga dan Allah SWT bak air kehidupan bagi bunga ini. Beruntung manusia yang berada di jalan hidayah Allah SWT. Manusia itu akan indah dan segar. Dan celaka bagi orang yang jauh dari Allah SWT, seperti bunga yang jauh dari air atau cahaya matahari. Dan pasti yang meletakkan manusia di jalan Allah SWT adalah penghambaan dan ketaatan terhadap-Nya, tanpa syarat."

Justeru, jadilah seorang hamba, sehingga keyakinan dan makrifat akan menghampirimu. Penghambaan ini yang akan melahirkan ketaqwaan. Ketaqwaan, iaitu yang menjaga dan orang yang bertaqwa adalah yang menjaga dirinya dari apa saja yang akan menjauhkannya dari Allah SWT. Penjagaan diri dan ketaqwaan itu sendiri penuh berkat yang utamanya adalah kemudahan dalam hidup. Allah SWT dalam al-Quran Surat al-Talaq berfirman:

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menyediakan baginya jalan keluar."

Ini bukan bererti tidak ada kepayahan. Tidak! Melainkan ketika dia menghadapi masalah, dia tidak akan merasa terhimpit dan dengan mudah melaluinya. Seperti seekor kuda yang dengan mudah melangkah rintangan pada jalannya. Ketaqwaan akan membentuk manusia seperti penunggang kuda yang cekap dalam melintasi halangan. Berkat lain dari ketaqwaan adalah manusia yang bertaqwa tidak akan terjebak dalam kekeliruan dan selalu menjumpai jalan keluar, seperti yang telah disebutkan dalam ayat tadi. Maka jika kita merasakan sangat terhimpit menghadapi masalah atau terjebak dalam kebingungan dan tidak mengetahui jalan keluarnya, sesungguhnya pada satu titik kita telah melupakan ketaqwaan kita dan ketaqwaan kita lemah.

  • Kisah Midramad dan Puteri Raja

Berkait dengan hal ini, ada sebuah kisah. Pada satu malam, seorang pelajar agama bernama Muhammad Baqir sedang mengulangkaji pelajaran di biliknya, tiba-tiba ada seorang gadis dengan temengah-mengah masuk ke biliknya. Gadis yang dari penampilannya diketahui adalah dari keluarga kerajaan itu, menutup pintu kemudian memberikan isyarat kepada pelajar yang sedang terpinga-pinga menyaksikan kehadirannya supaya diam. Gadis itu bertanya, "Apa makanan malam yang kau ada?" Muhammad Baqir menghidangkan apa saja yang dimilikinya.  Gadis itu menikmati hdangan yang diberikan pelajar tersebut kemudian tidur di salah satu sudut bilik, sementara Muhammad Baqir meneruskan ulangkajinya.

Sementara itu, raja telah menyuruh para pengawalnya untuk mencari puterinya yang lari dari rumah. Keesokan pagi, puteri raja itu keluar dari bilik dan pengawal kerajaan menangkapnya bersama pelajar itu serta membawa mereka menghadap raja. Shah Abbas, raja dari Dinasti Safavid, dengan nada geram bertanya pada pelajar itu, "Mengapa kamu tidak memberi tahu beta bahawa puter beta ada bersama kamu?" Muhammad Baqir menjawab, "Puteri telah mengancam akan menyerahkanku kepada tukang pancung jika aku memberitahu keberadaannya di sini."

Kemudian Shah Abbas menyelidiki apa yang berlaku dan dia mengetahui bahawa pelajar ini belajar sampai pagi dan tidak melakukan sesuatu terhadap puterinya. Shah bertanya kepada pelajar, "Bagaimana kau mampu melawan hawa-nafsumu?" Muhammad Baqir kemudian menunjukkan 10 jarinya yang semuanya hitam terbakar. Shah Abbas menanyakan sebabnya dan pelajar itu menjawabnya, "Ketika si puteri tertidur, hawa nafsu menggodaku untuk mendekatinya, akan tetapi setiap kali hawa nafsu menggoda aku meletakkan jariku di atas api lilin agar aku merasakan api neraka jahannam dan pada akhirnya seperti ini aku melalui malam hingga pagi melawan hawa nafsuku, dan berkat bantuan Allah SWT, syaitan tidak mampu menjerumuskan aku ke jalan menyimpang dan membakar imanku."

Shah Abbas menyukai ketaqwaan dan keimanan pelajar muda ini dan dia memerintahkan agar puterinya dinikahkan dengan Muhammad Baqir. Shah Abbas memanggilnya dengan nama Mirdamad yang akhirnya terkenal di antara tokoh ahli falsafah dan ulama terkemuka. Nama Mirdamad dikenang ulama dan ahli falsafah agung hingga kini.

  • Memburu Cinta Hakiki

Bulan Ramadhan merupakan bulan terbaik dan utama dalam Islam. Bulan Ramadhan juga dikenal dengan nama "bulan jamuan Allah SWT". Selain sebagai bulan puasa dan pembacaan al-Quran, bulan ini juga merupakan kesempatan terbaik untuk bermunajat dan dikabulkan doa. Doa, akan menjaga hati manusia selalu mengingati Allah dan ini akan memperkukuh iman dan ketaqwaan. Oleh kerana itu para nabi dan wali Allah SWT, selalu berdoa untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Imam Ali bin Husein al-Sajjad r.a adalah salah satu di antara wali dan cucu Rasulullah Saw, yang lebih dikenali dengan "Zainul Abidin" yang bererti hiasan bagi para hamba, memiliki banyak munajat yang sangat indah. Salah satu sahabat beliau bernama Tawus Yamani berkata, "Aku melihat Imam Sajjad di Baitullah al-Haram mulai dari awal malam hingga pagi, bertawaf, beribadah, menunaikan solat malam, dan bermunajat kepada Kekasihnya seperti ini, ‘Wahai Tuhanku, bintang-bintang di langit telah menghilang, mata-mata telah terlelap, pintu-Mu telah siap untuk masuknya para peminta. Seorang pengemis sepertiku yang menuju gerbang-Mu demi mengharapkan ampunan dan rahmat-Mu, dan berharap Kau tidak mencegahnya menemui Rasul-Mu yang mulia di hari kiamat.' 

Kemudian air mata mengalir dari kelopak mata Imam seperti awan di musim hujan dan beliau berucap, ‘Wahai Tuhan... Kau suci dari segala aib dan kekurangan, umatmu terus melanjutkan maksiat dan dosa seakan-akan mereka jauh dari pandangan-Mu, dan Kau tetap bersabar seakan-akan mereka tidak berbuat dosa. Sedemikian rupa Kau mencintai umat dengan cara-cara baik-Mu seakan Kau memerlukan mereka, sementara wujud sucimu tidak memerlukan dari semua wujud dan unsurnya.' Setelah itu Imam Sajjad bersujud dengan penuh kecintaan yang tidak dapat digambarkan."

Dalam kondisi yang sama, beliau bermunajat kepada Allah pada bulan penuh berkah, iaitu Ramadhan. Beliau bersyukur dan menuturkan puja dan puji kepada Allah SWT  yang telah memberikan kesempatan bagi hamba-hamba-Nya untuk menikmati bulan mulia ini.

Pada bulan Ramadhan ini kita teringat sabda Rasulullah Saw bahawa semua pintu langit dibuka dan bakaranapi neraka dipadamkan pada bulan rahmat ini. Mari kita bersama sama menerangi hati dengan cahaya ketaqwaan dan menikmati manisnya ketaqwaan dan menjauhkan diri dari selain-Nya. Amin Ya Rab.


*Petikan asal - IRIB



Saturday, 28 June 2014

Ramadhan Kareem 1435H


Bismillah..

Fikrah terkadang khilaf...
Lisan terkadang kurang terjaga...
Janji terkadang tidak ditunai...
Hati terkadang berprasangka..
Sikap terkadang mengguris...

Ramadhan ini pasti akan lebih bermakna jika adanya kemaafan antara kita. Jika kita mengimpikan sesuatu yang mustahil, samada untuk mencapai semaksimumnya kejayaan dalam kerjaya, dunia akademik, membina keluarga, dan seumpamanya, maka manfaatkah 1/3 malam dengan rintihan dan dambaan kepadaNya. 

Percayalah, tiada yang mustahil di sisi-Nya lebih-lebih lagi kita dipilih Allah untuk menjadi tetamu malam al-Qadar. Walaupun begitu, jangan jadikan Tuhan itu sebagai tempat hanya untuk 'melepaskan' hajat semata-mata, kerana apa yang Dia anugerahkan tidak lain dan tidak bukan adalah kerana rahmat-Nya ke atas kita. Sebaliknya, lakukanlah ibadah kerana untuk meraih redha dan untuk lebih taqarrub kepada-Nya.

Selamat menyambut bulan Ramadhan 1435H dengan penuh penghayatan.

Wassalam

Sunday, 15 June 2014

Isu dan Kajian: Sebuah Perspektif (Berwajah Baru)

Bismillah wa Alhamdulillah

Agak lama tidak mencoret di sini. More than three months. Perhaps, it is normal for those who is in the final phase in term to complete a thesis, besides some sort of RA jobs. Alhamdulillah, selepas hantar full draft untuk fasa ke-2 dan menyiapkan beberapa artikel, dapatlah juga ‘bernafas’ buat seketika bagi memberi tumpuan yang lebih kepada perkara-perkara yang lain. Justeru terfikir untuk merealisasikan hasrat yang agak bertahun lamanya untuk melakukan sedikit dekorasi pada blog ini, supaya lebih bersemangat untuk menulis. Walaupun dekorasi blog ini masih dalam proses, saya berpandangan ada baiknya usaha untuk menyambung penulisan diteruskan. Dengan menulis, idea dapat dikembangkan dengan lebih meluas. Hendak menulis memerlukan kepada ilmu, tidak boleh semberono dan ‘menurut perspektif hati’ semata-mata. Setiap masa ada sahaja isu baru yang timbul. Ada isu yang kita tahu, tetapi tidak semestinya kita perlu ulas dan bincangkan, lebih-lebih lagi itu tersebut bukan bidang kepakaran kita. Itulah disiplin ilmu dalam dunia sarjana. Bahkan dalam al-Quran sendiri melarang kita untuk membicarakan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan dan mengikut hawa nafsu. Malangnya kebanyakannya bertindak sebaliknya. Asal rasa puas dan ramai pengikut.


Secara peribadi, saya juga suka mengulas isu-isu semasa, khususnya yang selari dengan minat. Sekalipun demikian, saya tidak akan menulis tentangnya, melainkan setelah melakukan kajian secara mendalam. Justeru, perlu suatu tempoh yang agak lama untuk menghadamkan pelbagai pandangan dari pelbagai pihak. Sumber-sumber yang terdedah kepada manipulasi seperti gambar dan video (baca: YouTube) lebih-lebih lagi sukar untuk dipercayai bulat-bulat. Dalam menerima apa juga sumber, umat Islam seharusnya bersikap kritis, tidak kira sama ada daripada rakan mahupun lawan. Bukan kerana pihak yang kita sokong, kita menjadi Mr Yesman ke atas setiap kata-kata mereka, sementara pihak yang kita tidak sependapat, awal-awal lagi kita sudah pejam mata. Islam tidak pernah mengajarkan sedemikian. Apa pun, dalam entri ini saya tidaklah hendak mengulas isu-isu tersebut, baik apa yang berlaku di Syria, mahupun di Iraq yang terkini. Apa pun saya percaya, Ulama Rabbani Haraki yang seorang di Malaysia ini lebih berautoriti untuk membincangkannya. 

Artikel beliau di sini, sini, dan sini seharusnya menyedarkan kita, dan boleh bersikap matang seperti ini dan ini, malangnya ramai yang tidak ambil cakna. (Ya, saya tahu tahu dan saya dapat lihat ratusan ribu sumber tersebut, namun perlu diingatkan bahawa di sana banyak juga sumber yang menyatakan sebaliknya. Justeru bersikap adil dan kritislah dalam menilai apa jua sumber yang diperolehi). Dan apa yang saya cukup bersyukur, setakat penelitian terhadap kajian akademik dengan fakta yang dikemukakan beliau, cukup tele. Oleh itu, saya tetap dengan pendirian saya melainkan ada dapatan yang lebih kuat untuk menolaknya. Untuk bercakap pasal isu global yang berlaku bukan semudah men-like atau share di facebook. Kerana banyak ilmu perlu kita kuasai, antaranya; kemahiran membaca pemikiran musuh, ilmu propaganda, faham perspektif Ulama Haraki dan gerakan Islam (termasuk yang jadi-jadian). Bukan semberono ambil mana yang kena dengan fikrah kita semata-mata. Berada di tempat kejadian tidak semestinya tidak terlepas dari permainan musuh. Kebiasaannya, orang yang berada di bawah tidak nampak apa yang ada di atas. Sebab itu perlu kepada westanchauung yang lebih berautoriti dan menguasai ilmu yang dinyatakan tadi.

Dalam sumber IDF (Israel Defense Force), Zionis tidak pernah membezakan musuhnya samada Sunni atau Syiah. Malangnya kebanyakan umat Islam terkeliru memakan propaganda musuh.

Justeru, jauh sekali saya untuk mempercayai bulat-bulat kata-kata mana-mana pihak waima title ‘Ustaz’ atau ‘Ulama’ sekalipun. Bukan apa, saya lebih khuatir dengan ‘Ustaz’ dan ‘Ulama’ jadi-jadian pada akhir zaman yang lebih banyak bawak fasad dan menimbulkan fitnah. Mereka bukan calang-calang, ada yang hafaz al-Qur’an, hafaz Hadis ratusan ribu, nama masyhur di mana-mana. Malangnya itu bukan jaminan, kerana agama itu hanyalah topeng semata-mata untuk kepentingan mereka. Justeru jangan berasa hairan, mulut-mulut mereka tidak pernah letih untuk mengajarkan pengikut mereka melaknat dan menghalalkan darah pihak yang berlainan pandangan. Fatwa kafir mudah-mudah dijatuhkan dengan penuh bangga. Pada saya, jika seorang Ulama atau Ustaz yang jenis kaki pelaknat dan fitnah, maka tidak usah pergi jauh untuk bercakap soal keadilan dan kezaliman. Dalam soal basic pun dia telah gagal, apakah layak untuk bercakap soal yang besar. Hakikatnya dia perlu terlebih dahulu bersikap adil terhadap dirinya. Perihal ‘Ustaz’ dan ‘Ulama’ jadi-jadian ini, dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh al-Dailami, Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Di antara tanda hampirnya hari kiamat adalah ramainya para khatib di mimbar-mimbar dan ulama yang bersama-sama pemerintah kalian (bersetongkol dengan kezaliman). Lalu mereka menghalalkan yang haram demi penguasa itu dan mengharamkan yang halal demi mereka. Mereka memberi fatwa sesuai dengan syahwatnya. Ulama-ulama kamu mengajar agar untuk mendapatkan dinar dan dirham serta menjadikan al-Quran sebagai kepentingan pembicaraan mereka” 

Gambar 'hiasan'

Jujurnya, pengalaman saya meneroka dunia luar banyak membantu untuk memahami pelbagai perkara. Hal ini kerana terdedah dengan lebih banyak maklumat dan kajian yang lebih berautentik. Contoh yang mungkin saya pernah sebutkan di mana-mana, negara kolonialis Barat, sebelum mereka menjajah negara umat Islam, mereka telah menghantar penyelidik-penyelidik mereka ke negara tersebut puluhan tahun sebelum itu. Dari sini, puluhan kertas kerja dan artikel diterbitkan untuk rujukan pihak penjajah. Sebab itu kita tidak pernah dengar mereka tidak pernah gagal. Hasil kajian ini mereka tidak lupuskan, sebab mereka selalu belajar dari sejarah, tidak seperti kita umat Islam. (Maaf cakap) Yang ramainya malas membaca dan mengkaji untuk meluaskan ilmu pengetahuan. Bab copas dan mengikut secara meng-cadbury buta No.1. Sepuluh kali masuk lubang biawak pun tidak pernah serik. Lebih menghairankan boleh pula di publik bercerita mahu menjadi generasi al-Fateh, pada masa sama menjadi pelanggan setia McD. Semoga Allah mengampunkan kebodohan dan keangkuhan kita.


Cukup sekadar itu untuk entri kali ini. Seribu kemaafan jika ada yang tersinggung. Sekadar nasihat dan menyampaikan apa yang sepatutnya, khususnya untuk peringatan diri sendiri. Apa yang saya belajar tentang metode ‘Hikmah’ dalam al-Qur’an, tidak semestinya bersifat lembut, kerana ada masanya perlu tegas untuk membangunkan jiwa yang lelap. Demikian juga pendekatan dalam al-Quran, tidak semuanya ayat berbentuk ‘basyir’, kerana ada juga ayat yang berbentuk ‘nazir’. Namun kedua-duanya bermatlamatkan untuk menyedarkan manusia. Insha-Allah, ada rezeki kita bersua lagi dalam entri-entri yang akan datang. Mungkin saya akan memberi tumpuan yang lebih kepada bidang yang diceburi buat masa ini. Wallahu'alam.


Salam hormat dari penulis,

Faiz As-Syirazi
Bangi