Kemenangan Yang Hampir

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (Surah al-Fath 48:1)

Memaknai Hidup Dengan Perjuangan

Jadilah penolong-penolong agama Allah dalam menegakkan agamaNya di muka bumi ini

Kalam Murabbi

Amanat Untuk Pemuda dan Pemudi

Kesatuan Ummah

Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul (Surah An-Nisa’4:59)

Pedulisme dan Faham

Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya (HR al-Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Follow by Email

Monday, 29 March 2010

Akidah Memangkin Kualiti Mahasiswa



Adalah menjadi suatu kewajiban kepada seorang Muslim itu untuk dia memahami akidah yang dipeganginya dan beriktikad dengan akidah yang sahih. Untuk beriktikad kepada akidah yang sahih maka di sana adanya perkara-perkara yang perlu dipelajari dari para Ulama yang muktabar atau dari kalangan mereka yang mempunyai kepakaran di dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah Islam itu sendiri. Secara dasarnya, mereka yang beriktikad bahawa Allah adalah Tuhan yang Esa dan tiada Tuhan selainNya serta Nabi Muhammad SAW sebagai utusanNya adalah Muslim biarpun apapun fahaman atau mazhab yang dipegangnya. Hal ini disabitkan kepada pengakuannya Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah.Adapun pengertian iman itu pula adalah ‘membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan.’

Imam Hasan al-Banna di dalam Allah fi al-Aqidah al-Islamiyyah menggambarkan akan dua katogeri orang-orang yang beriman. Pertamanya adalah di kalangan ganerasi terdahulu umat Islam yang telah mempelajari akidah secara lansung daripada Nabi Muhammad SAW dengan jelas dan kefahaman yang mantap. Adapun golongan kedua adalah mereka yang berada di akhir zaman yang mempelajari akidah ini dengan kefahaman yang kurang disebabkan wujudnya pelbagai istilah-istilah yang dicampur-adukkan dengan unsur-unsur luar. Oleh kerana itu, Imam Hasan al-Banna menyeru kepada umat Islam agar kembali kepada konsep pemahaman dan pengertian yang asal daripada al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama.

Menyatakan soal keimanan yang hanya sekadar pada ucapan-ucapan tanpa dizahirkan dengan perlakuan dan tindakan adalah batil apatah lagi jika melakukan perbuatan kemaksiatan kepada Allah dan RasulNya. Seorang Muslim dan Mukmin yang baik akan bertindak mengikut segala apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala larangan Allah serta RasulNya tanpa mengira kedudukan dan harta yang dimilikinya. Untuk merealisasikan ‘Mukmin Super’ ini haruslah difahami bahawa ianya tidak akan terjadi secara automatik tanpa adanya sebrang usaha ke arah itu melainkan hanya dengan kehendak Allah SWT ke atas hamba yang dikehendakiNya.

Di dalam konteks kehidupan seorang mahasiswa, terdapat sesetangah dari kalangan mereka yang tidak jelas akan akidah mereka. Mungkin disebabkan kurangnya kesedaran dalam diri mereka atau mereka mengaggap bahawa ianya tidaklah sepenting mana jika mahu dibandingkan dengan assignment-assignment atau hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan. Di samping itu, pemahaman agama warisan itu seharusnya tidak boleh dijadikan alasan oleh seorang yang bergelar mahasiswa untuk dia tidak mendalami ilmu agama itu. Jika hanya beragama hanya dari sudut zahirnya namun jauh dari sudut dalaman, ia akan menyebabkan seorang itu kecundang ke arah yang tidak benar.

Mahasiswa seharusnya perlu cerdik dan bijak membahagikan masanya untuk menuntut ilmu akademik dan ilmu agama dengan menghadiri program-program seumpama usrah atau halaqah yang mana ia mampu memberikan satu ketumbukan yang maha dahsyat dalam diri seseorang itu. Sebagai contoh, mahasiswa yang mengikuti usrah akan mendapat ’kredit ekstra’ berbanding dengan mereka yang hanya berada di bilik-bilik dan menghabiskan masa dengan melayan karenah Facebook dan bermain dengan latop-latop kesayangan mereka.

Oleh itu, mahasiswa seharusnya sedar akan tujuan sebenar dia dipilih oleh Allah SWT sebagai warga pusat pengajian tinggi yang mana tidak bukan hanya untuk menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek tanpa mengira bahawa ianya merupakan subjek pilihan mahupun wajib ambil. Mahasiswa yang berakidah sahih tidak akan membiarkan saudara-saudara seagama mereka terus hanyut dengan dunia mereka sendiri yang sentiasa menjerumus kepada kelalaian dan kemaksiatan kepada Tuhan. Bahkan mereka sentiasa akan berusaha menyelamatkan mereka sebelum jauh ditenggelami dengan lautan kelalaian. Di zaman kini, hidup kita sudah tidak asing dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang sentiasa datang kepada kita walaupun kita cuba untuk menjauhinya. Oleh kerana itu, amatlah penting dikuatkan akidah dengan dipasakkan betul-betul di dalam hati supaya diri itu menjadi ‘kebal’ terhadap segala pancaroba dunia. Namun segalanya terletak atas usaha kita sendiri samada untuk mengecapinya mahupun sebaliknya.