Kemenangan Yang Hampir

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (Surah al-Fath 48:1)

Memaknai Hidup Dengan Perjuangan

Jadilah penolong-penolong agama Allah dalam menegakkan agamaNya di muka bumi ini

Kalam Murabbi

Amanat Untuk Pemuda dan Pemudi

Kesatuan Ummah

Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul (Surah An-Nisa’4:59)

Pedulisme dan Faham

Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya (HR al-Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Follow by Email

Wednesday, 29 February 2012

Penemuan Injil Berusia 1500 Tahun Bukti Kebenaran Islam (Bergambar)

Secret Bible: The 1,500-year-old tome was is said to contain Jesus' early teachings and his prediction of the Prophet's coming 



Sebuah kitab Injil yang dipercayai telah meramalkan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w ke dunia menimbulkan rasa minat yang serius di kalangan Vatican (Paderi)


Pope Benedict XVI diikatakan mahu melihat sendiri kitab tersebut yang telah berusia 1, 500 tahun lamanya. Ramai yang mengatakan bahawa ia adalah Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh kerajaan Turki 12 tahun yang lalu.


Ancient: The leather-bound text, written on animal hide, was discovered by Turkish police during an anti-smuggling operation in 2000 


Injil berharga £ 14 million yang ditulis tangan itu dalam bahasa Ibunda Aramaic Isa meramalkan akan kedatangan seorang Nabi. Ia dikawal rapi sehingga 2010, dan akhirnya diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara. Ia akan dipamerkan ke khalayak umum selepas  pemulihan minor.


Setiap salinan muka surat satu dari manuskrip kuno yang ditulis dianggap bernilai 1.5 juta £. Menteri Kebudayaan & Perlancongan Turki Ertugrul Gunay berkata, buku itu boleh jadi versi Injil yang asli yang ditindas oleh pihak Gereja Kristian bagi mengelakkan persamaan dengan pandangan Islam.

Serious interest: The Vatican, under Pope Benedict XVI, is said to want to see the recently re-discovered 



Beliau juga berkata Vatican telah membuat permintaan tidak rasmi untuk melihat kitab - teks kontroversi tersebut dan orang Islam mendakwa ia merupakan usaha untuk membuat tambahan kepada Bible sebelum ini, Mark, Matthew, Luke & John.

Selaras dengan ajaran Islam, Injil menganggap Isa adalah manusia dan bukan Tuhan. Ia sekaligus menolak konsep Triniti dan Penyaliban disamping meramalkan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam 1 versi, dia telah memberi tahu, bagaimanakah Messiah dipanggil? Nabi Muhammad adalah nama yang diberkati. Argumen ini sekligus menolak Isa sebagai Messiah, kerana dia sepatutnya adalah daripada Ismail, nama yang digunakan oleh bangsa Arab.





Bible Historic: The £14million handwritten gold lettered tome is penned in Jesus' native Aramaic language



Walaupun beberapa isu yang penting dalam buku itu baru ditemui, ada yang enggan mengakui kebenarannya bahkan menganggap ia adalah palsu hanya kerana tarikhnya kembali pada abad ke-16.

Salinan tertua abad yang sama, telah ditulis dalam bahasa Sepanyol dan Itali. Paderi Protestant Ihsan mengatakan ia tidak asli. Menurut Profesor Omer Faruq Harman dari bidang Teologi, hanya melalui imbasan saintifik mungkin dapat membuktikan usia sebenar kitab itu.
Sumber asal di sini

Wallahu'alam

Wednesday, 22 February 2012

Sunday, 12 February 2012

Tidak Iktiraf Israel: Hamas Tidak Berganjak


"Hamas tidak akan pernah mengiktiraf Israel," kata Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyah Sabtu lalu (11/2) dalam sebuah pidato di Iran.


"Mereka ingin kami mengiktiraf penjajahan Israel dan menghentikan perlawanan tetapi, sebagai wakil dari rakyat Palestin dan atas nama semua pencari kebebasan di dunia, saya mengumumkan dari Azadi Square di Teheran bahwa kami tidak akan pernah mengiktiraf Israel," kata Ismail Haniyah.



"Perlawanan akan terus berlanjutan sehingga sampai ke semua tanah Palestin, termasuk al-Quds (Yerusalem), dibebaskan dan semua pelarian dapat kembali," tegasnya.

Pengulangan kenyataan Haniyah merupakan sikap lama Hamas yang dibuat pada kesempatan peringatan revolusi Islam Iran. Pemimpin Palestian itu berucap kepada hadirin yang berjumlah 30, 000 bersama Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad.


Ahmadinejad juga berpidato di tengah perhimpunan hari Sabtu lalu bersama Haniyah di hadapan pesawat pengintip AS yang berhasil mereka tangkap (ditembak jatuh) beberapa bulan yang lalu.

Ini yang membezakan pemimpin HAMAS dan hipokrasi Pemimpin Arab, Emir Qatar ketika dalam satu perjumpaan sulit bersama pemimpin Zionis Laknatullah ini

Lihat di sini dan sini

* Tidak mengiktiraf kewujudan entiti Israel, itulah prinsip sepatutnya yang wajib ada pada diri mana-mana yang mengaku Muslim. Tiada sebab untuk kita tunduk kepada mereka walau bakal berdepan dengan ancaman sekalipun. Sesetengah pihak sanggup mengiktiraf kewujudan Israel hanya kerana mahu mengambil hati pihak pro-Israel yang umumnya kita ketahui majoriti kuasa dunia pada akhir ini.

Wallahu'alam.

Tuesday, 7 February 2012

Harry Potter: Illuminati & Pengaruh Satanisme VII (Akhir)

Dalam siri yang lalu (sini), saya telah kupaskan mengenai beberapa 'simbol' utama yang digunakan dalam cerita Harry Potter ini, serta sedikit sejarah dan hubungannya dengan illuminati. Kemudian, sedikit pandangan Islam mengenai Ular - salah satu dari simbol illuminati. Saya tidak pernah menganggap perkara tersebut adalah kebetulan semata-mata dan tidak benar seperti mana pada pandangan sesetengah pihak. Saya tidak pasti apakah mereka ini menolak disebabkan sikap fanatik atau sudah tenggelam dalam dasar lautan propaganda pihak musuh. Yang penting saya sudah berusaha untuk menyampaikan.


Bukan apa, siri cerita Harry Potter bukanlah satu-satunya cerita yang mempunyai hubungan dalam illuminati. Boleh dikatakan hampir keseluruhan cerita (dan juga animasi) yang produknya dari Hollywood mempunyai konsep yang serupa, 'mengilluminatikan' fikrah manusia sejagat. Saya pasti, kebanyakan dari 'illuminatian' ini hakikatnya telah menguasai proxy-proxy utama dalam pembuatan filem. Terlalu banyak. Nasihat saya, hati-hati.



Berbalik kepada topik simbol, antara yang lainnya adalah cermin ramalan.


7. Mirror of Erised


Dalam siri pertama (Harry Potter and The Sorcerer’s Stone), terdapat sebuah cermin yang boleh menunjukan keinginan Harry Potter yang disebut sebagai The Mirror of Erised (Bab 12 ). Di sini JK. Rowling menggunakan sebuah anagram dengan menuliskan kalimah “Desire” sebagai “Erised”. Anagram merupakan salah satu bentuk perkataan yang digunakan Ksatria Templar dan kelompok-kelompok okultis lainnya untuk menyembunyikan mesej rahsia mereka. Salah satu dari keinginan Harry Potter adalah untuk melihat kedua orang tuanya yang dizahirkan oleh cermin tersebut.

Cermin merupakan peralatan utama okultisme dalam melihat masa lalu dan masa depan (meramal). Dalam buku “A-Z of Wicca” (Gernina Dunwich, hal.114) disebutkan, “ Amalan ramalan yang merupakan praktikal sihir untuk mengetahui masa lalu, sekarang, atau masa depan adalah kebanyakannya adalah dengan menggunakan , cermin, kaca, bola kristal, lilin, bayangan air, dan sebagainya.” Di dalam Ensiklopedia Okultisme juga menyatakan, “Orang-orang yang mempelajari okultisme selalu menggunakan cermin untuk melihat dunia roh…” (Gerald & Grosset, Dictionary of the Occult, p. 153)

Dalam siri pertama Harry Potter ini, cermin tersebut memang digunakan Harry untuk bisa bertemu dengan roh kedua orang tuanya. Orang-orang Kristian Barat menuding JK. Rowling mengajarkan sesuatu yang dilarang oleh agama mereka, pada mereka al-kitab ( Bible ) jelas-jelas melarang mana-mana amalan menghubung atau menghadirkan roh orang mati (Deuteronomy 18:11). Tambahan pula jelas dikatakan bahawa orang yang masih hidup tidak akan sekali-kali dapat berhubung dengan orang yang sudah mati (Lukas 16:19-31).


Watak-Watak Inspirasi

1. Alkemi dan Nama 'Nicholas Flamel'

Alkemi merupakan satu ilmu kimia abad pertengahan di Eropah yang kononnya boleh menukarkan logam biasa menjadi emas. “Secara simbolik, ilmu kimia abad pertengahan adalah suatu seni kebatinan untuk mengubah bentuk manusia yang rohani ke dalam suatu bentuk yang lebih tinggi dan abadi." (Geddes & Grosset, Dictionary of the Occult, hal. 15-17).

Saya tidak pasti, apakah ilmu kimia Nicholas Flamel ini sudah dicampur adukkan dengan ilmu hitam kerana ilmu kimia hakikatnya dirintiskan oleh tokoh sarjanawan Islam, Jabir Ibn Hayyan (721 M). Daripada Jabir (sini) inilah ilmu kimia mula berkembang seterusnya sampailah ke Eropah setelah mereka melalui fasa zaman kegelapan.

Nicholas Flamel

Manakala salah seorang tokoh Alkemi utama bernama Nicholas Flamel (1330-1417) adalah berasal dari Perancis. The Philosophers Stone (Batu Ahli Falsafah)  sememangnya bersumberkan dari buku 'The Book of Abraham The Jew yang dipercayai mengandungi rahsia-rahsia hebat, hasil himpunan catatan falsafah dan formulasi tertentu seperti menukar besi menjadi emas di samping menceritakan kehidupan akan datang (sini).

The Book of Abraham The Jew

Nama beliau ini dengan jelas telah digunakan JK. Rowling sebagai salah satu karakter siri pertama Harry Potter sebagai penjaga batu sihir. Salah satu Ritual Masonic adalah berkait rapat dengan penggunaan batu-batu yang membantu menyempurnakan ritual sihir tertentu kerana dianggap memiliki tuah dan keajaiban.


Selain yang sudah dinyatakan di atas, ada banyak simbol-simbol atau mahluk Okultis lainnya yang dipaparkan dalam Harry Potter siri pertamanya, antara lain: Quidditch, Sapu Terbang, Nimbus, Anjing Berkepala 3 (Fluffy), Quirell, dan Catur. 

The Checkered: Signifikasi kepada pertemuan antara dua dunia


The Checkered: Sinonim dengan Freemason - illuminati

Pada simbol Catur (The Checkered), jelas pada kita bahawa ianya simbol Freemasonry. Hampir seluruh markas Freemasonry di seluruh dunia memiliki lantai kotak-kotak hitam putih yang disebut The Checkered Floor, dan ia digunakan dalam ritual pengijazahan calon Mason baru atau kenaikan darjat keanggotaan.


2. Siapakah Vablastky (Blavatsky) - Pengarang Silibus Ilmu Sihir Hogwards



Terdapat sebuah nama yang digunakan oleh JK. Rowling di dalam cerita ini iaitu nama pengarang buku ramalan masa depan (silibus mata pelajaran sihir Hogwards), Madame Blavatsky. Nama ini bagaimanapun telah diubah oleh JK. Rowling kepada Cassandra Vablastky. Persoalanya, siapakah watak ini?



Harry Potter dan Madame Blavatsky

Madame Blavatsky adalah di antara yang mempunyai kaitan rapat dengan sejarah Freemasonry di Indonesia. Perempuan Yahudi Rusia bertubuh rendah dengan pandangan mata yang seperti burung hantu ini hidup di zaman penjajahan Belanda dan memiliki sebuah kediaman dengan tanah yang cukup luas di bandar Jakarta, Indonesia. 

Kini tanah yang didirikan rumah Blavatsky itu telah digunakan untuk membina Pejabat Pos dan Telekomunikasi di Jalan Medan Timur. Sewaktu dahulu, jalan ini sering di sebut Blavatsky Weg atau Jalan Blavatsky. Blavatsky inilah Ibu kepada ajaran pluralisme yang sekarang digembar-gemburan kaum Liberal iaitu, Jaringan Islam Liberal (JIL).


Harry Potter dan Mesir Kuno

Pada siri Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, diceritakan ketika keluarga Ron Weasley ke Mesir, Hermione mengakui bahawa dirinya begitu takjub dengan para penyihir Mesir yang dianggapnya sebagai sumber segala sumber ilmu sihir dunia. Apa yang ditulis JK. Rowling ini merupakan petunjuk kuat jika dunia sihir Harry Potter memang berasal dari sihir Mesir Kuno. Dan para ahli sejarah tidak ada yang membantah jika ilmu sihir Mesir kuno memiliki satu istilah KABBALAH (istilah ini bagaimanapun terkenal di dalam agama Yahudi yang lebih berkonsepkan mistisisme)



Kabbalah ini sehingga kini masih wujud. Bahkan ramai di kalangan selebriti Hollywood adalah merupakan anggota dari Kabbalah Center of Los Angeles. Madonna sendiri merupakan ikon Kabbalah Hollywood. Dan adalah bukan kebetulan jika JK. Rowling memilih Daniel Radclife sebagai pemegang watak Harry Potter, di mana Radclife adalah merupakan seorang anak campuran Yahudi-Inggeris.


Kesimpulan

Sihir dan Islam

Mesej di dalam Harry Potter kepada kita jelas menunjukan kepada kita bahawa jika ada Black Magic (Sihir Jahat) maka di sana adanya White Magic (Sihir Baik). Ini adalah perkara yang hendak diterapkan oleh JK. Rowling kepada jutaan kanak-kanak di dunia ini dengan cara yang halus dan Islam sendiri telah menegaskan bahawa sihir itu adalah suatu perkara yang kufur dan syirik kepada Allah SWT. Hal ini tidak jauh dari pandangan Yahudi yang mengatakan bahawa sihir baik itu wujud menerusi  riwayat Israeliyyat, kisah Harut dan Marut.


Firman-Nya :

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ 

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (QS Al-Baqarah: 102)

Allah SWT sendiri telah menjelaskan kepada kita bahawa jika mengajar ilmu sihir itu adalah merupakan kekufuran maka yang mempelajarinya juga adalah kekufuran. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:

“Jauhilah tujuh perkara yang akan membinasakan.” Para sahabat bertanya: “Apakah ia?” Beliau bersabda: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa tanpa haq, makan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, dan menuduh orang-orang yang beriman yang menjaga diri dengan perkara keji.” 

Dalam riwayat Tirmidzi, Jundub bin Ka’ab Assa’ meriwayatkan dari Nabi SAW bahawa dalam hukum Islam, hukuman untuk mereka yang mengamalkan sihir adalah dipenggal dengan pedang.


Sikap Kita Sebagai Muslim Mukmin

Cerita Harry Potter yang pernah kita tontoni atau baca selama ini jelas mengajari sihir tanpa sedar kepada kita. Bahkan para pengkaji dari Barat sendiri menyatakan bahawa Harry Potter adalah merupakan Handbook of Occult, Buku Pegangan Okultisme. Kerana bahayanya mesej yang cuba dibawa dalam cerita ini, para pendeta gereja di Barat dan di kalangan pendidiknya, telah terlebih dahulu menyatakan akan bahayanya kepada minda kanak-kanak. Risikonya amatlah besar.

Begitu juga kepada mereka yang jahil akan agama. Segalanya terpulang kepada diri kita sebagai yang telah mengetahui untuk mengambil langkah berwaspada kepada setiap helah dan racun yang ditaburkan oleh pihak musuh demi merosakkan akidah umat Islam khususnya. 

Pada saya, cerita yang kita ingin sajikan kepada masyarakat haruslah mempunyai nilai-nilai keIslaman yang menepati kehendak syara’ demi melahirkan masyarakat yang berakhlak tinggi dan bukan yang berimiginasi dengan perkara yang pelik-pelik apatah lain jika ianya berkaitan dengan Ilmu Hitam. 

Sungguhpun begitu, ia tiada masalah (bergantung pada mudharat) jika melibatkan kehadiran pihak yang sewajarnya seperti Ibubapa atau golongan Ustaz, para ahli akademik dan sebagainya sebagai pengulas kepada sesebuah cerita itu agar penonton tidak hanyut dengan kefahaman akal sendiri.


Saya melihat, ghazwah al-fikr yang pihak musuh cetuskan melalui filem seharusnya kita balas dengan 'senjata' yang sama. Saya pasti, di luar sana ada Muslim yang pakar dalam menulis industri pemfileman ini walaupun tidak sehebat filem yang mereka produksikan. Filem-filem ala-ala box office versi Islamic ada juga yang kita boleh dapati dewasa ini.  Apa lebih yang dikesali, Muslim yang mengikuti rentak irama mereka jauh lebih ramai..

Setidak-tidaknya, jika mahu menonton filem, pilihlah filem yang menyempaikan mesej nilai-nilai murni dan keagamaan. Media hakikatnya memainkan peranan yang penting dalam membentuk persepsi seseorang itu. Antaranya; 1. Valley of The Wolves: Palestin - 2011 (Turki) 2. Children of Heaven - 1997 (Iran) 3. Hafalan Solat Delisa - 2011 (Indonesia) 4. Laskar Pelangi (Indonesia) dan sebagainya. Novel-novel islami juga banyak cuma agak kurang individu yang sanggup untuk memfilemkannya.

Wallahu'alam.






Bibliografi (amat disarankan jika mahu membuat kajian lanjutan):

Al-Quran
Al-Hadis
http://google.com/
http://wikipedia.com/
http://www.spotlightministries.org.uk/
http://www.spotlightministries.org.uk/harrypotterarticle.htm
http://www.therealpotter.com/
http://news.bbc.co.uk/hi/english/education/newsid_1638000/1638887.stm
http://news.bbc.co.uk/hi/english/education/newsid_693000/693779.stm
http://news.bbc.co.uk/hi/english/entertainment/newsid_864000/864984.stm
http://cana.userworld.com/cana_harrypotter.html
http://cana.userworld.com/cana_morehpotter1.html
http://www.lasttrumpetministries.org/tracts/tract7.html
http://www.reachouttrust.org/regulars/articles/occult/hpotter.htm
http://www.reachouttrust.org/regulars/articles/occult/hpotter2.htm
http://www.family.org/pplace/pi/harrypotter/A0018569.cfm
http://www.cuttingedge.org/news/hpmain.html



Sunday, 5 February 2012

Eid Milad Ya Rahmatan Lil 'Aalamin

Harry Potter: Illuminati & Pengaruh Satanisme VI

Selain dari karakter-karakter dalam Harry Potter, penggunaan benda, istilah, simbol serta perkara lain yang berkaitan dengan dunia sihir turut mempunyai simbolik yang tersendiri. Ia seolah-olah merupakan suatu bentuk promosi secara tidak lansung kepada ilmu sihir dan antara simbol asasnya adalah:


1. Burung Hantu (The Owl)

Burung Hantu Harry

Burung Hantu cukup dikenali dengan simbol kebijaksanaan dan pengetahuan. Hakikatnya, pengertian ini tidak benar dan sudah dimanipulasikan. Simbol Burung Hantu (The Owl) adalah bersumberkan dari perkara asas kabbalah dalam ritual Osirian Mesir Kuno yang mewakili Dewi Iblis bernama Lilith. Burung ini sejak lama menjadi simbol bagi okultisme, shamanisme (pembomohan), dan sejumlah ritual Luciferian (penyembahan syaitan).

ritual di 'kuil' burung hantu?


Dalam mitologi okultisme (juga terdapat dalam mitos Yahudi), Dewi Iblis Lilith dianggap isteri pertama Adam sebelum Eva (Hawa). Disebabkan Lilith ingin menguasai semuanya, termasuk menguasai Adam, maka dia dibuang ke bumi dan kemudiannya berkahwin dengan Lucifer,The Fallen Angel yang juga turut dibuang dari surga ke bumi. 

Dewi Lilith

Perkawinannya dengan Lucifer telah menghasilkan Baphomet, iaitu mahluk setengah manusia setengah haiwan atau yang lebih dikenal sebagai Kambing Iblis (Goat Mendez). Ia merupakan simbol utama Gereja Syaitan. Illuminati dan Bohemian Groove adalah merupakan dua kelompok rahsia Luciferian yang telah mengambil The Owl sebagai salah satu simbol utamanya.

Baphomet


2. Orang-Orang Berjubah Hitam

watak misteri lelaki berjubah hitam dalam bulatan

Jubah hitam juga merupakan pakaian ritual kaum Luciferian (penyembah syaitan). Pakaian di gereja syaitan ini adalah sama seperti Illuminati, Freemasonry, Rosikrusian, yang juga mengenakan jubah hitam dalam melakukan upacara ritual mereka. Jubah ini bukanlah seperti mana jubah yang dipakai oleh Muslim, kerana reka bentuknya agak berbeza ditambahi pula dengan 'topi' yang boleh menutup kepala.



3. Kucing

Professor McGonagall mampu mengubah bentuk kepada seekor kucing



Kucing adalah satu-satunya binatang yang dipuja pada zaman purba Mesir kuno. Di zaman Fir’aun, kucing bukan sahaja menjadi haiwan kesayangannya malah merupakan seekor haiwan yang rapat dengan kondisi sihir Osrian Mesir. Kucing hitam pula di dalam mitologi Barat dan Okultisme cukup terkenal sebagai The Devil Cat (kucing syaitan). Dalam kepercayaan tahyul sebahagian masyarakat kita pun mempercayai bahawa seseorang yang telah mati apabila dilangkahi jenazahnya maka mayat itu akan bangkit kembali. Kepercayaan khurufat ini juga dengan terdapat dikalangan segelintir masyarakat kita di Malaysia.


4. Tanda Kilat ( Lightning/Thunderbolt )

Parut berbentuk kilat jelas terpapar pada dahi Harry ketika bayi

Simbol (scar) ini terdapat pada Harry Potter setelah Voldemort membunuh kedua ibu bapanya namun dia gagal untuk membunuh Harry Potter yang ketika itu masih bayi. Voldemort hanya dapat meninggalkan parut di dahi Harry Potter dan parut itu (Scarface) berbentuk kilatan halilintar atau yang dikenal juga sebagai Thunderbolt. Kilatan halilintar itu adalah mirip dengan simbol kilat seolah-olah huruf S. Ini juga merupakan simbol iblis. Dan simbol ini masih kekal dengan cukup nyata di kening Harry Potter sehingga dia dewasa.

Perhatikan: Apakah 'scar' pada loket pentagram (bentuk bintang terbalik) La Vey adalah kebetulan?


Dan apa yang pembaca perlu mengetahui adalah, simbol kilat itu adalah sama seperti simbol kilat yang dipakai oleh Anton Szandor La Vey, ketua Gereja Syaitan, dan simbol itu adalah sebagai salah satu simbol medalion di Gereja Syaitannya di mana simbol kilat itu diletakkan di tengah-tengah simbol Pentagram terbalik (Baphomet).

Baphomet adalah simbolik kepada bentuk Pentagram


5. Gabungan simbol scar dengan simbol bintang terbalik ( pentagram )

Selain itu, simbol kilat serupa juga dipakai sebagai simbol pasukan elit Nazi Hitler, SS-Waffen, yang juga merupakan pasukan rahsia okultis Hitler di bawah komando Heinrich Himler. Agama Kristian menganggap simbol kilat ini sebagai simbol kewujudan syaitan.

Dalam New Testament ( Bible ) Lukas 10:19, menyebut: “Dan dia (Jesus) berkata kepada mereka, aku melihat syaitan jatuh dari surga bagaikan kilat. (Teks asal : “And he said unto them, I beheld Satan as lightning fall from heaven.” ) dan juga dalam Revelation: “Dan mereka akan melihat, namanya akan tergores di bahagian hadapan wajahnya.” (Revelation, 22:5)


Kombinasi antara pentagram dan simbol kilat merupakan lambang satanisme


6. Ular (The Snake)



Ular antara watak yang sering ditunjukkan dalam beberapa bab di dalam siri cerita ini antaranya pada siri pertama, pada permulaan Harry menyedari kebolehannya berkomunikasi dengan ular (bahasa Sssss kot), seterusnya ketika perlawanan Harry dengan Ular Tedung besar ketika sesi pembelajaran ilmu hitam dan juga pada klimaks siri The Chamber Of Secrets. Hal ini didasarkan kepada fahaman okultisme yang mempercayai ular juga merupakan simbol kebijaksanaan. Perkaitan yang dapat dilihat antara lainnya adalah sewaktu peristiwa penurunan Adam ke bumi, Lucifer yang mengikutinya dikatakan telah menukarkan dirinya kepada bentuk seekor ular. 




Begitu juga dalam kepercayaan sihir bangsa-bangsa purba, ular memang terkenal dengan kepercayaan hal-hal kesyaitanan. 



Ular Dalam Perspektif Islam: As-Sunnah

Di dalam Islam juga telah dinyatakan di dalam beberapa hadith yang Nabi SAW menyuruh membunuh ular jika setelah 3 kali ianya dihalau tidak pergi kerana ianya adalah jelmaan jin kafir sepertimana sabda Baginda SAW: “Jin terbahagi kepada 3 kelompok. 1/3 mempunyai sayap yang boleh membuatkan mereka terbang di udara. 1/3 lainnya berbentuk ular dan anjing dan 1/3 lainnya boleh beralih dari satu kelompok ke kelompok lainnya.

Hadith ini telah ditakhrij (dikeluarkan) oleh Al-Baihaqi dengan sanad sahih. Adapun hadith yang asal : “Dari Jabir Nafir, dari Abi Tsa’labah Al-Khuntsa ra, bahawa Rasulullah saw bersabda, : "Jin terbahagi dalam 3 kelompok. Kelompok pertama adalah jin yang mempunyai sayap dan dapat terbang di udara. Kelompok yang kedua terdiri dari jin yang berbentuk ular dan anjing, sedangkan kelompok ketiga adalah yang boleh berubah bentuk dirinya.”

Dalam al-Mustadrak, al-Hakim meriwayatkan hadis yang sama dengan hadis di atas. Mengenai hadis ini, al-Hakim mengatakan bahawa hadis tersebut sahih sanadnya, ditakhrijkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam sahihnya. Menurut Adz-Dzahabi, hadis ini sahih. Hadis ini juga serupa dengan yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dalam tafsirnya, yang bermaksud : “Jin terbahagi 3 kelompok. Kelompok pertama yang ada di udara. Kelompok kedua adalah jin yang boleh naik-turun kehendak hati mereka, sedangkan kelompok ketiga adalah jin yang berbentuk ular dan anjing." Setiap kelompok dari ketiga kelompok ini membantu kelompok atau himpunan yang lain.


Mengenai ular ini, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa terdapat dua kelompok iaitu yang pertama al-Abtar dan yang kedua Dzu al-Thifyatayn’. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibn ‘Umar ra, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah saw berkhutbah di mimbar. Rasulullah saw bersabda, “Bunuhlah ular, bunuhlah Dzu al-Thifyatayn dan al-Abtar, sebab kedua binatang itu menyembur mata dan menggugurkan kandungan.” 

Di dalam Shahih Bukhari juga diriwayatkan bahawa Nabi saw memerintahkan para sahabat membunuh ular dan sesudah itu melarang membunuh ular yang menghuni rumah, sebab mereka adalah jin-jin yang menetap di rumah-rumah itu. 

Dalam Fath al-Bari Ibn Hajar menyebut, “Adapun perkataan Nabi yang berbunyi : “ Bunuhlah Dzu al-Thifyatayn, “adalah ular yang mempunyai dua garis putih di belakangnya.”

Ibn Abd Al-Barr pula menyebut, “Dikatakan bahawa, Dzu al-Thifyatayn adalah sejenis ular yang mempunyai dua garis putih di belakangnya, sedangkan al-Abtar adalah ular buntung (tidak berekor).”

*Nantikan sambungannya pada episod terakhir..

Thursday, 2 February 2012

Harry Potter: Illuminati & Pengaruh Satanisme V


Selain karakter utama yang masing-masing mempunyai maksud yang tersirat disebalik nama-nama mereka, karakter-karakter lain yang bersifat sebagai watak sampingan juga mempunyai rahsia tersendiri. Nama-nama yang dipilih bukanlah sembarangan atau 'main petik' mana sahaja yang suka.


Antara Karakter Sampingan Dalam Harry Potter



Minerva McGonagall

Beliau merupakan salah seorang orang kanan Albus Dumbledore. Minerva adalah nama Dewi Kebijaksanaan dan Dewi Kesenian bangsa Romawi, dan juga Dewi Perdagangan serta Seni Perang. Sedangkan “McGonagall” pula merupakan nama Scotland yang bererti Pemberani.



Argus Filch

Argus Filch merupakan salah seorang staf pejabat di Hogwarts. “Argus” adalah nama seekor raksasa dalam mitologi Yunani yang mempunyai ribuan mata dan “Filch” di sini bermaksud “Pencuri”.


Sirius Black

Sirius Black merupakan bapak baptis dari Harry Potter. Sirius merupakan nama sebuah bintang (buruj) berbentuk seekor anjing, dan kerana itu Sirius juga disebut sebagai “Bintang Anjing”. Bintang ini merupakan bintang yang paling terang di angkasa. Dalam bahasa Yunani, Sirius ditulis sebagai “Seirios” yang bermaksud “Membara”. Namun JK. Rowling menggabungkannya dengan perkataan “Black” yang tidak ada erti lain selain dari kegelapan. Jelas kita mendapati bahawa JK. Rowling memainkan lakonan “Teknik Manipulasi Illuminaty” yang memang sentiasa mempermainkan logik manusia dengan dua perkara yang saling bertentangan. Hampir semua keluarga Sirius Black diberi nama bintang seperti: Bellatrix, Regulus, Andromeda dan Draco. Dan lagi satu hal yang perlu diketahui adalah ritual Mesir kuno seperti Kabbalah adalah terkenal dengan perhitungan bintang.



Rubeus Hagrid

Hagrid adalah merupakan satu-satunya sahabat dan pelindung Harry Potter yang mempunyai bertubuh raksasa. Hagrid itu sendiri bererti raksasa, namun boleh juga disebut sebagai Peminum. Di dalam kepercayaan Yunani kuno, Rubeus Hagrid bermaksud dewa yang paling ramah. Walaupun demikian, Hagrid dituduh oleh Hades bertanggungjawab di atas pembunuhan anak Perseus yang telah membunuh Medussa dan sebab itu dia dilarang untuk kembali ke Olympus. Namun Zeus, Tuhan Tertinggi berasa kasihan kepada Hagrid lalu dia memberikan Hagrid suatu tugas untuk menjaga seekor raksasa yang baik (suatu kontradiksi lagi seperti halnya Sirius Black) yang berada di Olympus.



Draco Malfoy

Musuh Harry Potter, yang juga penghuni asrama Slytherin. Draco dalam bahasa latin berarti Naga. Dalam legenda latin kuno, merujuk pada raksasa naga. Sedangkan “Malfoy” adalah berasal dari dua nama yang disatukan iaitu ‘Mal’ dan ‘Foy’. ‘Mal’ dalam bahasa latin dan Sepanyol bererti “Yang Jahat” yang biasanya merujuk pada Syaitan. Sedangkan “Foy” dalam bahasa latin bererti “Kepercayaan”. Maksud ‘Malfoy’ boleh diertikan sebagai “Kepercayaan kepada Syaitan”.



Lucius Malfoy

Beliau merupakan bapa kepada Draco Malfoy. Lucius adalah istilah lain untuk Lucifer, yang antara lainnya adalah nama Dajjal. Namun bagi kalangan okultis, Lucius atau Lucifer diertikan sebagai Si Cahaya (Luciferis), dan sama ertinya dengan istilah “Illuminaty” (Cahaya). Nama Lucius juga dipakai oleh salah seorang penguasa Rome, yang bernama Seneca. Nama lengkap Seneca adalah Lucius Annaeus Seneca iaitu seorang negarawan ternama, failasuf, dan orator. Tiga Paus juga dikatakan lahir dengan nama Lucius. Namun pada hari ini, nama ini sudah dianggap menjadi nama kebanyakan orang-orang penting dunia.



Narcissa Malfoy

Beliau adalah isteri kepada Lucius Malfoy dan ibu kepada Draco Malfoy. Dalam mitologi Yunani Kuno, nama Narcissa merujuk pada seorang tokoh yang mencintai dirinya sendiri apabila dia melihat bayangan dirinya di danau yang jernih. Istilah “Narsis” sekarang ini berasal dari mitologi Narcissa.



Severus Snape

Snape merupakan felow Asrama Slytherin. Severus adalah nama lain dari “Severe” yang membawa maksud kasar, berbahaya, tidak disukai orang ramai kerana kehadirannya selalu menimbulkan kegelisahan, memiliki ego yang besar, dan sebagainya. “Snape” pula adalah nama seekor ular di Slytherin.



The Grey Lady

Beliau merupakan hantu yang menghuni sekolah Hogwarts. Badannya adalah seolah-olah real dan menjadi satu legenda di sebuah Istana Chilingham di Alnwick, Northumberland. Istana tersebut terkenal dengan 'kerasnya' kerana terdapat dalam sejarahnya ramai orang disiksa sehingga mati di salah satu kamarnya. Salah satu hantu yang paling terkenal, bernama The Grey Lady, yang sering menganggu orang dengan rintihan dan bunyi tapak kaki di tangga. Entah disengaja atau tidak, filem Harry Potter juga menggunakan lokasi istana berhantu tersebut sebagai tempat penggambaran.

*Nantikan siri ke-VI pada entri seterusnya..