Umar Khayyam al-Naysaburi dilahirkan pada tanggal 18 Dzulqa'dah 439 Hijriah di kota Naishabur, timur laut Iran. Terkenal sebagai seorang tokoh matematik, astronomi, failasuf, dan penyair besar Iran, Meskipun ketinggian ilmu beliau jauh dalam di bidang sastera, namun Umar Khayam lebih terkenal di dunia sebagai seorang penyair. Syair-syairnya yang berstruktur rubaiyyat dan mengandung keindahan serta makna yang dalam telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dunia.
Selain
menghasilkan karya syair, Umar Khayam juga melakukan penambahbaikan
terhadap kalander Parsi. Kalendar hasil susunan Umar Khayam dikenal
dengan nama Taqwim-e Jalali. Karya Umar Khayam yang lain adalah buku Nuruz-nameh dan Tarikh-e Adab-e Jasn-e Nuruz, dan Jabar wa Muqabalah yang diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis pada tahun 1851.
Kawasan Strategi Jammu dan Kashmir Bergabung dengan India
Tanggal
26 Oktober 1947, menyusul kemerdekaan India dari Inggris, dan
terpisahnya Pakistan dari India, kawasan strategi Jammu dan Kashmir
bergabung dengan India. Pada sebelumnya, Jammu dan Kashmir yang majoriti
penduduknya muslim itu, akan digabungkan dengan wilayah Pakistan.
Namun, pemerintah wilayah tersebut di atas provokasi Inggeris dan India,
mereka mengambil keputusan yang berlawanan dengan keinginan rakyatnya,
dan lebih memilih untuk bergabung dengan India.
Setelah
diumumkannya penggabungan ke India ini, Pakistan menyerang Jammu dan
Kashmir serta menduduki sebahagian wilayahnya. Sejak saat itu, Pakistan
dan India telah dua kali berperang memrebut kawasan tersebut. Permusuhan
politik di antara keduanya sehingga kini terus berlanjutan. PBB telah
mengusulkan agar diadakan referendum untuk menentukan nasib kawasan ini.
Usul ini diterima oleh Pakistan, namun ditolak oleh India. Kawasan
Jammu dan Kashmir memiliki luas wilayah 222 ribu kilometer persegi dan
hampir dua pertiganya dikuasai oleh India.
Pemerintahan Vietnam Selatan Terbentuk
Tanggal
26 Oktober 1955, akibat konspirasi politik negara-negara Barat, Vietnam
yang saat itu tengah berjuang melawan penjajahan Perancis, terbahagi
dan terbentuklah pemerintahan Vietnam Selatan. Tujuan pendirian
pemerintahan Vietnam Selatan yang didukung penuh oleh Barat, khususnya
Amerika, adalah untuk melemahkan dan melawan pemerintahan sosialis di
Vietnam Utara.
Kemudian,
ketika tentera AS pada tahun 1965 memasuki medan perang untuk melawan
para pejuang Vietnam, Vietnam Selatan berubah menjadi pangkalan militer
AS. Akhirnya, setelah kekalahan AS dalam perang Vietnam, Vietnam Utara
menyerang Vietnam Selatan pada tahun 1975 dan menggulingkan pemerintahan
Vietnam Selatan. Sejak itu, kedua wilayah Vietnam tersebut kembali
bersatu.
Israel dan Jordan Menandatangani Perjanjian Damai
Tanggal
26 Oktober tahun 1994, Raja Husain dari Jordan dan Yitzak Rabin,
perdana menteri Rejim Zionis, menandatangani sebuah pejanjian yang
mereka istilahkan sebagai perdamaian. Perjanjian ini ditandatangani
dalam proses perdamaian antara Arab dan Zionis yang disponsori AS.
Proses perdamaian ini dimulai sejak digelarnya Konferensi Madrid tahun
1991.
Berdasarkan
perjanjian antara Jordan dan Israel itu, rejim Zionis bersedia mundur
dari sebahagian wilayah Jordan dan sebaliknya, Jordan membatalkan
embargo ekonominya terhadap rejim ini. Atas penandatangan perjanjian
itu, AS berjanji untuk membebaskan Jordan dari hutang-hutangnya kepada
AS, serta akan memberi bantuan keuangan kepada Jordan. Namun, janji As
itu sama sekali tidak ditepati.
Akibatnya,
Raja Husain yang sejak lama melakukan kontak rahsia dengan Zionis dan
berusaha mencari keuntungan ekonomi melalui perdamaiannya dengan Israel,
tidak berhasil mencapai keinginannya itu. Sebaliknya, ia malah menuai
kemarahan dari rakyatnya dan dari negara-negara Arab di kawasan itu.
Selain itu, perjanjian damai antara Tel Aviv dan Amman juga telah
melemahkan persatuan Arab dalam melawan Zionis.
Fathi Syaqaqi Gugur Syahid
Tanggal
26 Oktober tahun 1995, Dr. Fathi Syaqaqi, Setiausaha kelompok Jihad
Islam Palestin, dan juga merupakan seorang pejuang yang gigih dalam
melawan Zionis, gugur syahid di Malta. Beliau menjadi korban jenayah
dari agen rahsia Israel, Mossad. Dr. Fathi Syaqaqi lahir ke dunia pada
tahun 1951 di kem pelarian rakyat Palestin di kota Gaza. Awalnya, dia
bekerja sebagai guru. Kemudian, ia masuk universiti dan belajar ilmu
perubatan. Setelah berjaya di dalam pengajian, beliau bertugas sebagai
doktor di Hospital di Baitul Maqdis.
Sejak
pada usia mudanya, Dr. Fathi telah aktif dalam kegiatan politik melawan
Zionis dan pada tahun 1968, ia bergabung dengan kelompok Jihad Islam.
Pada tahun 1979, rentetan penulisannya dalam sebuah buku mengenai Imam
Khomeini, Dr. Fathi dipenjarakan di Mesir. Setelah bertahun-tahun
berjuang bersama kelompok Jihad Islam, beliau akhirnya dia dipilih
menjadi setiausaha kelompok ini.
Beliau pernah berkata :
"Intifadah
lahir akibat pendudukan Israel, sehingga, selama mana Israel masih
menjarah di bumi Palestin, maka intifadhah akan sentiasa ada"
(pautan)
(pautan)
0 comments:
Post a Comment
Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)