Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Saturday, 29 October 2011

2022 FIFA World Cup : Qatar Sudah Bersedia





















Lihat di sini untuk selanjutnya.. Cantik dan indah bukan? Walaupun begitu, ia sangatlah jauh jika mahu dibandingkan dengan akhirat kelak yang merupakan tempat kekal abadi. 

Berhubung dengan perihal dunia, Allah berfirman: "Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu..." (Qur'an, 35:5) 

Pernah Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud)




"Allah SWT. telah mewahyukan kepada Daud a.s. dengan firman-Nya: "Wahai Daud, perumpamaan dunia iaitu laksana bangkai di mana anjing-anjing berkumpul mengelilinginya, menyeretnya ke sana ke mari. Apakah engkau suka menjadi seekor anjing, lalu ikut bersama mereka menyeret bangkai itu ke sana ke mari?" Wahai Daud! Berlemah-lembutlah dalam perbicaraan dan sederhanalah dalam berpakaian. Kemasyuran namamu di khalayak ramai tidak akan serupa selama-lamanya (dengan apa-apa yang diperolehi) di akhirat. (Hadis Qudsi)


Raja Qatar: Hammad Ibn Khalifa Al-Thani



Raja Qatar & Isteri (Mozah) bersama Presiden US Barack Obama dan 1st Lady of US




Raja Arab Saudi




Demikianlah realiti dan pemikiran Pak-Pak Arab pada akhir zaman. Mengejar dunia dengan segala kemewahan seolah-olah dunia ini tiada penghujungnya. Dunia di Tanah Arab pada hari ini cukup terkenal dengan lambang kemewahan dan ke-ekslusifannya. Bas sahaja seperti hotel 5 Bintang: Lihat sini).  Belum dikira dengan bangunan pencakar langit dan lain-lain lagi.



Seharusnya kita menyedari, apakah begini saranan atau ajaran Rasulullah kepada umatnya pada masa sama saudara-saudara kita di Palestin yang setiap hari bertarung nyawa untuk hidup. Di Somalia yang kebuluran dan demikian juga pada banyak negara-negara Muslim yang lain. Qatar adalah antara negara pembekal minyak yang terbesar di dunia. Namun ia lansung tidak dimanfaatkan untuk membantu golongan yang lebih memerlukan.




Pendedahan dalam The Arrivals sudah cukup membuktikan bahawa unsur-unsur illuminati telah lama wujud dan menguasai pemikiran pemimpin-pemimpin Arab. Bukti jelas jika diamati struktur binaan di beberapa tempat di negara tersebut. Tidak hairanlah mereka tunduk dan patuh kepada kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan berkecuali dalam isu umat Islam. Mana-mana pemberontakan yang cuba dilakukan oleh rakyat mereka akan segera dilenyapkan demi menjaga kepentingan Amerika dan sekutunya.


Biar gambar berbicara..







0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)