Kemenangan Yang Hampir

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (Surah al-Fath 48:1)

Memaknai Hidup Dengan Perjuangan

Jadilah penolong-penolong agama Allah dalam menegakkan agamaNya di muka bumi ini

Kalam Murabbi

Amanat Untuk Pemuda dan Pemudi

Kesatuan Ummah

Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul (Surah An-Nisa’4:59)

Pedulisme dan Faham

Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya (HR al-Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Follow by Email

Sunday, 29 January 2012

Harry Potter: Konspirasi Illuminati & Pengaruh Satanisme IV


Dalam siri yang lalu (sini), kita telah didedahkan secara umum berkaitan dengan sejarah bagaimana 'pencipta' cerita Harry Potter ini secara tidak lansung mempunyai selok belok dalam dunia ilmu hitam. Hal tersebut sekaligus menginpirasikan penulisan beliau dalam cerita Harry Potter. Sepanjang tinjauan saya dalam mentelaah sumber-sumber yang berkaitan dengan entri ini, di Eropah, begitu banyak sekali siri pendedahan samada dalam bentuk buku, visual mahupun seminar yang dianjurkan terutamanya dari golongan agamawan berkenaan dengan 'bahaya' yang terdapat dalam cerita ini. Tindakan ini lebih bersifat counter-back isu atau lebih tepat lagi dalam usaha memerangi pengaruh satanisme dalam masyarakat di sana.


Di Sebalik Tabir Karakter Dalam Harry Potter

Sebagai seorang penuntut ilmu okultisme di Universiti Exeter seperti JK. Rowling, watak-watak yang terdapat di dalam cerita Harry Potter itu bukanlah rekaan atau idea darinya semata-mata kerana kesemua watak itu mempunyai hubungan dan simbolnya tersendiri yang berkait rapat dengan okultisme. Rasanya bolehlah dikatakan bahawa siri pertama Harry Potter itu sebagai sejenis buku penghantar untuk mendalami ilmu sihir seperti mana adanya buku penghantar falsafah sebagai pengenalan atau muqaddimah bagi mereka yang ingin mempelajari falsafah ataupun buku penghantar qiraat bagi yang ingin mengenali ilmu qiraat secara umumnya. 


Dalam siri pertama Harry Potter, kita dapat lihat bagaimana Harry berkenalan dengan dunia sihir walaupun dia pada asalnya seorang seorang Muggle. Bagi jutaan kanak-kanak yang melihat peristiwa ini mungkin akan terpengaruh dengan konsep sesiapa sahaja boleh mempelajari ilmu sihir serta menjadi ahli sihir. Begitu juga dengan setiap watak yang ditonjolkan di dalam cerita ini yang masing-masing mempunyai simbolik dan mesej tersendiri.


Karakter Utama Dalam Harry Potter



Harry Potter

Perkataan Harry adalah diambil dari perkataan “Harold” yang bererti Panglima Perang. Nama ini kononnya diambil oleh Rowling dari nama salah seorang sahabatnya ketika zaman kanak-kanak.



Ron Weasley

Rob merupakan sahabat karib Harry Potter bersama Hermione Granger. Ron Weasley boleh diterjemahkan sebagai "Running Weasel" dalam bahasa yang lain. Hal ini mempunyai perkaitan dengan mitologi tentang juara catur Dinasti Keenam. Ron juga bermaksud “Penasihat Raja”.



Hermione Granger

Hermione Granger pula seorang gadis remaja yang bersama-sama Ron Weasley merupakan sahabat karib Harry Potter. Hermione memiliki makna sebagai “Si Pembawa Pesan” Dalam mitologi Yunani, Hermione disamakan dengan Hermes,The Messenger of the Gods. Hermione juga dipakai oleh Shakespeare sebagai nama seorang ratu dalam “The Winter Tale”.



Albus Dumbledore

Albus Dumbledore merupakan Pengetua Sekolah Hogwarts. Albus merupakan istilah latin untuk “Putih”, dan Dumbledore pula adalah daripada istilah Inggeris kuno yang bererti “lebah besar yang berbulu”. Untuk istilah yang terakhir, Rowling menyatakan dia menamakan karakter ini karena orang tua berjanggut putih panjang ini suaranya seperti berdengung, mirip dengan dengungan lebah. Manakala istilah “Albus” adalah nama bagi Geomancy (sejenis Feng Shui) yang bererti sebagai Yang Bijak, Penyelesai Masalah Yang Baik, dan juga merujuk pada Yang Tercerahkan. Erti yang terakhir ini sama ertinya dengan istilah Illuminatrix atau Iluminaty.

* bersambung..

Wednesday, 25 January 2012

Harry Potter: Illuminati & Pengaruh Satanisme III

* Makluman: Pembaca disarankan untuk merujuk kepada entri terdahulu demi menambahkan lagi kefahaman dalam entri-entri yang berikutnya: 



Permulaan Pengelibatan Rowling Dengan Ilmu Hitam di Exeter

Sepanjang tempoh pengajian JK. Rowling di Universiti Exeter, beliau sebenarnya tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam kursus yang berkaitan dengan okultisme dan ritual-ritual sihir secara rasmi. Perkara ini dinyatak sendiri oleh Mastrisciana iaitu salah seorang ‘orang kuat’ gereja di Amerika dan di England. 


Dalam sebuah video yang berjudul “Harry Potter: Witchcraft Repackaged video” ini telah banyak di sebarkan dan diperbahaskan dalam perbincangan para sarjana serta pihak gereja di Amerika dan England. Mastriciana seterusnya menyatakan bahawa JK. Rowling ketika berada di Universiti Exeter bukan hanya mempelajari bahasa Perancis sahaja namun beliau sebenarnya turut mendalami ilmu okultisme di sana (Martha Kleder for Concerned Women for America-WMA, “Harry Potter: Seduction of the Occult”, Dec 2001). 


Mungkin ada benarnya apa yang dinyatakan Mastriciana kerana Universiti itu sendiri di dalamnya ada menawarkan kos yang berkaitan dengan okultisme dan paganisme kepada penuntut-penuntutnya. Kursus ini diletakkan dalam satu jurusan yang khusus iaitu “ Western Esotericism ” di bawah HuSS (School of Humanities and Social Sciences ). Jurusan yang bergelar Master of Arts Western Esotericism (MA-Western Esotericism) ini mempunyai modul-modul pembelajaran, antara lainnya adalah: 

1. Alexandrian Hermetism, Neo-Platonism, dan Astrology (15 unit kredit) 
2. The Hermetic Art of Alchemy (15 unit kredit) 
3. Pencerahan Kabbalah dan Pengaruhnya (15 unit kredit) 
4. Rosicrucianism dan Freemasonry (15 unit kredit) 
5. Theosophy dan Esotericism Global (30 unit kredit) 
6. Tradisi Esoteric dalam Literatur dan Masyarakat Inggris 1550 - 1670 (15 unit kredit) 
7. The Esoteric Body (15 unit kredit) 
8. Sufism and Islamic Devotional Life (15 unit kredit) 
9. Heretics and Mystics: Language, Society and the Divine 1300-1500 
10. Witchcraft in History (30 unit kredit) 
11. The Disenchantment of the World? Society and the Supernatural in Early Modern Europe (30 unit kredit). 

Keseluruhan modul yang ditawarkan ini adalah berbentuk program separuh masa (part-time programme) yang hanya mengambil masa 1 tahun 11 bulan dengan keseluruhan jumlah unit sebanyak 180. Persoalannya adakah benar jika JK. Rowling pernah mengikuti program-program ini sepertimana yang didakwa tadi? Ini kerana tiada sebarang catatan yang ada mengenai Harry Potter yang menerangkan soal ini. 

Walaupun demikian, faktanya adalah JK. Rowling menguasai dan memahami ilmu tentang sihir-sihir serta praktikalnya yang jelas kita dapat perhatikan di dalam ketujuh-tujuh episod di dalam cerita Harry Potter ini dan beliau bukanlah ibu yang biasa sepertimana ibu-ibu yang lain. 


Harry Potter and The Sorcerer Stones

Ketika mana JK. Rowling menulis novel pertama ini, maka pada pemikirannya sudah lengkap gambaran-gambaran novel-novel berikutnya sehingga ketujuh-tujuh siri di mana beliau pernah menyatakan bahawa akan ada salah seorang tokoh penting akan menemui maut.



Plot

Novel pertama yang diberi tajuk “Harry Potter and The Philosopher Stone’s” yang setahun kemudiannya di Amerika ditukarkan kepada “Harry Potter and The Sorcerer Stone’s” (gambar) mengisahkan tentang awal perkenalan Harry Potter (yang berasal dari kaum Muggle iaitu satu kaum yang tidak menyukai dunia sihir dan ilmu sihir). Kisah ini para pembaca boleh mendapati di mana-mana samada melalui novel atau pun melalui movie yang telah berada di pasaran dan 'bersepah' di internet.


Secara ringkasnya, permulaan Harry Potter ditonjolkan dengan kehidupan beliau sebagai remaja yang biasa namun hidup terkurung dengan pakcik makcik serta seorang anak mereka yang berbadan gempal. Harry yang menjadi yatim piatu disebabkan telah dibunuh oleh pakcik Voldemort namun Harry terselamat. Harry kemudiannya telah diterima masuk kesekolah ahli sihir di Hogwards dan di sanalah Harry banyak menghabiskan masa. Dan di sana juga pelbagai peristiwa dan cabaran yang Harry lalui. Antaranya adalah ketika pada klimaksnya iaitu saat pertarungan dengan Prof. Quirell yang telah diparasitkan oleh Voldemort demi hidup kembali.

Dalam kisah pertamanya ini, kita akan mendapati banyak benda-benda mistik, simbol-simbol okultis, dan haiwan-haiwan yang terdapat dalam pelbagai legenda sihir yang sememangnya diyakini dalam dunia gelap sehingga sekarang seperti burung hantu, naga, ular hitam, serigala dan sebagainya.

*Nantikan pendedahan berikutnya pada entri yang akan datang..

Saturday, 21 January 2012

Harry Potter: Illuminati & Pengaruh Satanisme II

Pada entri yang lalu (sini), saya telah telah menerangkan secara umum mengenai siri filem/novel Harry Potter, sedikit latar belakang penulisnya dan cetusan yang menginspirasikan kisah Harry Potter ini. Pada entri kali ini, akan dihubung kaitkan latar belakang pendidikan penulis Harry Potter, J.K Rowling dengan pengaruh organisasi illuminati.

simbol illuminati yang sentiasa 'diizzahkan

Keunikan dan ketinggian imiginasi JK. Rowling ini sebenarnya agak sukar dicapai melainkan di sana adanya punca atau penyebabnya. Gambaran JK. Rowling yang begitu mendalam mengenai ritual dan simbol pagan-okultisme ini adalah tidak lain dan tidak bukan berpunca dari dua latar belakang kehidupannya, iaitu di Edinburgh dan di Universiti Exeter. Pertama, bandar Edinburgh di mana Rowling menghasilkan novel Harry Potter yang pertama dan kedua di Universiti Exeter yang di sana terdapat pengajian mengenai okultisme.


Edinburgh

Kota Edinburgh yang terletak di Teluk Fort dan berhadapan dengan Laut Utara. Lokasinya di Barat Scotland berbatasan dengan kota Berwick On Tweed di Utara Great Britain. Di sebelah timur Edinburgh terdapat Kota Glaslow. Harry Potter telah dikenali dunia dengan kota kelahirannya di Edinburgh yang pada masa tempat itu adalah tempat pelarian utama para Ksartia Templar apabila beliau tewas di tangan Paus Clement V dan Raja Philips le Bel dari Perancis pada tahun 1307. Pada waktu itu, Scotland merupakan satu-satunya negara di Eropah yang bebas dari pengaruh Vatican. Ksatria Templar itu kemudiannya diterima dengan tangan terbuka oleh Raja Scotland ketika itu, Robert de Bruce.



Mereka kemudiannya menguasai sebuah syarikat tukang batu yang bernama Mason dan dari nama inilah mereka mendirikan markas organisasi rahsia mereka yang baru ( kini dikenali sebagai Freemasonry ). Dan sehingga kini, markas para Freemason di seluruh dunia dinamakan ‘Loji’, ‘Lodge’, atau Lodge yang berasal dari sebutan ‘Gilda’ atau asrama tukang batu Scotland yang bernama Loji ( klik di sini ). Antara yang lain, di Indonesia, terdapat satu cawangan Loji Freemasonry iaitu di Menteng, Jakarta Pusat yang dinamakan Gedung Bappenas.

Di Edinburgh inilah, para aktivis Freemason mempraktikkan ilmu sihir Kabbalah serta melakukan ritual Luciferianistik mereka. Di atas sebuah bukit yang berdekatan dengan Edinburgh (hanya 15 kilometer dari Pusat Templer kuno di Balantrodoch), para Templer ini membina sebuah kapal yang pada mulanya dinyatakan sebagai Kapal Keluarga namun walaupun setelah kapal itu siap dibina, kapal-kapal yang lain tidak boleh sesekali disebut sebagai Kapal Keluarga (disebabkan terlalu besar, mewah dan bernilai jika dipakai oleh keluarga). 

Adapun istilah ‘Keluarga’ itu hanyalah untuk ‘Keluarga Besar Templar’ atau ‘Persaudaraan Para Templer’. Pembinaan kapal ini telah diketuai oleh Willian St Clair. Kemudiannya, para aktivis Freemason dan Rosicrusian yang terpilih dan didatangkan khas dari beberapa buah negara Eropah untuk membina sebuah lagi kapal yang bernama Rosslyn Chapel. Ia juga dikatakan sebagai satu bentuk penghormatan kepada para dewa dewi dan sebagai satu bentuk tentangan kepada Gereja Katholik dan Paus. Dan inilah saat-saat yang mereka nantikan setelah begitu lama mereka ditewaskan oleh pihak Gereja.


Setelah diberi maklumat kepada pekerja-pekerjanya mengenai cara dan konsep pembinaan kapal ini, kapal ini kemudiannya dibina dengan sungguh unik dan tiada duanya di seluruh dunia. Kapal ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1450. Pelbagai daerah disekitar tempat pembinaan kapal itu secara tidak lansung dijadikan perkampungan demi menampung para Mason dan Rosicrusian yang bekerja untuk membina kapal ini. Arsitektural kapal tersebut sungguh unik dan tiada duanya di seluruh daratan Eropa, bahkan dunia. Mungkin boleh diungkapkan bahawa Kuil Herod (Haikal Sulaiman) yang mampu menyamai keunikan dan keindahan, serta keseraman arsitektural Rosslyn. Kapal ini juga mempunyai ciri-ciri kesenian sepertimana pada Kuil Herod dan hampir keseluruhan bahagian dari kapal ini dihiasi dengan simbol-simbol Masonik.


Di antara simbol itu adalah relief di dinding-dinding dan lengkungan-lengkungan yang menggambarkan kepala Hiram Abiff dan pembunuhnya, sebuah relief dari suatu upacara pembaiatan, dasar-dasar dari lengkungan, dan kompas-kompas. Kapal ini turut diwarnai oleh warna paganisme dan okultisme yang tulen, di mana di dalamnya bercampur elemen arsitektural gaya Mesir, Yahudi, Gothik, Norman, Celtik, Skandinavia, Templar, dan Masonik. Inilah klimaks dan hasil karyaan teragung para tukang batu (Mason) ketika itu. Salah satu aspek yang paling unik adalah puncak-puncak tiangnya yang dilatar belakangkan dengan tema bunga lili, kaktus, dan jagung, di samping bermacam-macam bentuk tanaman lainnya.

Disebabkan banyaknya elemen dekoratif pagan di dalam kapal ini telah memanggil seorang pendeta, yang menulis kisah tentang pembaptisan yang dilakukan oleh Baron Rosslyn, tahun 1589 mengeluh, : “Kerana kapal dipenuhi oleh patung-patung pagan, tidak ada tempat yang sesuai untuk menyelenggarakan Sakramen”. Ini bererti tiadanya tempat yang bersih dari simbol-simbol paganisme. Namun pada tanggal 31 Ogos 1592, hasil tekanan yang dilakukan terhadap Baron Oliver St. Claire dari Rosslyn, altar kapal yang berbentuk pagan ini dihancurkan. Antara yang lainnya, perkataan ‘Rosslyn’ sendiri dalam bahasa Gaelik bermaksud “Pengetahuan kuno yang diwariskan dari generasi ke generasi”, ini memiliki maksud yang sama dengan Kabbalah yakni “Pengetahuan Rahsia kuno yang diturunkan secara turun-temurun melalui lisan”.

Apa yang ingin dikaitkan dengan perkara ini adalah kerana adik kandung JK. Rowling, Diana, tinggal di kota ini. Dan ketika mengarang novel pertamanya, atau mungkin novel-novel berikutnya, Rowling menumpang di rumah Diana tersebut. Rowling biasa menulis di kafe-kafe di sekitar rumahnya itu. Namun tidak diketahui apakah dia melawat atau melakukan pemerhatian dengan mengunjungi Rosslyn Chapel, ataupun dia melakukan wawancara malah bersahabat erat dengan sejumlah tokoh Mason di sana. Yang jelas adalah warna Okultisme yang memang banyak di Edinburgh, memang menjadi “darah” bagi siri Harry Potter-nya.

Universiti Exeter

Motto Universiti Exeter adalah “Lucem sequimur” yang bererti “Kami Mengikuti Cahaya”. Secara umumnya, istilah “cahaya” di sini dipersepsikan sebagai ilmu pengetahuan. Namun dalam tradisi paganism-codex, “Light” atau “Cahaya” merupakan nama lain daripada “Lucifer”. Wikipedia (sini) menyebut Exeter sebagai sebuah kota di Inggeris. Merupakan ibu kota Devon. Penduduknya berjumlah 100,000. Di kota ini ada sebuah katedral, daripada runtuhan sebuah istana peninggalan kerajaan Romawi. Exeter dibangun oleh bangsa Romawi, yang menyebutnya Isca Dumnoniorum. Setelah mereka meninggalkannya dan diganti oleh bangsa Anglo-Sakson abad ke-7, nama ini diubah menjadi Exeter. Kemudian Exeter menjadi pusat perlawanan dalam penaklukan Normandia. Sekarang kota ini menjadilokasi Meteorological Office, yang meramalkan cuaca di negeri ini.


Apa yang menariknya, di bawah keterangan ini ada sub topik “Kota Kembar” yang memaparkan perkaitannya iaitu Rennes di Perancis. Itu bererti Exeter banyak persamaan dengan wilayah di selatan Perancis yang sejak dulu memang penuh dengan kepercayaan Kabbalah. Sekurangnya ada tiga tempat di sini yang menggunakan istilah “Rennes” yakni Rennes Le Chateau ( legenda Grail dengan Pastor Berenger Sauniere, dipaparkan secara panjang lebar dalam buku “The Holy Blood, Holy Grail” ), Rennes Le Bans, Coustassa ( misteri kematian Abbe Antione Gelis yang sehingga kini tidak terungkai ), dan Pyrennes, nama pergunungan di mana banyak kota-kota kecil ada di sekitarnya. 

Di wilayah ini juga ada kota kecil bernama Provence, di mana untuk pertama kalinya ajaran Kabbalah yang biasanya diwariskan dengan lisan, dibukukan. Tahta Suci Vatican meletakkan daerah ini sebagai sarang Heresy. Kerana itu, selatan Perancis sehingga kini merupakan daerah yang ketinggalan di dalam pembangunan material (diabaikan) dan dibiarkan tumbuh dengan sendirinya.

Orang-orang di sini percaya, jasad Maria Magdalena iaitu seorang yang sangat dipuja oleh persaudaraan-persaudaraan rahsia okultisme seperti Illuminaty, Templar, Rosikrusian, dan Freemasonry sehinggakan Maria Magdalena dianugerahi gelaran ‘Iluminatrix’ yang bererti “Cahaya di atas Cahaya”, serupa dengan arti nama Lucifer. Dan ini menyebabkan adanya larangan rasmi untuk menggali tanah di sekitar daerah ini bahkan untuk menanam sebatang pohon pun tidak dibenarkan. 

Selatan Perancis merupakan daerah kuno yang sudah ditinggalkan dan memiliki kepercayaan yang lampau sebelum kelahiran agama Kristian lagi. Terdapat banyak terowong di bawahnya yang saling berhubung antara satu dengan yang lain. Rahsia-rahsia dan mitos di sini, antara lainnya adalah harta karun Templar yang dipercayai ditanam di sini. Kononnya, Yoseph Arimatea menyelamatkan Maria Magdalena dari Jerusalem ke Perancis Selatan ini dan Maria meninggal dunia di sini. Pada setiap tahun iaitu pada 22 Julai akan diadakan Festival Magdalena di selatan Perancis.


Larangan menggali tanah di Rennes

Universiti Exeter, tempat di mana selama empat tahun JK. Rowling mengikuti kuliah bahasa Perancis, sebenarnya tidak asing lagi sebagai sebuah pusat pengajian yang memfokuskan dengan ritual-ritual pagan-okultisme seperti Druid, Celtics, dan Kabbalah. Hal ini tidaklah pelik kerana kota ini memang dibangunkan oleh bangsa Romawi yang memang akrab dengan ritual-ritual seperti itu. Bahkan walaupun mereka kemudiannya menerima agama Kristian, namun masih banyak simbol-simbol pagan-okultis yang tetap dipertahankan walau di dalam Vatican City sekalipun, dan banyak juga yang diambil sebagai sebahagian dari ritual Gereja.

*to be countinue..

Tuesday, 17 January 2012

Harry Potter: Illuminati & Pengaruh Satanisme I



Prakata

Bismillah, di kalangan manusia, tabiatnya ada yang suka membaca tetapi kurang mengkaji, ada pula yang suka mengkaji tetapi kurang analitik, ada juga yang kurang membaca dan mengkaji tetapi lebih bersikap meraikan kajian-kajian pihak lain dan begitulah sebaliknya. Saya lebih gemar mereka gemar membaca, mengkaji dan berfikir secara analitikal terhadap sesuatu isu yang diterima. Bukanlah Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda ulul albab. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun baring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata ‘Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. (Surah Aali-'Imran:190-191)

Teringat saya akan kebenaran kata-kata yang pernah diungkapkan oleh al-marhum al-syahid Syed Qutb rahimahullah dalam Tafsir Fi Dzilalil Qurannya:

“Janganlah kamu mengikuti sesuatu tanpa berpandukan ilmu yang menyakinkan dan janganlah mengikut sesuatu yang tidak terbukti kesahihannya.”

Isu Illuminati, Freemason, Satanisme, Demonisme dan sewaktu dengannya sudah lama membarah dalam masyarakat kita. Paling terdekat kita boleh melihat sendiri dalam dunia perfileman mutakhir. Cerita-cerita seram tidak pernah putus menjadi santapan masyarakat kita di pawagam-pawagam. Di UM sendiri, ada satu research yang menarik berhubung dengan isu satanisme; pengaruhnya dalam insudutri perfileman negara ini. Saya  pernah melihat hasil kajian ini dalam satu pameran kajian-kajian terbaik dari seluruh IPTA beberapa tahun lalu sewaktu menuntut  di UK Malaysia.


Cerita yang disantapkan di pawagam dan juga di television, bahkan bukan sekadar seram semata-mata, malah turut disertakan adegan berahi dan lucah tanpa rasa berdosa sedikit pun pengarah, pelakon serta penerbitnya. Isu pakaian usah cakaplah bagaimana dahsyatnya,  bak kata Ust Azhar Idrus, "bodo".

Gambar hiasan

Yang melihatnya juga mendapat 'saham' sama apatah lagi golongan yang berkuasa mencegah & memfatwa tetapi tetap diam seribu bahasa. Mereka hanya lebih agresif jika melibatkan soal tauliah dan isu keMelayuan berbanding isu-isu seperti ini. Mentaliti halal dan haram terletak pada permitnya bukan pada hukumnya sudah terpateri dalam kepala.


Gambar 'hiasan''

Mana tidak, adegan sebeginilah yang dapat memartabatkan industri perfileman negara ini dan mungkin suatu masa nanti mengatasi filem hollywood (konon). Maka usah pelik jika golongan remaja dan kanak-kanak 'lebih matang' dalam bersosial mutakhir ini. Silap gaya, negara kita akan terkenal dengan pengeluar produk anak luar nikah teramai di dunia.

Gambar hiasan

Dan alhamdulillah, sukacitanya atas permintaan beberapa orang sahabat, saya sajikan sekali lagi (repost) entri berkenaan dengan Harry Potter: Konspirasi Illuminati & Pengaruh Satanisme. Pendedahan ini sebenarnya saya temui sumbernya di laman eramuslim dan setelah dilakukan sedikit proses pengeditan, penterjemahan ke dalam Bahasa Melayu serta dianalisis maklumatnya berdasarkan sumber primer dan sekunder, ia diterima untuk di entrikan pada 13 Oktober 2009, lebih kurang 3 tahun lalu di blog lama saya (sudah direhatkan). Mengenai pautan sumber, sahabat2 boleh klik pada link yang tertera pada entri (perkataan yang warna biru dan bergaris bawah). Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Berbalik kepada tajuk entri, saya pasti, kita semua cukup familiar dengan Harry Potter samada novel atau movie. Asalnya daripada satu novel yang cukup terkenal. Kemudiannya direformasikan metodenya kepada bentuk movie magis fiksyen sehingga tujuh siri dan turut 'merasuk' pawagam-pawagam di negara kita pada tahun-tahun yang lalu, iaitu;




1. Harry Potter and The Philosopher’s Stone yang kemudiannya diubah kepada Harry Potter and The Sorcerer’s Stone (Harry Potter dengan Batu Hikmat) - 2001

2. Harry Potter and The Chamber of Secrets (Harry Potter dan Bilik Rahsia) - 2002

3. Harry Potter and The Prisoner of Azakaban (Harry Potter dengan Banduan Azkaban) -2004

4. Harry Potter and The Goblet of Fire (Harry Potter dalam Piala Api) - 2005

5. Harry Potter and The Order of Pheonix (Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix) -2007

6. Harry Potter and The Half-Blood Prince (Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan) -2009 

7. Harry Potter and The Deathly Hallows (Harry Potter dengan Azimat Maut) -2010


Cerita yang dibintangi oleh tiga remaja iaitu Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter, Rupert Grint sebagai Ron Weasley dan Emma Watson sebagai Hermione Granger ini yang turut digelar "The Handbook of Occult " sebenarnya cuba membawa suatu mesej dan agenda tersendiri yang sememangnya di dalam perancangan pihak-pihak tertentu. Kita adakalanya terlepas pandang di dalam menilai suatu cerita disebabkan pelakon remaja belasan tahun yang mendominasi movie ini. Bagi mereka yang lemah akidahnya khususnya dikalangan yang kurang ilmu pengetahuan menjadi mangsa kepada sihir Harry Potter apatah lagi dikalangan kanak-kanak.


Cerita Harry Potter atau lebih tepat lagi sebuah cerita yang 'bermanhajkan' Handbook of Magic and Occult (lihat di sini ) dan konsep ini diadaptasikan di dalam sistem pembelajaran di Sekolah Hogwards. Hal ini dilihat mempunyai banyak persamaan dengan ritual pemanggilan Dewi Iblis Lilith, isteri kepada Lucifer dan Ibu Baphomet (watak-watak di dalam buku ritual) yang mempunyai simbol dan karakter yang tertentu. 



Jika diamati kesemua novel dan cerita-cerita Harry Potter secara berulang-ulang maka kita akan mendapati bahawa ianya bukanlah sekadar novel yang biasa seperti novel-novel lain. Hal ini boleh dilihat apabila para pendidik di Amerika Syarikat dan beberapa buah negara termasuk paderi-paderi di gereja melarang anak-anak murid mereka menonton dan membaca cerita Harry Potter ini. Jika non-Muslim lebih awal menyedari akan ‘kegelapan’ yang cuba menyelubungi penggemar cerita ini maka sepatutnya seorang Muslim lebih bersikap berwaspada.

Maret 2000, Carol Rookwood, Guru Besar Sekolah Gereja St Mary's Island di Catham, England, telah mendapat maklumat bahawa rakan-rakannya di Amerika telah melarang seluruh murid mereka dari membaca semua novel Harry Potter dan ketika itu filem Harry Potter yang pertama masih belum diterbitkan ( lihat di sini ). Menurutnya : “Semua novel yang dikarang perempuan penulis dari Edinburg itu bertentangan dengan apa yang diajarkan al-Kitab. sedangkan tukang sihir, syaitan, dan iblis semuanya jahat. Tidak ada sihir yang baik!”. (BBC, “School Bans Harry Potter”, 29/3/2000). 

Sikap Rookwood ini bagaimanapun dikecam hebat di dalam The National Secular Society. Ketua “Persatuan Sekular British”, Keith Porteous Wood menyatakan, “Selama berabad-abad, imaginasi anak-anak telah subur bersama kisah-kisah dongeng tentang tukang sihir dan pari-pari. Sikap melarang membaca buku yang sangat popular itu akan sangat merugikan (anak-anak).” Mengenai isu ini, JK. Rowling memberi respond, “Saya tidak terlalu merisaukan kontroversi yang ada mengenai buku saya. Saya hanya menulis sesuatu hal yang sudah ada berabad lalu, pertempuran antara kekuatan kebaikan melawan kekuatan jahat. Pertempuran antara Tuhan dan Syaitan.”

Melihat kepada kondisi masyarakat di Malaysia dan kebanyakan negara Asia tidaklah peka seperti mana di negara-negara Eropah di dalam melihat isu ini sebagai suatu perkara yang besar dan bahaya jika tidak dibendung dengan awal. Samada disebabkan menganggap ianya sebagai suatu perkara yang tidak dapat memberi apa-apa permasalahan kepada akidah umat atau kerana kekurang pengetahuan terhadap simbol-simbol ritual satanic dan mungkin disebabkan adanya pengelibatan ‘tangan-tangan gelap’ yang sentiasa memastikan proses penyebaran mesej tertentu yang dikosmestikkan dengan cerita ahli sihir ini berlaku dengan lancar dan sempurna.


Di Sebalik Nama JK. Rowling

Sebelum diperbahaskan mengenai ‘cerita belakang pentas’ ini, terlebih dahulu kita mengenali pengarang novel Harry Potter ini iaitu JK. Rowling. Nama asalnya Joanne Rowling ( tanpa diletakkan huruf ‘K’ di tengahnya). Di dalam menerbitkan novel ini, penerbitnya menyarankan agar ditambahkan huruf depan dan disingkat agar kelihatan seolah-olah pengarang ini adalah seorang lelaki. Mereka beranggapan nama perempuan tidak dapat menjamin kepada pemasaran buku itu apatah lagi karya itu sangat berkualiti. Akhinya Rowling memilih nama ‘Kathleen’ sebagai nama yang ditambah di tengah-tengah namanya. Hanya di dalam novel sahaja nama Kathleen diakui namun ianya tidak diakui oleh kerajaan negaranya.


Rowling dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Peter dan Ann yang keduanya mantan tentera Angkatan Laut Britain pada 31 Julai 1965 di Chipping Sodbury, 12 mil timur laut Bristol, England. Adiknya, Diana lahir ketika Rowling berusia 1 tahun 11 bulan. Sejak kecil Rowling telah didedahkan dengan suasana membaca bahkan beliau telah menulis satu cerita pendek ketika berusia 5 tahun yang bertajuk ‘Rabbit’. Dari Chipping Sodburry, keluarganya pindah ke daerah Winterbourne ketika Rowling berusia 4 tahun. 

Di tempat yang baru ini, Rowling punya jiran yang bernama Potter dan mereka bersekolah di Sekolah Dasar St. Michael. Pada usia 9 tahun, keluarganya sekali lagi berpindah ke Tutshill, South Wales. Rowling memasuki Sekolah Menengah Wyedean Comprehensive. Setelah lulus dari Wydean, Rowling ingin melanjutkan ke Oxford University namun gagal. Beliau kemudiannya masuk ke Universiti Exeter di England dan mengambil Jurusan Bahasa Perancis selama empat tahun, termasuk mengajar bahasa Inggeris di Paris selama setahun iaitu pada tahun akhir perkuliahan. Tahun 1990 Rowling lulus dan kembali ke England.

Menurut beberapa artikel kisah hidupnya, idea awal dan bab-bab pertama tentang novel Harry Potter muncul begitu saja ketika Rowling tengah berada di dalam kereta api dari Machester menuju London yang ketika itu dia masih gadis di tahun 1990. Karena tidak membawa alat tulis, Rowling menyimpan idea mengenai seorang anak lelaki berkaca mata bulat tersebut di dalam otaknya. Perkataan-perkataan awal novel Harry Potter ditulisnya di dalam flat di Manchester namun baru diselesaikan selepas beberapa tahun kemudian iaitu ketika dia telah berpisah dengan suami pertamanya yang seorang wartawan Portugal dan membawa seorang anak perempuan yang masih sangat kecil bernama Jessica. 

Bersama Jessica, Rowling menjadi Single-Parent dan menumpang hidup di rumah adiknya, Diana, di Edinburg, Scotland. Di Edinburg-lah Rowling menyelesaikan novel Harry Potter pertamanya. Novel itu diberi judul “Harry Poter and The Philosopher’s Stone”, yang diselesaikan dengan sebuah mesin taip usang pada tahun 1995. Namun begitu, persembahan pertamanya kurang menarik sehinggakan ditolak oleh 12 penerbit, namun hanya seorang sahaja yang menerima iaitu Bloomsbury yang bersetuju untuk menerbitkannya. Novel ini kemudiannya meletup di England tahun 1997 dan di Amerika yang diubah judulnya kepada “Harry Potter and The Sorcerer’s Stone” setahun kemudian.


Melihat kepada novel Harry Potter yang begitu banyak istilah sihir, simbol, binatang, dan ritual okultisme purba seperti Black-Cat, Owl, Jubah Hitam, ‘Minerva’ Mc Goganall, Bolt of Lightning, Ular, Penyapu Terbang, Quidditch, Mirror of Erised, Nicholas Flamel, Unicorn, Sorcere Stone dan pelbagai lagi yang disusun dengan begitu cermat dalam kisah dan pengalaman yang dialami Harry Potter pada masa awal bersekolah di Hogwarts, sukar untuk membayangkan hal itu mampu dihasilkan dari seorang ibu rumah tangga biasa yang selama ini disematkan pada diri JK. Rowling. 

Sudah tidak asing lagi jika sebuah novel sering berlatar belakang kehidupan penulisnya. Misal, John Grisham yang seorang lawyer dikenal sebagai penulis novel-novel ber-setting peristiwa hukum (The Firm), Mario Puzo yang penuh pengalaman dan konflik selama Perang Dunia II dikenal sebagai penulis kisah-kisah mafia (The Godfather), Michael Chrichton yang ahli medik dan ahli biologi dikenal sebagai penulis novel-novel bersetting yang sama (A Case of Need, Five Patients), dan sebagainya.

Dan seorang JK. Rowling yang mampu menulis tujuh novel sangat tebal, yang penuh dengan ritual dan benda sihir, okultisme, simbol-simbol paganis seperti Celtics, Druids, bahkan Kabbalah ( lihat di sini ), yang dikaitkan sedemikian rupa dengan rapi dan kemas, bahkan tujuh siri novelnya ini disebut “The Handbook of Magic” atau “The Handbook of Occult” adalah karena secara terperinci memaparkan segala kaedah peritualan pelbagai sihir, termasuk mantera-manteranya maka tentulah seseorang yang menguasai apa yang ditulisnya, adalah yang paling banyak tahu tentang hal tersebut. 

Dari mana JK. Rowling menguasai selok-belok sihir tersebut? Jawabannya hanyalah dua, iaitu samada disebabkan dua latar belakang kehidupanya. Pertama, kota Edinburg tempat dimana dia tinggal, dan kedua, Universitas Exeter tempat dia menimba ilmu. Kedua tempat itu memang dikenal dekat dengan ilmu sihir, di mana Kabbalah, ritual Osirian Mesir Kuno menjadi sumber utamanya.

*To be countinue..

Sunday, 15 January 2012

CIA-Mossad vs Islam: Antara Konspirasi dan Realiti


Pembunuhan saintis nuklear Iran, Mostafa Ahmadi-roshan dengan bom magnet di keretanya Rabu lalu ada kaitan dengan ketegangan hubungan diplomatik Iran - Amerika Syarikat (AS) ketika ini. Ini kerana Presiden Barack Obama kembali mengenakan tekanan kepada Iran berhubung pelan pembangunan tenaga nuklear Iran.

Menjelang tahun baru yang lalu, Obama mengumunkan sekatan kepada semua institusi kewangan AS daripada berurusan dengan bank pusat di Iran. Ini salah satu bentuk tekanan ekonomi yang dilakukan sendiri oleh AS tanpa penglibatan Majlis Keselamatan PBB. Tidak cukup dengan itu AS menerusi Setiausaha Perbendaharaan, Timothy Geithner semasa mengunjungi Naib Presiden China, Xi Jinping turut mendesak China mengenakan sekatan atas Iran. Ini kerana China antara negara kuasa besar anggota Majlis Keselamatan PBB yang menyokong resolusi menghalang pelan nuklear Iran.

Tetapi China mempunyai pertimbangan lain. Memandangkan China menjadi negara guna tenaga terbesar di dunia, China memerlukan Iran. Ini kerana Iran menyumbang sebanyak 11 peratus import minyak China atau 600,000 tong sehari pada November lalu. Jumlah ini adalah satu pertiga daripada eksport minyak Iran yang berjumlah 2.2 juta tong sehari. Kerana itu AS terpaksa mencari cara lain untuk memberikan tekanan kepada Iran.

Kempen AS itu supaya dikenakan sekatan ekonomi ke atas dijangka akan mempengaruhi pemimpin-pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) yang akan bermesyuarat 23 Januari ini. Mesyuarat itu dijangka bersetuju mengadakan sekatan daripada membeli minyak Iran. Iran adalah pengeksport minyak kedua terbesar dan menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Minyak (OPEC).

AS sejak rejim bekas Presiden George W. Bush lagi mahu mengenakan tekanan kepada Iran, selepas berjaya meruntuhkan Iraq dengan dakwaan palsu memiliki senjata nuklear. Kerana itu pembunuhan saintis nuklear Iran ini lebih menjurus kepada penglibatan AS menerusi Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan Israel, Mosaad.


Sabotaj

Ini adalah pembunuhan keempat saintis Iran sejak 2010. Pada 12 Januari 2010, saintis nuklear Massoud Ali-Mohammadi dibunuh dengan bom magnet kawalan jauh di depan rumahnya di Tehran. Pada 29 November 2010, saintis nuklear Majid Shahriyari terbunuh dan isterinya cedera parah dalam serangan bom. Pada 23 Julai 2011, saintis Darioush Rezal yang berusia 35 tahun ditembak mati oleh seorang yang tidak dikenali di Tehran.



Semua pembunuhan ini mempunyai bukti kukuh penglibatan CIA dan Mossad. Banyak teori menjurus kepada sabotaj membantutkan pelan pembangunan nuklear Iran. Malah ini selari dengan tekanan AS kepada Iran dan kebimbangan Israel terhadap pelan nuklear Iran. Buktinya semua mangsa pembunuhan itu adalah saintis yang mempunyai hubungan dengan nuklear Iran.

Teori konspirasi ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan pemimpin tertinggi tentera Israel bahawa, "Iran kena menerima perkara-perkara yang tidak dijangka pada 2012." Dalam kemelut politik Asia Barat, kini hanya ada Iran yang mengekang penguasaan Israel selepas Iraq tumpas kepada AS 2003. Iran juga menjadi faktor penentu penghalang penguasaan dan penyusunan semula politik Asia Barat oleh AS.

Konspirasi penglibatan AS dan Israel disokong oleh pendedahan majalah TIME bahawa sumber perisikan mengakui pembunuhan terbaru itu dilakukan oleh Mossad. TIME turut mendedahkan seorang pegawai kanan Israel menjerit gembira ketika kejadian itu, "Yeah...seorang lagi. Saya tidak bersedih apa yang berlaku kepada dia."

Tahun lalu stesen televisyen Iran menyiarkan pengakuan seorang agen perisikan Mossad, Majid Jamali Fashi yang bertanggungjawab membunuh saintis Massoud Ali Mohammadi. Dia mengaku melihat sendiri model rumah dan kawasan laman saintis Iran itu di ibu pejabat Mossad di Tel Aviv. Majid dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh Massoud pada 12 Januari 2010.

Modus operandi pembunuhan Mostafa sama dengan pembunuhan dua saintis Iran sebelum ini iaitu menggunakan bom magnet. Kesemua mangsa adalah saintis yang merupakan orang penting dalam pelan nuklear itu.

Ini mempunyai persamaan dengan modus operandi Mossad membunuh saintis Jerman yang membangunkan peluru berpandu di Mesir tahun 1960-an dan 1970-an. Sebagai balasan, pejuang Palestin melancarkan serangan komando dan membunuh 11 atlet Israel di Sukan Olimpik 1972 di Munich.

Cara pembunuhan yang sama juga dilakukan Mossad terhadap saintis Mesir dan Kanada yang berkerja dengan program nuklear dan peluru berpandu Iraq semasa rejim Saddam Hussein. Begitu juga cara Mossad menyerang dan membunuh pemimpin Hamas, Mahmoud al-Mabhouh di hotel penginapannya di Dubai pada 2010.

Kenyataan pakar keselamatan, Theodore Karasik dari Gulf Military Analysis bahawa selain perang konvensional, Barat dan sekutunya juga melancarkan perang taktik untuk mengekang pelan nuklear Iran menguatkan teori penglibatan AS dan Israel.




Kritikal

Agensi berita Associated Press pula pernah membocorkan laporan mesyuarat tertutup Jawatankuasa Pertahanan dan Hubungan Luar Negara Israel baru-baru ini di mana Leftenan Jeneral Benny Gantz berkata, "2012 adalah tahun kritikal bagi Iran". Ini merujuk kepada perang taktikal untuk menghalang pembangunan pelan nuklear Iran.


kenderaan Dr Ahmadi yang rosak teruk


Walaupun pentadbiran Obama dan Israel menafikan terlibat dalam pembunuhan kali ini tetapi hujah mereka sangat nipis. Apakah kita tidak percaya AS dan Israel boleh membunuh saintis Iran sedangkan mereka telah membunuh jutaan orang awam di Palestin dan Iraq?



Tetapi tindakan radikal Mossad dan CIA tidak memberi kesan kepada ketegasan Iran membangunkan pelan nuklear. Sebaliknya insiden terbaru ini menyukarkan AS membebaskan n seorang anggota marinnya yang mendepani hukuman mati di Iran kerana kesalahan mengintip.

Warga Iran mengusung keranda Saintis Nuklear Iran Mostafa Ahmadi Roshan selepas solat Jumaat di luar Universiti Teheran, 13 Januari lalu

*Petikan dari sini


Ulasan Admin: Mossad-CIA sememangnya hauskan darah para inteligen dan cediakawan yang terlibat dalam usaha meningkatkan teknologi nuklear dan persenjataan khususnya dikalangan negara Islam yang anti-Amerika.

Dengan cara sebegini mereka menyangka bahawa usaha untuk menentang kuasa mereka akan terhenti dan terkubur begitu sahaja dengan 'memadamkan' individu-individu penting dalam program nuklear. Tanggapan tersebut amat meleset kerana di sana akan lahir ribuan lagi pengganti.

Bahkan bukan sahaja dari kalangan saintis-pakar, malah tokoh-tokoh yang berpengaruh yang sering menyerukan kepada perpaduan umat Islam juga menjadi sasaran mereka. Mossad - CIA juga kerap mempergunakan 'kambing-kambing hitam' untuk dikorbankan. Cukup mudah, mereka membiayai kumpulan-kumpulan radikal yang bertopangkan Islam, lalu menjadi dalang kepada pembunuhan sesama Islam (lihat di sini, di sini dan sini). 

The Werewolf of CIA?

Antaranya adalah Team Osman (lihat sini). Afghanistan dan Iraq berjaya ditahluki hanya dengan slogan 'memerangi keganasan'. Fenomena Islamphobia juga dicetuskan di negara-negara Eropah supaya masyarakat dunia benci kepada Islam dan menjauhi Islam.

al-Syahid Prof Dr. Burhanuddin Rabbani

Contoh terdekat, al-Syahid Prof Dr. Burhanuddin Rabbani pada September lalu. Apatah lagi dengan tokoh-tokoh Hamas seperti al-Syahid Syaikh Mahbouh yang dibunuh ketika berada di Dubai pada 2 tahun lalu (Saya pernah entrikan mengenai pembunuhan kejam ini) dan Khaled Mash'al sendiri nyaris syahid dibunuh mereka.

al-Syahid Syaikh Mahbouh

Iran berlakon?

Ada yang bagitahu saya, 

"Ust, Ust x tahu ke yang sebenarnya Iran dan Israel adalah sekutu rapat? Diaorang tu depan je musuh, belakang macam adik beradik.." 

"Syaikh, enta ni.. enta ingat Iran tu baik ke? Enta jangan tertipu dengan propaganda golongan munafiq ini!!!"

Dan macam-macam lagi versi berita, respon yang saya dengar dan lihat. Saya pasti, anda sendiri juga biasa mendengar respon sebegini terutama apabila menganggap Iran itu baik.

Kerjasama Hamas dan Kerajaan Iran dalam menangani isu Palestin

Analogi saya cukup mudah, "Jika Iran adalah sekutu rapat Amerika-Israel, manakala Arab Saudi dan kebanyakan negara2 Arab adalah musuh ketat Amerika-Israel." Begitu?

Persoalan saya: Siapa yang menjadi pembekal utama senjata kepada Arab Saudi? Negara mana yang memberi minyak kepada Amerika? Negara mana yang membenarkan ruang udaranya digunakan oleh tentera Amerika untuk menyerang Afghanistan dan Iraq?

Mungkin mereka ini adalah musuh ketat. Di hadapan kita sahaja Amerika dan Arab Saudi berlakon baik..

Kadang-kadang kita sebagai Muslim, ada yang kurang cerdik dalam menilai dan menganalisis isu, khususnya yang melibatkan isu politk dunia hari ini. Sebab itu lebih ramai yang tertipu, gagal membezakan antara propaganda musuh dan fakta sebenar apatah lagi apabila dimomok-momokkan dengan sentimen mazhab.

"Syukran akhi atas anugerah ini"



"Saya pun dapat juga" Anugerah untuk tokoh terbanyak bunuh orang?

Saya tidak mahu ulas banyak, cukup sekadar mengambil pendekatan pimpinan gerakan Islam seperti Ikhwan Muslimin dan Hamas terhadap Iran. Saya pasti, mereka lebih arif mana kawan dan mana lawan. Saya pernah mendengar ucapan Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi di YouTuBe, "jika Amerika serang Iran maka saya akan sokong Iran." Bahkan beliau turut menyokong penuh aktiviti nuklear di Iran sepertimana laporan The Global Muslim Brotherhood Daily Report (sini)

Sokong Iran bukan bermakna bersetuju dengan semua pandangan mereka, tetapi atas dasar kesatuan untuk sama-sama bangkit menentang kuasa besar dunia Amerika-Israel (sini). Isu-isu yang bersifat kontradik kebanyakan telah diselesaikan dan diharmonikan melalui pendekatan yang berorientasikan taqrib bayn al-madhahib (merapatkan antara mazhab2)


Dr Kamal Helbawi (kanan) di Seminar Taqrib bersalam dengan Presiden Iran, Ahmadinejad

Terbaru, saya difahamkan ada sebuah kenyataan daripada sebuah pihak (dan juga blog: anda boleh search di google) yang memfitnah Ikhwanul Muslimin. Katanya, "IM adalah alat propaganda Zionis laknatullah. Sebab itu IM agak 'mesra' dengan pemimpin Iran."

Helbawi dalam satu perjumpaan dengan Khameini

Saya cukup kesal dengan tuduhan yang dilemparkan yang sama sekali tidak berasas. Kadang-kadang lucu juga mendengar, seolah-olah mereka tidak punyai akal yang waras untuk berfikir. 

Mungkin mereka masih belum mengenal siapa al-Syahid Imam Hasan al-Banna, siapa IM. Begitu juga dengan Hamas. Pasal Iran usah cakap lah sebab daripada kecil sampai mati dianggap jahat. 


Khaled Mash'al, Hamas dan Khameini, Pemimpin Tertinggi Iran

Nasihat saya, lakukanlah kajian secara ilmiah dan adil. Bukan sekadar merujuk kepada sumber yang menuduh2 semberono sebaliknya lihat juga kepada sumber yang menjawab setiap tuduhan tersebut. 

Utamakan sumber primer (yang asal, bukan sumber 'tapisan' pihak lain dan bukan yang telah diselewengkan), berbanding dengan sumber sekunder. Jika dalam kaedah untuk membuat sesuatu kajian ilmiah, wajib untuk menghilangkan sifat negatif seperti prejudis terhadap subjek yang dikaji. Jika tidak, usah buat kajian kerana persoalan telah pun 'terjawab'..

Akhir kalam, sehebat manapun perancangan yang disusun, propaganda yang ditaburkan , adalah tertakhluk pada kekuasaan Allah s.w.t. Kebenaran pasti akan menang dan kebatilan pasti akan lenyap kerana itulah janji Allah. Gunakan akal yang waras untuk menilai. Bagi kita, cukuplah Allah sebagai sebaik-baik tempat untuk meminta pertolongan daripada tipudaya musuh.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Wallahu'alam..

* Kerja rumah.

Arahan:-
1. Taipkan perkataan illuminati secara terbalik (itanimulli) dan 
2. Googlekan perkataan itanimulli ini.. 
3. Klik bagi result (link) pertama bagi maksud perkataan tersebut.
4. Jika sudah dapat jawapannya, sila tinggalkan komen dibawah.

Semoga berjaya :)


Foto peristiwa pengeboman Saintis Iran minggu lalu














Lihat (klik) juga: