Kemenangan Yang Hampir

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (Surah al-Fath 48:1)

Memaknai Hidup Dengan Perjuangan

Jadilah penolong-penolong agama Allah dalam menegakkan agamaNya di muka bumi ini

Kalam Murabbi

Amanat Untuk Pemuda dan Pemudi

Kesatuan Ummah

Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul (Surah An-Nisa’4:59)

Pedulisme dan Faham

Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya (HR al-Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Follow by Email

Saturday, 31 August 2013

31 Ogos Dalam Pelbagai Peristiwa

Tanggal 31 Ogos 1957, Malaysia mencapai kemerdekaannya setelah lebih seabad dijajah British. Masyarakat di Malaysia  sejak abad ke-13 secara bertahap mengenal dan mengamalkan ajaran Islam. Setelah kemasukan negara Eropah ke negara ini ]pada awal abad ke-16 dengan masuknya Albuquerque, pelaut Portugis. Pada abad ke 17, Belanda menguasai Malaysia. Kemudian pada tahun 1824 atas perjanjian antara Belanda dan British, Malaysia diserahkan kepada British dan Indonesia diserahkan kepada Belanda.


Pemerintahan Malaysia berkonsepkan kerajaan persekutuan dan setiap negeri dipimpin oleh seorang Sultan. Wilayah Malaysia terdiri dari dua bahagian terpisah di tepi Laut Cina Selatan. Keluasan wilayah negara ini adalah sekitar 330 ribu kilometer persegi dan bersempadan dengan Indonesia dan Thailand.


Inggeris dan Rusia Tandatangani Perjanjian Tentang Wilayah Iran

Tanggal 31 Ogos 1907,  pemerintah imperialis Inggeris dan Rusia dengan menandatangani sebuah perjanjian, telah membahagi wilayah Iran menjadi tiga bahagian. Berdasarkan perjanjian ini, wilayah tengah Iran dinyatakan tidak berpihak. Wilayah utara dan sebahagian wilayah Barat  Iran di bawah kontrol Rusia dan wilayah selatan dikuasai oleh Inggeris.



Penandatanganan perjanjian pembahagian wilayah ini tidak melibatkan pemerintah Iran saat itu, iaitu raja Dinasti Qajar, kerana lemahnya pemerintah dinasti ini. Kerana itu, perjanjian ini menimbulkan kemarahan rakyat dan Majlis Permesyuaratan Rakyat Iran. Inggeris dan Rusia keluar dari wilayah Iran setelah berlaku revolusi di Rusia.


Trinidad dan Tobago Merdeka

Tanggal 31 Ogos 1962, Trinidad dan Tobago, sebuah negara di Amerika Selatan, meraih kemerdekaannya dari Inggeris. Negara ini pada awalnya dijajah oleh Sepanyol namun pada tahun 1802  Sepanyol menyerahkannya kepada Inggeris. Kemudian, Trinidad dan Tobago dijadikan pusat Persekutuan Hindia Barat.



Pada tahun 1962, Federasi Hindia Barat bubar dan Trinidad Tobago meraih kemerdekaannya. Republik Trinidad dan Tobago hanya memiliki luas wilayah 5128 kilometer persegi, namun pendapatan perkapitanya amat tinggi yaitu di atas 6000 dolar kerana kaya sumber minyak lepas pantai.


Uzbekistan Merdeka

Tanggal 31 Ogos 1991, Uzbekistan mengumumkan kemerdekaannya dari United Soviet. Sejak abad ke-6 sebelum Masihi, Uzbekistan menjadi sebahagian dari jajahan Iran. Seterusnya, secara bergiliran, penguasa Iran dan non-Iran berkuasa di sana. Setelah masuknya kaum Muslimin ke Uzbekistan pada pertengahan abad ke-7 Masihi, ajaran Islam menyebar di kawasan ini.


Pada akhir abad ke 9, dinasti Samani dari Iran menguasai negeri ini sehingga bahasa serta kebudayaan Persia tersebar luas di sana. Pengaruh Rusia masuk pada akhir abad ke-17 dan berkuasa di sana hingga abad ke dua puluh.  Uzbekistan berhasil meraih kemerdekaan setelah tumbangnya United Soviet.


Kyrgyzstan meraih kemerdekaan

Tanggal 31 Ogos 1991, Kyrgyzstan yang terletak di Asia Tengah mencapai kemerdekaannya dari tangan United Soviet. Bangsa Kyrgyz mulai masuk ke Kyrgyzstan pada zaman Dinasti Moghul pada kurun ke 13, tetapi Islam memasuki Kyrgyzstan pada awal abad ke 17 dan berkembang luas pada abad ke 19. Kyrgyzstan secara rasminya berada dalam tangan Rusia pada tahun 1876.


Berbagai kelompok etnik dari bangsa Rusia masuk ke negara ini dan mengambil ladang-ladang pertanian mereka yang menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dari penduduk Kyrgyzstan dan bermulalah kebangkitan menentang Rusia yang berlanjut sehingga tahun 1922. Kyrgyzstan sama seperti negara-negara lain mengumumkan kemerdekaannya selepas tumbangnya United Soviet. Kyrgyzstan berjiran dengan Cina, Kazakhstan, Uzbekistan dan Tajikistan.


Tragedi bom di Iraq

Tanggal 31 Ogos tahun 2005, hampir seribu orang umat Islam Iraq maut ketika menghadiri acara peringatan haul di kota Kazimain yang berdekatan dengan kota Baghdad. Pada hari itu, hampir lebih dari satu juta pengikut mazhab Syiah Iraq turut serta dalam acara peringatan hari kesyahidan Imam Musa Kazhim r.a*, Imam ketujuh mazhab syiah Imamiyyah.



Kejadian itu bermula saat sejumlah orang yang tidak dikenali memprovokasi orang yang datang berkunjung dengan bunyi beberapa letupan menyebabkan orang ramai berusaha keluar dari tempat kejadian. Akibatnya ratusan orang maut dan cedera dihempap runtuhan bangunan yang runtuh.

* Imam Musa al-Kazim dilahirkan pada 7 Safar 128H dan syahid pada 25 Rejab 183H. Selain dalam tradisi Syiah, beliau turut dihormati dan dicintai dalam kalangan Ahli Sunnah WalJamaah sebagai keturunan Rasulullah yang bersusur galur Imam Ja'far al-Sadiq r.a.


TMV | IIR

Tuesday, 27 August 2013

Uzlah: Tinjauan Dari Perspektif Ulama dan Intelektual Haraki | Siri Akhir

*Sedutan pada siri yang lalu (klik)...

Walaupun para pejuang Islam tersebut berhadapan dengan ujian sedemikian berat rupa, namun ianya tidak pernah melunturkan semangat perjuangan mereka sebaliknya menaikkan lagi semangat mereka untuk berjuang. 

Al-Marhum Syaikh Abu Ala al-Mawdudi ketika mana beliau ditahan buat kali kedua pada tahun 1953, disebabkan kegiatan dakwah yang dipandang bahaya oleh pemerintah dan akhirnya membawa kepada hukuman mati. Walaupun beliau diberi peluang supaya membuat rayuan dan meminta kasihan belas dari pemerintah. Beliau dengan tegasnya berkata : 


 “..lebih baik aku menyerah jiwa raga kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang pemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwa ragaku ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapat melakukan sesuatu pun atas diriku..!”.


7-Mendampingi rakan yang memilih al-Uzlah dan bersendirian sebagai cara hidup.

Dalam merealisasikan proses penguzlahan, seseorang yang mempunyai hasrat sedemikian akan memilih rakan-rakan yang telah lama berkecimpung perkara tersebut. Ia dilakukan dengan bertujuan untuk mempelajari metode penguzlahan dengan lebih efektif seterusnya dapat dipraktikkan. Rakan-rakan yang mempunyai fikrah dalam perjuangan seboleh-bolehnya dielakkan daripada bertembung atau bertentang mata dengan mereka untuk mengelakkan mereka daripada diberikan nasihat supaya terus thabat dalam amal Islami. Golongan ini silap kerana mereka menganggap bahawa dengan mengambil jalan tersebut dia akan terlepas daripada taklifan untuk melakukan amal Islami bahkan mereka itu dilaknat oleh Allah SWT seperti mana yang telah diterangkan panjang lebar di atas tadi. (Pen: Demikian juga dengan pemilihan pasangan hidup)



8-Berbilang pertubuhan dan jamaah yang bekerja untuk agama Allah.

Pada dasarnya, jama’ah hanyalah merupakan wasilah dan wadah untuk merealisasikan agenda sesebuah gerakan Islam itu iaitu mendirikan dawlah Islamiyyah namun setiap jama’ah mempunyai cara dan pendekatan mereka yang tersendiri. Anologinya seperti orang yang mahu pergi ke Kuala Lumpur, ada yang menggunakan bas, ada yang menaiki kereta, ada yang menunggang motosikal dan ada pula yang memilih untuk menaiki kapal terbang. Matlamatnya tetap sama, iaitu untuk ke Kuala Lumpur namun apa yang perlu diteliti dan dicermati adalah, kenderaan manakah yang paling selamat, paling praktikal dan terbaik untuk digunakan. Ada yang lebih berisiko untuk menyempurnakan matlamat mereka disebabkan kurangnya ciri-ciri keselamatan pada kenderaan mereka dan itu menyebabkan ramai yang kecundang sebelum sampai ke matlamat.


Amanat Sang Murabbi

Permasalahan mengenai ta’adud jama’ah seharusnya difahami dengan baik akan konsep serta adab-adabnya. Seseorang yang gagal memahami perkara tersebut akan merasakan kepelbagaian jama’ah tersebut merupakan suatu yang tidak seharusnya berlaku seterusnya menyebabkan berlakunya ketaksuban (taksub: baca di sini) kepada jama’ah melebihi kepada Islam itu sendiri. Masing-masing jama’ah akan mendakwa bahawa merekalah jama’ah yang paling benar dan wajib diikuti dan adapun yang lain adalah sebaliknya. Bahkan apa yang lebih terus, terdapat segelintir dari golongan ini mudah-mudah untuk menyesatkan dan mengkufurkan pihak lain yang menurutnya, dia mempunyai hujah yang lebih kukuh untuk membenarkan jama’ahnya. 

Kecelaruan mengenai perkara tersebut jika tidak ditangani maka ianya boleh menyebabkan berlakunya tafarrud dalam jama’ah khususnya di kalangan mereka yang baru berjinak dalam jama’ah lalu kecewa melihat kemelut yang timbul. Islam meraikan semua pandangan selagi mana pandangan itu berasaskan daripada nas-nas yang termaktub di dalam Qur’an dan Sunnah dan al-Syahid Imam Hasan al-Banna serta banyak ulama’ haraki yang lainnya sudah banyak menyentuh mengenai adab di dalam perselisihan pandangan. Hal tersebut boleh dirujuk dengan lebih terperinci di dalam Usul al-‘Isyrin beliau.


9-Kealpaan tentang kesan yang timbul hasil dari perbuatan al-Uzlah sana ada yang berkaitan dengan amilin atau amal Islami.

Kurangnya kefahaman terhadap kesan perbuatan uzlah dengan menganggap ianya adalah perkara yang biasa dan jika beruzlah sekalipun tiada apa yang perlu dirisaukan kerana pastinya akan ada orang lain akan menggantikan tempatnya juga antara perkara yang menyumbang kepada perkara tersebut. Hakikatnya, impak kepada penguzlahan amatlah besar kerana ia melibatkan banyak perkara terutamanya merugikan penguzlah itu sendiri selain daripada berlakunya masalah dalam gerak kerja yang terbantut disebabkan kurangnya amilin yang mahu melaksanakannya buat seketika.  Islam itu tidak pernah rugi jika dikalangan pejuangnya berpaling tadah walaupun kesemua umat di dunia ini menolaknya sekalipun, ianya tetap dipelihara oleh Allah SWT. Allah juga telah menjanjikan akan adanya penegak-penegak agamaNya sehinggalah akhir zaman iaitu Imam Mahdi AS.



Kesimpulan

Demikian beberapa faktor uzlah, tafarrud atau pengasingan diri yang dibincangkan oleh Dr Sayyid Muhammad Nuh (1987) dalam karyanya Āfātun alā al-Ṭarīq. Oleh yang demikian, para amilin (aktivis) dalam gerakan Islam seharusnya sentiasa berwaspada terhadap faktor-faktor yang boleh memutuskan diri kita dengan amal Islami, khususnya dalam program berbentuk tarbiyyah, dakwah dan siasah. Semoga kita tergolongan dalam kalangan mereka yang istiqamah dengan jalan yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul alayhimussolatuwassalam...

Wallahu’alam.

Saturday, 17 August 2013

PASCA RAMADHAN & TRANSFORMASI DIRI

Aidilfitri dapat difahami sebagai transformasi besar, iaitu transformasi diri menjadi manusia muttaqin setelah ibadah puasa selama sebulan dilakukan dengan penuh kesungguhan. 

Transformasi diri menjadi sangat penting kerana ia merupakan prasyarat (prerequisite) terjadinya transformasi lingkungan yang perlu diwujudkan pasca-Ramadhan.


Transformasi diri dilakukan dengan kembali ke watak asal manusia yang awal-mula, iaitu bersih dan cenderung pada kebenaran dan kebaikan. 

Fitrah difahami oleh para Ulama sebagai tauhid, iaitu komitmen manusia untuk mempertuhankan Allah dan menyembah hanya kepada-Nya. Itulah jati diri manusia menurut asal penciptaannya. 

"Maka, hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, iaitu fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS al-Rum [30]: 30).

Fitrah seperti dinyatakan seperti ayat di atas mengandung dua makna menurut Ibnu Taimiyah; Pertama, fitrah majbulah, iaitu kecenderungan dasar manusia untuk beriman kepada Allah dan kecenderungannya kepada nilai-nilai kemuliaan universal yang diterima secara taken for granted sejak manusia lahir ke alam ini.

Kedua, fitrah munazzalah, iaitu ajaran agama yang diturunkan dari langit dan dibawa oleh para Nabi dan Rasul  Allah sepanjang sejarah. 

Fitrah yang kedua ini bukanlah hal yang lain dari fitrah yang pertama, mengajarkan manusia agar mempertuhankan Allah, dan menyembah hanya kepada-Nya, sesuai dengan janji primordialnya (QS al-A`raf [7]: 72), serta menyuruh manusia agar menjunjung tinggi keluhuran budi pekerti, seperti kejujuran, keadilan, dan kasih sayang kepada manusia dan kemanusiaan sejagat.

Transformasi diri yang tak lain merupakan proses kembali ke jati diri ini menjadi penting kerana manusia dalam perjalanan hidupnya di alam ini ternyata banyak yang menyimpang dan menjauh dari kudrat atau fitrahnya kerana tiga faktor. 


Pertama, tergoda oleh kesenangan sesaat yang membuatnya berfikir secara pragmatik dan bertindak hedonistik. Kedua, teperdaya dan takluk pada trio idolatry yang disembah dan dipuja-puja oleh manusia selain Allah, iaitu takhta, harta, dan wanita. Ketiga, konstruksi jiwa (kalbu)-nya menyalahi sumber hidayah sehingga meskipun diingatkan pagi dan petang, mereka tetap membangkang dan tidak mahu kembali. (QS al-Baqarah [2]: 6).

Untuk kejayaan transformasi diri ini, kita memerlukan kekuatan dalam tiga hal. Pertama, kekuatan spiritual yang bertumpu pada kekuatan iman, ibadah, dan kesucian diri. Kedua, kekuatan moral yang bertumpu pada kehendak dan komitmen untuk berbuat baik kepada sesama manusia, yang dalam bahasa agama dinamakan silaturahim. Ketiga, kekuatan sinergi yang akan membuat manusia tak hanya mampu melakukan transformasi diri, tetapi sekali gus transformasi sosial sehingga kepadanya layak diberikan ucapan selamat ‘Minal 'aidin wal faizin.

# Jangan lupa berpuasa 6 untuk mencantikkan lagi puasa kita Ramadhan lalu.

Petikan asal dari RO

Wednesday, 7 August 2013

Eid Mubarak 1434H


Ramadhan 1434H bakal menutup tirainya manakala Syawal pula bakal disambut dengan rasa syukur dan gembira oleh seluruh umat Islam. 

Ketaqwaan dan keimanan yang dijana selama sebulan dalam Madrasah Tarbiyyah Ramadhan usah terhenti di situ sahaja sebaliknya teruskanlah untuk terus beramal soleh pada bulan-bulan yang akan datang. Taqabbalallah minna wa minkum taqabbal Ya Kareem. 

Buat seluruh ahli keluarga, guru, pensyarah, sahabat sahabiah serta seluruh muslimin dan muslimat, selamat menyambut & memaknai Hari Raya Fitrah. Maaf Zahir & Batin


Dari penulis,

faizassyirazi

Monday, 5 August 2013

Ramadhan: Lambaian Munajat Malam 27 di Baitul Muqaddis (Gambar Eksklusif)



















Untuk renungan bersama... Lalu dimanakah keberadaan kita tatkala fasa malam-malam terakhir; apakah hanya sibuk dengan persiapan menyambut Syawal lalu meninggalkan seruan untuk terus komited beribadah, atau masih setia dalam mengejar redha-Nya?


Saturday, 3 August 2013

Sambutan Hari al-Quds Antarabangsa: Puluhan Ribu Rakyat Palestin Berkumpul di Jerusalem al-Quds (Video & Gambar)



Berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin meninggalkan rumah-rumah mereka dari seluruh Tebing Barat dan menuju ke Baitul Maqdis al-Quds untuk berdoa diMasjid al-Aqsa pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadan, sempena Sambutan Hari al-Quds Antarabangsa semalam (2/8/13).

Zionis Israel mengenakan pemeriksaan ketat di sekitar pusat kawalan di Jerusalem al-Quds dan hanya sebahagian kecil yang dapat melepasi post kawalan manakala kebanyakan dari kalangan mereka dihalau pulang.

Rata-rata rakyat Palestin yang melalui post kawalan terpaksa melalui pelbagai jenis pemeriksaan dan terdapat sebahagian dari mereka terpaksa menunggu berjam-jam di bawah panas matahari ketika berpuasa sebelum bermulanya solat pada waktu tengahari.

TMV | PTV | PALTODAY |PALESTIN






























# Semalam ketika berpuluh ribu umat Islam di seluruh dunia khususnya di Palestin yang turun ke jalan berdemontrasi bersempena Sambutan Hari al-Quds Antarabangsa, terdapat segelintir dari agamawan (baca:Ustaz) di Malaysia yang cuba untuk melakukan sebotaj, kononnya ia adalah berbaur Syiah. Saya silap kerana selama ini hanya menyangka di Palestin sahaja ada usaha 'sebotaj' sambutan Hari Antabangsa al-Quds (baca di sini)... Ternyata di Malaysia ada juga. Mungkin kerana Syiahphobia, stigmatisme, allergic yang tidak bertempat, habis semua hendak dibabitkan hatta umat Islam di Palestin yang majoriti Sunni menjadi mangsa keadaan. 

Sungguh demikian, saya tetap yakin lagi percaya bahawa di Malaysia, rata-rata ustaz dan agamawan di negara ini lebih memahami isu Palestin dan mengenali siapa Zionis-Israel daripada rakyat dan pejuang Palestin (Hamas & Jihad Islam) sendiri...

# Maaf, saya sejujurnya berusaha untuk menahan dari mengeluarkan pandangan sebegini kerana menghormati bulan Ramadhan, namun semakin lama semakin melampau sikap sesetangah pihak yang tidak sudah-sudah membuat sesuatu yang merugikan Islam dan umat Islam sendiri. 

Biarlah ramai yang x setuju kerana apa gunanya berjuta orang setuju dengan pandangan kita (yang batil) sedangkan Allah murka. 

Wallahu'alam Wassalam.