Kemenangan Yang Hampir

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (Surah al-Fath 48:1)

Memaknai Hidup Dengan Perjuangan

Jadilah penolong-penolong agama Allah dalam menegakkan agamaNya di muka bumi ini

Kalam Murabbi

Amanat Untuk Pemuda dan Pemudi

Kesatuan Ummah

Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul (Surah An-Nisa’4:59)

Pedulisme dan Faham

Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya (HR al-Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Saturday 28 November 2015

Ekstremisme dalam Sejarah Agama-Agama

Serangan IS di Paris pada 13 November 2015 lalu kembali membangunkan dunia, persis peristiwa pengeboman di Boston pada 15 April 2013, Madrid 11 March 2004 dan 9/11 yang kesemuanya dikaitkan dengan kumpulan al-Qaeda, atau inkarnasi barunya dikenali sebagai IS (Islamic State). Seperti biasa, majoriti media Barat menjadikan isu ini di muka hadapan media. Berbeza jika isu tersebut berlaku kepada golongan bukan berkulit putih, contohnya sehari sebelum serangan IS di Paris, iaitu pada 12 November 2015, dua orang meletupkan dirinya di Bourj el-Barajneh, Selatan Lubnan. 43 orang maut dan lebih 200 cedera. 




Namun liputannya tidak sebegitu meriah. Demikian juga dengan siri pengeboman dan pembunuhan yang berlaku hampir saban hari di Palestin, Syria, Iraq, Yaman, serta puluhan wilayah di timur tengah. Perilaku ekstrem sedikit sebanyak memalitkan Islam kerana tindakannya tanpa malu menjustifikasikan tindakan mereka dengan agama ini. 

Ratusan video propaganda mereka jarang yang tidak disertakan dengan ‘pembuktian’ kehalalannya daripada nas al-Quran, Hadis serta pandangan ulama versi mereka bagi menghalalkan segala tindakan. Metode pembunuhan tawanan, bukan hanya menyembelih mangsa, tetapi membakar mangsa secara hidup-hidup, melemaskan, meletakkan serbuk letupan di leher, mencampak dari bangunan yang tinggi dan sebagainya. Kesemua perilaku ini berpasak daripada ekstremisme dalam kalangan penganut agama. 

Saya bagaimanapun tidaklah akan membincangkan mengenai IS atau isu geopolitik semasa kerana di sana ramai lebih berautoriti. Namun lebih kepada sejauh mana wujudnya bentuk ekstrem dalam sejarah penganut agama. Ini sekali gus membuktikan bahawa ia bukanlah merupakan suatu yang baharu, kerana tidak pernah terpadam dari catatan sejarah. Ibarat bahagian bawah roda kembali berputar naik ke atas. Bak kata George Santayana dalam The Life of Reason (1905), “those who cannot remember the past are condemned to repeat it.”

Umum diketahui semua agama menolak kepada ekstremisme dan menyeru kepada pendamaian. Namun dalam lipatan sejarah, gejala ekstremisme tidak sunyi dari menghitamkan imej pelbagai agama, waima Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dan sebagainya. Tidak kiralah kerana perebutan kuasa dan harta, sikap rasisme, atau percanggahan ideologi. Cuma mungkin pada masa itu tidak wujudnya media sosial sebagaimana hari ini yang menyaksikan pelambakan maklumat yang bersifat selektif dengan menyasarkan kepada sesebuah agama semata-mata kononnya mengajarkan kepada ekstremisme. 

Dalam coretan sejarah Islam, sikap ekstremisme dalam dilihat dalam pelbagai peristiwa, antaranya pembunuhan berdarah dingin terhadap Muhammad bin Abu Bakar, anak kepada Saidina Abu Bakar r.a. Pembunuhnya kalangan yang mengaku Islam. Usai dibunuh, jasadnya dimasukkan ke dalam perut keldai lalu dibakar. Riwayat ini boleh ditelusuri dalam catatan sejarah ilmuwan Islam, antaranya Ibn Abi Syaibah, Ibn Athir dan al-Thabrani. 


Demikian juga tragedi pembunuhan kejam terhadap cucu baginda s.a.w., Saidina Hussain r.a dan 72 pengikutnya. Kepala beliau dipenggal dan diarak dari Karbala ke Damsyiq. Dikatakan, pelakunya sempat melaungkan ‘Allahuakbar’ sebelum memancung kepala Saidina Hussain r.a. Seolah-olah tidak adanya bezanya dengan neo-khawarij IS pada hari ini apabila mereka mengotorkan ucapan yang suci itu dengan perilaku yang jijik.

Tanpa dinafikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan dunia Islam, di zaman khilafah juga tidak terlepas daripada pembunuhan yang berlaku kalangan mereka dan rakyat yang tidak berdosa bagi mengekalkan kuasa. Di zaman Khilafah Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Sultan Hamid II, pernah berlaku pembunuhan terhadap 80,000 sehingga 100, 000 bangsa Armenia. 

Tragedi yang dipahat sejarah sebagai Hamidian massacres (1894–1896) bertujuan untuk mengukuhkan wilayah yang dikuasai sultan selain untuk mengukuhkan idea Pan-Islamisme sebagai ideologi utama negara. Pada awalnya dikatakan fokus hanya kepada penghapusan etnik Armenia, malangnya sejumlah 25, 000 etnik Assyrian yang menganut agama Kristian turut dibunuh. Ia sedikit sebanyak seolah-olah menggambarkan wujudnya sentimen anti-Kristian kalangan pemerintah pada masa itu.

Dalam sejarah penganut Kristian juga tidak terkecuali daripada palitan ekstremisme. Antaranya Arnold of Brescia (1100 – 1155) dan John Hus (1369 – 1415), tokoh agama Kristian yang lantang mengkritik pentadbiran gereja yang korup. Beliau dikurung, kemudian digantung dan dibakar. Justifikasi pembunuhan adalah kerana mereka pembawa ajaran bid’ah yang bercanggah dengan ajaran Gereja Katolik. 

Di Perancis, jangan lupa sejarah pernah mencatatkan pembunuhan penganut Katolik terhadap golongan Protestan terbesar yang dikenali sebagai golongan Huguenot. Golongan ini dibunuh kejam iaitu dibakar hidup-hidup pada zaman Raja Henry, setelah diadili di mahkamah yang dinamakan The Burning Chamber. Penyembelihan Bartholomew dan ribuan para penyokongnya pada 1572 oleh tentera Katolik persis apa yang dilakukan oleh Nazi Jerman kepada Yahudi. Bahkan sebagai menghargai tindakan Raja Perancis Charles IX, Pope Gregory XIII menulis surat kepada beliau, 

“Kami berasa gembira dengan kamu bahawa dengan pertolongan dari Tuhan kamu telah membebaskan dunia ini daripada bid’ah yang terkutuk”

Demikian juga apabila rentetan kekalahan Byzantine ke atas tangan Turki-Seljuk pada tahun 1071, Raja Byzantine, Alexius I meminta bantuan dari Puas Urban II sekaligus menjadi pencetus kepada Perang Salib I. Paus lantas menyeru seluruh penganut Kristian di Eropah untuk memerangi penganut Islam bagi mendapatkan kembali Jerusalem yang dikuasai oleh umat Islam. Ucapan beliau sarat dengan naratif agama dan ekonomi: 

"Disebabkan tanah ini yang kalian duduki, yang di sekeliling adalah lautan dan puncak gunung yang terlalu semput untuk populasi kalian yang ramai; juga tiadanya hasil kekayaan dan tidak cukup... Tanah di Jerusalem itu dipenuhi dengan susu dan madu bagaikan syurga... Pergilah kalian menuju ke makam suci, dan ambillah tanah itu dari tangan orang-orang jahat dan jadikan ia tanah kalian!” 

Lantas seruan itu disambut dengan ucapan ‘Dieu le veult’ (Tuhan mengehendakinya) oleh perajurit Kristian.

Agama Yahudi. Dahulu kita mendengar berabad lamanya penganut agama yang terdiri daripada bangsa bani Israel hidup dalam penindasan. Sehinggalah mereka mendapat tempat di Palestin pasca pengisytiharan Deklarasi Balfour pada 1917 oleh Britain. Bermulalah detik itu, kemasukan pendatang haram penganut Yahudi menjarah sedikit demi sedikit tanah dan ribuan nyawa rakyat Palestin. Saban hari rakyat Palestin hidup dalam penindasan, ada kalangan rumah mereka yang dirobohkan, ada yang ahli keluarga mereka ditangkap dan dibunuh, tanpa mengira bayi atau orang tua. Malangnya dunia membungkam dan tidak pula dikritik perilaku ekstrem ini. 

Pembunuhan terhadap penganut Islam oleh pelampau Hindu juga tidak dapat dipadamkan dari catatan sejarah. Sejak 1950 lebih 10,000 ribu nyawa melayang dalam pertembungan kedua penganut agama ini. Selain itu pembunuhan terhadap penganut Islam oleh penganut Hindu di Gujerat pada tahun 2002 meragut nyawa seramai 2000 penganut Islam. Ketua Menteri ketika itu Narendra Modi, dituduh sebagai dalang kepada kejadian berikutan banyak mengeluarkan ucapan berbaur kebencian dan permusuhan kepada penganut Islam. Ia bukan suatu kepelikan kerana Modi merupakan calon daripada Parti Bharatiya Janata (BJP), parti ekstrem Hindu. Jika Mahatma Ghandi masih ada, pasti beliaulah orang pertama yang mengecam tindakan ekstrem ini.

Agama Buddha yang terkenal dengan belas kasihan pada abad ini bertukar kepada agama yang ganas lantaran sikap radikalisme sebahagian penganutnya. Ashin Wirathu, seorang biksu Buddha memimpin kumpulan 969 sejak tahun 2001 untuk menghapuskan etnik Muslim yang dianggapnya ‘anjing gila’. Katanya, kamu boleh menjadi seorang yang penuh dengan kebaikan dan kasih sayang, namun kamu tidak akan dapat tidur lena di sebelah anjing gila. Perilaku ini sudah pasti mampu menjadi penghalang kepada penganut Buddha untuk mencapai nirvana..



Perilaku ekstremisme wujud dalam kalangan sebahagian penganut agama, walaupun kebanyakan agama dan majoriti agamawan melarang keras penganut agama bersikap ekstrem. Kesilapan dalam memahami konteks yang berlaku mengundang salah faham terhadap agama itu sendiri kononnya sebagai punca konflik dan peperangan, sebagaimana pandang sudut Huntington dalam tesisnya The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order (1996) dan Philip Broadhead dalam Can Faiths Make Peace? Holy Wars and the Resolution of Religious Conflicts (2007), walhal isunya adalah penganut agama dan bukan asal ajaran agama itu. Sekalipun wujud beberapa pandangan yang dilihat secara literal dalam bentuk agak keras, namun ia tidak boleh digeneralisasikan kepada semua. Bahkan dalam konteks Islam, di sana majoriti ilmuwan kontemporari menolak sebarang penisbahan ekstremisme dengan agama ini. Ironinya berpunca daripada kejahilan. Kejahilan terhadap agamanya dan kejahilan terhadap agama lain. 

Kejahilan disertai dengan keangkuhan menyebabkan tertutupnya pintu dialog dan usaha untuk mencari persefahaman di sebalik perbezaan pandangan yang wujud. Selain itu, kegagalan dan ketidaksediaan untuk menguruskan perbezaan pandangan menyebabkan kesimpulan awal untuk menutup pintu perbincangan, seterusnya menganggap pendekatan yang ekstrem boleh menjadi solusi kepada masalah yang berlaku. Kesinambungannya membawa kepada permusuhan, kebencian dan dendam yang tidak berkesudahan.

Wallahualam.

Faiz As-Syirazi
Shah Alam 

Saturday 30 May 2015

Pengajian Hingga Diuji: Suatu Muhasabah

Kurang 3 bulan untuk cukup setahun tidak menulis di sini. Masa terlalu terhad. Bermula saat ini, di sini akan menjadi medan tulisan ringan selain dari menjadi arkib untuk audit idea terdahulu. Hampir setahun, terlalu banyak peristiwa yang berlaku dari dunia yang berbeza. Namun tidak semua perlu diulas atau hendak ditanggapi dengan penulisan. 

Benar kata orang, cabaran paling besar bagi sarjana adalah untuk mendiamkan diri daripada menulis apa yang terbuku dalam hatinya. Pada saya tidak adalah masalah jika memang itu bidangnya, namun akan jadi bermasalah jika ia berada di luar bidangnya. Apatah lagi dengan lambakan media sosial Whatsupp, facebook dan sebagainya menyebabkan mata dan tangan kita tidak menang. Sekejap-sekejap hendak menulis komen, share atau menekan butang like. Jika perkara dan maklumat yang baik dan benar, Alhamdulillah, cuma yang dikhuatiri, sebaliknya dan itu yang banyak berlaku pada hari ini.




Soalnya bukan 'diam dari kebenaran', tetapi 'meletakkan keadilan pada sesebuah ilmu itu'. Hal ini yang diajar dalam dunia kesarjanaan. Jika hendak mengambil sesuatu sumber itu, bukan sekadar 'ma qaala', tetapi 'man qala' juga penting. Maka tidak hairan para ilmuwan peradaban Islam terdahulu juga mengajarkan perkara yang sama. Contoh mudah dalam disiplin ilmu al-jarh wa ta'dil dalam mengenalpasti keabsahan sesebuah riwayat waima dari sudut sanad dan matannya.

Malangnya dewasa ini, terlalu banyak sarjana segera yang lagaknya seperti pemegang PhD dalam semua bidang. Dalam isu global contohnya, menjadi agen penerangan kepada masyarakat pada masa sama dia langsung tidak pernah belajar tentang ilmu hubungan antarabangsa. Justeru dalam konflik seperti di Syria atau Yaman, kebanyakan golongan lepasan pengajian agama dari Timur Tengah melihat pertembungan antara Mazhab Sunni-Syiah, selari dengan propaganda yang dimuat naik dalam media barat.

Hal ini kerana silibus pengajian di kampus sudah disemai sentimen kebencian serta halalnya untuk mengkafirkan pihak yang berlainan fahaman. Ketika di bangku kuliah dahulu, hampir semua pensyarah yang mengajar agak ekstrim pandangan mereka. Bila diselidiki, sikap ekstrim mereka hanyalah berasaskan dari sumber sekunder oleh para guru mereka sewaktu belajar dahulu. 

Sebutlah mana-mana sumber yang mereka petik kebanyakkan tidak mewakili bahkan ada yang tidak ada kaitan langsung dengan pihak yang dituduh. Sehinggakan ada sumber yang dirujuk adalah terjemahan oleh agen CIA! Mungkin atas dasar 'thiqah', semua maklumat yang mereka terima tidak perlu dikaji lagi melainkan menerima dengan absolute. Pada sesetengah pihak, kajian demi kajian dibuat untuk menguatkan dapatan, bukan untuk tujuan pemurnian sumber. Lebih-lebih lagi wujud campur tangan-tangan gelap dalam badan politik.

Kegagalan untuk memahami realiti ini menjadi punca anak muda terpengaruh dengan agenda IS kononnya membela Sunni sekian lama di tindas oleh Syiah. Ironinya, memahami sepak terajang dunia global jauh lebih rumit daripada ilmu yang diajar di masjid dan surau. Tanpa disiplin ilmu yang tepat serta pengalaman yang baik, seseorang itu tidak dapat dianggap sebagai yang berautoriti dalam membicangkan sesuatu perkara itu. 

Bukan sekadar ilmuwan, bahkan kalangan Ulama pun ada yang 'tersilap' ijtihad hingga mengakibatkan ratusan ribu nyawa terkorban serta musnah sebuah negara. Dalam isu pergolakkan Timur Tengah, berdasarkan pembacaan terhadap sumber-sumber akademik, sehingga kini saya melihat analisis Tuan Guru Haji Abdul Hadi sentiasa selari dapatannya walaupun ia asing dari pandangan Ahli Majlis Kesatuan Ulama Sedunia yang lain dan asatizah PAS sendiri. Malangnya dalam isu ini, tidak ramai pula pihak hendak menyokong sepenuhnya pandangan beliau.

Berbalik soal PhD, tanpa dinafikan, PhD bukan ukuran utama semata-mata kerana ramai sahaja ilmuwan hebat dahulu tiada PhD. Pernah dikisahkan pensyarah saya dahulu, Syaikh Muhammad Abu Zuhrah ketika ditanya muridnya kenapa beliau tidak mempunyai PhD pada masa orang sekelilingnya sudah memiliki PhD. Katanya, "apakah aku masih perlu kepada PhD pada masa hampir kesemua pemegang PhD datang merujuk kepadaku dalam soal agama".

Memang benar, tetapi kita perlu tahu yang PhD itu hanyalah 'starter' semata-mata bukan penghabisan. Melalui pengalaman dalam penyelidikan selama bertahun barulah kita tahu bagaimana untuk menganalisa sesebuah maklumat itu dengan baik. Kajian atas kajian, teori atas teori, analisis atas analisis. Pengalaman ini hanya boleh dirasai setelah jerih payah menyiapkan tesis kedoktoran atau kesarjanaan dalam penyelidikan. Justeru usai PhD masih ada post-doc dan sabbatical leave sebagai kesinambungan daripada pengalaman yang dibina semasa PhD. Dengan kata lain, belajar itu tempohnya sepanjang hayat.

Sambung atau Tangguh

Bila mana bercakap soal buat PhD, ada dua keputusan yang ada; samada terus sambung atau tangguh seketika. Pada saya kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan, dan setiap orang berbeza perancangannya. Mengimbaui pengalaman menyiapkan tesis kesarjanaan (+ 1 monograf) hampir 3 tahun membuatkan saya rasa tangguh itu lebih baik. Namun hanya untuk seketika. Paling lama setahun kerana dikhuatiri 'mode' itu akan pergi tanpa kembali lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah selesa dalam alam kerjaya. Walaupun semak dan hutan belantara penyelidikan sudah ditebas, namun cabaran di hadapan tentu berbeza. Pada peringkat sarjana, kita berjaya mengagaskan sebuah teori atau keputusan yang natijahnya 'A'. Namun teori ini akan dikaji semula dan dimanifestasikan dalam bentuk model/modul yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dan negara. Keputusannya mungkin boleh berubah kepada 'H' atau yang tidak pernah kita bayangkan.




Perjalanan Yang Panjang

Jika kita hendak ke UK, pasti banyak prosedur yang perlu dilalui. Waktu penerbangan sahaja memakan masa sehingga 12 jam, tidak masuk lagi dengan transit di mana-mana. Justeru, visa, kemudian pakaian yang bersesuaian, ubat-ubatan, bekalan makanan sementara serta duit perlu cukup. Kesemua bekalan adalah bergantung kepada tempoh masa yang kita ingin duduki. Semakin lama maka semakin banyak kuantitinya. Hal ini kerana dunia luar jika tidak biasa, akan jadi sangat terasing, baik kultur masyarakat, cuaca, makanan, dan sebagainya. Situasinya lebih mencabar kita kita pergi sebagai 'lone ranger'.

Maka lebih lagi dalam perjalanan dalam PhD. Perjalanan kita bakal lalui hakikatnya sebagai 'lone ranger' walaupun mungkin ada di samping kita ada pasangan hidup. Ironinya si suami/isteri sangat membantu jika memahami bebanan pasangan mereka dan terlalu besar pengorbanannya dalam menguruskan rumah tangga. Nasihat saya berdasarkan pengalaman sendiri selain dari membaca kisah rakan-rakan dalam DSG, berkahwinlah dahulu. Jika tidak, penyelia anda akan menjadi mangsa tempat meluah perasaan.

Selain dari persiapan luaran, persiapan dalaman juga penting - yang saya bahagikan kepada dua.

Persiapan pertama adalah dari sudut hubungan kita dengan Allah. Umumnya kita mengetahui bahawa ilmu dan hikmah itu milik Allah yang Dia berhak berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Ilmu itu sifatnya cahaya dan fitrahnya hanya dapat menembusi hati dan fikiran yang jernih. Bagi hati dan fikiran yang dinodai dengan maksiat, maka amat sukarlah cahaya ilmu itu hendak tembus. Kisah nasihat Waqi' kepada muridnya Imam al-Syafie sepatutnya menginsafkan kita. 



Manakala yang kedua adalah persediaan dari sudut penguasaan sesebuah bidang ilmu itu. Ilmu itu tidak semestinya ilmu agama atau disampaikan oleh sarjana Islam, bahkan saya berpegang daripada mana sahaja ia datang, maka ia berhak untuk dipelajari. Dalam proses belajar, akan berlaku penerimaan dan penolakkan.

Jika hanya obses kepada ilmu hanya kepada Islam semata-mata tanpa menyedari sumbernya daripada Tuhan, maka tidak akan ada nama seperti al-Khawarizmi, Ibn Haytham, al-Biruni, Ibn Firnas, Ibn Sina dan ribuan tokoh yang rata-rata daripada mereka 'belajar' daripada sumber bukan Islam. Sarjana Barat dalam hal ini tidak pernah malu mengakui yang mereka terhutang kepada sarjana Islam, Antaranya W.E. Hocking (1873-1966) seorang professor Falsafah di Harvard pernah berkata, "aku yakin dengan pandanganku bahawa al-Quran mempunyai banyak ajaran yang diperlukan untuk mengembangkannya. Maka dapatlah dikatakan bahawa sehingga abad ke-13, Islam-lah yang membawa semua kemajuan yang dibanggakan oleh dunia Barat. Menariknya, Putera Wales (HRH The Prince of Wales) tidak kekok mengungkapkan perkara ini ketika menyampaikan ucapan bertajuk 'Islam and the West' di Oxford Centre for Islamic Studies: 

"...we have underestimated the importance of 800 years of Islamic society and culture in Spain between the 8th and 15th centuries. The contribution of Muslim Spain to the preservation of classical learning during the Dark Ages, and to the first flowerings of the Renaissance, has long been recognised. But Islamic Spain was much more than a mere larder where Hellenistic knowledge was kept for later consumption by the emerging modern Western world. 

Not only did Muslim Spain gather and preserve the intellectual content of ancient Greek and Roman civilisation, it also interpreted and expanded upon that civilisation, and made a vital contribution of its own in so many fields of human endeavour - in science, astronomy, mathematics, algebra (itself an Arabic word), law, history, medicine, pharmacology, optics, agriculture, architecture, theology, music. Averroes and Avenzoor, like their counterparts Avicenna and Rhazes in the East, contributed to the study and practice of medicine in ways from which Europe benefited for centuries afterwards. Islam nurtured and preserved the quest for learning. In the words of the tradition, 'the ink of the scholar is more sacred than the blood of the martyr'. Cordoba in the 10th century was by far the most civilised city of Europe. 

We know of lending libraries in Spain at the time King Alfred was making terrible blunders with the culinary arts in this country. It is said that the 400,000 volumes in its ruler's library amounted to more books than all the libraries of the rest of Europe put together. That was made possible because the Muslim world acquired from China the skill of making paper more than 400 years before the rest of non-Muslim Europe. Many of the traits on which modern Europe prides itself came to it from Muslim Spain. Diplomacy, free trade, open borders, the techniques of academic research, of anthropology, etiquette, fashion, various types of medicine, hospitals, all came from this great city of cities. 

Medieval Islam was a religion of remarkable tolerance for its time, allowing Jews and Christians the right to practise their inherited beliefs, and setting an example which was not, unfortunately, copied for many centuries in the West. The surprise, ladies and gentlemen, is the extent to which Islam has been a part of Europe for so long, first in Spain, then in the Balkans, and the extent to which it has contributed so much towards the civilisation which we all too often think of, wrongly, as entirely Western. Islam is part of our past and our present, in all fields of human endeavour. It has helped to create modern Europe. It is part of our own inheritance, not a thing apart."

Tokoh-tokoh ilmuwan Barat yang merintis enlightenment di Barat seperti Adelard of Bath, Peter Abelard, Robert Grossetteste, Alexander of Hales, Albertus Magnus, St. Thomas Aquinas tidak segan menjadi pelajar kepada ilmuwan Islam yang agung. Umpamanya Adelard of Bath (1080 – 1152M) pada kurun ke-12 dikatakan sempat belajar daripada Imam al-Juwaini (1028-1085M) bahkan asas teori algebranya sendiri berpasak daripada teori al-Khawarizmi. 




Justeru sehingga kini, saya belum menemui argumen yang kukuh tentang adanya pemisahan atau wujudnya istilah ilmu 'kafir' atau ilmu 'Islam'. Pemisahan antara mana-mana disiplin ilmu kerana terlalu obses dengan pandangan sendiri hanya merugikan umat. Dalam peristiwa Khandak, Nabi s.a.w. suka kepada ilmu (strategi) menggali parit daripada tamadun Parsi yang diperkenalkan oleh Salman al-Farisi. Natijahnya umat Islam memperolehi kemenangan.

Kerana itu dunia perkembangan ilmu pengetahuan hari ini dipelopori oleh Barat baik dengan disiplin ilmu yang hebat serta teknologi yang canggih. Sementara dunia ilmu Islam masih 'terperangkap' dengan soal hukum tanpa ada kesudahan. Bukanlah tidak penting soal hukum, tetapi asas ajaran yang dibawa oleh Nabi melebihi soal hukum. Soal pengurusan pentadbiran yang baik, pengurusan harta negara, sistem pendidikan yang baik, kelengkapan teknologi peperangan, kesemuanya falsafah ilmu yang bertungjangkan wahyu. Ibarat roda berputar dan masanya Islam sedang berada di bawah. Banyak faktornya, antara yang utama adalah kerana umat Islam meninggalkan ajaran Islam dan kerap 'Wrong Number'.

Selari dengan apa yang pernah diungkapkan oleh Syaikh Muhammad Abduh usai pengembarannya daripada dunia Islam dan Barat, "Ketika aku di Barat, aku mendapati Islam tanpa Muslim dan ketika aku di negara Arab, aku melihat Muslim tanpa Islam.

Oleh yang demikian, saya berpandangan amat rugi bagi mereka yang hendak sambung PhD bermula daripada 0 atau 'nothing'. Kurang tepat jika selepas mendaftar baru hendak mencari tajuk (melainkan buat MA coursework), atau masih tidak clear apa bahan yang hendak dibaca dan dibuat literatur. Lebih malang lagi jika tidak ada pengetahuan asas tentang apa yang hendak dikaji. Bercakap soal PhD adalah soal kualiti sepanjang tempoh 3 tahun, justeru perlu kepada visi dan misi yang jelas. Jika sebelum ini tajuk adalah pilihan penyelia, maka cukuplah setakat MA sahaja, mainkan memang itu pilihan hati kita.





Topik Tumpuan Kajian Masakini: Populariti atau Prioriti

bersambung...