Kemenangan Yang Hampir

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (Surah al-Fath 48:1)

Memaknai Hidup Dengan Perjuangan

Jadilah penolong-penolong agama Allah dalam menegakkan agamaNya di muka bumi ini

Kalam Murabbi

Amanat Untuk Pemuda dan Pemudi

Kesatuan Ummah

Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul (Surah An-Nisa’4:59)

Pedulisme dan Faham

Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya (HR al-Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Wednesday 29 December 2010

XPDC DAKWAH TAHUN BARU

Monday 27 December 2010

1.1.11

Ayuh sahut seruan !!!

Tuesday 21 December 2010

Gambar 1

"Ramai yang lebih suka mengukur sesuatu perkara itu dengan zahirnya walhal yang zahirnya itu kebanyakannya tidaklah membawa maksud keseluruhannya"

"Islam hanya menghukum kepada yang zahir sebaliknya adalah terserah kepada Allah SWT"

Saturday 4 September 2010

Eid Mubarak

Apabila Syawal bakal menjelang..
Ramai orang sibuk nak pulang..
Hantar wish raya usah dibilang..
Sampai lupa Ramadhan bakal menghilang..

Moga2 dengan bergraduasinya kita pada Ramadhan kali ini..
Menjadikan kita insan mukmin lagi muttaqin..
Aameen..

Salam Eid Mubarak
Maaf Zahir Batin

Tuesday 31 August 2010

Fitan dalam harakah Islamiyyah II




Pada sesi posting yang lepas, penulis telah mengemukakan beberapa faktor dalaman dalam sesebuah harakah Islamiah yang menjadi 'fitan' dalam sesebuah gerakan sepertimana di yang digariskan oleh al-Marhum Ustaz Fathi Yakan. Adapun faktor dalaman seperti kelemahan individu itu juga perlu diberi perhatian. Antaranya adalah :

1. Pendirian tidak tetap dan berminat kepada sesebuah gerakan itu bukan berasaskan kefahaman yang sahih.

Islam merupakan agama yang didasari dengan ilmu dan kefahaman dan bukan agama taklid buta semata-mata. Seseorang yang melakukan ibadat berdasarkan kefahaman darjatnya berbeza dengan mereka yang beribadat berdasarkan ikut-ikutan. Kefahaman yang sahih terhadap sesuatu perkara itu hanya mampu dicapai dengan wujudnya usaha yang bersungguh-sungguh serta niat yang ikhlas kerana Allah SWT.

Individu yang ‘faham’ tidak akan sekali-kali mengabaikan tanggungjawabnya terhadap sesebuah gerakan dakwah tersebut walaupun di sana dia masih memiliki tugasan-tugasan yang lain sebagai seorang pelajar, pimpinan dan sebagainya. Kefahaman tidak akan wujud jika sikap individu itu jarang menghadiri majlis-majlis ilmu atau liqa’ jama’ie sebaliknya menyibukkan dirinya dengan hal yang tidak sepatutnya. Al-Marhum al-Syaikh Sayyid Hawa sangat memberi penekanan bahawa pentingnya bagi seorang dai’e atau ahli kepada gerakan Islam itu untuk menghadiri majlis ilmu sebegini. Menurut beliau :

“Sesiapa yang tidak hadir di dalam liqa’ jama’ie hanya kerana kepentingan khassah (tertentu yang bersifat peribadi) maka dia itu berdosa melainkan ketika itu dia terlibat dengan kerja gerakan Islam”.

Ungkapan yang dikemukakan oleh Sayyid Hawa pastinya disandarkan dengan nas-nas yang berkaitan kewajiban bersama-sama dalam jama’ah berdasarkan konsepnya yang sebenar bukan sekadar nama sahaja. Dalam Islam, seseorang yang berterusan sentiasa berada di dalam keadaan dosa (enggan bertaubat) dan selalu melakukan dosa kecil dikatogerikan sebagai muslim yang faasiq. Wa’iyyazubillah min zalik. Cukup mudah bagi kita jika mahu mengelakkan diri daripada melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang khadam dakwah. Apabila tibanya seruan untuk ke program bersifat jama’ah, maka ketika itulah munculnya sakit kepala, banyak assignment, ada komitmen lain dan 1001 alasan dikemukakan hanya semata-mata mahu mengelakkan diri. Sikap sebegini adalah merupakan sikap golongan munafiq yang ditempelak oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an. FirmanNya :

Terjemahan : “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah berperang pada jalan Allah", kamu merasa berat (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih sukakan kehidupan dunia melebihi akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi berperang pada jalan Allah (membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Tawbah :38-39)

Keadaan mukmin yang keluar berjihad darjatnya jauh lebih mulia dari mereka yang sekadar duduk semata-mata :

Terjemahan : “Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka berbanding dengan orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.” (Surah al-Nisa’ : 95)

Apabila ditanya “apakah kamu kasih kepada Allah SWT dan Rasul,” jawaban yang diberi hanyalah “ya”. Namun dalam lubuk hati mereka jauh sekali untuk menghidupkan sunnah Rasul dalam mengembangkan syi’ar Islam. Nabi SAW ketika mana dihalau oleh kaum musyrikin Arab Thaif, Baginda SAW membawa dirinya ke sebuah kebun anggur. Pada keadaan Baginda SAW yang berlumuran darah akibat dilempar batu, Baginda di datangi oleh Addas, hamba kepada Utbah b. Rabi’ah. Tuan kepada kebun tersebut merasa kasihan kepada baginda SAW lalu menyuruh pembantunya mengambil setangkai anggur untuk diberikan kepada orang itu." Adas pun melaksanakan perintah tersebut dan datang ke hadapan Rasulullah seraya berkata, "Silakan makan." Rasul menerima anggur tersebut, lalu memetiknya, setelah itu membaca "bismillahirrahmanirrahim" dan memakannya. Mendengar bacaan itu, Adas terperanjat dan memandang Rasulullah dengan hairan. "Demi Allah, ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini." Rasulullah berkata, "Wahai Adas, kamu berasal dari mana dan apa agamamu?" Adas menjawab, "Saya beragama Nasrani, saya dari negeri Ninawai." Rasulullah bertanya, "Apakah dari negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yang shalih itu?" Adas berkata, "Apa yang Anda ketahui tentang Yunus bin Matta?" Rasulullah menjawab, "Dia adalah nabi dan saya juga seorang nabi." Mendengar jawaban itu, Adas langsung memeluk Nabi dan seterusnya menjadi seorang Muslim.

Perhatikan, Nabi SAW dalam keadaan sakit dan lemah masih lagi berusaha untuk menyampaikan dakwah kepada manusia tanpa mengira apa jua kondisi yang baginda hadapi selagi mana kudrat yang Allah berikan kepada baginda untuk bergerak, baginda tidak pernah mempersiakannya apatah lagi untuk mengkufurinya. Bagaimanakah layak kita mengatakan bahawa kita tiada masa untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat atau tidak pernah berkesempatan untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh jama’ah Islam itu. Hanya kerana kita ada tugasan peribadi yang lebih penting dari yang lain? Seharusnya kita perlu cerdik dalam hal ini dengan mengambil kira faktor awlawiyyat di dalam sesuatu perkara.

“Kita adalah pendakwah dan bukan penghukum”

2. Sambil lewa dalam mengerjakan suruhan.

Sikap mengambil mudah dan sambil lewa dalam mengerjakan perintah Allah dan hukum-hakam akan membawa kepada bermudah dalam semua perkara. Seorang yang bergelar ahli gerakan Islam samada dari tanzim kecil mahupun besar seharusnya menjauhi sikap sebegini. Perintah wajib dari Allah SWT sepatutnya dilaksanakan tanpa adanya sebarang penangguhan dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sebagai contoh, kita ber one-line sehingga melewatkan waktu solat fardhu.

Bagi ahli gerakan yang baik, akan berusaha meninggalkan segala perkara yang lansung tidak dapat memberi maslahat kepada dirinya dan Islam. Jauh dari diri mereka itu untuk melakukan perkara-perkara yang lagha seperti menonton movie yang tidak berfaedah, berfacebook tanpa arah tujuan, berbual kosong dan sebagainya. Sepatutnya masa sebegini dipenuhi dengan mengisi thaqafah di dalam diri mereka supaya menjadi Muslim yang haraki dan bukan yang fiqhi semata-mata.

“Sebahagian dari keindahan Islam seseorang itu adalah dengan dia meninggalkan segala perkara yang tidak mendatangkan faedah bagi dirinya” (Muttafaqun alayh)

3. Takut risiko ke atas diri dan rezeki (ekonomi).

“Syeikh, ana tidak mahu kena pecat dengan ana punya bos.. nanti, kereta, rumah ana kene tarik siapa yang mahu bagi anak bini ana makan syeikh.”

“Ana sebenarnya bukan tak mahu buat kerja-kerja dakwah ni, ana ada banyak kerja lain nak dibuat. Studi pun belum mula lagi. Alaa.. lagipun kan ada orang lain yang sanggup.”

“Itulah kau, aktif sangat. beقdakwah sangat la konon.. kan result dah drop..”

Ucapan-ucapan sebegini, hanya akan lahir dalam pemikiran yang dangkal akan konsep amal Islami sekaligus dia menafikan keyakinannya terhadap kebenaran Islam itu. Firman Allah SWT :

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu tolong agama Allah nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan pendirian kamu” (Surah Muhammad : 7)

Seseorang yang memahami apa itu tadhiyyah dan di dalam hatinya ikhlas melakukan amal islami, pasti tidak akan mempunyai pemikiran sebegini. Jika ada sekalipun, pasti dia akan segera memperbetulkan kembali niat dan tindakannya itu. Realitinya, tidak pernah seseorang yang buat kerja-kerja dakwah ini gagal di dalam kehidupan. Jika ada sekalipun, ianya pasti merupakan ujian daripada Allah SWT kepada hambaNya. Dalam al-Sunnah sendiri, Nabi SAW bersabda yang bermaksud,

“ Sesungguhnya pada badanmu ada hak, pada isterimu ada, pada keluargamu ada hak, maka penuhilah (jaga) hak-hak itu”

Lalu bagaimana boleh wujud pemikiran yang sempit seperti di atas sedangkan selagi mana kita menunaikan tanggungjawab kita dengan sempurna, sudah pasti tiada apa di hadapan kita melainkan kejayaan semata-mata samada di dunia mahupun di akhirat kelak. Sifat wahan bagaimanapun tetap boleh wujud di dalam hati seseorang itu jika dia bersikap pesimis dalam melakukan gerak kerja.

4. Terperdaya dengan kedudukan dan menonjol diri - merosakkan diri dan pahala amalan.

Gejala sebegini kebanyakannya wujud di dalam diri seseorang yang mempunyai kelebihan berbanding dengan orang lain terutamanya di kalangan pimpinan sesebuah tanzim (organisasi) itu.



Dalam hal ini, al-Syaikh Dr. Farid Ansari seorang ulama’ haraki di Maroco pernah menuliskan di dalam kitabnya, al-Akhta’ al-Sittah li al-Harakah al-Islamiyyah bi al-Maghrib : Inhiraf Istasna’ie fi al-Fakr wa al-Mumarasah ( Enam Kekeliruan Gerakan Islam di Maroko, Penyimpangan Pemberhalaan Pemikiran dan Praktikal ) mengenai fenomena pemberhalaan qiyadah (kepimpinan). Menurutnya :

“Sesungguhnya fenomena pemberhalaan qiyadah itu hampir terjadi di semua gerakan Islam, baik yang menamakan dirinya gerakan Islam maupun tidak. Fenomena pemberhalaan Qiyadah/Pemimpin itu terjadi setelah kehilangan qiyadah yang berilmu, konsisten dengan risalah Rabbaniyyah dan cerdik. Akibatnya, tokoh yang kurang ilmunya dalam memimpin amal Islam ini bermula dari yang tertinggi, pertengahan sehinggalah keperingkat yang paling bawah. Hal tersebut menyebabkan munculnya pemberhalaan para Qiyadah sehingga pentunjuk jalan harakah (amal dakwah) hanya berdasarkan kecenderungan dan perwatakan mereka semata-mata, bukan berdasarkan kaedah-kaedah Ilmu dan skala awlawiyyah syar’iyyah (keutamaan syara’). Di antara fenomenanya, adalah egoistik tanzim dalam jamaah Islam semakin membesar."

Kuat dan lemahnya sesebuah gerakan Islam itu secara realtinya adalah berpunca daripada faktor-faktor dalaman walaupun di sana adanya faktor-faktor luaran yang pastinya boleh di atasi jika keutuhan dan kekuatan dalam tanzim tersebut terbina. Para pimpinan mahupun ahli seharusnya (baca : wajib) bekerjasama di dalam membangunkan dan menggerakan sesebuah gerakan itu terutamanya dalam sektor tarbiyyah, dakwah dan siasah.

“Islam itu tidak tertegak dengan kemudahan sebaliknya dengan keazaman dan usaha yang gigih daripada setiap rijal al-Dakwah samada dari kalangan pimpinan mahupun ahli”

Wallahu’alam.

Tuesday 24 August 2010

Fitan dalam harakah Islamiyyah



*Posting ini adalah dikhususkan kepada mereka yang bergelar ahli gerakan Islam sebagai satu peringatan & muhasabah bersama..

Sebagai seorang muslim terutamanya bagi mereka yang berintima’ dengan sesebuah gerakan Islam itu tentunya tidak asing lagi dengan ayat :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim : 7)

Imam al-Thabari di dalam Tafsir al-Thabari berkenaan ayat ini menyebutkan, bersyukur di sini bermaksud kesyukuran kepada Tuhan iaitu dengan ketaatan kepadaNya. Menurut Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, bersyukur dengan erti kata bersyukur di atas segala nikmat yang Allah SWT anugerahkan dan Dia berhak untuk menambahkan nikmat itu. Adapun jika kita mengkufuri nikmat-nikmat itu, maka azab dari Allah SWT akan tertimpa ke atas mereka yang mengkufuri nikmat itu. Demikianlah juga menurut para ulama’ tafsir seperti Imam al-Alusi di dalam Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim wa Sab’ al-Mathani, Imam al-Baydhawi dalam Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil, Imam al-Suyuti dalam al-Dur al-Manthur fi Ta’wil bi al-Ma’thur.

Kufur

Kufur tidak semestinya jatuh kepada hukum kafir namun yang kafir itu sudah tentu jelas kekufurannya. Secara dasarnya, kufur terbahagi kepada dua iaitu kufur nikmat dan kufur hakikat. Kufur nikmat tidaklah sampai membawa kepada rosak akidah namun ianya boleh menjadi faktor penyumbang kepada kufur hakikat iaitu kufur dari sudut akidah dengan erti kata lain, wujudnya keyakinan dalam dirinya bahawa masih ada yang berkuasa selain Allah SWT ataupun dengan meyakini bahawa ada perkara yang lebih baik selain daripada apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan RasulNya.

"Barangsiapa yang meninggalkan Jama’ah sejengkal, matinya seperti matinya orang jahiliyah" (Muttafaqun alayh)


Dakwah dan gerakan

Berdakwah jika secara solo (infiradiyyah), hasilnya sudah pasti tidak sama sepertimana mereka yang mengambil pendekatan berdakwah secara bersama (jama’iyyah). Hal ini jelas jika kita telusuri sirah para Nabi SAW, bahawa usaha yang Nabi SAW buat untuk menyampaikan Islam adalah dengan membentuk gerakan-gerakan kecil dan di situlah Nabi SAW menyampaikan ajaran Islam. Kesannya, Islam itu berkembang begitu hebat pada hari ini walaupun permulaannya amat sedikit yang mengikutinya.

Al-Quran sendiri menyeru kepada kesatuan di dalam melakukan perkara yang kebaikan yang bersifat ‘ubudiyyah mengajak manusia itu kembali mengabdikan diri kepada Allah SWT serta melarang untuk bertolong-tolongan dengan perkara yang bersifat mungkar. Firman Allah SWT :

وتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pergaduhan" (Surah al-Ma’idah:2).


Metodologi dalam sesebuah organisasi atau gerakan dakwah itu juga kita boleh lihat di dalam firmanNya :

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun rapi" (Surah al-Soft:4).

Nabi s.a.w. juga bersabda:

عليكم بالجماعة و إياكم و الفرقة ، فإن الشيطان مع الواحد ، و هو من الاثنين أبعد ، من أراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة

"Hendaklah kamu semua elakkan dari perpecahan dan kamu semua hendaklah bersama jammah. Sesungguhnya syaitan akan bersama dengan seorang yang berseorangan dan menjauhkan diri daripada orang yang berdua. Dan sesiapa inginkan hidup di tengah syurga maka ia hendaklah bersama jama'ah."


Sabdanya lagi :
يد الله مع الجماعة
"Tangan (kekuatan) Allah bersama jamaah"


Dalam sabdanya yang lain :

انا امركم بخمس الله تعالي امرني بهن :بالجماعة و السمع , و الطاعة , , و الهجرة , والجهاد فى سبيل الله. فان من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الا ان يراجع فقالوا يا رسوالله : و ان صام و صلي ؟ قال :”و ان قام و صلي وزعم انه مسلم

"Aku menyuruh kamu dengan lima perkara di mana Allah menyuruh aku dengan lima perkara tadi: Bersama jamaah,dengar dan patuh ,berhijrah dan berjihad di jalan Allah.Maka sesungguhnya sesiapa yang keluar meninggalkan jamaah kadar sejengkal maka ia telah mencabut ikatan islam dari tengkoknya sehinggalah ia kembali semula(bersama jamaah).Mereka (sahabat)berkata:Wahai Rasulullah s.a.w. sekalipun orang itu bersembahyabg dan berpuasa? Baginda bersabda. Sekalipun mereka bersembahyang dan berpuasa dan beranggapan ianya seorang muslim."


Keadaan Islam pada akhir zaman yang mengakibatkan ramai yang 'melepaskan' taklifan ini dan sanggup berhadapan dengan Allah SWT untuk menjawabnya kelak

Fitan dalam gerakan dakwah

Seseorang yang terlibat dengan mana-mana organisasi dakwah pastinya mendakwa bahawa mereka itu mahu menyampaikan dakwah itu kepada masyarakat umum khususnya. Begitu juga dengan semangat mahu mengislamisasikan suasana dipersekitarannya. Namun semangat ini tidak dapat menjamin seseorang itu untuk dia terus memberi komitmen mahupun bersama-sama dalam gerakan itu kerana hati manusia itu bersifat terdedah kepada sebarang perubahan. Sebab itu kita sering berdoa, “Wahai Tuhan yang Maha Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam memperjuangkan agamaMu ini.”

Seorang da’ie atau Rijal al-Dakwah itu sudah pasti boleh ditimpa fitnah dan antara sebabnya kerana dia itu KUFUR terhadap nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepadaNya. Jika dahulu dia tidak mempunyai kelapangan masa atau kesihatan untuk bersama-sama turut serta dalam menjalankan misi dakwah ini namun apabila dia dipinjamkan Allah SWT akan nikmat-nikmat itu, sikapnya tetap sama. 1001 alasan boleh diberi jika dihadapan manusia dengan harapan orang akan berhusnuzan kepada diri kita namun apabila berada di hadapan Allah kelak, maka disitulah tersingkap ukurannya sebenar.


Seseorang yang dahulunya aktif dan sentiasa memberi komitmen dalam menjayakan usaha-usaha dakwah kepada masyarakat namun berubah samada sedikit atau ketara disebabkan faktor-faktor tertentu dinamakan sebagai al-Mutasaqitun (orang-orang yang tercicir). Menurut al-Syaikh Dr. Fathi Yakan rahimahummahu taala di dalam kitabnya al-Mutasaqitun ala Tariq al-Dakwah, gejala keguguran dari jalan dakwah adalah merupakan gejala umum, besar dan berulang-ulang. Ianya berlaku di mana-mana sahaja. Seorang yang dulunya aktif, hebat dan bertanggungjawab tiba-tiba hilang begitu sahaja. Ada di antara mereka yang meninggalkan kerja dakwah tetapi tidak meninggalkan Islam. Ada pula yang meninggalkan dakwah dan Islam sekaligus. Al-Syaikh Dr. Fathi Yakan membahagikan bahawa, terdapat dua faktor iaitu faktor dalaman dan luaran yang menyumbang kepada kewujudan golongan. Antara faktor dalamannya adalah seperti berikut :


1. Tarbiyyah lemah

Lemahnya tarbiyyah terutamanya bagi para pimpinan yang sepatutnya berakhlak Islam dan segala kerja terikat dengan Allah, ikhlas semata-mata kerana Allah. Hubungan anggota dengan harakah hendaklah berasaskan hubungannya dengan Allah dan Islam. Mereka tidak boleh lari dari suasana iman, tarbiyyah dan kerohanian. Walau sesibuk mana pun setiap anggota jamaah samada peringkat bawahan atau pimpinan, mereka itu wajib mengikuti program tarbiyyah.

Sudah menjadi lumrah, setiap orang pasti mempunyai pandangan dan pemikiran-pemikiran yang tersendiri apatah lagi jika dia merupakan seorang mahasiswa yang pastinya akan cuba membawa pemikirannya yang tersendiri. Hal ini bagaimanapun ada batasannya kerana sesuatu pemikiran itu sama dari kalangan para pimpinan itu boleh ditolak dan begitu juga dengan ahli-ahli yang lain. Hal ini bertepatan sepertimanaa yang dinyatakan oleh al-Syahid Imam Hasan al-Banna rahimahullah di dalam Usul ‘Isyrin :

“Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah (s.a.w) yang bersifat maksum. Perkataan para salihin yang dahulu (salaf soleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan Al-Quran dan hadith. Jika tidak, maka Al-Quran dan Hadithlah ikutan kita yang utama, tetapi kita tidak melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilafiah.”

Seseorang yang mencapai tahap senior atau ‘orang lama’ dalam sesebuah gerakan itu, tidak terlepas daripada menjalani proses tarbiyyah. Perlu diingatkan, tarbiyah dan ta’lim merupakan perkara yang berbeza walaupun secara zahirnya seolah-olah sama. Hal ini bersamaan dengan perbezaan peranan antara seorang guru (mu’allim) dan seorang murabbi. Seorang mu’allim tugasnya hanyalah sekadar untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajarnya dan seterusnya terpulang atas usaha dan inisiaitif dari pelajar itu sendiri untuk berjaya. Adapun seorang murabbi, peranannya bukan sekadar mendidik mutarabbinya (orang yang ditarbiyyah) semata-mata, namun dia juga berperanan penuh dalam memastikan mutarabbinya menjadi seorang Muslim yang baik dalam segala perkara.


2. Penyerahan taklifan kepada yang bukan ‘ahlinya’

Meletakkan anggota jamaah di tempat yang tidak sesuai tanpa mengambil kira keupayaan, kecenderungan, kebolehan, kelemahan dan kekurangan anggota. Ini mestilah diambil kira untuk semua bidang samada tarbiyyah, politik, ekonomi atau riyadah.

Hal ini tidaklah bermaksud seseorang itu boleh melepas diri begitu sahaja dengan memberi alasan bahawa dia tidak mampu untuk memikul sesuatu taklifan itu walaupun setelah diterangkan dan diajar oleh orang lain. Perkara sebegini bergantung kepada keikhlasan seseorang itu di dalam menjayakan misi dakwah dengan erti kata jika dia masih tidak tahu atau kurang faham, dia tetap berusaha dari semasa untuk mempertingkatkan kemahirannya dalam sesuatu bidang itu. Sebagai contoh, seseorang yang mengambil subjek Pengajian Islam tidak boleh menjadikan alasan bahawa dia tahu untuk mengendalikan tugasan teknikal dan mereka yang berkecimpung dalam bidang sains lansung tidak boleh bercakap dalam soal agama.


3. Tiada pembahagian gerak kerja yang baik

Pengagihan kerja hendaklah betul dan tidak tertumpu pada sekumpulan kecil sahaja, manakala sebahagian besar yang lain tidak ada kerja dakwah. Ini mengakibatkan hubungan anggota dengan jamaah dan hubungan anggota dengan anggota menjadi lemah. Akhirnya berlakulah kelemahan, keciciran dan seterusnya membawa kepada keguguran.

Sesebuah organisasi yang baik, tidak akan meletakkan kesemua tugasan atau gerak kerja hanya kepada individu tertentu tanpa mengambil kira kemampuan individu tersebut walhal tugasan itu bersifat khusus (sudah ditetapkan kepada yang sepatutnya). Sekurang-kurangnya jika mahu bertindak sedemikian, perlulah ada gerak kerja bersama (amal jama’ie) dan bukan ‘menyeksa’ pihak lain sehingga menyebabkan wujudnya tekanan dalam dirinya dan akhirnya hatinya mati dan serik dalam perjuangan.


4. Tidak ambil berat keadaan ahli

Setiap orang pasti ada masalahnya tersendiri samada masalah peribadi, keluarga, kewangan, peribadi dan sebagainya. Oleh itu hubungan anggota mestilah berdasarkan kerohanian iaitu taaruf, tafahum dan takaful mestilah wujud.

Antara punca wujudnya jurang antara para pimpinan dan ahli adalah disebabkan ‘masalah hati’ yang mana masing-masing ego dan tidak mahu bertolak ansur dalam sesuatu perkara. Apakah mereka itu lupa bahawa mereka itu sebenarnya berada dalam sebuah gerakan Islam yang mahu menyampaikan dakwah kepada masyarakat? Maka selepas itu wujudlah simptom-simptom seperti ‘buat bodoh’ dan lansung tidak bertegur sapa walau seukir senyuman sekalipun tidak dilemparkan. Perkara sebegini seolah-olahnya telah membelakangkan prinsip dan dasar perjuangan Islam itu semata-mata kerana kita mahu memenangkan perasaan kita terhadap orang lain. Hal ini tidak akan selesai jika masing-masing saling menyalahkan antara satu sama lain dan lebih teruk lagi, wujudnya pertengkaran yang bersifat tidak ilmiah. Tidak komitmennya ahli dalam gerak kerja haraki seharusnya tidak ditunding kesalahannya kepada ahli 100% sebaliknya pimpina perlu menanyakan diri mereka sejauh mana mereka membina hubungan yang baik dengan ahli yang berada di bawah. Jika program anjuran ahli sendiri para pemimpin pandang sebelah mata sahaja, mahu terlibat sama pun payah, maka pimpinan itu tidak berhak dan layak untuk menyalahkan ahlinya jika mereka juga bertindak serupa.

Sewajarnya para pimpinan perlu menunjukkan sikap keterbukaan mereka demi memastikan segala permasalahan dalam sesebuah organisasi itu tidak memberi kesan kepada gerak kerja dakwah. Para pimpinan juga perlu mengenalpasti ahlinya bagaimana bukan hanya tahu mengarah semata-mata namun jauh sekali untuk membina hubungan atas dasas ukhwah Islamiyyah. Begitu hehebatnya Ukhwah Islamiyyah ini sehingga ianya ditempatkan oleh Abdullah Nasir Ulwan sebagai nikmat ketiga selepas nikmat Iman dan Islam. Dengan ukhwah pastinya mampu membantu mewujudkan sifat redha dan ikhlas di dalam perlaksaan sesuatu gerak kerja.

5. Tidak menyelesaikan masalah yang timbul dengan segera.

Masalah yang dipendam akhirnya menjadi bertimbun, bercabang-cabang dan melahirkan pula masalah baru yang lain. Ini adalah disebabkan kerana kelemahan pucuk pimpinan, kelemahan pentadbiran dan terlalu besar atau luasnya program amal dakwah.

6.
Banyaknya pertikaian dalaman.

Pertikaian dalaman amatlah bahaya dalam sesebuah organisasi gerakan itu sehingga mengakibatkan rosaknya hubungan anggota dengan pimpinan mahupun dikalangan ahli yang lain, disamping kerja dakwah akan terbengkalai dan timbul campurtangan luar, seterusnya membawa kepada ihdam al-jamaah (kehancuran jama'ah). Puncanya adalah :

i- Kelemahan pemimpin untuk memimpin.
ii- Campurtangan pihak luar
iii- Berebut jawatan
iv- Tidak iltizam dengan dasar dan keputusan jamaah
v- Kerja tak ada menyebabkan ahli tidak berkembang

Bersambung dalam siri kedua..

Wallahu'alam.

Tuesday 10 August 2010

Ramadhan aL-Mubarak

Selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh umat Islam dan selamat menunaikan ibadat puasa. Manfaatkanlah segala kesempatan dan peluang yang Allah SWT beri kepada kita dalam madrasah tarbiyyah ini. Elakkan dari melakukan aktiviti yang melalaikan lagi melaghakan seperti aktiviti berinternet, seperti berFB tanpa tujuan dan hanya sekadar suka-suka, bercakap perkara yang sia-sia, mendengar muzik dsb. Rugilah bagi mereka yang merugikan diri sendiri pada bulan ini pada masa Allah SWT bukakan kepada mereka 1001 rahmat keampunan.

Kata Badi'uzaman Sayyid al-Nursi : "Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air."

Monday 26 July 2010

Keris '10


p/s : Klik pada gambar untuk besarkan gambar.

" Islam memimpin transformasi ummah"

Thursday 22 July 2010

Polemik kesatuan bermazhab


Alhamdulillah, agak lama penulis tidak 'berkarya' disebabkan masa tidak mengizinkan. Bermula semalam (22/7/10) penulis berkesempatan untuk menghadiri Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II Anjuran Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya pada 20-22 Julai ( walaupun lewat sehari ). Bersama2 sahabat penulis, Akhi Zaim, kami berulang alik ke UM selama 2 hari berjalannya seminar tersebut. Bagaimanapun, ianya cuma selingan sahaja dan bukanlah pokok perbahasan utama yang ingin di utarakan kepada sahabat2 sekalian. Ironinya, banyak input-input yang bermanfaat yang penulis perolehi di seminar yang bertemakan, "Al-Asha`irah dan Cabaran Mutakhir".

Di dalam seminar tersebut yang dihadiri oleh puluhan cediakawan dan ilmuan Islam termasuk dari negara2 Timur Tengah, dan antara topik yang dikupas adalah berkaitan dengan isu-isu semasa aqidah terutamanya yang berkisar dengan masalah perkhilafan antara Manhaj ASWJ dan Salafiyyah Wahabiyyah. Bagaimanapun, secara keseluruhannya, ianya tidaklah berbentuk menyalahkan mana-mana pihak walaupun di sana terdapat juga 'isu2 yang panas' yang didedahkan, namun dalam konteks menjaga kemaslahatan umat Islam, soal kesatuan haruslah diutamakan. Hal ini bergantung kepada individu masing-masing untuk menilai sejauhmana dharuriy penyatuan berbanding dengan dharuriy perpecahan yang adalanya sehingga membawa kepada gejala takfir sesama muslim.

Usaha-usaha merekonsilasikan atau mencerahkan antara umat Islam yang terdiri dari pelbagai mazhab dan aliran wajar disambut dengan baik baik samada dari kalangan Ahl Sunnah, Wahabiyyah waima saudara Islam dari kalangan Syi'ah sekalipun. Hal ini sekaligus dapat menjauhkan sikap fanatik atau ektrim terhadap sesuatu aliran tersebut melebihi Islam itu sendiri. Setiap aliran dan mazhab ada manhaj tersendiri dan hujah masing2 dan ia sepatutnya menjadikan sikap toleransi antara satu sama lain dan bukannya membunuh atau menindas mereka yang tidak sefahaman dengannya. Hal ini pastinya menguntungkan pihak kuffar di dalam menjahanamkan Islam itu sendiri. Namun perlu diingatkan, segala bentuk keganasan terhadap Muslim lain dan sikap ekstrim WAJIB dijauhi.

Realiti yang berlaku, masalah timbul dari kalangan pengikut yang bertaqlid buta dan malas belajar lalu lahirlah golongan pseudo terhadap sesuatu fahaman itu. Dunia Islam hari ini seolah-olah habis ikhtiar untuk menangani soal konflik di dalam fahaman kerana masing-masing mendakwa bahawa merekalah firqah naajiyyah dan adapun yang lain adalah ahlul bid'ah. Isu-isu yang sepatutnya mereka tumpukan adalah seperti isu Palestin, isu keruntuhan moral masyarakat dan keadaan Islam itu sendiri. Namun perlu diingatkan bahawa, isu-isu tersebut tidaklah lari daripada perkaitannya dengan fahaman atau pegangan sesuatu akidah sebagai contoh berlakunya pengeboman oleh pihak malaun di Zahedan, Iran dan di Iraq baru2 ini.

Ada baiknya semua pihak mengimbas kembali Risalah 'Amman (rujuk di sini) yang telah disepakati pada enam tahun lalu, kenyataannya bertulis :

"Siapapun pengikut salah satu dari empat mazhab hukum Islam Sunni (Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali), dua mazhab fiqh Islam Syi'ah (Ja’fari dan Zaidi), mazhab fiqh Islam Ibadhi, serta mazhab fiqh Islam Zahiri adalah Muslim. Menyatakan pengikut (mazhab) tersebut sebagai kafir adalah hal yang mustahil dan dilarang. Sudah pasti bahwa darah, kehormatan dan hartanya adalah terjaga. Selain itu, berdasarkan fatwa Syeikh Al-Azhar, adalah tidak mungkin dan tidak diperbolehkan untuk menyatakan kafir kepada penganut aqidah al-Asy’ari atau yang mempraktikkan tasawuf dengan benar (sufi). Demikian juga, tidak mungkin dan tidak diperbolehkan untuk menyatakan kafir kepada pengikut pemikiran Salafi yang tidak menyeleweng. Hal yang sama juga tidak mungkin dan tidak dibenarkan untuk mengkafirkan kepada kelompok Muslim manapun yang meyakini Tuhan subhânahu wa ta’âlâ dan utusan-Nya shallallâhu ‘alaihi wa (âlihi wa) salâm, rukun iman, dan rukun Islam, dan yang tidak mengingkari segala prinsip utama agama"

Pengajaran, jangan cepat melatah.

Wednesday 21 July 2010

SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN II





SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM
PERINGKAT KEBANGSAAN II

Anjuran:
Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya Kuala Lumpur

Pada:
20 & 21 Julai (Selasa - Rabu)

Tempat:
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya Kuala Lumpur


OBJEKTIF:
Seminar ini diadakan dengan objektif seperti berikut:

1. Memperkasa al-Asha`irah sebagai mazhab arus perdana di Malaysia.
2. Mendedahkan beberapa cabaran mutakhir mazhab al-Asha`irah di Malaysia.
3. Mengetengahkan kesesuaian al-Asha`irah sebagai pegangan kaum Muslimin di Malaysia demi untuk perpaduan ummah.
4. Menghasilkan sebuah buku untuk rujukan mahasiswa dan masyarakat awam di Malaysia dalam bidang pemikiran akidah Islam.

TEMA:


“Al-Asha`irah dan Cabaran Mutakhir”

Tema di atas akan dibahaskan dalam bidang-bidang kajian seperti berikut:

• Tradisi al-Asha`irah dalam wacana keilmuan Islam
• Konsep Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah dan perbahasan di sekitarnya.
• Cabaran mutakhir al-Asha`irah di Malaysia.
• Al-Asha`irah dan perpaduan ummah di Malaysia

Maklumat selanjutnya sila klik

Saturday 10 July 2010

Warkah buat mahasiswa ( Siri 2 )

bukan sekadar beretorik di dalam membawa slogan namun sentiasa bersedia memperjuangkannya walau apa jua situasi sekalipun

Pada posting sebelum ini, penulis telah menjelaskan peranan 'sebenar' seorang mahasiswa secara muqadimahnya berdasarkan amanat yang dinyatakan oleh al-Marhum al-Maududi. Pada siri ke-2 ini, al-Maududi memperincikan lagi tugas-tugas mahasiswa Islam sebagai rantai-rantai kepada perjuangan ganerasi terdahulu demi menyelamatkan ganerasi kita yang akan datang apatah lagi ganerasi kini sudah punah kebanyakannya kesan dari memakan racun pihak kuffar.

Al-Maududi melanjutkan :

Kewajipan memindahkan perbendaharaan tamadun pada generasi akan datang

Sesungguhnya bumi yang saudara-saudara hidup di atasnya ini telah pun diteroka oleh orang-orang yang terdahulu dari saudara supaya tamadun Islam dapat bertapak di atasnya, supaya dikuatkuasakan pelaksanaan peraturan-peraturan hidup yang mereka anuti dan supaya diperintah oleh undang-undang yang dianggap benar dan peraturan-peraturan sistem kerja yang mereka fikirkan baik.

Perlu kita ingat bahawa kekalnya generasi Islam adalah bergantung penuh di atas usaha generasi yang akan datang untuk memindahkan tamadun Islam dalam bentuk hidayah ketuhanannya yang kita warisi dari nenek moyang kita yang mulia dan yang telah membezakan kita dari bangsa-bangsa lain di dunia.

Sudah pasti bahawa setiap orang Islam tidak akan kekal, tetapi umat Islam boleh kekal sepanjang masa, dengan syarat ada kemampuan yang diperlukan dalam setiap peringkat masa untuk memindahkan perbendaharaan tamadun kepada generasi yang akan datang. Pemindahan ini hendaklah sentiasa berjalan dalam setiap pertukaran generasi.

Sekiranya kita tidak sanggup mengekalkan sifat-sifat istimewa tamadun yang membezakan umat kita itu, dan generasi muda kita pula tercekup dengan tamadun asing, katakan tamadun Amerika umpamanya, lalu terpengaruh dengannya dan terbentuk dengan acuannya tidak lagi dengan acuan tamadun Islam, maka lambat laun bumi ini akan bertukar menjadi bumi Amerika.

Ya, generasi Islam akan tinggal di bumi itu, tetapi ianya dibentuk dengan acuan Amerika yang menandakan tamadun Islam tidak lagi kekal di atas bumi yang dikhususkan untuk umat Islam. Itulah yang menandakan kekalnya tamadun lain yang menghapuskan identiti kebangsaan kita atau dengan lebih tepat identiti keislaman kita.

Maka hendaklah saudara-saudara mengamati kedudukan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dan memahami bagaimana penting peranan masalah ini dalam sejarah. Masalah ini tidaklah merupakan masalah pelajaran semata-mata, bahkan ianya juga menjadi masalah yang mempunyai hubungan langsung dengan adanya identiti Islam dan juga dianggap menjadi masalah hidup mati identiti itu secara terus menerus.

Hidup kita tidak akan kekal sebagai satu umat Islam melainkan apabila kekalnya anak-anak muda kita yang sedang melalui peringkat pembentukan dan persediaan di pusat-pusat pengajian dan pendidikan. Kekal dalam erti berpegang teguh dengan tamadun Islam, mengibarkan benderanya serta menyeru kepadanya.

Dua cara untuk memindahkan perbendaharaan tamadun.

Tujuan ini tidak akan terlaksana melainkan dengan dua jalan.

Jalan pertama: Mahasiswa sendiri hendaklah bergerak melaksanakannya.

Jalan kedua: Pemerintah hendaklah merangka polisi pelajaran dan pendidikan yang boleh mencapai kepada tujuan ini.

Bersambung..

Friday 9 July 2010

Siapa Ikram?


Kemunculan Ikram yang mendakwa sebagai sebuah gerakan dakwah cawangan Ikhwan baru-baru ini menarik perhatian ramai pihak. Mungkin jika tidak muncul isu Dr. Asri dan gerombolan ilmuannya menyertai Umno, Ikram mungkin menjadi pilihan pengulas politik untuk melihat kewujudan sebuah faksi Islam yang menyertai atau sekurang-kurangnya lunak dengan Umno.

Dakwaan IKRAM menyertai politik atau secara khususnya Umno mungkin terlalu awal atau dangkal untuk dianalisis dalam sebuah kertas kerja. Tetapi bagi mereka yang sangat berpengalaman dengan sebuah gerakan yang mendakwa mempunyai akarnya kepada kepada Ikhwan Muslimin (Alami) Mesir, ia bukanlah suatu yang rumit untuk melihat ke manakah arah dan haluan yang akan ditempa oleh gerakan ini. Walaupun ia mendakwa untuk menumpukan fokusnya sebagai sebuah gerakan dakwah yang terbuka, ia tidak terlepas dari kaitannya dengan politik semasa.

Perlu difahami bahawa IKRAM bukan sebuah pertubuhan dakwah seperti Jemaah Tabligh Perkim, Yadim, Hikmah atau agensi kerajaan yang lain. Ia bukan gerakan dakwah yang hanya bergiat dalam ertikata dan aktiviti yang sempit seperti kebajikan dan pendidikan semata-mata. Fahaman Ikhwan terhadap dakwah adalah ingin menegakkan tuntutan Islam yang syumul khususnya dalam politik bagi merealisasikan semua objektif pelaksanaan Islam dengan lebih berkesan.

Oleh itu, samada suka atau tidak, terbuka atau berselindung gerakan ini tidak dapat lari dari hakikat terlibat dalam politik. Justeru apakah kehadiran mereka ini akan menambah kekuatan force politik gerakan Islam atau sebaliknya melemahkannya lagi. Jika ianya positif apakah potensi yang dapat dikembangkan, jika sebaliknya apakah kehadirannya akan dapat menyaingi gerakan Islam semasa dan seterusnya dimanipulasi oleh musuh gerakan Islam bagi memecahbelahkan kebangkitan Islam itu sendiri.

Bagi mereka yang baru dalam dakwah dan ingin melihatnya sebagai suatu perkembangan biasa, ia bukanlah suatu isu. Tetapi bagi aktivis gerakan Islam, gerakan ini mempunyai kaitan sejarah yang agak kontroversi khususnya di mata pendokong ABIM dan PAS. ABIM dan PAS yang sangat terkesan ekoran dari infiltrasi yang dilakukan oleh IRC. Semua ini dilakukan oleh IRC yang menjadi root kepada kebangkitan baru ini di atas nama dakwah dan tarbiyyah. Dakwah dan tarbiyyah adalah lebih utama dan aula dari perjuangan politik kepartian. Hal yang sama juga dilakukan oleh Arqam apablia menyatakan apakah perjuangan Islam ini dimonopoli oleh gerakan politik sahaja. Tetapi mereka ini dilihat tetap mempunyai kecenderungan politik sehingga Abuya mendakwa bahawa beliau berhak dan berpotensi bagi mengantikan kepimpinanan politik Malaysia malahan dunia suatu hari nanti.

Kedatangan Arqam menyukarkan PAS yang terpaksa menerima kritikan Abuya terhadap perkembangan Syiah di dalam parti itu. Ketika Arqam berpengaruh, PAS tidak dilihat sebagai sebuah gerakan dakwah walaupun politik adalah memenuhi tuntutan makna dakwah Islamiah. PAS pula sukar menyatakan sokongannya secara terbuka kepada Arqam justeru pembabitan gerakan itu dalam isu akidah dan sebagainya.

Apakah kehadiran IKRAM dalam bentuk sebuah gagasan yang memayungi beberapa gerakan seperti JIM, Haluan, Isma dan lain-lain tidak membayangkan IKRAM lebih dominan dari PAS yang telah pun berusaha memayungi gerakan Islam menerusi naungan politiknya. Apakah naungan dakwah yang diusahakan oleh IKRAM itu lebih ampuh dan mampu merentasi perbezaan politik antara PAS dan UMNO atau hanyalah sebuah retorik semata-mata kerana perbezaan ideologi politik inilah yang membezakan status mereka sebagai sebuah gerakan Islam atau sebaliknya. Apakah percubaan ini tidak dilihat sebagai ulangan cadangan penyertaan ahli-ahli IRC ke dalam PAS dan UMNO bagi menguasai kepimpinan kedua-duanya, tetapi dalam bentuk yang lebih terbuka bagi mengelakkan prasangka.

Dakwaan afiliasi IKRAM dengan Ikhwan juga dipertikaikan PAS justeru Ikhwan tidak pernah mempunyai cawangannya secara rasmi di negara ini. Faksi Ikhwan Alami yang kononnya mewakilkan IKRAM sebagai cawangnnya di negara ini hanyalah pandangan segelintir pihak di dalam Ikhwan. Secara rasminya Ikhwan mempunyai hubungan baik dengan PAS dan mendapat restu untuk bergerak dalam politik justeru ruang luas yang milikinya berbanding gerakan itu di Mesir. Apakah IKRAM masih sanggup menggunakan logo Ikhwan bagi menjustifikasikan keutamaan dakwah berbanding politik dan seterusnya menyaingi PAS dalam arus kebangkitan Islam di negara ini.

Semua ini walaupun dapat dijawab oleh pimpinan IKRAM seperti melalui hujah harus berbilang-bilang jemaah atau Adab Ikhtilaf dan lain-lain, ia tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi saingan PAS. Mungkin dalam masa lima tahun atau setelah merasakan dirinya kuat dan dikehendaki, IKRAM boleh mengistiharkan dirinya sebagai sebuah parti politik atau menjadi afiliasi politik kepada mana-mana parti politik yang hauskan imej dan pendekatan Islam yang berbeza dengan PAS. PAS pastinya tidak mahu sebuah organisasi yang mempunyai matlamat yang sama dengannya kerana ia lebih banyak menyukarkan parti itu dari menyenangkannya. Setidak-tidaknya ia menyukarkan proses kaderisasi di kalangan penuntut Institusi pengajian tinggi oleh PAS. Hal ini telah lama berlaku kepada ABIM yang sehingga kini telah kehilangan penguasaannya di univerisiti tempatan. Itu belum dikira lagi dengan saingan dari Kelab UMNO atau aliran fahaman mazhab dan gerakan Islam luar negara turut mengintai peluang.

Hal ini telah dijawab dengan mudah oleh kepimpinan PAS seperti Mursyid Amnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa parti Islam itu boleh bubar jika apa yang diperjuangkannya boleh dipenuhi oleh UMNO. Tidak timbul isu PAS ingin menjadi penaung atau ketua dalam konteks politik malah apatah lagi dakwah. Politik tidak dapat dinafikan lagi melibatkan persaingan hatta pada tahap dalaman sesebuah organisasi apatah lagi jika ia diwakili oleh parti yang berbeza ideologi atau pendekatan.

Cadangan Adab Ikhtilaf bagi mengatasi masalah ini di kalangan gerakan Islam sehingga kini nampaknya tidak berkesan. Ia mungkin boleh diwar-warkan di peringkat teori namun amalannya sangat kurang apatah lagi gerakan Islam masih jarang duduk semeja membincangkan masalah mereka secara terbuka. Mungkin ini boleh menjadi fokus utama IKRAM dalam merealisasikan pendekatan ummah centric yang mereka dakwa lebih utama dari dari parti centric yang menjadi amalan PAS. Jika ini dapat diusahakan oleh IKRAM ia akan dilihat bermakna dalam konteks islah di negara ini. Jika ia merelakan dirinya dijadikan wadah bagi melindungi penyelewengan dan kepalsuan politik menerusi program-program dakwahnya, niat IKRAM untuk menerajui kebangkitan Islam menerusi gagasan dakwah tidak akan ke mana-mana. Sejarah silam perlu dijadikan renungan oleh IKRAM dalam menempatkan dirinya di kancah perjuangan Islam yang tulen di negara ini. (link)

oleh Prof. Dr Badlihisham Mohd Nasir

p/s : Biarpun di sana adanya t'addud jama'ie dengan gerakan Islam yang lain, namun matlamatnya tetap satu, mahu mendirikan negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya. Ibarat mahu ke KL, ada yang menaiki bas, ada yang ambil flight, ada yang guna kereta dan macam-macam cara untuk sampai ke KL. Kita berjuang atas dasar Islam dan bukan atas dasar jama'ah namun perlu diingati akan ungkapan " la Islam illa bil jama'ah, wala jama'ah illa bil qiyadah walal qiyadati illa bi al-to'ah" Wallahu'alam.

Warkah Buat Mahasiswa


Sebuah warkah dari Asia Tengah yang ditulis oleh seorang tokoh Ulama haraki di Pakistan, al-Marhum Syaikh Abu Ala al-Maududi khas buat mereka yang bergelar mahasiswa/i :


Apa yang saya lihat di seluruh universiti dan pusat-pusat pengajian di dunia Islam, bahkan di setengah-setengah dunia bukan Islam, wujudnya kumpulan pemuda Islam yang beriman penuh dengan akidah Islam, menyedari tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan sanggup mengorbankan sepenuh tenaga mereka untuk menegakkan semangat Islam di IPT-IPT tersebut.

Sikap ini wajar mendapat sanjungan, penghargaan dan sambutan dari orang yang mempunyai perasaan tulus ikhlas kepada dunia Islam, kerana Allah dengan kemurahanNya telah mengurniakan kepada umatnya yang lemah ini pemuda-pemuda yang tahu akan tanggungjawab.

Mereka ini menunaikan tanggungjawab itu secara aktif dengan penuh kesedaran di IPT-IPT dalam semua bidang pendidikan, sekalipun sistem pendidikan di seluruh dunia Islam sekarang ini dikuasai oleh cara berfikir dan tradisi barat. Adapun tajuk yang ingin saya sampaikan di sini ialah : Apakah peranan yang harus dimainkan oleh pemuda, khususnya pelajar-pelajar dalam membina masa depan dunia Islam?

Keadaan dan masalah yang sama

Sebelum itu saudara-saudara patutlah percaya bahawa perbualan saya ini saya tujukan kepada semua pelajar di seluruh dunia Islam; iaitu satu kawasan dunia yang telah menyerah kalah kepada fikiran dan tamadun barat setelah merengkok secara langsung beberapa lama di bawah penindasan mereka. Setiap cabang kehidupan mereka yang antaranya ialah pelajaran dan pendidikan membayangkan teori-teori dan sistem yang diterima dari barat. Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh dunia Islam pada hari ini adalah sama. Kerana itu para pelajar di dunia Islam menghadapi masalah yang sama.


Umat Islam dan bukannya negeri Islam

Perkara kedua yang harus saudara-saudara berikan perhatian, bahawa bukanlah maksud saya dengan NEGERI-NEGERI ISLAM itu sempadan sempadan negerinya yang memanjang, bukit bukaunya yang menawan, sungai-sungainya yang tenang atau air terjunnya yang menjunam. Apa yang saya maksudkan ialah penduduknya yang hidup dalam kawasan-kawasan yang berkenaan.

Adalah diketahui bahawa manusia itu sentiasa terdedah kepada kemusnahan. Setiap orang ada ajalnya yang sudah ditetapkan. Oleh itu hendaklah kita memindahkan dengan amanah, suci dan jujur segala apa yang kita warisi daripada orang terdahulu dari kita kepada generasi akan datang sekiranya kita ingin melihat segala tamadun dan kebudayaan kita kekal di negeri-negeri itu. Bukan ini saja, bahkan kita mesti memupuk supaya generasi akan datang sanggup memikul amanah yang berat ini dengan penuh kemampuan dan kesedaran, agar mereka juga berkesanggupan memindahkan, amanah itu kepada generasi-generasi yang berikutnya.

Hakikat kemusnahan umat

Sesungguhnya umat-umat yang telah lenyap tanpa meninggalkan kesan itu bukanlah ertinya lenyap dari dunia ini, tetapi sebenarnya ialah keruntuhan kebangsaannya dari alam nyata. Maksud kita apabila kita mengatakan bahawa tamadun bangsa BABIL dan FIR'AUN itu telah lenyap, ertinya tamadun bangsa-bangsa itu telah hilang ciri-cirinya ditelan zaman. Adapun generasi bangsa Babil itu masih membiakkan keturunannya, tetapi identiti kebangsaannya telah lenyap. Begitu juga tamadun bangsa Mesir tua masih kekal di muka bumi, tetapi tamadun yang dikenali dengan nama Tamadun Fir'aun tidak lagi dilihat kesannya.

Segalanya itu ialah kerana generasi mereka yang silih berganti telah hilang kemampuan untuk memindahkan pusaka warisan yang diwarisinya dari generasi yang lalu kepada jenerasi yang lahir selepasnya. Oleh yang demikian nyatalah bahawa generasi sesuatu bangsa itu apabila
hilang identiti kebangsaannya dan hancur ke dalam identiti yang lain maka itulah ertinya bangsa itu telah lenyap dan musnah.

Sejarah telah membuktikan bahawa dua belas golongan dari bangsa Israel telah hilang dan dunia ini dan tidak ditemui oleh sejarah hingga hari ini. Dalam hal ini tidak pula diriwayatkan bahawa mereka telah dibunuh kesemuanya atau telah dilenyapkan asal-usulnya dari muka bumi ini untuk selama-lamanya. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dalam hal ini ialah kesedaran keisraelan telah lenyap dari golongan itu dan kesedaran itu tidak berpindah kepada
generasi-generasi yang lalu selepas mereka. Apabila lenyap sifat keisraelan dan tamadun keisraelan tadi lalu meresaplah ia ke dalam bangsa-bangsa lain di dunia ini hingga anak cucu mereka sendiri tidak mengetahui yang mereka itu berketurunan Israel.

Dari sini nyatalah bahawa hidup dan kekalnya sesuatu bangsa itu adalah bergantung kepada sikap ingin menyediakan generasi akan datangnya supaya meraka berkemampuan memelihara identiti kebangsaannya. Mungkin inilah tajuk penting yang hendak saya terangkan dengan jelas kepada saudara semua.

Bersambung..

p/s : Dewasa ini, kebanyakan mahasiswa Islam di dilihat seolah-olah sudah hilang keizzahan mereka. Semakin lama semakin teruk dan semakin hancur. Golongan yang terselamat amatlah sedikit berbanding dengan golongan yang jatuh terjerumus ke lembah kegelapan. Punca utamanya adalah disebabkan mereka itu enggan dan malas berusaha untuk membentuk diri mereka menjadi Muslim yang baik. Minda-minda golongan ini sudah tepu dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku berikutan biah atau suasana di sekeliling mereka yang tidak keharuan.

Sebab itu munculnya golongan yang terkeliru di dalam menjustifikasi (mengenalpasti) antara yang benar dan yang batil. Program berbentuk ilmiah dan keagamaan dikatakan ekstrim, tidak sesuai, Islamic sangat dan bermacam-macam lagi ungkapan-ungkapan yang dangkal sebaliknya kepada program berunsurkan percampuran lelaki dan perempuan secara bebas, konsert-konsert, hedonisme tidaklah pula kedengaran sebegitu pula.

Ungkapan ekstrim tidak sepatutnya digunakan untuk golongan yang melaksanakan ajaran Islam bahkan golongan yang bertindak melampaui batas syara’ itulah ekstrim. Malah yang lebih dahsyat, terdapat juga golongan agamawan sendiri yang bersikap sedemikian. Sebagai contoh, seorang ‘ustaz’ sepatutnya memberi kuliah agama di surau tetapi dia bersikap malas ke surau dan sanggup berdiri di pentas menyanyikan lagu barat kepada masyarakat. Mungkin mereka perlukan tarbiyah dari ‘Ulama Muda’ di negara ini. Sepatutnya mereka perlu ‘sedar diri’, hatta jika enggan memilih cara hidup Islam sekalipun, janganlah mencemarkan imej Islam itu di mata golongan awam khususnya Non-Muslim.

Tuesday 6 July 2010

MoU Malaysia-Iran


PUTRAJAYA: Malaysia dan Iran semalam menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memantapkan kerjasama dalam bidang pelajaran antara kedua-dua negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Malaysia, manakala Iran oleh Menteri Pelajarannya, Dr Hamid Reza Babaei, dalam majlis di sebuah hotel di sini.

Kenyataan Kementerian Pelajaran yang dikeluarkan sempena MoU itu berkata, pemeteraian persefahaman berkenaan adalah susulan kepada lawatan misi teknikal Kementerian Pelajaran ke Iran pada 15 April 2008 yang diketuai Ketua Setiausahanya, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.

Menerusi pemeteraian MoU itu, Malaysia dan Iran sedia bekerjasama dalam bidang rangkaian sekolah serta institusi pendidikan; sains dan matematik; teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); sukan, kebudayaan dan muzik; latihan keguruan dan pembangunan profesional serta jaminan kualiti pendidikan. Bidang lain yang akan turut terbabit ialah pembangunan kurikulum, naziran pendidikan, penyelidikan dan perancangan pendidikan serta pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Draf Memorandum Persefahaman Kerjasama Dalam Bidang Pendidikan Malaysia-Iran diluluskan Kabinet pada April 2009. (sumber)

p/s : Malaysia, dengan semua dia baik. Dengan Amerika boleh, dengan Iran pun boleh. Moga banyak belajar dari Iran dari segala segi.

Monday 21 June 2010

Hancur



BERITA HARIAN: Kekurangan penerapan dan latihan akhlak yang baik menyebabkan gejala salah laku seks berlaku di kalangan remaja. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata disebabkan itu, ajaran Islam tidak masuk ke dalam jiwa remaja menyebabkan mereka tidak takut melakukan maksiat.


“Kita kena kaji sistem pendidikan dari segi penerapan nilai Islam supaya anak muda kita berakhlak. Untuk menangani gejala keruntuhan akhlak anak muda mesti ada usaha bersepadu dari semua pihak.

“Kita memberikan kebebasan yang berlebihan kepada remaja hari ini dan saya menyarankan kita sekat sikit internet seperti yang dilakukan China dan Pakistan demi menjaga akhlak anak muda kita,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin. Kajian itu juga menyatakan, sebahagian besar golongan remaja berkenaan mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.


Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, berkata remaja terbabit dengan gejala salah laku seks kerana tidak mendapat hidayah Allah walaupun mereka mengetahui hukum agama dan dosa melakukan zina.



“Sebab utama perkara sedemikian kerana remaja kita tidak menjaga solat dan kurang mengunjungi tempat seperti masjid atau majlis ilmu. Hukum Islam pada kelompok remaja berkenaan hanya menyentuh telinga saja dan bukannya jiwa mereka.

“Selain itu, cara ibu bapa mendidik anak dengan corak Barat turut menyumbang kepada masalah berkenaan disamping keengganan mereka mendengar saranan ulama untuk mengatasi gejala maksiat,” katanya.

Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din, berkata kajian terbaru UPM itu boleh memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa mengenai realiti remaja sekarang yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

“Saya menyeru kepada ibu bapa supaya mengambil tindakan dengan memantau aktiviti anak serta meningkatkan pengawasan lebih-lebih lagi ibu bapa yang mempunyai anak gadis.

“Islam menyanjung tinggi remaja yang menjalani kehidupan dengan berlandaskan agama dan bukannya hawa nafsu,” katanya.

p/s : Isu keruntuhan moral yang melibatkan remaja Islam makin meruncing saban hari dan seolah-olah tiada berkesudahan. Biarpun satu pihak demi satu pihak tampil memberi kenyataan namun ianya tidak ubah seperti melepas batuk di atas tangga berikutan tiadanya tindakan drastik diambil demi 'membersihkan' jiwa-jiwa remaja yang sudah teruk tercemar. Kerajaan septutnya memandang berat akan hal ini dan bukan semata-mata menumpukan kepada pambangunan material semata-mata. Apa ertinya negara yang 'membangun' pesat namun masyarakatnya berakhlak punah. Berkata al-Marhum al-Syaikh Abu Ala al-Maududi rahimahullah taala, "Jika kita ingin melihat masa depan Islam, maka lihatlah anak-anak mudanya pada hari ini." Usaha-usaha membentas akar-akar maksiat haruslah segera dilakukan.

Masyarakat khususnya di kalangan anak-anak muda sepatutnya di dedahkan dengan ilmu pengetahuan bukannya disajikan dengan hiburan yang keterlaluan yang pastinya ia membawa kepada perkara-perkara negatif. Begitu juga dari sudut penyekatan kepada laman-laman web dan siaran tv yang mempunyai unsur-unsur negatif. Teringat kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang beberapa bulan yang lalu melancarkan Internet Tayyibah yang berfungsi penuh di dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat Kelantan di samping menyekat laman-laman web yang tidak elok. Syabas buat kerajaan pimpina Ulama. Di Iran, perkara sebegini sudah lama dilaksanakan hatta untuk berFB pun tidak dibenarkan berikutan kemampuan FB itu yang berpotensi meracuni minda masyarakat Islam. Baru-baru ini adanya usaha untuk menubuhkan 'baby hatch', namun perlu dikaji sejauh mana keberkesanannya. Dibimbangi masyarakat tersalah faham dan mengaggap tidak mengapa untuk berzina sehingga mengandung kerana akan ada pihak yang sedia 'membantu' meringankan bebanan mereka. Atas apa sekalipun, penyelesaian dari Islam sepatutnya diutamakan bukan dengan mereka-reka cadangan yang akhirnya jawapanya adalah kegagalan. Alahai Malaysia-ku yang 1..