Kemenangan Yang Hampir

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (Surah al-Fath 48:1)

Memaknai Hidup Dengan Perjuangan

Jadilah penolong-penolong agama Allah dalam menegakkan agamaNya di muka bumi ini

Kalam Murabbi

Amanat Untuk Pemuda dan Pemudi

Kesatuan Ummah

Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul (Surah An-Nisa’4:59)

Pedulisme dan Faham

Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya (HR al-Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Follow by Email

Monday, 28 November 2011

Apa yang serupa tapi tak sama..?

Anda suka tiru style ini?


atau yang ini supaya lebih nampak ganas?


atau yang ini nampak lebih macho?


atau yang ini?


Tetapi.. mereka telah lama memilihnya..


Gaya rambut yang menjadi pilihan..


sama x?


macho x?




trojan..



style 'balung ayam'..







Saya kadang2 sendiri rasa pelik mengapa anak2 muda pada hari ini khususnya dikalangan pelajar sekolah suka mengikut trend rambut seperti ini.. Samada mereka ikut artis atau mereka ikut apa yang artis itu ikut tanpa menyedari asal usulnya..

Apabila bercakap soal mengikut sunnah, dirasakan suatu perkara yang agak 'skema' dan 'alim' dan mereka lebih memilih seperti ini.. Terasa begitu jahilnya umat Islam pada masa mereka punyai Nabi sebaik2 contoh ikutan, namun mereka lebih memilih artis sebagai ikutan dalam segala aspek; pemakaian, kelakuan, cara hidup yang kesemuanya akan menyebabkan kehancuran mereka sendiri.

Sempena Maal Hijrah 1433 ini, ayuh bersama kita hidupkan kembali sunnah2 Nabi s.a.w dan jauhi dari mengikuti budaya yang bukan datang dari Islam.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Saturday, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433 Hijriah







Bismillahirrahmanirrahim


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya yang terpilih.


Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.


Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.


Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. 

Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim!  Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan.

Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. 

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.  Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi Wassalam..

* Admin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1433 Hijriah kepada semua Muslimin dan Muslimat sekalian.. Moga Allah menerima segala amalan yang kita lakukan pada tahun-tahun lalu dan jadikan tahun baru ini sebagai momentun untuk berubah kepada keadaan yang lebih baik..

~ Fi Amanillah ~

Wednesday, 23 November 2011

Tangkap Ular Cara Afrika?


Tetamu yg tidak diundang..



Berbekalkan 'lampu' supaya mudah mencari




'Pemangsa' vs pemangsa






Dapat!



Bawa pulang..

Saturday, 5 November 2011

Katak, Jengking dan Si Pemabuk

Zin Nun al-Misri pernah menceritakan, suatu hari ketika beliau sedang bersiar-siar di tepi sungai Nil untuk memerhatikan kenikmatan serta keindahan ciptaan Allah, tiba-tiba beliau terserempak dengan seekor kala jengking yang sangat besar sedang merayap dengan cepat. Beliau segera mencari batu untuk membunuhnya supaya beliau terhindar dari bahaya. Namun kala jengking itu merayap dengan laju untuk menyelamatkan dirinya sehingga ia terjatuh ke dalam sungai Nil itu. Sedang kala jengking itu tenggelam timbul dibawa arus, tiba-tiba muncul seekor katak di permukaan air dan kala jengking itu segera naik ke atas badan katak itu.


Katak itu kemudiannya berenang ke pinggir sungai Nil dan kala jengking itu segera naik ke atas daratan. Katak itu kemudiannya melompat lalu menghilang. Zin Nun al-Misri yang memerhatikan tingkah laku katak dan kala jengking dari tadi segera mengikuti jejak langkah kala jengking itu sehinggalah beliau tiba di sebuah pondok yang kecil dan usang. Apabila beliau menjenguk ke dalam pondok itu, beliau mendapati bahawa ada seorang lelaki mabuk yang tidak sedarkan diri terbaring di atas tanah. Ketika itu, beliau lihat ada seekor ular mahu mematuk si pemabuk itu dan tanpa disangka-sangka kala jengking yang beliau ekori tadi menyengat ular itu sehingga ular itu mati.

Zin Nun al-Misri merasa sangat takjub apabila melihat peristiwa ini dan bersyukur kepada Allah yang telah mengelakkan beliau daripada membunuh kala jengking itu. Jika tidak, sudah tentu lelaki yang mabuk itu akan mati akibat dipatuk oleh ular tadi. Semuanya itu ada hikmahnnya. Beliau kemudiannya mengejutkan lelaki itu dari tidurnya dan apabila lelaki itu melihat ada seekor ular yang di sisinya, beliau terperanjat dan ingin melarikan diri. 

Zin Nun al-Misri segera menahannya seraya berkata:“Jangan takut, ular itu sudah mati”. 

Lelaki itu bertanya kehairanan : “Sudah mati? Bagaimana ular itu boleh berada di sini? ” 

Zin Nun al-Misri menceritakan segala apa beliau saksikan sehinggalah beliau tiba di pondok itu. Lelaki itu kagum mendengar ceritanya lalu timbul keinsafan yang amat mendalam di dalam dirinya. 

Dia mengangkat kepalanya ke arah langit serta bermunajat dengan air matanya jatuh berderai, “Begitu penyayang Engkau terhadap hambamu ! Aku yang selalu menderhakai-Mu, Kau selamatkan aku daripada bahaya yang boleh membinasakan aku sedangkan aku mabuk dan sedang menderhakai perintah-Mu. Betapa pula Engkau memberikan rahmat-Mu kepada orang yang mentaati perintah-Mu, orang yang selalu menjaga segala perintah-Mu. Memang manusia ini tidak tahu mengenang budi. Ya Tuhan yang Maha Agung Maha Mulia, aku berjanji kepada-Mu bahawa aku akan menjaga diriku dan tidak lagi menderhakai-Mu selepas ini”.

Kemudian lelaki itu berpaling kepada Zin Nun al-Misri dan bertanya: “Engkau siapa? ” 

“Aku Zin Nun”, jawabnya.

“Terima kasih banyak wahai Zin Nun kerana disebabkan ceritamu ini aku telah menjadi insaf dan aku akan kembali ke jalan Tuhanku” jawab lelaki itu lalu pergi meninggalkannya dengan wajah yang penuh keinsafan.

Semoga kisah yang dipetik dari kitab Mukhtasar Raud al-Rayyahin karangan al-Allamah al-Yafi’ie ini memberi kita iktibar dan pengajaran sebagai seorang hamba-Nya di muka bumi Allah ini. 


Wallahu’alam.

Thursday, 3 November 2011

Hari Esok Untuk Islam (Siri II)

Kemenangan Islam Menurut Al Quran

Menang terhadap agama-agama lain.

" Dia yang mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai" (At Taubah: 33)

Mukmin sebagai khalifah di muka bumi .

"Dan Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan soleh, bahawa Allah akan mengangkat mereka menjadi khalifah di muka bumi, sebagaimana orang-orang dahulu telah menjadi khalifah, dan Allah akan menetapkan agama mereka(Islam) yang diredhainya untuk mereka, dan akan menggantikan ketakutan mereka dengan keamanan. Mereka menyembah Aku dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, maka mereka itulah orang yang fasik." (An-Nur: 55)

Pertolongan Allah kepada Mukmin

"Sehinggalah rasul-rasul itu telah berputus asa, dan mereka menyangka bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada mereka pertolongan kami, lalu diselamatkan orang-orang yang kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa kami daripada orang-orang yang berdosa." (Yusuf: 110)

Hancurnya perancangan dan tipu daya musuh

"Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya."( Al Anfal: 30)


Kemenangan Islam menurut As Sunnah

Tersebarnya Islam di seluruh alam

Diriwayatkan oleh Tamim Ad Dari, berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya, urusan ini (Islam) akan sampai ke mana sahaja uang sampai oleh malam dan siang. Allah tidak akan meninggalkan sebuah rumahpun daripada penduduk dusun dan kampung melainkan Allah akan memasukkan ke dalamnya agama ini, sama ada memuliakan orang yang mulia ataupun denga menghina orang yang hina, iaitu Allah muliakan dengan Islam dan menghinakan dengan kekufuran. (Riwayat Ahmad)

Kekuasaan Islam di Timur dan Barat

Daripada Thauban daripada Nabi s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagiku (menghimpunkan dan mengumpulkannya) lalu akau dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke semua tempat bumi yang dilipatkan bagiku.." (Riwayat Muslim)

Kemenangan Muslimin terhadap Yahudi

Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka dibunuh oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Batu dan pokok itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku. Kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pokok gharqad. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi" (Riwayat Muslim)
Kembalinya khalifah di atas manhaj Nubuwwah

Daripada Huzaifah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Berlakunya zaman kenabian di kalangan kamu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk belaku. Kemudian Allah mengangkatkannya (menghilangkannya) ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabian. Maka berlangsunglah ia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku. 

Kemudian Allah mengangkat ketika mana Dia mengkehendakinya. Kemudian berlakunya pula pemerintahan raja yang 'menggigit' (zalim). Maka berlakula ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah megangkatkannya. Kemudian berlaku pula pemerintahan raja 'paksaan' (kuku besi). Maka berlakulah ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengangkatkannya ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabiaan.

Wallahu'alam..

Wednesday, 2 November 2011

Susulan Pembunuhan Rabbani: Afghanistan dan Pakistan akan siasat


Insiden pembunuhan tokoh haraki Afghanistan, Burhanuddin Rabbani (lihat sini) telah mengundang kerjasama Afghanistan dan Pakistan untuk melakukan siasatan rapi. Presiden Turki, Abdullah Gul berkata ketika dalam pertemuannya dengan Presiden Afghanistan Hamid Karzai dan Asif Zardari dari Pakistan, " kerjasama antara dua entiti ini amat penting bagi memastikan pembangunan mekanisma dalam menyiasat ke pembunuhan mantan presiden Afghanistan pada September lalu sebaik sahaja pulang dari Konfrens Kebangkitan Islam di Teheran.

Dalam pertemuan itu juga turut dibincangkan inisiatif bagi meredakan ketegangan antara dua buah negara berikutan meningkatnya serangan oleh puak Taliban . Kerjasama ini akan meningkatkan kesaling percayaan antara dua negara. Dalam pertemuan yang berlansung di Istanbul sempena dengan Konfrens Antarabangsa mengenai Afghanistan pada hari ini, menjadi titik pertemuan antara keuda negara. Kabul sebelum ini menuduh Islamabad tidak mahu bekerjasama dalam siasatan terhadap pembunuhan Profesor Burhanuddin yang dilakukan oleh pengebom bunuh diri dari Pakistan. "Kami 'luka parah' atas kematian Rabbani", Ujar Karzai. (pautan)




Tuesday, 1 November 2011

Hari Esok Untuk Islam (Siri I)

Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. 

Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat. 

Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas. 

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya.

Firman Allah Taala:

" Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32) 

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti. 

Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi. 

Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka. 

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka. 

Fajar menyinsing 

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'. 

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis. 

Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini. 

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin. 

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini. 

Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh. 


Pertama: Kekuatan kuantiti. 

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt:

"Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"
(Al A'araf: 86). 

Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris." 


Kedua: Hasil Bumi. 

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin. 


Ketiga: Manhaj Rabbani. 

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini. 

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini. 

Sikap kita 

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir. 

Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini. 

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.
Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti. 

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah". 

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.

"Mossad Dalang Pembunuhan Suami Saya": Balu Saintis Iran

Balu kepada Pakar Saintis Nuklear Iran, Profesor Massoud Mohammadi meyakini bahawa dalang sebenar disebalik pembunuhan ke atas suaminya adalah Agen Elite Israel (Mossad). 

Dalam satu Kongres Antarabangsa mengenai mangsa-mangsa pengganas di Perancis, seorang warga Israel berkata kepada Mansoureh Karami , "Kamilah yang telah membunuh suami kamu dan kami telah 30 tahun lamanya berperang dengan kamu. 



Israel sering mendakwa bahawa mereka adalah rejim yang menjadi mangsa keganasan walaupun mereka itu sendiri adalah rejim yang melakukan keganasa terhadap orang lain. Karami meluahkan kekecewaan kerana tergamak seorang anak muda yang sanggup menjual diri hanya kerana wang. 

Pembunuh upahan tersebut mendakwa, Mossad memberitahunya bahawa Profesor tersebut (Ali-Mohammadi) cuba untuk membina satu bom nuklear namun hakikatnya adalah tidak benar. Diterajui oleh Israel dan pertubuhan-pertubuhan pengganas seperti Mujahedin-e Khalq Organization (MKO), mereka cuba menggagalkan matlamat kami dengan pembunuhan, "katanya. "Terdapat lebih daripada 17,000 mangsa serangan pengganas di Iran. 

Walaupun fenomena ini telah dikecam di seluruh dunia, Amerika Syarikat menggunakannya sebagai alat, " Tambahnya lagi. Profesor Massoud Ali Mohammadi, seorang pensyarah di Universiti Tehran, telah terbunuh ketika beliau dihampiri oleh sebuah motosikal yang lengkapi bom berhampiran rumahnya di utara Tehran pada January 12, 2010. 

Ali Jamali-Fashi, lelaki yang telah membunuh Ali-Mohammadi, mengakui di mahkamah bahawa dia telah membuat banyak lawatan ke Turki untuk bertemu dengan ejen Mossad sebelum melakukan operasi pembunuhan. Fashi mengakui menerima antara USD 5,000 kepada 10,000 bagi setiap mesyuarat. (PT)