Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Wednesday, 5 October 2011

NOAH










"Kenangan pahit di masa lalu sering kali dijadikan pengalaman yang berharga bagi memperbaiki masa hadapan."

Demikianlah apa yang berlaku pada Kota New Orleans, Louisiana di Amerika Syarikat, yang dilanda taufan Katerina pada 2005 kini telah dibangunkan oleh sekumpulan jurutera dari Boston dengan membuat sebuah bangunan segitiga bersifat futuristik yang didakwa kebal terhadap serangan taufan berkenaan sekiranya ia kembali datang menyerang. Kumpulan tersebut telah menyerahkan kertas kajian untuk mendirikan bangunan raksasa itu di pinggir Sungai Mississippi.

Bangunan yang diberi nama New Orleans Arcology Habitat atau disingkat NOAH, itu memiliki ketinggian 1, 200 kaki (365,76 meter), dengan keluasan 2, 787 0912 meter persegi dan mampu menampung hingga 40 000 orang penghuni. NOAH akan menyediakan pelbagai kemudahan yang dimiliki oleh sebuah kota, termasuklah hotel, pasaraya, serta sekolah. Bangunan ini mengambil bentuk segitiga kerana direka khusus untuk menerima kekuatan kesan kerosakan yang minimum dan mampu melambatkan kesan srangan badai.

"Penyelesaian kami adalah untuk mengatasi pelbagai kesan bencana dan mengambil pengajaran daripada konflik yang dialami oleh bangunan urban yang terapung," kata Kevin Schopfer pereka konsep bangunan ini, seperti dilaporkan dari web DailyMail. Konsep yang pertama adalah untuk mengetahui kaedah bagaimana bangunan itu mampu bertahan daripada kerosakan luaran dan dalaman akibat cuaca yang tidak bersesuaian. Selain itu, bagaimana agar kota mampu berterusan menyediakan suasana yang aman dan stabil dalam hal ekonomi.

Konsep yang lainnya adalah karena kota New Orleans berada di atas struktur tanah yang tidak keras, berupa mendapan lumpur dan tanah liat. Bukan sekadar itu, sebahagian daripada kota ini juga memiliki ketinggian di bawah permukaan air laut sehingga sangat terdedah kepada banjir. Namun, struktur yang dirancang untuk NOAH ternyata bukan sahaja sesuai untuk New Orleans bahkan Schopfer percaya, bangunan ini mampu dibuna di wilayah pantai urban manapun.(IRIB/vivanews)

Mentaliti pemikiran manusia itu seperti yang dilihat pada gambar2 NOAH adalah seolah-olah menganggap bahawa manusia itu juga berupaya berhadapan dengan sebarang bencana (taufan Katerina), namun sejauh mana ianya dapat direalisasikan sekiranya bencana itu datang ketika ini? Mungkin mereka lupa bahawa kaum 'Aad dan Samud yang mencapai teknologi yang canggih, memahat gunung ganang untuk dijadikan tempat kediaman yang jauh daripada bencana banjir sekiranya berlaku akhirnya turut hancur dalam sekelip mata. Demikian juga fir'aun yang membina piramid raksasa yang kini kosong daripada penghuninya.

Tujuan Allah menurunkan pelbagai bencana dan musibah adalah sebagai ujian bagi mukmin dan bala bagi kuffar. Atas dasar supaya mukmin itu lebih bertambah lagi keimanan mereka kepada Allah s.w.t dan golongan kuffar itu kembali ke jalan yang benar iaitu Islam. Dewasa kini, manusia semakin lama mengecapi kenikmatan dalam kehidupan, maka semakin lama leka dan lalai daripada mengingati Allah. Apabila ditimpa musibah, barulah mereka terkejar2 memohon perlindungan dari Allah s.w.t agar dijauhkan daripada azab. Asasnya, segala bencana itu adalah berupa (baca : kerana) hasil tangan-tangan manusia itu sendiri yang sering melakukan fasad dan keingkaran di muka bumi.

Demikian juga peringatan Allah s.w.t bahawa begitu hampirnya dunia ini kepada penghujungnya dengan erti kata zaman kebangkitan Imam al-Mahdi semakin hampir. Secara peribadinya, baru-baru ini penulis sempat mengkaji mengenai Imam al-Mahdi a.s daripada jalur Ahli Sunnah & Syi'ah. Mungkin pada entri akan datang penulis akan membicarakan satu topik yang khusus mengenainya. Namun apa yang ingin dinyatakan bahawa kebanyakan tanda-tanda kebangkitan Imam Mahdi a.s jelas terdapat di dalam riwayat2 daripada Nabi s.a.w dan seolah-olah sama seperti apa yang berlaku dalam dunia pada hari ini! Isu kebangkitan umat manusia menentang kezaliman di negara-negara teluk, jenayah pembunuhan dan maksiat berleluasa, kerapnya berlaku bencana alam dan sebagainya. Semoga kita dipelihara Allah daripada segala bentuk kemurkaan dan azab dariNya. Wallahu'alam..


0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)