Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Wednesday, 18 May 2011

Tangan-tangan ghaib di Syria


Kumpulan anti kerajaan Syria mengadakan perjumpaan dengan salah seorang menteri Israel di Wina, Austria. Perjuampaan antara 2 pihak ini membincangkan rancangan untuk menggulingkan pemerintah Syria dengan melakukan kerjasama dengan Tel Aviv. Akhbar Tishreen hari ini (link) melaporkan dari Parti Liberal Austria bahawa lima pemimpin kumpulan anti-Basyar al-Asad pada pagi tadi telah bertemu dengan jabatan menteri pembangunan al-Jalil dan Negev. Jurucakap Parti Liberal Austria berkata, jabatan tersebut adalah diutus khas oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Wina bagi menemui pemimpin pemberontak anti-pemerintah Syria. (sumber)



p/s: Pada posting yang lalu, saya telah menulis revolusi vs konspirasi yang mendedahkan sedikit sebanyak isu yang tersirat berhubung dengan 'revolusi' di Syria. Setakat pengamatan yang dapat dibuat, situasinya jelas bahawa pergolakan yang berlaku adalah hasil dari campur tangan 'pihak luar' dalam usaha menggulingkan kerajaan Basyar. Rancangan keji tersebut kelihatannya akan gagal berikutan banyak sokongan dari negara-negara sekutu rapat Syria. Dalam Akbar milik kerajaan China pada khamis lalu (link), pemerintah China menyifatkan bahawa situasi yang berlaku di Syria adalah sama sekali tidak sama dengan Libya dan negara-negara yang pemerintahnya diktator. Ketika sambutan Hari Nakbah Palestin baru-baru ini yang menyaksikan kekejaman tentera Israel membunuh belasan warga Palestin, Israel sekali lagi cuba menuduh Iran dan Syria bertanggungjawab dalam merancang demontrasi menuntut pembebasan mereka dari jajahan Israel namun HAMAS tampil membela Iran dan Syria (link).



Isu kerjasama antara Iran dan Syria, Hizbullah dan Hamas sedikit sebanyak dapat membuka minda masyarakat mengenai propaganda sebenar yang berlaku dalam dunia kini. Ada sesetangah pihak khususnya dari kalangan yang membenci Iran menyifatkan bahawa Iran hanya memperalatkan Palestin untuk meraih sokongan kepada mereka sehingga Hamas turut 'tertipu'. Hakikatnya mereka tertipu dengan konspirasi pihak musuh yang terdiri di kalangan musuh dalam selimut. Video Dr Susyi (link) banyak memberi gambaran mengenai isu hubungan Hamas dengan Iran. Pimpinan Hamas bukanlah bodoh sedangkan mereka lebih mengenai siapa musuh mereka yang sebenar, mereka sudah masak dengan segala konspirasi pihak musuh dan sudah tentu mereka lebih mengenal mana musuh dan mana kawan. Justeru itu, pihak musuh Amerika-Israel dan munafiqin sentiasa mencipta propaganda demi propaganda demi menjauhkan sokongan masyarakat dunia kepada Iran dan negara-negara yang pro-Iran seperti Syria yang begitu ketara sehingga saat ini. Islam itu makin hampir kepada kemenangan. Moga Allah sentiasa memelihara mereka yang berada di pihak yang benar.

Wallahu'alam..


0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)