Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Tuesday, 17 May 2011

Revolusi vs Konspirasi



Situasi yang berlaku di Kota Talkalakh, Syria, meleset dari perancangan Amerika Syarikat dan rejim Zionis Israel. Berdasarkan satu dokumen rahsia yang terdedah bahawa dengan kewujudan kumpulan bersenjata yang dibantu oleh Amerika dan Israel, Kota Talkakakh akan dijadikan seperti Kota Benghazi di Libya. Konspirasi tersebut bagaimanapun berjaya dipatahkan oleh tentera Syria yang mengambil alih kembali penguasaan terhadap kota tersebut dari mereka. Berita Fars melaporkan bahawa tentera Syria semalam (16/5) terlibat dalam melawan kumpulan bersenjata di Kota Talkalakh, 3 kilometer dari perbatasan Lubnan.

Akhbar al-Watan dari Syria melaporkan bahawa pasukan tentera Syria berjaya menangkap anggota kumpulan kelompok bersenjata tersebut di samping berjaya mengepung yang selebihnya. Di kalangan warga Kota Tripoli dan Homs mengatakan, sekitar 400 orang yang lengkap bersenjata mengambil posisi bertahan di Talkalakh. Salah seorang ahli Parlimen di Brussel dalam mendedahkan dokumen sebanyak 9 halaman itu memaparkan bahawa Senator John McCain dari kubu Republik merangkap anggota Angkatan Bersenjata di Kongres Amerika Syarikat telah menjalinkan hubungan dengan kelompok para pemberontak yang tinggal di Amerika, Eropah, Turki, dan Mesir.

Mc Cain berusaha untuk menempatkan kumpulan bersenjata di salah sebuah kota di Syria untuk memisahkannya dari pemerintahan pusat. Dengan demikian, kota tersebut akan dapat dijadikan sebagai asas permulaan pembentukkan kerajaan ‘gelap’ di Syria. Dalam perancangan mereka, kumpulan bersenjata tersebut setelah berjaya menawan kota Talkalakh dan kawasan di sekitarnya akan mengisytiharkan pembebasan kota tersebut dari pemerintahan pusat Syria seperti mana terpisahnya Kota Benghazi di Libya. (Sumber)

P/s: Isu ‘revolusi’ yang berlaku di Syria pada persektif umum khususnya di kalangan mereka yang tidak berkesempatan atau tidak mahu mengkaji politik akan tertipu dengan realiti yang berlaku. Bermulanya kebangkitan rakyat di Tunisia disusuli oleh Mesir, Libya, Yaman, Bahrain dan Syria walaupun yang berjaya menumbangkan kerajaan diktator mereka hanyalah Tunisia dan Mesir manakala isu yang berlaku di Yaman terutamanya di Bahrain dihijabkan dari pengetahuan dunia dengan ‘revolusi’ yang berlaku di Syria. Isu Bahrain (klik sini, sini dan sini) tidak mendapat tempat di media barat dan pro-Barat seperti Rauters, AFP, al-Jazeera dan sebagainya berbanding dengan isu yang berlaku di negara-negara lain yang dipublisitikan dengan luasnya. Apakah faktor yang menyebabkan isu ini cuba ditutup oleh mereka?


Di mata dunia, isu Bahrain juga tidak mendapat tempat di kebanyakan negara kerana ia dianggap bukan revolusi rakyat tetapi lebih kepada sentimen mazhab seperti mana yang dinyatakan oleh seorang ulama yang terkemuka dalam khutbahnya. Maka tidak pelik jika tiada suara-suara bantahan menyokong mereka kerana dikhuatiri akan dituduh menyokong sentimen mazhab tersebut. Justeru itu, isu ini tenggelam begitu sahaja oleh isu-isu yang lain. Di Iran sendiri selepas beberapa minggu berlakunya revolusi di Mesir, ada juga ‘revolusi’ yang cuba diwujudkan di sana untuk menggugat kerajaan Ahmadinejad dengan pelbagai dakwaan namun ia sekali lagi gagal.


Kerjasama Hamas dan Iran dalam menangani isu Palestin

Kembali kepada isu Syria, kebanyakan media masa melaporkan bahawa kebangkitan rakyat di sana faktornya sama seperti mana yang berlaku di Mesir, rakyat ditindas dan dizalimi. Syria sebelum ini dilihat sebagai negara yang terkehadapan membela Iran dan Palestin. Bahkan kerajaan pimpinan Basyar al-Asad ini juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Gerakan Perlawanan Lubnan (Hezbollah) sehinggakan ketika konflik Israel-Lubnan Julai 2006, Syria dan juga Iran dituduh bertanggungjawab menyalurkan bantuan persenjataan kepada Hezbollah untuk melawan tentera Zionis. Syria juga dituduh memberi laluan kepada Iran untuk menyalurkan bantuan persenjataan kepada pejuang HAMAS di Palestin.




Amerika dan Israel melihat Syria sebagai satu ancaman kepada mereka dan mereka hanya menunggu peluang untuk menjatuhkan kerajaan Basyar dan ketika berlakunya pergolakan di negara-negara Arab, peluang itu terbuka. Amerika dan Israel bertambah terdesak apabila kerajaan Hosni Mubarak yang merupakan sekutu rapat mereka tumbang. Mesir kini telah memutuskan kerjasama dengan pihak Israel dan telah membuka sekatan di sempadan Gaza. Melihat kepada kegagalan mereka untuk kembali mengusai Mesir, Amerika dan Israel mencari alternatif untuk membuat back-up plan iaitu dengan mewujudkan situasi ‘kemaraan rakyat’ di Syria seperti mana ‘kemaraan rakyat’ yang terjadi di Iran.








Kini tinggal Arab Saudi dan beberapa buah negara Arab yang masih menjadi hamba kepada Amerika dan Israel dan sebab itu Amerika akan melakukan segala perkara untuk memastikan hambanya itu terpelihara dan selamat sepenuhnya. Sebarang usaha untuk menumbangkan kerajaan Arab Saudi akan dihapuskan oleh Amerika terlebih dahulu. Maka tidak pelik apa yang berlaku di Bahrain apatah lagi majoriti masyarakatnya bermazhab Syiah yang dikafirkan dan dimajusikan oleh ulama yang beraliran Salafiyyah-Wahabiah. Mungkin hanya dengan kebangkitan yang lebih ramai masyarakat Sunni di Bahrain dapat mengembalikan kembali sokongan kepada revolusi tersebut dalam menumbangkan rejim Khalifah seperti yang berlaku di Mesir, Tunsia, Libya walhal sepatutnya isu tersebut tidak timbul apabila ia berkaitan dengan soal keadilan. Pandangan ini adalah berdasarkan analisis dan pengamatan awal penulis dalam beberapa tahun mengikuti perkembangan semasa isu politik dunia.

Wallahu’alam.

0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)