Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Monday, 9 May 2011

Ana, blog & mereka

Bismillahirrahmanirrahim..

"Demi Masa * Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian * Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar *" (QS Al-'Asr:1-3)



Blog haidaralkarar suatu masa dahulu

Terasa begitu lama meninggalkan penulisan dalam dunia maya ini apatah lagi setelah hampir 2 minggu meninggalkan alam kampus buat sementara. Dukacita buat visitor setia blog haidaralkarar, treat di blog itu sudah sampai masa untuk 'direhatkan' bagi memberi penumpuan pada blog ini sahaja di samping faktor-faktor lain. Segala posting di dalam blog tersebut telah adalah menjadi bahan arkib saya dan segala apa yang berhubung dengan blog tersebut seperti Taqrib, Rise of Islam & sebagaiya, boleh terus berhubung dengan saya di link2 yang disediakan.


Masih mekar lagi dalam minda saya akan Latihan Ilmiah (Tesis) yang bernama "Konflik Antara Faham Salaf dan Ibn Taymiyyah Terhadap Tawhid al-Asma' wa al-Siffah", terkesankan beberapa bulan bergelumang dengan kitab-kitab Arab dengan pelbagai versi dan pandangan dari ulama Islam. Fasa menimba ilmu teori dan secebis praktikal dalam Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah telah pun berakhir dan kerana itu pentingnya dalam tempoh kita bergelar mahasiswa ini untuk memanfaatkan sebaik mungkin kehidupan di sini dengan mencari ilmu-ilmu tambahan yang 'murah' (bak kata Bob Lokman) di merata tempat.

Tetap mendapat sambutan dari 'orang luar' (gambar hiasan)

Iklim dunia hari ini semakin berubah dengan pelbagai isu dan peristiwa2 besar. Bermula dari revolusi yang berlaku di negara-negara Arab sehinggalah pergolakan yang berlaku hari ini masih lagi tidak berkesudahan. Tunisia dan Mesir yang telah direvolusikan masih lagi dalam fasa reganerate negara mereka. Libya pula masih bergolak dan demikian juga apa yang berlaku di Bahrain, Yaman dan Syria. Kesemua negara bergolak tersebut tidak kesemuanya mengalami proses yang 'normal'. Di Syria misalnya, pihak media Barat memomokkan dunia dengan isu kekejaman kerajaan Asad kepada rakyat walhal banyak sumber lain melaporkan ia tidaklah sepertimana yang digambarkan. Kemudian, isu kematian Osama yang menimbulkan 1000 persoalan. Osama yang dikatakan mati beberapa kali pada tahun-tahun yang terdahulu, akhirnya mati kembali di tangan tentera Amerika dalam satu serangan. Gambar yang dipublisitikan oleh media Barat juga gagal meyakinkan semua pihak sejauh mana kebenarnya kerana zaman kini, tidak ada yang mustahil. Di posting yang lain, insha-Allah saya akan cuba memberikan sedikit kupasan mengenai isu2 ini.


Dilema blog

Merespon kepada beberapa pandangan sahabat2 berhubung metode penulisan blog saya, memang tidak dapat dinafikan bahawa blog haidaralkarar.blogspot adalah lebih bersifat world view sebaliknya di sini lebih kepada campus view sekaligus menyentuh dalam konteks negara ini. Dalam dunia bloggers ini, bukanlah suatu perkara yang mudah dan remeh kerana ia melibatkan pembawaan fikrah dan pemikiran empunya blog. Malah, tidak silap jika peribadi seseorang itu dapat diketahui hanya dengan mengkaji dan mengamati bentuk penulisannya. Dunia blogger tidak menjanjikan segala pandangan kita diterima dan di 'LIKES' kerana adakalanya dipandang negatif oleh pihak-pihak yang tidak sefikrah atas faktor-faktor tertentu. Blogger hanya bertindak menyampaikan apa yang tercetus dalam minda mereka untuk dinilai oleh setiap pembaca dan visitor dan ia terserah kepada mereka untuk menerima atau menolak dan adakalanya tidak mengira samada kuat atau lemahnya hujah yang dikemukakan.

Cukup sampai di sini sahaja untuk coret-coretan kali ini. Insha-Allah kita bersua pada masa2 yang akan datang.

Wallahu'alam

Related Posts:

  • Malaysia: Misteri Talbis Iblis... Tatkala sebahagian tempat penghuninya memohon rahmat Allah, baik dalam isu MH370, jerebu, kemarau, dan segala ujian yang lain, sebahagian tempat yang lain memohon amarah Allah dengan penganjuran konsert yang begitu dahsyat … Read More
  • Memaknai Ramadhan: Aku dan Dia (Bhg Akhir) Bismillahirrahmanirrahim... Pada entri terdahulu, kita telah melihat beberapa perkara yang berkait dengan faham Ramadhanisme (lihat di sini). Ia tidak terbatas sekadar mafhum umum atau nama-nama lain yang signifikan sema… Read More
  • Mencari Noktah Dalam Perjuangan... Pasca PRU-13, kita menyaksikan banyak ragam manusia, baik yang menang dan yang kalah. Yang menang dengan gaya kemenangannya, baik menang bergaya atau cukup makan. Yang kalah, menerima dengan keputusan akur dan redha. Ada ju… Read More
  • Eid Mubarak 1434H Ramadhan 1434H bakal menutup tirainya manakala Syawal pula bakal disambut dengan rasa syukur dan gembira oleh seluruh umat Islam.  Ketaqwaan dan keimanan yang dijana selama sebulan dalam Madrasah Tarbiyyah Ramad… Read More
  • 2013: CATATAN PENUTUP TIRAI Tahun 2013 akan berakhir beberapa jam sahaja lagi, dan lumrah di benua Asia khususnya di Malaysia akan memasuki tahun baru Masihi 2014, 8 jam lebih awal dari UK, tempat saya bermastautin buat masa ini. Kira-kira lebih 2 bul… Read More

0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)