
Heidar Moslehi berkata kepada Press TV semalam (22/5) bahawa kementeriannya berjaya membongkarkan jaringan CIA yang bekerjasama dengan rakyat Iran. Menurut Menteri Risikan dan Keselamatan Iran itu, dengan perancangan yang rapi, Iran berjaya menggagalkan usaha perisik untuk merealisasikan matlamat mereka untuk membuat onar di Republik Islam itu. Menurutnya, apa yang penting, Amerika sehingga kini gagal dalam rancangannya ke atas Iran. Iran Sabtu lalu...