Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Saturday, 10 July 2010

Warkah buat mahasiswa ( Siri 2 )

bukan sekadar beretorik di dalam membawa slogan namun sentiasa bersedia memperjuangkannya walau apa jua situasi sekalipun

Pada posting sebelum ini, penulis telah menjelaskan peranan 'sebenar' seorang mahasiswa secara muqadimahnya berdasarkan amanat yang dinyatakan oleh al-Marhum al-Maududi. Pada siri ke-2 ini, al-Maududi memperincikan lagi tugas-tugas mahasiswa Islam sebagai rantai-rantai kepada perjuangan ganerasi terdahulu demi menyelamatkan ganerasi kita yang akan datang apatah lagi ganerasi kini sudah punah kebanyakannya kesan dari memakan racun pihak kuffar.

Al-Maududi melanjutkan :

Kewajipan memindahkan perbendaharaan tamadun pada generasi akan datang

Sesungguhnya bumi yang saudara-saudara hidup di atasnya ini telah pun diteroka oleh orang-orang yang terdahulu dari saudara supaya tamadun Islam dapat bertapak di atasnya, supaya dikuatkuasakan pelaksanaan peraturan-peraturan hidup yang mereka anuti dan supaya diperintah oleh undang-undang yang dianggap benar dan peraturan-peraturan sistem kerja yang mereka fikirkan baik.

Perlu kita ingat bahawa kekalnya generasi Islam adalah bergantung penuh di atas usaha generasi yang akan datang untuk memindahkan tamadun Islam dalam bentuk hidayah ketuhanannya yang kita warisi dari nenek moyang kita yang mulia dan yang telah membezakan kita dari bangsa-bangsa lain di dunia.

Sudah pasti bahawa setiap orang Islam tidak akan kekal, tetapi umat Islam boleh kekal sepanjang masa, dengan syarat ada kemampuan yang diperlukan dalam setiap peringkat masa untuk memindahkan perbendaharaan tamadun kepada generasi yang akan datang. Pemindahan ini hendaklah sentiasa berjalan dalam setiap pertukaran generasi.

Sekiranya kita tidak sanggup mengekalkan sifat-sifat istimewa tamadun yang membezakan umat kita itu, dan generasi muda kita pula tercekup dengan tamadun asing, katakan tamadun Amerika umpamanya, lalu terpengaruh dengannya dan terbentuk dengan acuannya tidak lagi dengan acuan tamadun Islam, maka lambat laun bumi ini akan bertukar menjadi bumi Amerika.

Ya, generasi Islam akan tinggal di bumi itu, tetapi ianya dibentuk dengan acuan Amerika yang menandakan tamadun Islam tidak lagi kekal di atas bumi yang dikhususkan untuk umat Islam. Itulah yang menandakan kekalnya tamadun lain yang menghapuskan identiti kebangsaan kita atau dengan lebih tepat identiti keislaman kita.

Maka hendaklah saudara-saudara mengamati kedudukan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dan memahami bagaimana penting peranan masalah ini dalam sejarah. Masalah ini tidaklah merupakan masalah pelajaran semata-mata, bahkan ianya juga menjadi masalah yang mempunyai hubungan langsung dengan adanya identiti Islam dan juga dianggap menjadi masalah hidup mati identiti itu secara terus menerus.

Hidup kita tidak akan kekal sebagai satu umat Islam melainkan apabila kekalnya anak-anak muda kita yang sedang melalui peringkat pembentukan dan persediaan di pusat-pusat pengajian dan pendidikan. Kekal dalam erti berpegang teguh dengan tamadun Islam, mengibarkan benderanya serta menyeru kepadanya.

Dua cara untuk memindahkan perbendaharaan tamadun.

Tujuan ini tidak akan terlaksana melainkan dengan dua jalan.

Jalan pertama: Mahasiswa sendiri hendaklah bergerak melaksanakannya.

Jalan kedua: Pemerintah hendaklah merangka polisi pelajaran dan pendidikan yang boleh mencapai kepada tujuan ini.

Bersambung..

Related Posts:

  • Bongkar Penyelewengan PRK UKMBerkenaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang… Read More
  • Ekoran Kekecohan Pilihanraya Kampus Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan rasa kesal terhadap kekecohan yang berlaku di dalam Pilihanraya Kampus (PRK) sesi 2009/2010 di IPTA seluruh negara yang berlaku semalam, khususnya di Universiti Malaya dan Universiti Kebangs… Read More
  • Siapa Ikram?Kemunculan Ikram yang mendakwa sebagai sebuah gerakan dakwah cawangan Ikhwan baru-baru ini menarik perhatian ramai pihak. Mungkin jika tidak muncul isu Dr. Asri dan gerombolan ilmuannya menyertai Umno, Ikram mungkin menjadi p… Read More
  • MUST READ : Mahasiswa dan politik kampusMahasiswa yang berprinsip jauh lebih baik daripada mahasiswa yang menjadi percaturan pihak tertentu (gambar hiasan : kredit kpd blog GMUKM)Islam merupakan sebuah agama yang padanya terangkum segala yang berkaitan dengan kehid… Read More
  • Sekitar biah PRK IPT Saff kepimpinan baru mahasiswa menjadi peneraju kepada transformasi yang lebih baik Laporan Malaysiakini Prestasi kumpulan pro-Mahasiswa disifatkan jauh lebih baik tahun ini dengan kejayaan merampas beberapa universit… Read More

0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)