Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Sunday 15 January 2012

CIA-Mossad vs Islam: Antara Konspirasi dan Realiti


Pembunuhan saintis nuklear Iran, Mostafa Ahmadi-roshan dengan bom magnet di keretanya Rabu lalu ada kaitan dengan ketegangan hubungan diplomatik Iran - Amerika Syarikat (AS) ketika ini. Ini kerana Presiden Barack Obama kembali mengenakan tekanan kepada Iran berhubung pelan pembangunan tenaga nuklear Iran.

Menjelang tahun baru yang lalu, Obama mengumunkan sekatan kepada semua institusi kewangan AS daripada berurusan dengan bank pusat di Iran. Ini salah satu bentuk tekanan ekonomi yang dilakukan sendiri oleh AS tanpa penglibatan Majlis Keselamatan PBB. Tidak cukup dengan itu AS menerusi Setiausaha Perbendaharaan, Timothy Geithner semasa mengunjungi Naib Presiden China, Xi Jinping turut mendesak China mengenakan sekatan atas Iran. Ini kerana China antara negara kuasa besar anggota Majlis Keselamatan PBB yang menyokong resolusi menghalang pelan nuklear Iran.

Tetapi China mempunyai pertimbangan lain. Memandangkan China menjadi negara guna tenaga terbesar di dunia, China memerlukan Iran. Ini kerana Iran menyumbang sebanyak 11 peratus import minyak China atau 600,000 tong sehari pada November lalu. Jumlah ini adalah satu pertiga daripada eksport minyak Iran yang berjumlah 2.2 juta tong sehari. Kerana itu AS terpaksa mencari cara lain untuk memberikan tekanan kepada Iran.

Kempen AS itu supaya dikenakan sekatan ekonomi ke atas dijangka akan mempengaruhi pemimpin-pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) yang akan bermesyuarat 23 Januari ini. Mesyuarat itu dijangka bersetuju mengadakan sekatan daripada membeli minyak Iran. Iran adalah pengeksport minyak kedua terbesar dan menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Minyak (OPEC).

AS sejak rejim bekas Presiden George W. Bush lagi mahu mengenakan tekanan kepada Iran, selepas berjaya meruntuhkan Iraq dengan dakwaan palsu memiliki senjata nuklear. Kerana itu pembunuhan saintis nuklear Iran ini lebih menjurus kepada penglibatan AS menerusi Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan Israel, Mosaad.


Sabotaj

Ini adalah pembunuhan keempat saintis Iran sejak 2010. Pada 12 Januari 2010, saintis nuklear Massoud Ali-Mohammadi dibunuh dengan bom magnet kawalan jauh di depan rumahnya di Tehran. Pada 29 November 2010, saintis nuklear Majid Shahriyari terbunuh dan isterinya cedera parah dalam serangan bom. Pada 23 Julai 2011, saintis Darioush Rezal yang berusia 35 tahun ditembak mati oleh seorang yang tidak dikenali di Tehran.



Semua pembunuhan ini mempunyai bukti kukuh penglibatan CIA dan Mossad. Banyak teori menjurus kepada sabotaj membantutkan pelan pembangunan nuklear Iran. Malah ini selari dengan tekanan AS kepada Iran dan kebimbangan Israel terhadap pelan nuklear Iran. Buktinya semua mangsa pembunuhan itu adalah saintis yang mempunyai hubungan dengan nuklear Iran.

Teori konspirasi ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan pemimpin tertinggi tentera Israel bahawa, "Iran kena menerima perkara-perkara yang tidak dijangka pada 2012." Dalam kemelut politik Asia Barat, kini hanya ada Iran yang mengekang penguasaan Israel selepas Iraq tumpas kepada AS 2003. Iran juga menjadi faktor penentu penghalang penguasaan dan penyusunan semula politik Asia Barat oleh AS.

Konspirasi penglibatan AS dan Israel disokong oleh pendedahan majalah TIME bahawa sumber perisikan mengakui pembunuhan terbaru itu dilakukan oleh Mossad. TIME turut mendedahkan seorang pegawai kanan Israel menjerit gembira ketika kejadian itu, "Yeah...seorang lagi. Saya tidak bersedih apa yang berlaku kepada dia."

Tahun lalu stesen televisyen Iran menyiarkan pengakuan seorang agen perisikan Mossad, Majid Jamali Fashi yang bertanggungjawab membunuh saintis Massoud Ali Mohammadi. Dia mengaku melihat sendiri model rumah dan kawasan laman saintis Iran itu di ibu pejabat Mossad di Tel Aviv. Majid dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh Massoud pada 12 Januari 2010.

Modus operandi pembunuhan Mostafa sama dengan pembunuhan dua saintis Iran sebelum ini iaitu menggunakan bom magnet. Kesemua mangsa adalah saintis yang merupakan orang penting dalam pelan nuklear itu.

Ini mempunyai persamaan dengan modus operandi Mossad membunuh saintis Jerman yang membangunkan peluru berpandu di Mesir tahun 1960-an dan 1970-an. Sebagai balasan, pejuang Palestin melancarkan serangan komando dan membunuh 11 atlet Israel di Sukan Olimpik 1972 di Munich.

Cara pembunuhan yang sama juga dilakukan Mossad terhadap saintis Mesir dan Kanada yang berkerja dengan program nuklear dan peluru berpandu Iraq semasa rejim Saddam Hussein. Begitu juga cara Mossad menyerang dan membunuh pemimpin Hamas, Mahmoud al-Mabhouh di hotel penginapannya di Dubai pada 2010.

Kenyataan pakar keselamatan, Theodore Karasik dari Gulf Military Analysis bahawa selain perang konvensional, Barat dan sekutunya juga melancarkan perang taktik untuk mengekang pelan nuklear Iran menguatkan teori penglibatan AS dan Israel.




Kritikal

Agensi berita Associated Press pula pernah membocorkan laporan mesyuarat tertutup Jawatankuasa Pertahanan dan Hubungan Luar Negara Israel baru-baru ini di mana Leftenan Jeneral Benny Gantz berkata, "2012 adalah tahun kritikal bagi Iran". Ini merujuk kepada perang taktikal untuk menghalang pembangunan pelan nuklear Iran.


kenderaan Dr Ahmadi yang rosak teruk


Walaupun pentadbiran Obama dan Israel menafikan terlibat dalam pembunuhan kali ini tetapi hujah mereka sangat nipis. Apakah kita tidak percaya AS dan Israel boleh membunuh saintis Iran sedangkan mereka telah membunuh jutaan orang awam di Palestin dan Iraq?



Tetapi tindakan radikal Mossad dan CIA tidak memberi kesan kepada ketegasan Iran membangunkan pelan nuklear. Sebaliknya insiden terbaru ini menyukarkan AS membebaskan n seorang anggota marinnya yang mendepani hukuman mati di Iran kerana kesalahan mengintip.

Warga Iran mengusung keranda Saintis Nuklear Iran Mostafa Ahmadi Roshan selepas solat Jumaat di luar Universiti Teheran, 13 Januari lalu

*Petikan dari sini


Ulasan Admin: Mossad-CIA sememangnya hauskan darah para inteligen dan cediakawan yang terlibat dalam usaha meningkatkan teknologi nuklear dan persenjataan khususnya dikalangan negara Islam yang anti-Amerika.

Dengan cara sebegini mereka menyangka bahawa usaha untuk menentang kuasa mereka akan terhenti dan terkubur begitu sahaja dengan 'memadamkan' individu-individu penting dalam program nuklear. Tanggapan tersebut amat meleset kerana di sana akan lahir ribuan lagi pengganti.

Bahkan bukan sahaja dari kalangan saintis-pakar, malah tokoh-tokoh yang berpengaruh yang sering menyerukan kepada perpaduan umat Islam juga menjadi sasaran mereka. Mossad - CIA juga kerap mempergunakan 'kambing-kambing hitam' untuk dikorbankan. Cukup mudah, mereka membiayai kumpulan-kumpulan radikal yang bertopangkan Islam, lalu menjadi dalang kepada pembunuhan sesama Islam (lihat di sini, di sini dan sini). 

The Werewolf of CIA?

Antaranya adalah Team Osman (lihat sini). Afghanistan dan Iraq berjaya ditahluki hanya dengan slogan 'memerangi keganasan'. Fenomena Islamphobia juga dicetuskan di negara-negara Eropah supaya masyarakat dunia benci kepada Islam dan menjauhi Islam.

al-Syahid Prof Dr. Burhanuddin Rabbani

Contoh terdekat, al-Syahid Prof Dr. Burhanuddin Rabbani pada September lalu. Apatah lagi dengan tokoh-tokoh Hamas seperti al-Syahid Syaikh Mahbouh yang dibunuh ketika berada di Dubai pada 2 tahun lalu (Saya pernah entrikan mengenai pembunuhan kejam ini) dan Khaled Mash'al sendiri nyaris syahid dibunuh mereka.

al-Syahid Syaikh Mahbouh

Iran berlakon?

Ada yang bagitahu saya, 

"Ust, Ust x tahu ke yang sebenarnya Iran dan Israel adalah sekutu rapat? Diaorang tu depan je musuh, belakang macam adik beradik.." 

"Syaikh, enta ni.. enta ingat Iran tu baik ke? Enta jangan tertipu dengan propaganda golongan munafiq ini!!!"

Dan macam-macam lagi versi berita, respon yang saya dengar dan lihat. Saya pasti, anda sendiri juga biasa mendengar respon sebegini terutama apabila menganggap Iran itu baik.

Kerjasama Hamas dan Kerajaan Iran dalam menangani isu Palestin

Analogi saya cukup mudah, "Jika Iran adalah sekutu rapat Amerika-Israel, manakala Arab Saudi dan kebanyakan negara2 Arab adalah musuh ketat Amerika-Israel." Begitu?

Persoalan saya: Siapa yang menjadi pembekal utama senjata kepada Arab Saudi? Negara mana yang memberi minyak kepada Amerika? Negara mana yang membenarkan ruang udaranya digunakan oleh tentera Amerika untuk menyerang Afghanistan dan Iraq?

Mungkin mereka ini adalah musuh ketat. Di hadapan kita sahaja Amerika dan Arab Saudi berlakon baik..

Kadang-kadang kita sebagai Muslim, ada yang kurang cerdik dalam menilai dan menganalisis isu, khususnya yang melibatkan isu politk dunia hari ini. Sebab itu lebih ramai yang tertipu, gagal membezakan antara propaganda musuh dan fakta sebenar apatah lagi apabila dimomok-momokkan dengan sentimen mazhab.

"Syukran akhi atas anugerah ini"



"Saya pun dapat juga" Anugerah untuk tokoh terbanyak bunuh orang?

Saya tidak mahu ulas banyak, cukup sekadar mengambil pendekatan pimpinan gerakan Islam seperti Ikhwan Muslimin dan Hamas terhadap Iran. Saya pasti, mereka lebih arif mana kawan dan mana lawan. Saya pernah mendengar ucapan Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi di YouTuBe, "jika Amerika serang Iran maka saya akan sokong Iran." Bahkan beliau turut menyokong penuh aktiviti nuklear di Iran sepertimana laporan The Global Muslim Brotherhood Daily Report (sini)

Sokong Iran bukan bermakna bersetuju dengan semua pandangan mereka, tetapi atas dasar kesatuan untuk sama-sama bangkit menentang kuasa besar dunia Amerika-Israel (sini). Isu-isu yang bersifat kontradik kebanyakan telah diselesaikan dan diharmonikan melalui pendekatan yang berorientasikan taqrib bayn al-madhahib (merapatkan antara mazhab2)


Dr Kamal Helbawi (kanan) di Seminar Taqrib bersalam dengan Presiden Iran, Ahmadinejad

Terbaru, saya difahamkan ada sebuah kenyataan daripada sebuah pihak (dan juga blog: anda boleh search di google) yang memfitnah Ikhwanul Muslimin. Katanya, "IM adalah alat propaganda Zionis laknatullah. Sebab itu IM agak 'mesra' dengan pemimpin Iran."

Helbawi dalam satu perjumpaan dengan Khameini

Saya cukup kesal dengan tuduhan yang dilemparkan yang sama sekali tidak berasas. Kadang-kadang lucu juga mendengar, seolah-olah mereka tidak punyai akal yang waras untuk berfikir. 

Mungkin mereka masih belum mengenal siapa al-Syahid Imam Hasan al-Banna, siapa IM. Begitu juga dengan Hamas. Pasal Iran usah cakap lah sebab daripada kecil sampai mati dianggap jahat. 


Khaled Mash'al, Hamas dan Khameini, Pemimpin Tertinggi Iran

Nasihat saya, lakukanlah kajian secara ilmiah dan adil. Bukan sekadar merujuk kepada sumber yang menuduh2 semberono sebaliknya lihat juga kepada sumber yang menjawab setiap tuduhan tersebut. 

Utamakan sumber primer (yang asal, bukan sumber 'tapisan' pihak lain dan bukan yang telah diselewengkan), berbanding dengan sumber sekunder. Jika dalam kaedah untuk membuat sesuatu kajian ilmiah, wajib untuk menghilangkan sifat negatif seperti prejudis terhadap subjek yang dikaji. Jika tidak, usah buat kajian kerana persoalan telah pun 'terjawab'..

Akhir kalam, sehebat manapun perancangan yang disusun, propaganda yang ditaburkan , adalah tertakhluk pada kekuasaan Allah s.w.t. Kebenaran pasti akan menang dan kebatilan pasti akan lenyap kerana itulah janji Allah. Gunakan akal yang waras untuk menilai. Bagi kita, cukuplah Allah sebagai sebaik-baik tempat untuk meminta pertolongan daripada tipudaya musuh.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Wallahu'alam..

* Kerja rumah.

Arahan:-
1. Taipkan perkataan illuminati secara terbalik (itanimulli) dan 
2. Googlekan perkataan itanimulli ini.. 
3. Klik bagi result (link) pertama bagi maksud perkataan tersebut.
4. Jika sudah dapat jawapannya, sila tinggalkan komen dibawah.

Semoga berjaya :)


Foto peristiwa pengeboman Saintis Iran minggu lalu














Lihat (klik) juga:



2 comments:

  1. Slm wbt.

    Sdr faizassyirazi, apa yang saya lihat dan rumuskan berdasarkan kajian sdr:

    Hubungan CIA, Mossad x dapat dinafikan lagi dlm serangan dan propaganda mereka kpd Iran. Manakala Arab Saudi di lihat amat rapat sbagai rakan sekutu mereka.

    Saya cukup suka pandangan sdr yg mengenepikan sentimen mazhab walaupun boleh jika sdr mahu spt golongan yg taksub. Cthnya, oleh kerana Arab Saudi itu berfahaman wahabi dan sekutu amerika maka wahabi itu memang jahat. Iran yang Syiah baik kerana banyak tolong Sunni (Palestin) selama ini.

    Sebaliknya sdr memilih utk meletakkan kejahatan tersebut pd negara dan individu, bkn ajaran atau fahaman yg mereka pegang.

    Kadang2 saya rasa cukup pelik mengapa rata2 negara yg rapat dgn musuh Islam adalah drp yg bermazhab Wahabi-Salafi. bukan utk menuduh, tetapi itulah realitinya.

    Sebaliknya Iran yg Syiah pula menjuarai isu perpaduan umat dan pembelaan Palestin. Dahulu sy juga pernah bersikap prejudis terhadap Iran kerana terpedaya dgn propaganda musuh mereka. Hingga sampai satu tahap sy anggap Iran lebih dahsyat dan bahaya dari Israel.

    Alhmdlh, setelah bt bbrp kajian dan pencerahan, sy temui perkara sebaliknya dan sikap prejudis itu tidak lg wujud. Faktor dr entri blog sdr byk membantu sy.

    Soal politik, fahaman dan propaganda kini sy lebih faham dan dpt bezakan kebenaran dan kebatilannya.

    Syukran. Moga terus istiqamah.

    ReplyDelete
  2. Syukran Pejuang al-Qassam. Saya suka nama itu. moga sehebat empunya dia =)

    ReplyDelete

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)