Front Pejuang Palestin menyatakan, mereka akan berdiri teguh melawan pencerobohan asing di Syria.
"Apapun keadaan atau alasannya, kami menolak campur tangan asing di Syria dan negara Arab yang lain, " kata Menteri Kebajikan dan Agama Mahmoud al-Habash.
"Setiap campur tangan asing di negara-negara Arab adalah penjajahan baru, dan tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan membuat lebih sulit dan rumit."
Sebelum itu, pejabat rasmi Jihad Islam Palestin Sheikh Nafith Azzam menyatakan, kelompoknya menolak campur tangan asing di negara Arab atau Muslim."
Dia berharap, konflik dapat diselesaikan tanpa tindakan ketenteraan dan dengan cara menjamin kesatuan Syria.
Jihad Islam juga menyatakan, mereka akan bersedia dengan serangan di Gaza jika Israel memutuskan menggunakan aksi ketenteraan di Syria sebagai alasan untuk menyerang Gaza, tambah Azzam.
Sementara itu, Gerakan Fatah al-Intifada Palestin, mengecam retorika perang AS terhadap Syria dan menekankan, pihaknya bersedia memanfaatkan segala kemampuan mempertahankan negara muslim dari campur tangan asing.
Gerakan perlawanan Palestin yang aktif di Syria dalam masa terdekat ini mengumumkan, adalah menjadi kewajiban untuk membela bumi dan rakyat Syria.
"Setiap serangan terhadap negara atau rakan perlawanan, dianggap sebagai ancaman terhadap semua orang Arab mulia, dan dalam keadaan seperti itu, menjadi tugas kita untuk menghadapi AS, penjajah Israel dan sekutu mereka di barisan hadapan," kata Yasser al-Masri yang bertugas di Information Dissemination Center Fatah.
Menurutnya, AS dan Israel adalah musuh muqawamah, menyerang mereka adalah tindakan lazim untuk gerakan perlawanan, khususnya di Syria yang menjadi penentu masa depan negara-negara yang membentuk proksi perlawanan dengan Israel. Dan untuk alasan yang sama itulah tugas kita untuk mempersiapkan diri menghadapi serangan AS dan Barat."
Respon yang sama diberikan oleh Hezbollah dan Iran dalam mempertahankan sekutu mereka dari musuh utama mereka, AS-Israel.
Gerakan Intifadah Fatah al-Intifada merupakan gerakan perlawanan Palestin yang didirikan oleh Kolonel Said al-Muragha, lebih dikenal sebagai Abu Musa.
Kumpulan ini sering menyebut pemimpinya sebagai Proksi Abu Musa dan secara rasmi menyebut dirinya sebagai Gerakan Pembebasan Nasional Palestin.
Awal bulan ini , Front Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP), juga menyebut gerakan perlawanan Islam dan Damsyiq sepenuhnya siap menghadapi dan menanggapi serangan AS di negara Muslim dan menegaskan persediaan gerakan atas senario terburuk dan paling berbahaya. Kata Anwar Raja beberapa minggu lalu di Damsyiq.
P/S: Reaksi pejuang Islam di Palestin membuktikan bahawa mereka sememangnya dapat menghidu niat sebenar AS-Israel yang berhasrat untuk menyerang Syria. Serangan Barat ke atas Syria tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghancurkan segala pusat-pusat logistik senjata muqawama Palestin-Lubnan (di Syria) yang berdekad lamanya berjuang untuk melawan setiap pencerobohan Zionis-Israel.
Hal ini yang gagal difahami oleh masyarakat Islam pada hari ini akibat termakan dengan propaganda media tajaan Barat dengan memainkan sentimen Sunni-Syiah dalam konflik di Syria. Demikian juga dengan penggunaan senjata kimia, Barat cuba menggunakan modus operandi yang sama seperti mana yang mereka telah lakukan ketika menyerang Iraq beberapa tahun dahulu. Serangan Barat di Syria tidak ubah seperti tikus membaiki labu.
Dunia (khususnya negara-negara Islam) seharusnya akur dengan cadangan dan saranan gerakan Islam supaya menyerahkan konflik di Syria ke tangan rakyat Syria untuk menentukan politik mereka. Bukan dengan menghantar dan menyokong campur tangan agen-agen asing berupa 'Islamis' bagi mengaburi mata ramai pihak. Bacalah di sini, sini, sini dan sini untuk lebih faham selain dari melihat kepada pelbagai sumber dan perspektif. Insha-Allah entri berkait akan menyusul selepas ini. Jika sahabat-sahabat para pembaca ada sebarang idea dan maklumat untuk dikongsi, amat lah dialu-alukan.
"Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat hampir"
TMV | MN | IT | SPS | SYRIA |
0 comments:
Post a Comment
Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)