Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Saturday 31 August 2013

31 Ogos Dalam Pelbagai Peristiwa

Tanggal 31 Ogos 1957, Malaysia mencapai kemerdekaannya setelah lebih seabad dijajah British. Masyarakat di Malaysia  sejak abad ke-13 secara bertahap mengenal dan mengamalkan ajaran Islam. Setelah kemasukan negara Eropah ke negara ini ]pada awal abad ke-16 dengan masuknya Albuquerque, pelaut Portugis. Pada abad ke 17, Belanda menguasai Malaysia. Kemudian pada tahun 1824 atas perjanjian antara Belanda dan British, Malaysia diserahkan kepada British dan Indonesia diserahkan kepada Belanda.


Pemerintahan Malaysia berkonsepkan kerajaan persekutuan dan setiap negeri dipimpin oleh seorang Sultan. Wilayah Malaysia terdiri dari dua bahagian terpisah di tepi Laut Cina Selatan. Keluasan wilayah negara ini adalah sekitar 330 ribu kilometer persegi dan bersempadan dengan Indonesia dan Thailand.


Inggeris dan Rusia Tandatangani Perjanjian Tentang Wilayah Iran

Tanggal 31 Ogos 1907,  pemerintah imperialis Inggeris dan Rusia dengan menandatangani sebuah perjanjian, telah membahagi wilayah Iran menjadi tiga bahagian. Berdasarkan perjanjian ini, wilayah tengah Iran dinyatakan tidak berpihak. Wilayah utara dan sebahagian wilayah Barat  Iran di bawah kontrol Rusia dan wilayah selatan dikuasai oleh Inggeris.



Penandatanganan perjanjian pembahagian wilayah ini tidak melibatkan pemerintah Iran saat itu, iaitu raja Dinasti Qajar, kerana lemahnya pemerintah dinasti ini. Kerana itu, perjanjian ini menimbulkan kemarahan rakyat dan Majlis Permesyuaratan Rakyat Iran. Inggeris dan Rusia keluar dari wilayah Iran setelah berlaku revolusi di Rusia.


Trinidad dan Tobago Merdeka

Tanggal 31 Ogos 1962, Trinidad dan Tobago, sebuah negara di Amerika Selatan, meraih kemerdekaannya dari Inggeris. Negara ini pada awalnya dijajah oleh Sepanyol namun pada tahun 1802  Sepanyol menyerahkannya kepada Inggeris. Kemudian, Trinidad dan Tobago dijadikan pusat Persekutuan Hindia Barat.



Pada tahun 1962, Federasi Hindia Barat bubar dan Trinidad Tobago meraih kemerdekaannya. Republik Trinidad dan Tobago hanya memiliki luas wilayah 5128 kilometer persegi, namun pendapatan perkapitanya amat tinggi yaitu di atas 6000 dolar kerana kaya sumber minyak lepas pantai.


Uzbekistan Merdeka

Tanggal 31 Ogos 1991, Uzbekistan mengumumkan kemerdekaannya dari United Soviet. Sejak abad ke-6 sebelum Masihi, Uzbekistan menjadi sebahagian dari jajahan Iran. Seterusnya, secara bergiliran, penguasa Iran dan non-Iran berkuasa di sana. Setelah masuknya kaum Muslimin ke Uzbekistan pada pertengahan abad ke-7 Masihi, ajaran Islam menyebar di kawasan ini.


Pada akhir abad ke 9, dinasti Samani dari Iran menguasai negeri ini sehingga bahasa serta kebudayaan Persia tersebar luas di sana. Pengaruh Rusia masuk pada akhir abad ke-17 dan berkuasa di sana hingga abad ke dua puluh.  Uzbekistan berhasil meraih kemerdekaan setelah tumbangnya United Soviet.


Kyrgyzstan meraih kemerdekaan

Tanggal 31 Ogos 1991, Kyrgyzstan yang terletak di Asia Tengah mencapai kemerdekaannya dari tangan United Soviet. Bangsa Kyrgyz mulai masuk ke Kyrgyzstan pada zaman Dinasti Moghul pada kurun ke 13, tetapi Islam memasuki Kyrgyzstan pada awal abad ke 17 dan berkembang luas pada abad ke 19. Kyrgyzstan secara rasminya berada dalam tangan Rusia pada tahun 1876.


Berbagai kelompok etnik dari bangsa Rusia masuk ke negara ini dan mengambil ladang-ladang pertanian mereka yang menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dari penduduk Kyrgyzstan dan bermulalah kebangkitan menentang Rusia yang berlanjut sehingga tahun 1922. Kyrgyzstan sama seperti negara-negara lain mengumumkan kemerdekaannya selepas tumbangnya United Soviet. Kyrgyzstan berjiran dengan Cina, Kazakhstan, Uzbekistan dan Tajikistan.


Tragedi bom di Iraq

Tanggal 31 Ogos tahun 2005, hampir seribu orang umat Islam Iraq maut ketika menghadiri acara peringatan haul di kota Kazimain yang berdekatan dengan kota Baghdad. Pada hari itu, hampir lebih dari satu juta pengikut mazhab Syiah Iraq turut serta dalam acara peringatan hari kesyahidan Imam Musa Kazhim r.a*, Imam ketujuh mazhab syiah Imamiyyah.



Kejadian itu bermula saat sejumlah orang yang tidak dikenali memprovokasi orang yang datang berkunjung dengan bunyi beberapa letupan menyebabkan orang ramai berusaha keluar dari tempat kejadian. Akibatnya ratusan orang maut dan cedera dihempap runtuhan bangunan yang runtuh.

* Imam Musa al-Kazim dilahirkan pada 7 Safar 128H dan syahid pada 25 Rejab 183H. Selain dalam tradisi Syiah, beliau turut dihormati dan dicintai dalam kalangan Ahli Sunnah WalJamaah sebagai keturunan Rasulullah yang bersusur galur Imam Ja'far al-Sadiq r.a.


TMV | IIR

0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)