Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Friday, 22 March 2013

POTRET SEBUAH PERJUANGAN: AS-SYAHID SYAIKH AHMED YASIN

Memperingati Ulang Tahun Ke-9 Gugurnya as-Syahid Syaikh Ahmed Yaasin


Amanat as-Syahid Syaikh Ahmad Yasin buat seluruh umat Islam di dunia:

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu 

Kenyataan bahwa kemenangan dunia Islam bergantung pada Arab adalah tanggungjawab besar yang dipikul di oleh anda semua yang telah ditaklifkan oleh Allah untuk berkhidmat kepada umat, sekarang, juga pada masa akan datang. Dan Rasulullah bersabda, 

"Allah akan menanyakan pada orang-orang yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab apakah ia sudah ditunaikan?". 

Di hadapan Anda sekalian sekarang ada tentangan, dan rakyat anda menanti resolusi yang akan dihasilkan nanti. Mereka menunggu resolusi untuk masalah utama di Timur Tengah - Palestin. 

Saya berharap persidangan yang akan berlangsung nanti setuju dan menyokong rakyat Palestin yang terus berjihad sampai kemenangan yang telah ditentukan Allah. 

Kerana itu saya memohon untuk mempertimbangkan beberapa hal di bawah ini: 

Pertama: Tanah Palestin adalah milik Arab. Tanah Islam secara paksa telah dirampas oleh Yahudi Zionis dan itu hanya mampu direbut kembali dengan kekuatan. Palestin adalah tanah wakaf yang tidak boleh diserahkan, walaupun hanya satu inci, untuk itu kamu perlu bersedia melakukan segalanya. 

Kedua: Jihad di Palestin adalah hak asasi rakyat Palestin. Dan juga diwajibkan bagi seluruh Muslim, laki-laki dan perempuan. Untuk memerangi kezaliman, terorisme yang dilakukan musuh-musuh Allah. Rakyat Palestin menolak untuk dipisahkan dari orang-orang Arab dan kaum Muslimin di seluruh dunia. Kami berharap persidangan yang akan dilakukan menghasilkan posisi yang jelas bagi perjuangan rakyat Palestin. 

Ketiga: Rakyat kami yang sedang berjuang melawan penjajah, sepatutnya mendapat dukungan dari para pemimpin umat. Rakyat kami perlukan bantuan ekonomi, setelah iblis Israel menghancurkan mata pencarian dan kemakmuran kami. Rakyat kami juga memerlukan bantuan ketenteraan, keamanan, perubatan, moral, diplomatik, dan segala sokongan dan dokongan untuk membantu proses jihad ini. Rakyat Palestin berharap bantuan dari persidangan ini. 

Keempat: Kami memohon jangan lagi membina hubungan baik dengan musuh dan menutup kedutaan, pejabat, konsulat atau perwakilan dagang Israel di mana pun berada. Kami mendesak Anda semua untuk aktif memboikot dan menghentikan hubungan perdagangan dengan mereka. 

Kelima: Umat ini memerlukan segala bantuan untuk mengakhiri kemaraan musuh di Palestin. Saya percaya, waktunya akan datang seperti yang telah Allah janjikan, bersabarlah dan jangan berpecah belah. 

Keenam: Masjid al-Aqsa, memohon dengan kesungguhan pada kamu semua agar diselamatkan dari dihancurkan Zionis. 

Ketujuh: Terakhir, kami juga meminta kepada kalian untuk membantu rakyat Iraq mengusir penjajah Amerika dari tanahnya. Seperti yang telah dilakukan oleh rakyat Iraq, menyokong kami membebaskan Palestin. 

Para pemimpin yang terhormat, ini semua yang aku harapkan dari Anda. Seperti yang telah diperintahkan Rasulullah, agar kita saling menasihati. Saya memohon kepada Allah agar Anda dipersatukan untuk membela agamanya dan membawa umat menuju keadaan yang lebih baik. 

Dari saudaramu, Ahmad Ismail Yassin

Kisah panjang mengenai as-Syahid Syaikh Ahmed Yasin boleh disoroti di sini



POTRET AL-SYAHID


KETIKA DALAM ALAM PERJUANGAN

Mendekam dalam penjara rejim zionis durjana bertahun lamanya atas tuduhan keganasan


BERSAMA RAKAN DAN ABNA' AL-JIHAD


Suatu masa dahulu bersama anak buah yang setia, Khaled Masy'al

Hubungan beliau yang cukup akrab dengan as-Syahid Dr. Rantisi


 Ukhwah Islamiyyah yang mengatasi sempadan fikrah dan ideologi
Bersama dengan pihak yang prihatin dalam memperjuangkan nasib Palestin
Demi sebuah kesatuan untuk melawan seteru yang sama


HUBUNGAN DENGAN TUHANNYA CUKUP DIJAGA


Biarpun lumpuh, ia tidak menjadi halangan kepada beliau untuk istiqamah dalam solat berjemaah



Bergerak hanya dengan diusung dan disorong oleh pembantu setia.



BERSAMA PERJUANGAN RAKYAT DEMI SEBUAH PEMBEBASAN


 

Ratusan ribu rakyat Palestin sentiasa berdiri teguh dibelakang as-Syahid



REALISASINYA CITA-CITA YANG DIDAMBAKAN



Penghormatan terkahir dari anggota Brigade al-Qassam, Sayap Kanan Hamas

Pemergian seorang tokoh pejuang Palestin yang menjadi kebangga bumi al-Aqsa




 Ilal Liqa' fi Jannatul Firdaus









0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)