Hairan sungguh mengapa masih ada pihak (saya percaya ia manusia) yang sanggup menceroboh ke dalam akaun saya semata-mata untuk memadam tulisan saya mengenai beberapa isu Syria.
Tidak sekadar itu, password pun diubah. Syukur Alhamdulillah, Allah tidak mengizinkannya melakukan khianat kepada keseluruhan tulisan saya. Barangkali pelakunya adalah seorang yang tidak sependapat dengan saya dalam beberapa perkara.
Beginilah, setiap manusia yang diberikan akal fikiran oleh Allah mempunyai hak untuk menyampaikan pandangannya berdasarkan ilmu pengetahuan yang dia ada. Selagi mana ia mempunyai sandarannya yang tersendiri maka ia wajar dihormati.
al-Syahid Dr. Said Ramadhan al-Buti ketika menghadiri Konferens Kesatuan Islam di Tehran pada 2011. Turut kelihatan, Habib Umar al-Hafeez dan Habib Ali al-Jufri di sebelah kiri dan kanan beliau.
Demikian Islam mengajarkan kita untuk berlapang dada dalam perbezaan pandangan. Bahkan Islam mengajar penganutnya untuk berbahas (hujah dibalas hujah) dan bukannya melakukan sesuatu tindakan yang sepatutnya seperti mensebotaj pihak lain. Jika kita bersedia mengkritik pandangan pihak lain, mengapa pula kita tidak sedia dikritik sedangkan ia adalah suatu yang normal dalam konteks akademik. Boleh jadi ada perkara yang kita tahu tetapi rakan kita tidak tahu dan boleh jadi ada perkara yang rakan kita tahu tetapi kita tidak tahu.
Apapun, doa saya kepada pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini semoga diberi petunjuk oleh Allah.
# Saya memohon maaf jika tulisan-tulisan saya banyak yang tidak sependapat dengan pandangan sahabat-sahabat kerana sekadar itu kurnia ilmu Allah kepada saya. Sememangnya masih banyak perkara yang saya perlu pelajari. Bi'awnillah.
0 comments:
Post a Comment
Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)