Bismillah.
الحمد لله الفاشي في الخلق امره وحمده الظاهر بالكرم مجده الباسط باجود يده الذي لا تنقص خزائنه ولا تزيده كثرة العطاء إلا جودا وكرما إنه هو العزيز الوهّاب، والصلاة والسلام على رسول الله، محمد صلى الله عليه وسلم، عبده ورسوله وامينه وصفيه وحبيبه وخيرته من خلقه وحافظ سره ومبلغ رسالاته، أفضل وأحسن وأجمل وأكمل وأزكى وأنمى وأطيب وأطهر، وعلى آله الطيبين الطاهرين، وصحبه المختار وعلى من تبعهم إلى يوم الدين. أما بعد..
Syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat dan kurniaNya, kita masih lagi dipilih kalangan hambaNya yang sedar akan taklifan sebagai seorang hamba. Sebanyak-banyak selawat dan salam ke atas utusan akhir zaman, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih lagi setia menelusuri jalan-jalan nubuwwah serta mereka yang mengikuti jalan mereka itu sehingga hari kiamat.
Berbaki sehari untuk cukup setahun saya 'berhibernasi' dari dunia penulisan dalam blog ini. Banyak asbab musababnya; kekangan masa, tenaga serta taklifan yang kian meningkat. Entri terakhir (link) juga merupakan satu-satunya entri yang saya menulis usai bergelar graduan. Dari sudut lain, saya cuba untuk beralih kepada penulisan yang lebih ilmiah dan formal melalui penulisan dalam buku dan jurnal. Ada juga kalangan sahabat dan pembaca setia yang masih mengharap supaya blog ini terus aktif dengan pencerahan isu-isu semasa, apatah lagi kebanyakan tulisan di sini dianggap 'melawan arus semasa' oleh sesetengah pihak. Pro dan kontranya dalam penulisan di sini cukup banyak untuk diperhalusi kembali.
'Enlightenment' dari sebuah Jabal
Teringat kata-kata seorang murabbi, golongan alim Ulama' (sebenar-sebenarnya) seharusnya mengusahakan diri mereka dengan pelbagai ilmu dan thaqafah samada dengan menyambung pengajian kepada peringkat yang lebih tinggi mahupun penulisan. Bahkan, golongan ini tidak sepatutnya bersikap diam daripada membicarakan sesuatu isu, pada masa sama pihak yang tidak sepatutnya yang membicarakan isu tersebut, lalu berlakulah fitnah dalam kalangan masyarakat.
Di sini saya melihat peri pentingnya peranan ilmuan samada terdiri daripada para alim Ulama mahupun sarjanawan. Tanpa adanya inisiatif daripada mereka untuk membimbing ummah, maka ummah akan menjadi semakin jahil dan jauh terkebelakang. Justeru, sepatutnya golongan ulama dan ilmuan itu memanfaat dan memaksimumkan mekanisma yang sedia ada untuk membimbing masyarakat khususnya dalam isu-isu ummah.
Pancaroba alam maya
Cukup diakui, alam maya khususnya facebook kini menjadi pusat penyebaran fitnah walaupun tidak dinafikan akan adanya unsur-unsur 'al-birr wa al-taqwa' di sana. Malah, penangan facebook ini cukup kuat dalam mempengaruhi dan membentuk pemikiran masyarakat pada hari ini. Masih ingat lagi, bagaimana tumbangnya tirani Ben Ali di Tunisia, serta beberapa orang pemimpin negara Arab? Demikian hebatnya kuasa media pada hari ini, jatuh dan tumbangnya sesebuah kerajaan antaranya hanya bermodus operandikan TSL (Type, Like, Share) di facebook.
Sungguhpun demikian, sebagai seorang Muslim yang beriman kepada hari akhirat tidak sepatutnya kemaruk dalam menerima bulat-bulat apa juga sumber berita selagi mana ia tidak ditapis dengan 'tabayyun' terlebih dahulu.
Allah memberi amaran kepada kita, (terjemahan): “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut.” (QS al-Hujurat 49: 6)
Sikap kebanyakan dalam kalangan kita, lebih suka untuk menyebarkan sesuatu berita tanpa mengambil kira ia benar atau salah asalkan ia memberi kelebihan kepada kita untuk menghukum pihak lain dengan sepuas-puasnya. Allah SWT menempelak sikap sebegini:
Terjemahan: "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" (QS Al-Ma'idah:8)

Ditambahi pula dengan isu yang dimainkan dalam alam maya pada hari ini tidak selamat daripada unsur manipulasi dan propaganda pihak musuh. Malah, kebanyakkan perkara yang diberitakan, jauh beza dengan hakikat sebenar yang berlaku. Diingatkan, tiada suatu pun yang terlepas daripada perhitungan Allah SWT kelak biarpun hanya sekadar berfacebook, ini kerana jika ia menepati syariat maka diganjari pahala, sebaliknya maka dosa pun percuma di hujung jari.
Mereformasikan semula pemikiran
Tidak mudah bagi seseorang itu untuk membuat anjakan paradigma dalam pemikirannya khususnya golongan yang 'makannya disuap'. Di sini menunjukkan pentingnya untuk menjana fikrah-fikrah yang sahih menerusi pembacaan karya-karya ilmuan serta mendalami ilmu-ilmu asas agama melalui disiplin ilmu yang betul.
Melalui proses tadi, maka akan lahirlah golongan yang disebut dalam al-Qur'an sebanyak 16 kali dengan nama Ulul Albab. Antara cirinya yang disebut al-Qur'an:
"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah ulul albab" (QS Az-Zumar 39:18 )
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah ulul albab." (Az-Zumar 39:9)
Dunia sarjana yang mencabar
Alam sarjana memang cukup mencabar. Segala keupayaan dalam diri perlu ditingkatkan sepenuhnya agar tidak kecundang di tengah jalan. Hal ini yang yang menjadi mimpi ngeri bagi lepasan-lepasan universiti untuk terus menyambung pengajian. Ironinya, mindset mahasiswa pada hari ini lebih kepada 2K (Kerja dan Kahwin) usai bergelar graduan. Ia bukanlah menjadi suatu 'dosa' selagi mana seseorang itu masih memposisikan dirinya dengan gerak kerja mengislahkan ummah.
Cuma kebanyakannya lebih suka menjadi manusia biasa (normal person) daripada luar biasa. Orang biasa adalah sepertimana orang awam, belajar, bekerja, berkahwin, beranak, dan menunggu mati sementara isu-isu lain yang dirasakan tiada kaitan dengannya tidak hiraukan. Selagi mana perut dia kenyang, harta bertingkat-tingkat, hidup selesa sudah memadai. Golongan ini lebih sinonim dengan ungkapan, "kubur masing-masing". Adapun orang yang luar biasa, dia akan berusaha untuk memastikan masyarakatnya menjadi baik bukan sekadar keluarganya semata-mata atau sekadar memenuhi tuntutan manusiawi semata-mata. Di sini pentingnya untuk menginfaqkan diri dalam amal Islami di segenap peringkat.
Bagi menyambung pengajian pula, tidak terkecuali daripada fitnah, kerana ada sahaja yang bermatlamatkan material yang lumayan dan pangkat tanpa dirasakan bersalah kepada tujuan asal menuntut ilmu itu sendiri. Lebih bahaya, ada golongan yang berlajar semata-mata untuk memperoleh pangkat Dr atau Profesor, untuk disalahgunakan atas kepentingan peribadi. Maka atas dasar itu, pentingnya bagi seorang pelajar melalukan dirinya dengan proses tazkiah dan tasfiyyah supaya tidak tergelincir ke lembah dosa dan noda.
Perihal ilmu yang berkat, Ulama menyebut:
"ilmu yang berkat itu bukan terletak kepada banyaknya ilmu yang dikuasai, akan tetapi ia terletak kepada sejauh mana ilmu itu dapat menjadikannya semakin mengenal ALlah SWT biarpun ilmu itu sedikit"
Sebelum disapa Izrail
Umumnya semua mengetahui walaupun lebih ramai yang tidak mengingati bahawa kita telah disahkan sebagai calon jenazah. Tidak sekadar itu, kita juga terpilih sebagai calon 'peperiksaan lisan' dengan Mungkar dan Nakir. Sementara belum mendapat 'surat tawaran' oleh Izrail a.k.a Malaikat Maut, maka perlulah untuk kita mempersiapkan diri dengan amal soleh.
Kadang-kadang terasa sayu bila kita melihat rakan-rakan yang telah pergi dahulu (menyahut seruan Allah), sementara akaun-akaun mereka di facebook masih kelihatan (tidak dipadamkan). Jika seorang itu rajin menyampaikan sesuatu yang baik, maka tentunya ia dapat memberi saham kepada empunyanya dalam kubur. Atas konteks amal jariah, selagi mana ada orang yang memanfaatkan ilmu tersebut, maka selagi itu pahalanya berterusan. Demikian juga dengan penulis-penulis buku, blog dan sebagainya. Situasi yang sama juga bakal berlaku.
Penulisan akhir yang bukan terakhir
Atas dasar ini saya ingin kembali berkongsi beberapa pandangan dengan para pembaca mudah-mudahan ia menjadi amal jariah kelak tanpa dinafikan mekanisma-mekanisma yang sedia ada. Cuma, buat masa ini terlalu banyak kekangan yang membataskan, demi memberi laluan kepada taklifan yang lebih utama khususnya dunia akademik dan ummah semasa. Berhubung dengan entri-entri yang lalu, jika ada konflik antara 'qawl qadim' dan 'qawl jadid' dalam penulisan saya, ambillah 'qawl jadid' atas dasar pekembangan dan percambahan ilmu. Sekadar respon buat yang tertanya-tanya. Bi'awnillah.

0 comments:
Post a Comment
Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)