Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Thursday, 22 March 2012

22 Mac: Mengimbaui 8 Tahun Syahidnya Singa Islam Palestin Syaikh Ahmad Yasin rahimahullah (Gambar Eksklusif)

Syeikh Ahmad Yassin (1938- 2004) telah dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.


Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.



Keadaannya yang lumpuh itu tidak mengahalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktivitis-aktivitis islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.



Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di mesjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.


Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak- anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin yang diberikan nama Mujamma al-Islam.



Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai al-Mujahidun al-Filastiniyun pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan Kataib Syuyukh yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak mengahalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.




Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.



Melihatkan kepada kondisi Negara-Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan islam yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid masjid dari kalangan orang orang muda yang dikenali dengan nama Atfal Hijarah (Kanak-kanak batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. 


Pemimpin berjiwa tinggi: as-Syiahid begitu akrab dengan anak-anak Palestin

Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai Intifadah. Kesan dari Intifadah ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS. Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenjarakan kerana kejayaan operasi operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera tentera dan komando komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16/10/1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera tentera Zionis.



Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masaalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru parunya dan juga hidapan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.



Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.



Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.


amanat beliau kepada umat Islam (klik pada gambar utk large)

Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. 

HAMAS: tiada tolok bandingan kehebatannya di medan jihad

Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap-tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelabagi usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang Bandar-bandar, membunuh orang-orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang-pejuang Palestin dan pemimpin- pemimpin mereka.

missile dari Apache Israel menjadi asbab pencapai cita-cita kesyahidannya 

Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet-jet pejuang, helikopter dan juga kereta-kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain-lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilaman sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

As-Syahid bersama pembantu sehidup sematinya..

Namun, pada subuh 22/3/2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya. (pautan)




Amanat terakhir beliau kepada seluruh umat Islam:


Ini adalah salinan dan terjemahan surat terakhir yang dibuat oleh Syekh Ahmad Yassin. Surat ini ditujukan untuk para pemimpin Arab yang bakal menganjurkan persidangan. Tapi sayang, surat ini belum sempat ia sampaikan. Syahid lebih dulu menjemputnya. Persidangan Liga Arab juga batal. Amanat beliau adalah wajib bagi umat Islam untuk laksanakan: 




Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu

Kenyataan bahwa kemenangan dunia Islam bergantung pada Arab adalah tanggungjawab besar yang dipikul di oleh anda semua yang telah ditaklifkan oleh Allah untuk berkhidmat kepada umat, sekarang, juga pada masa akan datang. Dan Rasulullah bersabda, "Allah akan menanyakan pada orang-orang yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab apakah ia sudah ditunaikan?".

Di hadapan Anda sekalian sekarang ada tentangan, dan rakyat anda menanti resolusi yang akan dihasilkan nanti. Mereka menunggu resolusi untuk masalah utama di Timur Tengah - Palestin. Saya berharap persidangan yang akan berlangsung nanti setuju dan menyokong rakyat Palestin yang terus berjihad sampai kemenangan yang telah ditentukan Allah.

Kerana itu saya memohon untuk mempertimbangkan beberapa hal di bawah ini:

Pertama: Tanah Palestin adalah milik Arab. Tanah Islam secara paksa telah dirampas oleh Yahudi Zionis dan itu hanya mampu direbut kembali dengan kekuatan. Palestin adalah tanah wakaf yang tidak boleh diserahkan, walaupun hanya satu inci, untuk itu kamu perlu bersedia melakukan segalanya.

Kedua: Jihad di Palestin adalah hak asasi rakyat Palestin. Dan juga diwajibkan bagi seluruh Muslim, laki-laki dan perempuan. Untuk memerangi kezaliman, terorisme yang dilakukan musuh-musuh Allah. Rakyat Palestin menolak untuk dipisahkan dari orang-orang Arab dan kaum Muslimin di seluruh dunia. Kami berharap persidangan yang akan dilakukan menghasilkan posisi yang jelas bagi perjuangan rakyat Palestin.

Ketiga: Rakyat kami yang sedang berjuang melawan penjajah, sepatutnya mendapat dukungan dari para pemimpin umat. Rakyat kami perlukan bantuan ekonomi, setelah iblis Israel menghancurkan mata pencarian dan kemakmuran kami. Rakyat kami juga memerlukan bantuan ketenteraan, keamanan, perubatan, moral, diplomatik, dan segala sokongan dan dokongan untuk membantu proses jihad ini. Rakyat Palestin berharap bantuan dari persidangan ini.

Keempat: Kami memohon jangan lagi membina hubungan baik dengan musuh dan menutup kedutaan, pejabat, konsulat atau perwakilan dagang Israel di mana pun berada. Kami mendesak Anda semua untuk aktif memboikot dan menghentikan hubungan perdagangan dengan mereka.

Kelima: Umat ini memerlukan segala bantuan untuk mengakhiri kemaraan musuh di Palestin. Saya percaya, waktunya akan datang seperti yang telah Allah janjikan, bersabarlah dan jangan berpecah belah.
Keenam: Masjid al-Aqsa, memohon dengan kesungguhan pada kamu semua agar diselamatkan dari dihancurkan Zionis.

Ketujuh: Terakhir, kami juga meminta kepada kalian untuk membantu rakyat Iraq mengusir penjajah Amerika dari tanahnya. Seperti yang telah dilakukan oleh rakyat Iraq, menyokong kami membebaskan Palestin.

Para pemimpin yang terhormat, ini semua yang aku harapkan dari Anda. Seperti yang telah diperintahkan Rasulullah, agar kita saling menasihati. Saya memohon kepada Allah agar Anda dipersatukan untuk membela agamanya dan membawa umat menuju keadaan yang lebih baik.

Dari saudaramu,

Ahmad Ismail Yassin



Galeri foto

hancurnya jenazah beliau ini menjadikannya sebagai saksi perjuangannya di hadapan Allah kelak.

Pemergiannya disambut jutaan rakyat Palestin dengan tekad yang lebih tinggi dalam berjihad


lebih ramai singa Palestin yang akan lahir mewarisi perjuangan as-Syahid


al-fatihah untuk Sang Singa Palestine


0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)