Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Thursday, 4 April 2013

Menanggapi Hakikat Ilmuan Agama: Antara Kebenaran dan Kepalsuan


Untuk renungan bersama.

Terkadang tanpa menyedari.. Semakin banyaknya percakapan kita terhadap sesuatu isu tanpa didasari oleh asas²nya akan menampakkan kita sebagai seorang yang jahil biarpun setinggi manapun tahap intelek yang kita ada.


Apa guna belajar agama tinggi², kelulusan bertingkat², tapi ia gagal memahami hakikat ilmu yang dipelajari. Lebih malang, ilmunya itu semakin menjauhkannya daripada kebenaran. Faktor utamanya adalah kerana tiada elemen tasfiyyah dan tazkiyyah dalam diri mereka, justeru niat dan amalan jauh tersasar daripada tujuan asal ilmu itu. Selain itu, ia juga berkait rapat dengan soal keberkatan ilmu yang dipelajari. (Soal berkat bukan terletak kepada semakin hebatnya tahap ilmu kita ataupun semakin banyaknya rezeki yang diperolehi, kerana ia boleh sahaja jadi istidraj, akan tetapi terletak kepada sejauh mana ia merapatkan hubungan kita dengan Allah)

Maka tidak pelik jika wujudnya sekelompok agamawan, namun akhlak dan peribadi langsung tidak mencerminkan sifat keagamawan tersebut, ada golongan cendiakawan, tetapi kadangkala pemikiran pakcik dan makcik di hulu kampung jauh lebih baik daripada mereka, dan begitulah seterusnya.

Implikasinya kita dapat melihat, ada pihak yang jelas dalam segala nosa dan noda dibela bagai nak rak, pada masa sama menyerang pihak yang menentang kemungkaran tersebut dengan segala isu lagak 'sang pejuang kebenaran tulen'. Maka golongan mustad'afin akan berlarutan dalam penindasan sementara golongan mustakbirin terus istiqamah menindas. Yang hairannya, ketika ini, tiada lagi kepedulian dan kecaknaan dari sang pejuang ini.

Imam Sufyan al-Thawri rahimahullah hakikatnya telah pun mengklasifikasikan golongan ini atau boleh dinamakan sebagai Ulama (orang² yang berilmu).

Menurut beliau, ulama ada 3 jenis:


Pertama: عالم بالله وأمر الله
Kedua: عالم بالله ولابأمر الله
Ketiga: عالم بأمرالله ولاعالم بالله


Ada ulama yang kenal Allah, dan kenal (arif) perintah Allah; ada ulama yang kenal Allah, tapi tidak kenal (arif) perintah Allah; dan ada ulama yang kenal (arif) perintah Allah, tapi hakikatnya dia tidak kenal Allah. Jadi jangan pelik jika ada golongan yang bergelar ilmuan agama, tetapi pada masa sama dia juga penentang tegar terhadap perintah Allah, dan begitulah seterusnya.

Justeru, renung²kan di mana keberadaan kita yang sebenarnya, khusus buat para cendiakawan agama, samada menjadi agen penyelamat ummah atau agen penghancur ummah. Maaf jika status ini jika agak meng'hot'kan mana² pihak, ia tidak lain tidak bukan sekadar peringatan bersama. Moga ada manfaatnya bersama. 

Wallahu'alam ツ

0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)