Tatkala sebahagian tempat penghuninya memohon rahmat Allah, baik dalam isu MH370, jerebu, kemarau, dan segala ujian yang lain, sebahagian tempat yang lain memohon amarah Allah dengan penganjuran konsert yang begitu dahsyat bentuk maksiatnya. Barangkali, jika tiada kes kematian, maka saban tahun program mungkar sebegini akan berterusan tanpa ada 'gangguan'.
Simbol yang cukup dikenali?
Bila dibuat sedikit review mengenai Future Music Festival yang berlangsung dengan jayanya baru-baru ini, dapatannya cukup membimbangkan dan menyedihkan. Bukan sahaja para peserta yang rata-rata pakaian mereka yang mengaibkan, bahkan dengan pergaulan lelaki dan perempuan dari pelbagai negara termasuk Barat, dalam aktiviti-aktiviti maksiat. Bayaran ratusan ringgit pada mereka cukup berbaloi dengan sajian dengan artis-artis rap dan pop dari Barat.
Apa yang lebih menggerunkan, sebahagian dalam kalangan mereka artis tersebut bukanlah yang 'biasa-biasa', kerana sebahagian besarnya adalah daripada penyembah illuminati, samada secara sedar atau tidak. Waima sejauhmana dalam kalangan kita hendak menafikan kewujudan 'mereka', hakikatnya adalah mustahil. (Cubalah ambil masa sedikit dengan membuat kajian mendalam mengenai setiap latar belakang kumpulan ini. Bahkan kebanyakan bentuk hiburan seperti K-Pop, Justin Bieber, Lady Gaga, Rihana, dan artis Barat yang lain dilihat mengandungi unsur yang sama. Maka tidak hairanlah jika ramai yang seolah-olah 'disihir' dengan lalu-lagu mereka. Hakikat yang perlu disedari, ia hanyalah sebahagian dari senjata mereka dalam memusnahkan tamadun manusia)
Konsert 'amal'?
Bahkan sejak dahulu Nabi telah mengajarkan umatnya supaya sentiaa membaca doa meminta perlidungan daripada fitnah mereka. Signifikannya, jika Nabi sebut tugas dajal itu menyesatkan manusia, maka demikianlah apa yang dibawa mereka dalam menyesatkan anak-anak muda pada hari ini. Justeru, anak-anak muda ditawar dengan keseronokan dan hiburan tanpa ada batasnya.
Mengimbaui beberapa bulan pengalaman di UK menyedarkan saya tentang banyak perkara. Di sana salah satu yang menjadi ancaman kepada masyarakat beragama adalah Sekularis-Humanist atau boleh dianggap sebagai atheist. Golongan inilah yang menyebarkan fahaman menolak kewujudan Tuhan. (Fahaman mereka dapat disoroti dengan baik menerusi penglibatan dalam group diskusi mereka)
Pada mereka memadailah akal sebagai penentu kepada segala tindakan samada baik atau buruk. Justeru, golongan ini bebas untuk memperlekehkan mana-mana ajaran agama (khususnya Kristian, kerana pada mereka Islam itu sudah terlalu banyak dipropagandakan) yang dilihat tidak relevan dan bercanggah dengan teori-teori sains.
Implikasinya cukup besar. Apabila masyarakat tiada 'ikatan' dengan sebarang agama (walaupun agama itu dianggap menyeleweng), maka hidup mereka tidak ubah dari seperti seekor haiwan yang sekadar hidup untuk mencari makan, pergi/pulang kerja, dan akhirnya tua dan mati. Hendak 'mengawan' bebas bila-bila masa, selagi mana ia dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Lantaran jauhnya mereka dari matlamat hidup yang digariskan oleh agama, mereka mencari alternatif untuk mengisi kekosongan hidup mereka. Antaranya termasuklah dengan membuat pelbagai filem hollywood untuk ditonton di pawagam pada hari minggu, penganjuran konsert-konsert gig yang besar, penyediaan kelab-kelab malam yang menawarkan £ 1.00 untuk minuman arak sepanjang malam beserta layanan GROs, aktiviti seks bebas dan luar tabii, dan sejumlah kenistaan yang lain. Di atasnya tidak lain dan tidak bukan ditaja oleh pendamba Illuminati atau pemuja syaitan itu sendiri. Lebih malang, mereka berjaya meluaskan 'jajahan' mereka ke negara ini, menerusi aktiviti-aktiviti yang hampir sama modus operandinya.
Sememangnya tidak wajar 100% untuk kita menyalahkan anak-anak muda ini semata-mata, kerana jiwa mereka kosong. Lantaran kurangnya ilmu dan bimbingan pihak sepatutnya menyebabkan mereka terjerumus ke lembah kegelapan sedemikian. Solusinya tidak lain bukan sahaja sekadar melengkapi konsep beragama, bahkan menepati kebenaran ajaran agama yang dibawa yang tidak lain dan tidak bukan adalah Islam.
Mungkin di sini, kita sebagai mad'uw masih gagal menjelas dan meyakinkan kepada mereka akan hakikat kebenaran agama ini. Ketidak sempurnaan dalam ajaran agama yang pernah mereka anuti (khususnya Kristian), menyebabkan mereka khilaf dan memukul rata semua agama adalah sama konsepnya walhal ia jauh dari apa yang disangkakan.
Usah menunding kepada makar syaitan untuk menjahanamkan umat manusia kerana memang demikian adalah tugas mereka, sebaliknya tundinglah kepada diri kita jika sehingga saat ini yang masih belum melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mereka dari tipu dayanya.
Saya akhiri entri ini dengan sebuah nukilan dari seorang sahabat yang cukup baik untuk direnungkan..
***
Kadang kadang aku pelik...
Engkau berusrah, bercerita tentang keluasan rahmat tuhan .
Tetapi engkau sendiri pandang hina pada mereka yang tidak se-level iman dengan engkau, sama jua seperti engkau memperkecilkan keluasan tersebut .
Kadang kadang aku pelik...
Engkau berkhutbah, bercerita tentang betapa besarnya besarnya pahala memberi salam/senyum,
Tetapi engkau sendiri yang jalan buat buat tak nampak makhluk berjalan di hadapan,
Ohh lupa, mungkin mereka tak deserve langsung doa dari engkau .
Kadang kadang aku pelik...
Engkau mengatakan kita harus mencari rakan yang baik agamanya , siap hadis minyak wangi dan tukang besi engkau tuturkan,
Tetapi engkau ingat dakwah itu hanya eksklusif pada ikhwat berkopiah dan akhwat tudung 60
Kalau begitu, engkau tidak layak complain tentang kurangnya biah solehah
Kadang kadang aku pelik...
Engkau bahkan lebih maju dalam ilmu agama , tetapi engkau ibarat lupa tentang pengajaran surah as saff .
Ahh . tak perlu aku cerita . Engkau pasti lebih arif . sentiasa .
Hmm . Engkau tak rasa engkau ni bajet bagus ke ?
Engkau keluar dari kawasan kurang islamik .
Dakwah ia bukan jajahan iman engkau .
Tapi engkau sendiri bengang bila maksiat itu berleluasa . Ibarat dakwah itu ikut definisi suka suka engkau sahaja .
Cukuplah wahai Daie . Rahmat Allah itu luas . Noktah .
Jangan berlagak menjadi pencetak tuhan .
Dimana ada akhlak . Disitu adanya Islam . Jangan perkecilkan hijrah seseorang . You have never been in their shoes . So shut up . Jangan ingat islam tu milik engkau sahaja
La taqnatu mirrahmatillah...
***
Wallahu'alam..
0 comments:
Post a Comment
Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)