Baru-baru ini, penulis bersama sejumlah sahabat sempat menyantuni beberapa golongan masyarakat dalam sebuah misi tahunan, bersempena hari Valentine. Sasaran kami terbahagi kepada dua, iaitu golongan belia dan separuh umur. Untuk golongan belia, kami diminta untuk menjustifikasikan mengapa umat itu dilarang menyambut perayaan tersebut. Waima apa jua versi ceritanya [1], 14 Februari saban tahun dijadikan oleh sebahagian anak muda Islam untuk bermadu kasih yang akhirnya membawa kepada pesta membuang bayi pada 8-9 bulan berikutnya.
Bak kata Mat Saleh, armed with flyers yang setiap satunya menyampaikan mesej yang dinyatakan sebentar tadi, maka bermulalah 'field work' yang memakan masa sekitar 2-3 jam di beberapa lokasi. Syukur, hampir kesemua pasangan anak muda yang ditemui menyambut dengan baik, walaupun ada sebahagian kecil yang bersikap sebaliknya. Apa pun, tahniah kepada semua menjayakannya.

Berbalik kepada topik asal, melihat kepada sebahagian umat Islam yang menyambut perayaan ini sebagai wadah untuk mengekspresikan rasa cinta kepada pasangan mereka, serta-merta membawa memori saya terbang ke tempat permusafiran dua minggu lalu. Di Leicester, UK yang Muslimnya menjadi golongan agama kedua teramai [2], ternyata sebahagiannya tidak kurang terpengaruh dengan sambutan Valentine tersebut.
Di sana mungkin boleh dianggap soal populasi mereka sebanyak 18.6 masih belum cukup kuat untuk berhadapan dengan tradisi tersebut dalam kalangan masyarakat Barat, yang berkurun lamanya. Berbanding di negara kita yang Muslimnya lebih dominan, malangnya seolah-olah sambutannya tidak jauhnya dari masyarakat di sana.

Seperti mana yang difahamkan oleh beberapa komuniti Muslim di sana [3], mereka menyambut bukan atas dasar cenderung kepada agama Kristian, akan tetapi kerana kurang thaqafah dan jati diri Muslim dalam diri mereka. Umpamanya pernah berlaku, sepasang suami isteri (non-Muslim) yang bekerja di kedai pada suatu hari (14 Febuari), si suami terpaksa meninggalkan isterinya di kedai semata-mata kerana untuk meraikan hari tersebut selama sehari. Berbetulan si suami mempunyai teman baik, seorang Muslim, lalu dia meminta tolong rakannya itu untuk menggantikan tempatnya dan melayan isterinya sebagai kekasih, atas dasar untuk membuktikan cintanya. Tetapi pendekatan si rakannya itu hanya sekadar memberi coklat, bunga, selain menggantikan si suami itu tempat di kedai. Kisahnya ditamatkan dengan beberapa keluhan.
Bersambung…
...........
...........
*Nota Kaki:
...........
"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat." (Pak Hamka)
...........
*Nota Kaki:
1] Perihal Valentine, terdapat sejumlah riwayat mengenai kisah valentine. Dalam pample dari JAIS jika tidak salah penulis ada memuatkan lebih daripada 3-4 versi cerita. Selain itu, antaranya versi yang tidak dinyatakan boleh disorot di sini http://www.huffingtonpost.com/greg-tobin/saint-valentines-day-christian-origins_b_2679323.html
2] 2011 Census by Office for National Statistics
3] Diskusi tidak formal bersama sebahagian ahli qaryah di Prayer Hall, Markfield
0 comments:
Post a Comment
Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)