Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Friday 29 January 2010

Sejarah Terburuk PRK UKM

Susulan PRK di UKM..

Dua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditahan ketika berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti universiti berkenaan.

NONEMereka bagaimanapun dibebaskan 30 minit selepas itu dan diminta ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang petang ini untuk memberikan keterangan.

Difahamkan sebelum itu berlaku pergelutan kecil antara pihak polis dan kumpulan pelajar.

Seorang pemimpin kumpulan tersebut memberitahu
Malaysiakini, bermula jam 2.30 petang tadi, kira-kira 200 mahasiswa berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti.

Difahamkan pro-M menganjurkan demonstrasi tersebut bagi membantah keputusan pilihan raya di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina yang didakwa tidak tepat.

NONE"Mengikut kiraan kita, kita menang di kedua-dua fakulti tersebut, tetapi keputusan yang diumumkan berbeza," kata sumber berkenaan.

Kira-kira 30 polis mengawal keadaan sejak sebelum waktu solat Jumaat lagi.

Dalam pilihanrayanya semalam, pro-M tewas di tangan musuh tradisi pro-A. Mereka mendapat 15 kerusi berbanding 19 yang dimenangi pro-A. Bebas mendapat 1 kerusi. Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi. (
Malaysiakini)

Kronologi Perhimpunan..




Perhimpunan berjalan dengan aman demi memberi penjelasan kepada warga kampus mengenai apa yang berlaku sewaktu perjalanan Pilihan Raya Kampus semalam








Kekacauan bermula apabila pihak yang tidak sepatutnya merempuh masuk dan melayan mahasiswa seperti melayan penjenayah













Segalanya tercetus apabila wujudnya kebobrokkan dan penyelewengan yang berlaku ketika diumumkan keputusan PRK UKM semalam (28/1/10). Mahasiswa bukanlah boneka atau 'kuda' yang boleh diperkotak-katikkan dan ditunggangi oleh mana-mana pihak. Sepatutnya biarlah mahasiswa sendiri yang menyelesaikan perkara ini tanpa melibatkan mana-mana pihak yang tidak sepatutnya.

Begitulah fitrah dan lumrah dunia. Penuh dengan tribulasi dan mehnah. Hanya yang tabah dan cekal dengan keimanan sahaja yang tidak akan berganjak dari perjuangan. Benarlah firman Allah :


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ٢٩:٢
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka itu sudah beriman sedangkan mereka itu belum diuji?"

(p/s : mungkin sudah sampai masanya kebangkitan mahasiswa/i UKM)

35 comments:

  1. Sudah la. Orang datang sini mahu belajar, bukan main politik. Apa agaknya nasib korang kalau orang tua korang tahu korang macam ni.

    ReplyDelete
  2. dari akh aliffudin
    tahniah mahsiswa malaysia yg kini bangun menentang kezaliman sang penguasa....ana copy artikel ni ye...leh x?

    ReplyDelete
  3. Tamasyita > Anda sungguh sopan. Mungkin kerana terlebih sangat belajar sehingga pemikiran enta seperti ini. Kelihatannya enta perlu banyak belajar apa itu Islam dan apa yg terangkum di dalamnya. Islam xhanya mengajar untuk menadah tangan di dewan2 kuliah dan pada masa yang sama masalah umat diabaikan, maksiat berleluasa. Apakah enta mahu suatu hari nanti anak enta ditangkap kerana melakukan maksiat rentetan suatu masa dahulu enta tidak pernah berjuang untuk menegakkan Islam? Ingatlah, Allah itu Maha Adil. Sedarlah wahai saudaraku..

    ReplyDelete
  4. org tua kami mmg dh tau....malah lagi memarakkan semangat kami menuntut keadilan di kampus... so, whats wr0ng with that???

    ReplyDelete
  5. salam. sy m'yokong pjuangn utk mahasiswa!
    1 perkara pnting yg p'lu dibezakn ialah , tidak smua p'mbelajaran yg b'harga akan diproleh dalam dewan kuliah. pjuangan dr mahasiswa utk mahasiswa perlu diteruskan. tegakkan yang hak dan keadilan^^

    ReplyDelete
  6. setuju sangat..mahasiswa perlu ambil sikap peduli dengan persekitaran luar..jangan jadi macam katak dibawah gelas yang nampak luaran tetapi hanya sekadar melihat saja...

    ReplyDelete
  7. hahhahahahahhahaha~~~~~~

    ReplyDelete
  8. Apakah salah kami sebagai mahasiswa yang mahu menuntut keadilan?
    Mengapakah kami dilayan seperti seorang penjenayah?
    Dimanakah pihak polis ketika Gereja dibom?
    Dimanakan pihak polis ketika masjid dilempar kepala babi?
    Apakah pihak pentadbiran sudah takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga melibatkan pihak yang xsepatutnya?

    Kami mahasiswa/i akan bangkit walau sekuatmanapun tekanan yang diberikan!!!
    Semakin kuat kamu menekan kami semakin kuat semangat juang kami!!!

    ReplyDelete
  9. salam.. terima kasih atas maklumat ni.. Moga kita terus berjuang. Tegakkan keadilan!!

    ReplyDelete
  10. salam yamashita..

    klu ko nak,ko jelah stadi sorang2..pastu dah grad jadi keldai..minyak naik ko seronok..petrol naik pun ko seronok..

    Macam robot..angguk2 geleng2..

    Ko adalah produk yang berjaya dihasilkan kerajaan...hahaha...

    ReplyDelete
  11. salam perjuangan..orang tua saya menyokong segala tindakan bantahan kita...kita xsepatutnya tunduk pada kezaliman, ketidakadilan...yg lg best,orang tua saya suruh lawan dengan cara apa sekalipun. juika mereka guna kekasaran, kita balas dengan kekasaran. macam kejadian calon kita ditampar oleh pihak mereka, tampar balik orang yang tampar tu (^_^)

    ReplyDelete
  12. yamashita macam robot...

    ReplyDelete
  13. masing-masing ada perjuangan sendiri. kita boleh lihat pemimpin unggul masa kini pun dah menunjukkan sikap kepimpinan mereka sejak dari zaman universiti lagi. mahasiswa tak patut diperkotakkatikkan oleh pihak universiti demi kepentingan sebelah pihak. di mana keadilan? layanan berat sebelah pihak universiti patut ditentang. saya yakin kita di pihak yang benar. WALLAHUALAM.

    ReplyDelete
  14. Salam..sedaq ah sikit...jangan kita dok berasa selesa dalam zon kita je..
    tak heran langsung maksiat dan penipuan di sekeliling..guna akal ah sikit tok tegakkan kebenaran..bila berbincangan tak diendahkan..pa cita??? ngat kita nie pak turut ke?? sapa gi yang nak berjuang klu bukan KITA??? fikir2 kan...
    TAKBIR!!!

    ReplyDelete
  15. Yamashita>mengapa ada menggunakan nama Yamashita??Yamashita adalah nama orang berani seperti harimau tetapi ada seorang yang penakut seperti tikus..kami bangkit utk menegakkan kebenaran dan menuntut hak kami...kerana belajarlah kami sedar tanggungwb kami...anda perlu byk belajar lagi....

    ReplyDelete
  16. slm perjuangan..yakin dgn janji ALLAH!trus melangkah!mga ARRAHIM bimbing stiap langkahan kalian.takbir!

    ReplyDelete
  17. ape ni...mesti ade yg x puas hati klu aku ckp ni tp biar la dh adat...klu ye pun nk bangkang keputusan x yah la buat demo...buat satu kumpulan sbgi wakil jumpe pihak bertanggungjawab secara tertutup..korang tau x yg perbuatan demonstrasi ni bukan sahaja memalukn negara tp rakyat jgk..ape plk negara lain tulis dlm paper diorang nnt...yg pastinya klu kejadian buruk mcm demonstrasi yg diorang buat ni org x kn lupe..x yah dok bangga tp fikir akibat

    ReplyDelete
  18. sape panggil fru ni??? haish... hal ni x kecoh kalau fru x dtg... masalah btol...

    setuju kata ayubi...

    fru hilang bila gereja kena bom, masjid kena baling kepala babi. tapi yang ni laju je dtg..

    ReplyDelete
  19. sempoi> ape, ko ingat dorg terus buat demo ke? ko xdtg mlm tu xpayah sibuk2 nak menghukum. mlm 2 lagi dorg dh jmp TNC utk stlekn bnde ni tp dorg buat bodoh je. Ape, ko ingat dorg xde perasaan? Lagi 1, sape yg jempun pihak FRU klu bkn dr dorg sndri. Sebnarnya ko lah yag memalukan pihak U. harap je ada akal tp xreti pikir!!!

    ReplyDelete
  20. to sempoi jugak: ko cadangkan diorg buat 1 kumpulan. memang diorg dah buat 1 kumpulan pon. diorg cuma bersatu menuntut keadilan. ko tu yang label diorg wat demo.

    ReplyDelete
  21. salam sahabat..makin hanga biler musim pilihanraya...tahniah atas perjuangan sabahat yang mahu membawa dan mengegakkan islam..alhamdulillah...tetapi ap yang ana dapat lihat manifesto yang diwar-warkan hanya tinggal manifesto sahaja selepas kemenangan dimenangi..ana xtuju sape2x tapi biarla kita tunaikan tanggungjawab itu dengan sebaik2x nya bukan sekadar dalam pilihanraya sahaja..just utk menang kerusi..kadang ini mengkaburi mata mahasiswa sehinggakan hilang kepercayaan terhadap pihak2x yang akan diwakilkan dalam prk...harap semua pihak alert ngan manifesto yang diberikan..TEGAKLAH ISLAM DENGAN CARA YANG BETUL..I.ALLAH KLO BETUL JALAN YANG KITER PEGANG ALLAH AKAN PERMUDAHKAN PERJALANAN KITA...ANA XTUJU PADA SESAPA2X JUST NASIHAT & AMIK IKTIBAR...

    ReplyDelete
  22. FRU yg wat kecoh.. tp rmai salahkan mahasiswa.. dah akhir zaman trime je.. kalo xde tentangan ini, mahasiswa xakn bangkit.. Student Power.. Hancurkan kezaliman..

    ps/: nk mintak kebenaran ambik gmbr dlm artikel ni..

    ReplyDelete
  23. x-FRU said...

    kami hanya menjalankan tugas pihak atasan. sepatutnya kami tidak boleh dipersalahkan dlm hal ini. Mahasiswa jangan jadi bodoh dipergunakan mana-mana pihak!!!

    ReplyDelete
  24. Berjuang demi ISLAM. demo x salah... bukan melanggar syariat pun. saya setuju 100 peratus. Mahasiswa memang hebat. Tegakkan hak kita!!! pihak univ sengaja cari pasal. diorang dh ketandusan akal. tulah sebabnya mereka 'jemput' polis dan fru. sokong pro-u!!!!!

    ReplyDelete
  25. annur mujahidah..calon anda ditampar mungkin ade sebab..takkan suke hati nak tampar..HAHAHA..fanatik betul korg ni..da hebat sgt ke pointer sume ni..HAHAHA..sile berada di zon yg selesa..UKM adalah zon selesa..tapi diganggu oleh org yg xbersyukur dgn keselesaan yg diberi..

    ReplyDelete
  26. dalam keadaan sekarang nih, ramai yg boleh amek kesempatan.. ade kemungkinan terdapat sekumpulan manusia yg menjadi batu api antara kita.. kate memperjuangkan islam, maka kta buatla tindakan yg melambangkan kita semua islam.. bukan sekadar menutup aurat dan sembahyang 5waktu.. jgn disebabkan politik kita sume tewas dgn nafsu, sanggup buat ape saje.. kalo betul anda di tempat yg benar, 1ari Tuhan akan tunjukkan.. Percaya kpd qada' dan qadar Tuhan.. fikirkan tujuan asal kte dtg ke sini..
    renung2kan..

    ReplyDelete
  27. kanggaro :

    "calon anda ditampar mungkin ade sebab..takkan suke hati nak tampar..HAHAHA..fanatik betul korg ni..da hebat sgt ke pointer sume ni..HAHAHA..sile berada di zon yg selesa..UKM adalah zon selesa..tapi diganggu oleh org yg xbersyukur dgn keselesaan yg diberi.."

    >inilah contoh pemikiran yang kolot. berapa banyak dorg bagi kau?

    "dalam keadaan sekarang nih, ramai yg boleh amek kesempatan.. ade kemungkinan terdapat sekumpulan manusia yg menjadi batu api antara kita.. kate memperjuangkan islam, maka kta buatla tindakan yg melambangkan kita semua islam.. bukan sekadar menutup aurat dan sembahyang 5waktu.. jgn disebabkan politik kita sume tewas dgn nafsu, sanggup buat ape saje.. kalo betul anda di tempat yg benar, 1ari Tuhan akan tunjukkan.. Percaya kpd qada' dan qadar Tuhan.. fikirkan tujuan asal kte dtg ke sini.."

    >tujuan asal bkn utk belajar semata2 tapi jadi manusia. pointer tinggi2, 1st pun xgune bila kua U jadi penentang Islam!!!

    Hanya akal yang waras dapat menilai mana yang hak dan yang mana yang bathil!

    ReplyDelete
  28. telah bkate slh seorg manusia: ".....sile berada di zon yg selesa.. UKM adalah zon selesa.. tapi diganggu oleh org yg xbersyukur dgn keselesaan yg diberi.."

    Allahu Akbar!!! hei manusia... tolong gunakan akal yg Allah beri. cuba lihat jauh dn jgn ttumpu pd 1 sudut shja. UKM brada di zon selesa? selesa ape maksiat dan penindasan merata-rata. takut tkena bala Allah je bila Allah marah. mujur ada yg masih mampu menilai antara hak dan batil. bersyukurlah kerana mereka sebenarnya cuba mengingatkn 'jiwa2 yg konon brada d zon selesa' drp terus leka dgn pmainan dunia.

    ReplyDelete
  29. ".....sile berada di zon yg selesa.. UKM adalah zon selesa.. tapi diganggu oleh org yg xbersyukur dgn keselesaan yg diberi.."

    > wei mangkuk ayun, ape kau tahu apa itu syukur?ape ko igt buat maksiat tu syukur? kemungkaran itu selesa? dah la xabis2 jamu mahasiswa dgn hiburan samapi naik benak kapala otak macam kau ni la. Pasal bende2 ni la UKM dpt no tecorot dlm IPTA. bla la lu.

    ReplyDelete
  30. cendawan tumbuh melata....

    Kebangkitan Mahasiswa semakin dirasai. Bersama kita menegakkan keadilan di UKM. jangan jadi lembu yg dicucuk hidung!!!


    Kami sokong PRO-M!!!!!

    Jangan Takut. Sesungguhnya Allah Taala bersama kita. orang2 yang dizalimi....

    Hidup!!!! hidup Mahasiswa!!!
    Hancur, hancur, kezaliman!!!
    Tegakkan keadilan!!!!

    Allahu Akbar!!!!

    ReplyDelete
  31. > sempoi: ko igt calon yg kne tampar tu nk cari gaduh ke? dorg msk nk berunding lh..%%%&&*%^!
    org atasan tu wt cara bek pn xgune. bg memorandum pn dorg xpandg pn. pe lg cara yg ad? cube gtau skit!

    ReplyDelete
  32. salam..kalau x berada di tempat kejadian jgn nak reka cerita ye...km dah cube tuk berunding ngan diorg tp diorg wat x tau jer...yg x tahannyer siap panggil polis2 lg mlm 2...zon selesa??ukm zon selesa??? ye la 2 selesa sgt sampai diorg xtau ape yg berlaku & last2 salahkan pro-M wat demo...ape masalahnya??? km bukannya bawa bom @ senjata api...kami hanya mahukan KEADILAN!!!!!! tolonglah faham...kepada mahasiswa/i yg x sedar2 lg, bangkitlah dari lena anda...sesungguhnya sgt rugi lah kpd mereka yg tdk tahu apa2....

    ReplyDelete
  33. >annur mujahidah

    saya sokong 100 peratus. diorang ni sengaja cari pasal. kita buat cara baik, diorang x layan,kita buat cara kasar diorang kata kita sengaja cetuskan provokasi.

    pihak univ memang bodoh la... memang anjing kerajan!!!! pastu diorang nak jadikan kita semua macam anjing juga. no!!! kita adalah produk tulen ISLAM. x kan tundk pada mana2 kezaliman yang menentang ISLAM!!!

    ReplyDelete
  34. pejuang haraki said..

    kami sekali2 xakan berganjak dari perjuangan!!! Kalau sebelum ni kami hanya berdepan dengan Aspirasi mal'unah, pak guard,jaksa dan sekutunya. Tapi kali ini kami terpaksa bedepan dgn POLIS!!! Jangan ingat kami gentar. Kami bukan bukan macam 'lembu' atau 'kuda' tetapi kami ada akal utk menilai mana yang haq dan mana yang batil!!!

    ReplyDelete
  35. bersama-sama kita teruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan wahai sahabat-sahabatku...
    pergantungan kita hanya pada yang Maha Esa...
    dalam meneruskan perjuangan ini...sama-samalah kita saling mengingati agar perjuangan suci ini tidak dicemari dengan sesuatu yg boleh menghilangkan barakah...tatkala hati terasa pedih dan marah dengan segala penindasan & kezaliman,jgnlah berputus harap memohon pada yang Maha Agung serta jgn biarkan nafsu menguasai akal...
    "semoga dipermudahkan segalanya"

    ReplyDelete

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)