Berkenaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang mempunyai ruang seperti blog, FB dan lain-lain, sila "publish"kan penyelewengan-penyelewengan ini secara besar-besaran. Biar semua orang tahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sedang menindas mahasiswa di UKM. Yang pasti, di akhirat nanti akan saya tuntut satu persatu dari setiap orang yang merupakan PENINDAS, pendokong kumpulan penindas, penyokong dan mereka yang berdiam diri tatkala melihat penindasan. Kalau kamu yakin di pihak yang benar, jangan takut dengan ayat saya ini. Kepada pimpinan ASPIRASI dan CCC yang kononnya bijak mahu mengajar kami supaya menggunakan pendekatan "nego" dalam menyelesaikan masalah, jangan anggap kami bodoh. Jangan anggap kami selalu demontrasi sahaja. Kami sudah banyak kali "nego". Saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan ASPIRASI dan CCC dalam isu ini kerana kamu sudah banyak kali menipu mahasiswa lain terutama tahun satu dalam hal ini. Mesti ASPIRASI akan kata "ini fitnah!". Ya, saya cabar kamu bawa kes ini, kita tribunalkan secara terbuka. Mana tahu, kamu boleh membawa kes ini ke tribunal yang kami juga inginkan kerana kamu ada KABEL BESAR..... Ayuh sahabat-sahabat, rancakkan kempen ini..... Sebarkan.....
ADUAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN UNDI DAN PENGIRAAN PERJALANAN BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 09/10.
Berikut adalah antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.
Kolej Keris Mas.
1) Bermula jam 9 pagi salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian Islam tahun 3 sedangkan tiada pertandingan untuk kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana Menang Tanpa Bertanding. Merujuk kepada Perkara 29 Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pertandingan akan dijalankan. Tindakan ini jelas menyalahi peruntuntukan ini yang boleh dianggap sebagai berniat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej ini.
2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.
3) Pihak Felo telah memberikan arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap siswa/I perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48(3)(a) Peraturan Pemilihan , adalah tidak dibenarkan untuk mewujudkan pondok pondok panas sepanjang hari pengundian. Tindakan Felo felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal di tangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej.
4) Tindakan diatas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pihak Pegawai Keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5 (2)(i) yang bertindak bias atau berat sebelah selepas gagal menangani isu ini sehingga jam 5.00 petang.
5) Tindakan mewujudkan Kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana Kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej ini iaitu Saudara Faizul Imran Bin Nadzri melalui notis yang di cop olehnya dan ditampal di dinding Kolej berkenaan.
6) JAKSA kolej Keris Mas juga telah bertindak memakai baju yang sama berlabel “Aspirasi” bagi tujuan meraih undi dan memberi tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh hari pengundian. Perkara ini telah melanggar Perkara 48(2) yang melarang menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini telah diadu dan dibantah kepada Ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri oleh calon calon tetapi tidak dapat diselesaikan malahan tekanan diberikan kepada Calon yang mengadu dan membantah.
Kolej Burhanuddin Helmi.
1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar telah bertindak mengedarkan senarai nama nama calon kepada pelajar pelajar Tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Pelajar adalah dilarang untuk memancing undi sepanjang hari pengundian dengan merujuk kepada Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Walaupun perkara ini telah dibantah oleh Calon dan Wakil CAlon, namun perkara ini masih lagi berterusan berlaku dan Wakil Calon dan Calon pula yang diberi tekanan apabila membuat bantahan.
2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1
3) Semasa proses pengiraan undi dijalankan, Pengetua sebagai Ketua Pusat Undi telah melakukan tindakan yang meragukan Calon dan Wakil Calon yang mengira undi. Tindakan Pengetua Kolej iaitu Prof.Madya Dr.Kadderi Md.Desa.
Kolej Tun Hussin Onn.
1) Pengundi pengundi tahun 3 Fakulti teknologi dan Sains Maklumat telah tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan 1 kertas undi sahaja iaitu bagi memilih Caloon Umum.
2) Semasa Pengiraan Undi dijalankan, tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada diantara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada calon wan wakil kira undi calon.
3) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi disekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identity perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai nama calon sepanjang hari pengundian.
Kolej Ibrahim Yaakob.
1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.
2) Salah seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberikan kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi Fakulti. Tindakan ini telah menimbulkan keraguan kepada pengundi, Calon dan wakil calon di kolej berkenaan.
Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka.
1) Pusat pembuangan undi ini telah dibuka lewat iaitu sekitar jam 8.20 pagi. Ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar pelajar yang ingin mengundi. Tempoh waktu pembuangan undi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Secara umumnya, terdapat banyak salahlaku yang ditelah dikesan yang dilakukan diperingkat Kolej Kediaman dan kebanyakan daripadanya gagal ditangani dengan baik oleh Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi. Kebanyakan tindakan ini telah memberikan tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh Pengundian dan Pengiraan Undi yang berlangsung semalam bersamaan 28 Januari 2010. Masalah catatan nombor siri ini berlaku hampir di kesemua kolej kediaman yang dikawal oleh Pengetua pengetua tetapi perkara ini tidak berbangkit sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pelaksana daripada Fakulti fakulti.
Atas sebab-sebab inilah dan banyak sebab-sebab yang lain yang tidak dikemukakan diperingkat kami merasakan perlu melakukan beberapa tindakan,baik dari segi rundingan dan majlis-majlis penerangan kepada mahasiswa terutamanya.
Kepada mahasiswa sekalian, marilah kita terus menyatakan sokongan kita menolak kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dalam mencatur politik kampus saban tahun.
sumber : tintaduat
lagi aku baca, hati aku lagi panas. jgn nk pedajal mahasiswa!!!bagus penulis blog, bongkarkan lagi penyelewengan2 yg dilakukan oleh mereka. kalau ikutkan nafsu amarah, rasa nak bakar sekor-sekor dari TNC sampai aspirasi!!!
ReplyDeleteni belum zaba punye lagi. kat zaba juga banyak kekejian yang mereka lakukan semasa pengiraan undi.dasar hipokrit!!!
ReplyDeleteDi KPZ misalnya pusat pengundian dibuka sekitar jam 8.30 pagi dan ditutup tepat jam 5.00 ptg.
ReplyDelete>Apa ni!!! dah la bukak lambat lepas tu tutup awal. nak jaga masa konon.
Malam sebelum pengundian, pelajar tahun 1 dipanggil.
>Kenapa tidak dipanggil sekali dengan tahun 2, 3 @ 4 sekali? Dengan 1st year boleh la korang nak main ungut. kalau berani tukar pusat pengundian di Fakulti dan BUKAN di KOLEJ!!!
James..
ReplyDeleteKolej Pendeta Za’ba.
1) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi di sekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identiti perkumpulan dengan memakai baju berlogo “Aspirasi” dan berusaha mengedar risalah senarai calon sepanjang hari pengundian terutamanya kepada pelajar pelajar tahun 1 kolej ini. Perbuatan ini melanggar Perkara 48(2) dan Perkara 48(3) yang melarang mana mana pihak menunjukkan identiti yang melambangkan perkumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini member tekanan yang serius kepada pelajar pelajar terutamanya pelajar tahun 1 selain melaggar peruntukkan Peraturan.
2) Jarak antara tempat kira undi dengan calon dan wakil calon jauh kerana tidak dapat melihat kertas undi dengan jelas. Merujuk Perkara 43.1(ii) Buku Panduan Calon berkenaan perkara “Tidak boleh dibuat” Meletakkan tangan ke atas meja (duduk berjauhan sedikit dari meja mengira akan tetapi masih nampak dengan jelas pengiraan undi,kertas-kertas undi.). Peruntukan ini menjelaskan bahawa Calon dan wakil calon masih boleh melihat kertas undi supaya kesahihan pengiraan undi dijalankan. Walaubagaimanapun, tindakan yang diambil oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana ini telah menafikan hak Calon dan Wakil calon dalam proses pengiraan undi di kolej ini.
Kolej Ibu Zain
1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walupun dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43(1) Peraturan Pemilihan MPP,kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kolej ini jelas dan nyata melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi-pengundi terutama pelajar-pelajar Tahun 1.
2) Terdapat sekumpulan pelajar menunjukkan identiti perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai calon sepanjang hari pengundian.Perbuatan ini melanggar Perkara 48(2) Buku peraturan Pemilihan MPP UKM 2009 yang melarang identiti perkumpulan sebagai usaha meraih undi.
Kolej Dato’ Onn
ReplyDelete1) Terdapat sekumpulan pelajar yang menunjukkan identiti berkumpulan meraih undi dengan menyebut nombor-nombor di sepanjang luar tempat undi dalam sekitar jam 10 pagi. Kumpulan ini memakai baju yang berlogo “Aspirasi”. Hal ini telah melanggar peruntukan Peraturan yang telah ditetapkan dalam buku Peraturan Pemilihan itu sendiri.
BANTAHAN UMUM
1) Beberapa orang calon berbangsa Cina telah berkempen menggunakan perkumpulan secara jelas iaitu melalui Chinese Communiti Student Committee UKM iaitu Alvin Yap Chee Wah, Yong Yoon Kian dan Daniel Wa Wai How masing masing bertanding bagi kerusi U2.25 UMUM tahun 1 dan 2. Perkara ini jelas melanggar Perkara 54.3 Buku Panduan Calon dan juga Peraturan 35(3) buku Peraturan Pemilihan yang melarang mana mana calon bertanding dalam bentuk berkumpulan dan tindakan mereka ini jelas menggunakan Persatuan CCC UKM sepanjang tempoh mereka berkempen. Selain itu juga, tindakan mereka ini memperlihatkan wujudkan unsur perkauman dalam proses berkempen mereka yang mana selain menggunakan Persatuan CCC UKM bagi tujuan berkempen, mereka juga menggunakan bahasa dan tulisan mandarin bagi risalah atau fliers yang mereka gunakan selain tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP seperti yang dilampirkan dalam bukti.
Pada dasarnya, kami merasakan bahawa bantahan bantahan ini dibuat atas asas yang kukuh berdasarkan laporan dan pemerhatian daripada kami selaku Calon calon dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 ini sendiri dan disokong dengan laporan daripada wakil wakil kami yang di lantik secara sah di kesemua kolej kediaman yang dijadikan sebagai Pusat Pengundian. Kami melihat bahawa kesalahan kesalahan yang dilakukan diatas adalah dibawah pengetahuan Ketua ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri yang sewajarnya memainkan peranan yang adil dan terbaik selaras dengan perananya ibarat selaku “Suruhanjaya Pilihan Raya”. Pada pemerhatian kami, pelajar pelajar Tahun 1 terutamanya telah diberikan satu tekanan yang hebat sepanjang tempoh pemilihan MPP ini untuk mengundi pihak pihak tertentu secara salah tanpa ada sebarang kawalan dan layanan yang sama rata terhadap calon calon dan wakil calon yang bertanding.
Justeru berdasarkan bukti bukti dan fakta yang material yang kami sertakan, serta persetujuan bersama pihak pihak yang membuat bantahan, kami merasakan wujudnya satu keperluan yang mendesak untuk diadakan semula pemilihan bagi Kerusi U2.25 Umum. Kami juga mencadangkan sekiranya bantahan ini diterima agar pemilihan semula bagi kerusi U2.25 ini dijalankan di Fakulti fakulti bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang dan bagi tujuan keadilan tanpa pilih kasih itu sendiri.