Kemenangan Yang Hampir

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (Surah al-Fath 48:1)

Memaknai Hidup Dengan Perjuangan

Jadilah penolong-penolong agama Allah dalam menegakkan agamaNya di muka bumi ini

Kalam Murabbi

Amanat Untuk Pemuda dan Pemudi

Kesatuan Ummah

Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul (Surah An-Nisa’4:59)

Pedulisme dan Faham

Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya (HR al-Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Monday, 16 May 2011

Selamat Hari Guru 2011

* Khas buat mereka yang bergelar pendidik..

Tuesday, 10 May 2011

Syarahan Perdana Dr. Wahbah Zuhaili

Masa itu kehidupan

Berbicara tentang masa, tentunya mempunyai perkaitan yang amat rapat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti jam, kalendar dan sebagainya. Islam memandang masa itu sebagi suatu yang amat berharga dan tidak ternilai dek emas mahupun intan permata. Dalam Quran, Allah menggunakan lafaz sumpah ke atas masa seperti mana tercatat dalam Surah al-'Asr. Walaupun begitu, Muslim pada hari ini kebanyakannya gagal dalam aspek pengurusan masa mereka samada golongan profesional mahupun tidak disebabkan kegagalan mereka untuk menghayati dan menyelami apa yang diajar oleh Islam itu mengenai masa.

"Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita"
(Saidina Ali b. Abi Thalib)

Tidak perlu pergi jauh, di alam kampus misalnya; Jika kuliah @ tutorial bermula pada jam 2 pm, maka tidak semua pelajar yang hadir tepat pada masa tersebut sebaliknya ada yang hadir lewat 15 minit dan ada sehingga 5 minit sebelum berakhirnya kelas. Disebabkan mentaliti datang ke kelas hanyalah sekadar melepaskan tanggungjawab menanda kedatangan sudah memadai tanpa menekankan disiplin dalam menuntut ilmu. Di meeting2 persatuan, kelab, tanzim (organisasi) begitu juga. Agak sukar untuk berjalan tepat pada masa yang ditetapkan dengan kapasiti ahli yang mencukupi kerana mentaliti kebanyakan dari kalangan kita menganggap, jika meeting pada 8 pm maka waktu 'sebenar'nya adalah jam 8.30 pm.

Ingat 5 sebelum 5.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi s.a.w mengingatkan kita supaya merebut 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara yang lain, iaitu;

1. Masa Muda Sebelum Tua


2. Masa Kaya Sebelum Miskin



3. Masa Lapang Sebelum Sempit


4. Masa Sihat Sebelum Sakit


5. Masa Hidup Sebelum Mati

Dunia pada hari ini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek khususnya dalam aspek ketamadunan manusia dan teknologi. Di sana terhadap perbezaan antara ketamadunan yang dibangunkan dengan Islam dan ketamadunan yang tidak didasari dengan Islam. Di Barat Misalnya, walaupun negara itu maju dengan segala material, namun kes2 jenayah berlaku setiap masa. Masyarakat di sana, akhlaknya punah ranah melainkan mereka yang berpegang dengan Islam sahaja yang terselamat. Sebaliknya negara yang membangun seiring dengan Islam boleh kita lihat Iran yang membangun bukan sahaja pada aspek ekonomi dan persenjataan negaranya malah roh Islam itu ada dalam diri masyarakatnya. Mudah kata mereka mengislamisasikan segala aspek dalam kehidupan mereka dan bersikap tegas dengan sebarang unsur yang tiada ciri keislaman. Firman Allah:

"Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." (Surah al-Aaraf:96)

Perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadikan benteng dalam pemikiran kita untuk menerima sesuatu yang baik dari pihak lain walaupun siapa mereka dan apa asal mereka. Selaras dengan sabda Nabi untuk Mukmin:

"Hikmah itu adalah barang peninggalan milik Mukmin, justeru itu ambilah walau di mana dijumpai"

Revolusi yang berlaku di beberapa buah negara baru-baru ini seperti Mesir dan Tunisia yang berjaya menumbangkan diktator mereka yang menjadi talibarut Amerika berpotensi untuk menjadi sebuah negara yang hebat jika mereka merancang dengan rapi dan teliti. Di sini, peranan gerakan Islam amat penting dalam memastikan misi mengislamisasikan kembali negara-negara mereka berjaya dengan jayanya.

Berbalik pada kemajuan masa, teknologi dunia kini berjaya menghasilkan pelbagai jenis jam tangan tangan yang susah dibaca seperti mana jam yang kita pakai pasa saat ini. Amati beberapa krateria jam dibawah :

1. Equalizer High Frequency 2





2. e35 JLr7





3. Oberon




4. e35 Geomesh




5. Eleeno Kion Elite






6. Tokyoflash 1000100101


7. Radioactive Active Reactor



8. Shinshoku



9. Kyokusen

10. Twelve 5-9 Q version



p/s : Cara baca jam? Fikir dulu macamana kaedahnya kemudian kalau tidak tahu juga, boleh tanyakan kepada saya.. Moga bermanfaat buat semua ^^,

Monday, 9 May 2011

Ana, blog & mereka

Bismillahirrahmanirrahim..

"Demi Masa * Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian * Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar *" (QS Al-'Asr:1-3)



Blog haidaralkarar suatu masa dahulu

Terasa begitu lama meninggalkan penulisan dalam dunia maya ini apatah lagi setelah hampir 2 minggu meninggalkan alam kampus buat sementara. Dukacita buat visitor setia blog haidaralkarar, treat di blog itu sudah sampai masa untuk 'direhatkan' bagi memberi penumpuan pada blog ini sahaja di samping faktor-faktor lain. Segala posting di dalam blog tersebut telah adalah menjadi bahan arkib saya dan segala apa yang berhubung dengan blog tersebut seperti Taqrib, Rise of Islam & sebagaiya, boleh terus berhubung dengan saya di link2 yang disediakan.


Masih mekar lagi dalam minda saya akan Latihan Ilmiah (Tesis) yang bernama "Konflik Antara Faham Salaf dan Ibn Taymiyyah Terhadap Tawhid al-Asma' wa al-Siffah", terkesankan beberapa bulan bergelumang dengan kitab-kitab Arab dengan pelbagai versi dan pandangan dari ulama Islam. Fasa menimba ilmu teori dan secebis praktikal dalam Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah telah pun berakhir dan kerana itu pentingnya dalam tempoh kita bergelar mahasiswa ini untuk memanfaatkan sebaik mungkin kehidupan di sini dengan mencari ilmu-ilmu tambahan yang 'murah' (bak kata Bob Lokman) di merata tempat.

Tetap mendapat sambutan dari 'orang luar' (gambar hiasan)

Iklim dunia hari ini semakin berubah dengan pelbagai isu dan peristiwa2 besar. Bermula dari revolusi yang berlaku di negara-negara Arab sehinggalah pergolakan yang berlaku hari ini masih lagi tidak berkesudahan. Tunisia dan Mesir yang telah direvolusikan masih lagi dalam fasa reganerate negara mereka. Libya pula masih bergolak dan demikian juga apa yang berlaku di Bahrain, Yaman dan Syria. Kesemua negara bergolak tersebut tidak kesemuanya mengalami proses yang 'normal'. Di Syria misalnya, pihak media Barat memomokkan dunia dengan isu kekejaman kerajaan Asad kepada rakyat walhal banyak sumber lain melaporkan ia tidaklah sepertimana yang digambarkan. Kemudian, isu kematian Osama yang menimbulkan 1000 persoalan. Osama yang dikatakan mati beberapa kali pada tahun-tahun yang terdahulu, akhirnya mati kembali di tangan tentera Amerika dalam satu serangan. Gambar yang dipublisitikan oleh media Barat juga gagal meyakinkan semua pihak sejauh mana kebenarnya kerana zaman kini, tidak ada yang mustahil. Di posting yang lain, insha-Allah saya akan cuba memberikan sedikit kupasan mengenai isu2 ini.


Dilema blog

Merespon kepada beberapa pandangan sahabat2 berhubung metode penulisan blog saya, memang tidak dapat dinafikan bahawa blog haidaralkarar.blogspot adalah lebih bersifat world view sebaliknya di sini lebih kepada campus view sekaligus menyentuh dalam konteks negara ini. Dalam dunia bloggers ini, bukanlah suatu perkara yang mudah dan remeh kerana ia melibatkan pembawaan fikrah dan pemikiran empunya blog. Malah, tidak silap jika peribadi seseorang itu dapat diketahui hanya dengan mengkaji dan mengamati bentuk penulisannya. Dunia blogger tidak menjanjikan segala pandangan kita diterima dan di 'LIKES' kerana adakalanya dipandang negatif oleh pihak-pihak yang tidak sefikrah atas faktor-faktor tertentu. Blogger hanya bertindak menyampaikan apa yang tercetus dalam minda mereka untuk dinilai oleh setiap pembaca dan visitor dan ia terserah kepada mereka untuk menerima atau menolak dan adakalanya tidak mengira samada kuat atau lemahnya hujah yang dikemukakan.

Cukup sampai di sini sahaja untuk coret-coretan kali ini. Insha-Allah kita bersua pada masa2 yang akan datang.

Wallahu'alam