Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Monday, 11 January 2016

Jika Sudah Benci...

Jika Sudah Benci...

Bila sumber berita tidak betul tentang kita , kita terus membaca ayat:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujuraat 49:6)



Tetapi, bila sumber berita tidak sahih kena pada musuh, kita kata tidak apa. Malah tidak segan silu menjadi penambah perencah dan selera untuk mengeji dan memfitnah pihak yang kita benci. Ada video, artikel menyokong, kita viralkan, walaupun kita sendiri tidak pasti kesahihannya. Tabayyun tidak ada dalam kamus jika kepada musuh.

Bila ada pihak hendak berlaku tidak adil pada kita, kita lantas mengingatkan:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Al-Ma'idah: 8)

Tetapi bila kita hendak bersikap adil kepada pihak lain, hilang pula praktikalnya ayat yang dibaca tadi.

Ironinya itulah yang berlaku kalangan masyarakat. Dari pada orang awam dan tidak kurang juga kalangan agamawan. Waima apa juga isu yang dibincangkan; inter/intra mazhab atau agama (politik lebih-lebih lagi), kadang-kadang kita selektif-kan nas ikut naluri nafsu kita. Asalkan kita puas. Biar musuh malu besar. Sebolehnya, jika mereka mati dan masuk neraka paras bawah.

Allah bagi kurnia belajar agama tinggi-tinggi, kita 'syukuri' nikmat itu dengan pecah belahkan umat. Ajar masyarakat jadi esktrim, taksub dan sanggup membunuh sesama sendiri. Maklumlah, tidak ada yang berani sanggah sebab setiap perkataan kita disertai dengan nas dan hujah konkrit. Balik dari Timur Tengah hafaz ratusan kitab. Jika ada title Dr itu sudah jadi satu pandangan mutlak.

Kita mahu orang berlaku adil pada kita, tetapi jarang pula mahu berlaku adil dengan orang lain. Kita mahu orang terima pandangan kita, tetapi kita tidak pula mahu terima pandangan orang lain. Kita sentiasa bersedia memberi pandangan, namun tidak pula bersedia untuk berbeza pandangan.

Namun bila direnungi kembali, sikap begini tidaklah boleh di bawa sampai ke mana. Kita hanya seronok dengan dunia 'akademik' kita.

Justeru kenapa Ulama terdahulu begitu mengambil berat soal adab dan akhlak.
Kata Ibnu Sirin:

كانوا يتعلمون الهديَ كما يتعلمون العلم

“Mereka (para ulama) dahulu mempelajari petunjuk (adab) sebagaimana mereka menguasai sesuatu ilmu.”

Berakhlak yang bukan bersikap selektif seperti pada hari ini.

Berakhlak; baik dengan orang yang kita suka atau tidak.

Menghukum; setimpal dengan apa yang dilakukan, bukan berlebihan. Jika memaafkan lebih itu merupakan suatu kemuliaan.

Melebel; Islam mengajar cukup sekadar untuk memberi peringatan kepada orang lain, bukan mengambil kesempatan untuk memperendahkan. Itu pun setelah kita menasihati dengan baik dan membimbing dia kepada kebenaran.

Nak mengharapkan diri kita untuk menjaga hati kita, pasti tidak mampu dek lemahnya kudrat yang ada. Justeru Nabi titipkan doa:

اللَّهُمَّ اهْدِنِى لأَحْسَنِ الأَخْلاَقِ لاَ يَهْدِى لأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ وَاصْرِفْ عَنِّى سَيِّئَهَا لاَ يَصْرِفُ عَنِّى سَيِّئَهَا إِلاَّ أَنْتَ

Ya Allah, tunjukilah padaku akhlak yang baik, tidak ada yang dapat menunjukinya kecuali Engkau. Dan palingkanlah keburukan akhlak dariku, tidak ada yang memalingkannya kecuali Engkau].” (HR. Muslim)

Renung dan menungkan...

‪#‎MuhasabahDiri‬
‪#‎JagaHati‬
‪#‎TarbiyyahDiri‬

Related Posts:

  • 2013: CATATAN PENUTUP TIRAI Tahun 2013 akan berakhir beberapa jam sahaja lagi, dan lumrah di benua Asia khususnya di Malaysia akan memasuki tahun baru Masihi 2014, 8 jam lebih awal dari UK, tempat saya bermastautin buat masa ini. Kira-kira lebih 2 bul… Read More
  • Malaysia: Misteri Talbis Iblis... Tatkala sebahagian tempat penghuninya memohon rahmat Allah, baik dalam isu MH370, jerebu, kemarau, dan segala ujian yang lain, sebahagian tempat yang lain memohon amarah Allah dengan penganjuran konsert yang begitu dahsyat … Read More
  • BERSIH 2.0 : Coretan di dunia realitiIsu BERSIH 2.0 hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak, baik kerajaan, pembangkang, mahupun pihak-pihak yang lain. Segala sudut yang berkaitan dengan BERSIH seperti Ambiga, Pakatan Rakyat, Anwar serta yang lain menjadi topik … Read More
  • Dunyana wa Dunyakum Begitu cepat masa berlalu, dan hari ini telah pun bermula semester baru. Pelajar baru yang mendaftar pada minggu lalu usai menghabiskan saat-saat ‘penuh bermakna’ dengan minggu orientasi mereka. Kini proses pendaftaran dan … Read More
  • Dunyana wa Dunyakum II Imbas kembali episod lalu (klik).. "Dalam fasa untuk melengkapkan cinta sakral itu, tumpulah pada proses pengajian untuk mendapat keputusan yang baik, mudah-mudahan dapat kerjaya yang baik sekali gus melayakkan diri untu… Read More

0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)