Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Tuesday, 14 January 2014

Ada Apa Dengan 12 Rabiul Awal

Tanggal 12 Rabiul Awal 53 tahun sebelum Hijrah, berdasarkan catatan sebahagian sejarawan, di antaranya Mas'udi, Rasulullah s.a.w. dilahirkan ke dunia. Namun, ada pandangan yang menyatakan bahawa tanggal kelahiran Nabi Muhammad Saw adalah 9, atau 10 (dan juga 17 Rabiul Awal). Tiada apa yang perlu diperbalahkan kerana perbezaan pandangan mengenai tarikh sebenar kelahiran Nabi s.a.w. Apa yang penting, jumhur Ulama bersepakat bahawa baginda dilahirkan dalam bulan Rabiul Awwal.



Masjid Pertama Didirikan

Tanggal 12 Rabiul Awal tahun pertama Hijrah, Rasulullah s.a.w. mendirikan masjid pertama dalam Islam di sebuah daerah bernama Quba, berhampiran Madinah. Pembinaan masjid itu dilakukan ketika Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan beliau hijrah dari Mekah ke Madinah, dan singgah di Quba untuk menunggu kedatangan Ali bin Abi Thalib r.a dan rombongannya.


Pada malam sebelumnya ketika Rasulullah hendak berhijrah, Saidina Ali r.a baring di tempat tidur Rasulullah s.a.w. untuk mengaburi kaum musyrik yang berniat membunuh Rasulullah s.a.w. Setelah itu, beliau tinggal selama tiga hari di Mekah dan kemudian bersama beberapa sanak saudaranya, menyusul Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a berhijrah ke Madinah.Masjid Quba yang bersejarah itu sehingga kini masih kukuh berdiri meskipun mengalami banyak perubahan.

Ahmad bin Hanbal r.a Meninggal

Tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 Hijriah, Ahmad bin Hanbal, seorang Ulama Hadis muktabar lagi terkemuka, meninggal dunia di kota Bagdad. Dia dilahirkan pada tahun 164 Hijriah di Baghdad dan menghabiskan pengajiannya di kota tersebut, juga di kota-kota lainnya. Ahmad bin Hanbal menuntut ilmu dari pelbagai ulama, di antaranya Imam Syafi'i r.a.


Ahmad bin Hanbal amat rajin dalam mengumpulkan hadis sehingga dia melakukan perjalanan ke kota Kufah, Basrah, Mekah, Madinah, Syria, Yaman, dan Aljazair, dalam rangka mengumpulkan hadis. Hadis-hadis tersebut kemudian dikumpulkannya dalam sebuah buku bernama Musnad bin Hanbal. Ahmad bin Hanbal juga merupakan pengasas mazhab Hanbali.


Petikan & Olahan: IRIB

.....

"Dis: «Si vous aimez vraiment Allah, suivez-moi, Allah vous aimera alors et vous pardonnera vos péchés. Allah est Pardonneur et Miséricordieux" (3:31)

Salam Maulidur Rasul 1435 H

0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)