Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Thursday 7 November 2013

Musim Sejuk & Tips Kesihatan

Assalamu'alaikum Wbt,

Berikut beberapa tips kesihatan untuk musim sejuk khususnya buat mereka yang berada di benua Eropah. Namun, harus diingatkan sekiranya anda gagal untuk menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah keselamatan, anda akan terdedah dengan pelbagai penyakit.



SELESEMA

Lebih daripada 100 virus yang boleh menyebabkan selesema. Virus mula membiak setelah masuk ke dalam badan melalui rongga hidung atau mulut.

Simptom :
- Sakit tekak
- Bersin
- Hidung berair
- Mata berair
- Demam
- Hidung tersumbat
- Batuk 

Rawatan :
- Mengambil ‘pain reliever'
- Elakkan diri dari melakukan aktiviti yang tidak perlu
- Rehat secukupnya
- Minum air dalam kuantiti yang banyak (terutamanya jus buah)

Tiada vaksin yang digunakan untuk merawat selesema, namun jika anda terus makan makanan berkhasiat, mendapat tidur yang cukup dan bersenam, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan peluang anda daripada dijangkiti virus. Elakkan diri dari bersentuhan secara langsung dengan mereka yang mempunyai selesema dan basuh tangan anda dengan kerap.

INFLUENZA

Jangkitan pernafasan mudah jangkit. Influenza bukan sesuatu yang membahayakan untuk kebanyakan orang, namun di kalangan warga tua, influenza boleh menyebabkan masalah serius seperti Pneumonia.

Simptom :
- Demam
- Menggigil
- Batuk
- Sakit tekak
- Hidung berair
- Sakit belakang, kaki dan lengan

Simptom influenza dilihat sama seperti selesema, namun tanda-tanda ini lebih cenderung untuk menjadi lebih teruk dan bertahan lebih lama.

Rawatan :
- Rehat yang cukup (Bed-rest)
 - ‘pain reliever’
- Minum air dalam kuantiti yang banyak
*Antibiotik tidak berkesan terhadap virus influenza


HIPOTERMIA – Penurunan suhu badan

Walaupun hipotermia boleh berlaku kepada sesiapa, warga tua menghadapi risiko tertinggi kerana badan mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan suhu dengan cepat dan mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka secara beransur-ansur semakin sejuk. Keadaan ini biasanya terjadi sepanjang masa.

Simptom :
- Kealpaan
- Mengantuk
- Pertuturan yang tidak jelas
- Nadi yang lemah
- Degupan jantung yang perlahan
- Pernafasan yang perlahan

Jika suhu badan di bawah 30OC, seseorang boleh berada dalam keadaan koma. Jika anda mendapati simptom-simptom tersebut ada pada rakan anda, ambil suhu badan rakan anda. Sekiranya kurang dari 35OC, bawa rakan anda terus ke hospital. Balut rakan anda yang sakit dengan selimut dan jika rakan anda sedang berjaga, beri sedikit makanan dan minuman hangat. Hal ini, adalah untuk mengelakkan pesakit kehilangan haba. Pesakit tidak dibenarkan mandi air panas, kerana ia boleh menyebabkan kejutan. Secara umumnya, jangan cuba untuk merawat hipotermia di rumah. Hipotermia perlu dirawat di hospital.

RADANG DINGIN – FROSTBITE

Bahagian badan yang sering terdedah/terjejas kepada radang dingin adalah kawasan muka (pipi, hidung, dagu dan dahi), telinga, pergelangan tangan, tangan dan kaki. Radang dingin akan menyebabkan kulit berwarna putih dan kaku serta kebas.

Rawatan :
- Panaskan bahagian badan yang terjejas secara beransur-ansur
- Balut bahagian badan dengan selimut, baju tebal, kot dan lain-lain
- Memakai pakaian yang berlapis-lapis dan tebal apabila hendak keluar rumah
- Jangan gosok bahagian badan yang terjejas kerana ia boleh merosakkan tisu-tisu
- Elakkan bermain dengan salji

Adaptation from PermaiJordan


P/s: The most essential is, remember 5 things before 5 things..




0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)