Kadangkala manusia itu lantaran terlalu sibuk mengejar urusan duniawi, terlupa yang kematian sentiasa mengekorinya, baik di mana sahaja dia pergi dan apa yang dia hendak lakukan. Sememangnya Izrail itu tidak pernah mengenal siapa peminjam nyawa itu, orang beriman atau sebaliknya, jika Allah sudah ‘memberi isyarat’ untuk mengambilnya semula maka tiada yang dapat menghalang.
Bila ia menjelang, maka terputuslah segala cita-cita yang diidamkan dan apa sahaja perancangan hidup yang dirancang sekian lama. Demikian juga hubungan dengan seluruh sanak saudara dan rakan taulan. Sehari dua mungkin mereka datang menziarahi pusara kita, lama-lama hanya setahun sekali dan adakalanya langsung tidak dihiraukan atas pelbagai faktor. Yang hidup tetap teruskan hidup, dan yang mati perlu teruskan perhitungannya dengan Allah setiap apa yang dilakukan.
Bila ia menjelang, maka terputuslah segala cita-cita yang diidamkan dan apa sahaja perancangan hidup yang dirancang sekian lama. Demikian juga hubungan dengan seluruh sanak saudara dan rakan taulan. Sehari dua mungkin mereka datang menziarahi pusara kita, lama-lama hanya setahun sekali dan adakalanya langsung tidak dihiraukan atas pelbagai faktor. Yang hidup tetap teruskan hidup, dan yang mati perlu teruskan perhitungannya dengan Allah setiap apa yang dilakukan.
Bagi orang beriman dan sentiasa memenuhi hidupnya dengan amal soleh, maka pastinya tiada rasa penyesalan pada bila-bila masa Sang Izrail datang menjemputnya. Bahkan ia merupakan suatu kemuliaan di sisi Allah dan sekalian alam jika mati mereka dalam keadaan sedemikian, dengan solat fardu dan puasanya sempurna, qiamullail dan bacaan Qurannya jarang ditinggalkan, infaq diri dan hartanya untuk Islam berterusan, dan seumpamanya. Langsung tiada rasa khuatir dan gerun pada diri mereka untuk memasuki fasa kedua ‘kehidupan’ ini kerana kesemua amalan itulah yang menjadi teman mesranya di alam kubur. Justeru, itulah didambakan sejak sekian lama kerana ‘wal-akhiratu khairun laka min al-ula’.
Apatah lagi bagi mereka yang merintis jalan jihad yang paling utama dalam menegakkan syariatNya di muka bumi. Manifestasinya dapat kita soroti menerusi perjuangan para syuhada’ Palestin, umpamanya al-Syahid al-Ja’bari. 14 November lalu, genap ulang tahun kesyahidannya dibunuh rejim Zionis dalam sebuah perancangan rapi. Demikian juga al-Syahid al-Rantisi (Syahid 17 April 2004), yang kata-katanya tidak pernah jemu menjadi motivasi pendamba syahid;
"We will all die one day. Nothing will change. If by Apache or by cardiac arrest, I prefer Apache."
Vice versa mereka yang hidupnya dipenuhi dengan kelalaian dan memenuhi nafsu semata-mata, tentunya kematian adalah merupakan suatu yang cukup digeruni bahkan sebolehnya cuba dijauhi. Jika beroleh musibah, 1001 rungutan, keluhan diterjemahkan kerana tidak akur atas takdir yang ditetapkan. Walhal jika mereka sabar dan reda pasti itu lebih baik kerana tiada suatu musibah yang Allah berikan melainkan ia mengangkat darjat dan menghapuskan dosa seseorang hamba itu. Malah setitis darah kita mengalir dalam keadaan melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya tidak pernah terlepas dari perhitungan Allah untuk dijadikan tebusan kepadanya di akhirat kelak. Sekadar bermuhasabah diri dan mereka yang suka mengambil peringatan. Then, be prepare yourself!
“Indahnya hidup seseorang itu adalah apabila kehadirannya dapat memanfaatkan agama dan manusia, sementara indahnya kematiannya adalah kerana khusnul khatimah yang dianugerahi Penciptanya, atas apa yang dia telah lakukan”
Candidato del cadavere
15 November 2013
* Frasa: l'ultima Promessa (Italian) = The Last Promise = Janji Terakhir
0 comments:
Post a Comment
Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)