Kemenangan Yang Hampir

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (Surah al-Fath 48:1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Friday, 31 May 2013

Uzlah: Tinjauan Dari Perspektif Ulama dan Intelektual Haraki | Siri i

Uzlah atau tafarrud adalah antara fitnah dan penyakit yang bahaya kepada aktivis dalam sesebuah gerakan Islam. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang tidak memperlengkapkan dirinya dengan kefahaman dan ilmu yang mendalam mengenai amal haraki mahupun jama’ie. Penyakit yang sering menimpa para amilin ialah al-Uzlah (memencilkan atau mengasingkan diri). Oleh yang demikian para aktivis hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh membersihkan...

Thursday, 30 May 2013

Erti Sebuah Persediaan...

Bismillah.. Kebelakangan ini, penulis agak kerap mendengar 'khabar gembira' daripada beberapa orang sahabat terdekat. Lantaran itu, wajar kiranya saya dedikasikan video ini kepada mereka, waima yang bakal atau telah 'menyempurnakan agama' mereka. Sekadar meraikan dan saya percaya kalian sememangnya lebih jauh bersedia..  :) # Allah musta'an cc: Shafid | Zaim| Ir Fakrus | Zulfadhli | Siddiq | Hafiz | Rasyid | dan lain-lain (maaf xsempat nak tag semua)...

Saturday, 11 May 2013

Mencari Noktah Dalam Perjuangan...

Pasca PRU-13, kita menyaksikan banyak ragam manusia, baik yang menang dan yang kalah. Yang menang dengan gaya kemenangannya, baik menang bergaya atau cukup makan. Yang kalah, menerima dengan keputusan akur dan redha. Ada juga yang hilang terus tanpa dapat dikesan keberadaannya. Bagi golongan yang membantah keputusan sedia ada, isunya bukan  tidak menerima hakikat, akan tetapi tidak menerima sebarang penipuan dan penyelewengan yang berlaku...