Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Monday 11 July 2011

BERSIH 2.0 : Coretan di dunia realiti


Isu BERSIH 2.0 hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak, baik kerajaan, pembangkang, mahupun pihak-pihak yang lain. Segala sudut yang berkaitan dengan BERSIH seperti Ambiga, Pakatan Rakyat, Anwar serta yang lain menjadi topik perbualan (trend) masyarakat di Malaysia sejak kebelakangan ini. Ada yang menghentam, namun lebih ramai yang menyokong perhimpunan ini. Buktinya lebih dari 100,000 lautan manusia membanjiri Kuala Lumpur pada 9 Julai baru-baru ini.

Lautan manusia..

Mungkin jika tidak berlakunya sebarang tangkapan dan sekatan, pastinya angkanya akan jauh lebih besar. Selain BERSIH 2.0, ada juga perhimpunan-perhimpunan mencari publisiti murahan seperti PATRIOT tajaan Pemuda Umno yang lansung tidak diperkenankan Yang Di-Pertuan Agong untuk mengadap seperti PERKASA. KJ atau Khairi Jamaluddin yang mengepalai picisan kumpulan yang ditaja itu pernah pada BERSIH 2007 mengecam demontrasi jalanan (baca: BERSIH), namun pada hari ini (9 Julai) dia sendiri turun ke jalan-jalan untuk meraih sokongan daripada rakyat di samping menunjukkan kejantanannya. Beberapa pertubuhan-pertubuhan anti-BERSIH 2.0 seperti Silat Lincah yang begitu kuat berkokok, akhirnya senyap dan terus menyepi.

PATRIOT sebenarnya memang dapat sambutan dari 'pihak luar'

Usaha-usaha menggagalkan BERSIH 2.0 dilakukan berminggu-minggu lamanya antaranya dengan melakukan kaedah ’saraf’ yang mengundang pihak-pihak ilmuan umno al-w****i dan kumpulan ’saraf’ mereka yang khusus. Di YouTube, FB dan pada banyak tempat di internet, terpampang argumentasi-argumentasi, hujah-hujah menghentam dan mengHARAMkan BERSIH 2.0 semata-mata ingin mengekalkan kedudukan mereka dalam kerajaan. Tujuannya pasti tidak lain dan tidak bukan, kerja mewahabinisasi masyarakat pasti tidak akan ada yang menghalang. Amat mudah mereka memetik nas-nas dan kata-kata ulama’ yang mengharamkan melakukan tunjuk perasaan terhadap perasaan tanpa mengambil kira nas-nas yang membenarkannya yang jauh lebih banyak dan kukuh. Demikian juga dengan artikel-artikel bersifat provokatif yang padat dengan propaganda. Tujuannya tetap sama, mahu menggagalkan himpunan rakyat.



Kebangkitan rakyat; Igauan tirani dan propaganda

Memang benar, pihak pemerintah menyedari bahawa sekadar larangan dan ancaman demi ancaman sedikit pun tidak akan melunturkan semangat rakyat yang mahukan keadilan. Buktinya pada BERSIH 2007 yang ketika itu dikepalai oleh Mat Sabu mendapat sambutan yang amat hebat dari rakyat Malaysia dan impak daripada itu, Kedah, P. Pinang, Selangor, Perak dan banyak kerusi di Parlimen jatuh ke tangan pembangkang. Namun apabila BERSIH 2.0 diketuai oleh seorang yang berbangsa Hindu non-Muslim, pihak anti-BERSIH (pengotor) cuba pula untuk melancarkan saraf dengan menimbulkan pelbagai isu dan sentimen yang sensitif, namun sekali lagi mereka GAGAL kerana rakyat makin celik di samping pelbagai ilmuan dan tokoh agama tanahair yang terkemuka tampil memberikan penjelasan sekaligus menempelak dakwaan-dakwaan tersebut.

BERSIH 2.0 around the world

Pun begitu, masih ada golongan yang termakan racun-racun tersebut disebabkan kedangkalan mereka sendiri. Yang lebih menghairankan, golongan mahasiswa pun ada yang terpengaruh. Ditambah lagi dengan komen-komen mereka yang meraban yang jauh dari fakta sebenar menunjukkan begitu KOTORnya hati-hati mereka sehingga gagal membezakan antara hak dan batil.


Mungkin disebabkan kejahilan dan kegagalan mereka sendiri dalam menjustifikasikan perkara yang waqi’ie dalam masyarakat. Saya menasihatkan kepada golongan-golongan seperti ini supaya belajar dari orang-orang kampung yang lebih faham walaupun mereka belajar tidak setinggi mana. Antara sebab yang lain adalah kerana terlena dalam zon selesa dan tidak sanggup menghadapi kesusahan sepertimana kebanyakan rakyat yang lain. Makan, minum cukup, wang saku ditaja, tidur di katil empuk lalu menyebabkan tiadanya kesedaran yang mendalam terhadap isu yang melanda ummah.


Siapa kata polis tidak mesra rakyat?


Tribulasi dalam menuntut keadilan

Melihat kepada wajah-wajah rakyat yang sanggup berpanasan, berhujanan, disembur air kimia, ditembak gas pemedih mata, dibelasah dengan cota dan pelbagai mehnah yang mereka hadapi, namun atas nama kebenaran dan keadilan, semua itu mereka ketepikan. Rakyat yang berhimpun itu bukan sahaja terdiri daripada rakyat yang susah (kebanyakannya), namun di kalangan anak-anak muda, warga emas, tidak kurang dari golongan OKU yang bangkit dengan penuh kesedaran untuk menyelamatkan ganerasi masa hadapan. Mereka sanggup menerima apa sahaja jika itu harga untuk menikmati pemerintahan yang adil lagi saksama. Saya sempat merakamkan seorang uncle dari bangsa India yang kakinya kudung sebelah sesak nafas dan pitam akibat terkena tear gas. Tidak lama selepas itu, dia muncul kembali ditengah-tengah masyarakat meneruskan demontrasi. Saya cukup kagum dengan semangat beliau.



Berada di sekitar perhimpunan, cukup memberikan pengalaman yang begitu berharga. ’Menghirup’ gas, dan ’dimandikan’ sudah menjadi lumrah bagi mereka yang turun berdemo (bukan lakonan). Namun golongan front liner semangat mereka lebih kental untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Namun, kebanyakan peserta kebanyakan sudah nekad dan bersedia. Walaupun keterbatasan aksesori keselamatan, namun semangat mereka yang kental mengatasi segalanya. Bagi Muslim, apa jua perkara hanyalah dengan izin Allah. Yang berani, betul-betul berani untuk melawan arus, kebal dari semua semburan. Ada juga yang tengok-tengok dari jauh, jauh dari sebarang ancaman.


Bermacam-macam jenis orang juga yang saya temui dalam perjalanan. Bak kata orang, ”Suma ada..” Masing-masing boleh saling sapa menyapa walau pertama kali bertemu. Antaranya, ex-classmate sendiri yang 7 tahun tidak bersua. Mat Saleh (pelancong asing) pun ada tegur, dia tanya kepada saya apa yang orang ramai sebut tu (BERSIH..BERSIH..BERSIH!!!), lalu saya jawab, ”Clean”. Baru dia faham. Ada juga orang yang agak pelik, turun demo dengan bawa kucing, dan yang lebih pelik kucing dia tak pula lari. Duduk diam-diam je atas bahu pakcik tu, seolah-olah di sendiri faham apa tuan dia nak buat. Layan sekejap dia berceloteh.



Ketika dalam perjalanan pulang, saya ditegur oleh sekumpulan warga Cina. Walau berkopiah, ia lansung tidak menjadikan halangan mereka untuk beramah mesra dengan kita. Saya cukup respect dengan sikap keterbukaan mereka dan sepanjang jalan kami berbual mengenai sistem demokrasi negara ini yang cukup kotor. Antara kata-kata mereka kepada saya, ”jika kita tidak cuba untuk melakukan perubahan dari sekarang, maka bila lagi” dan perbualan kami terputus setelah masing-masing menuju ke destinasi yang berlainan.


Akhir kalam, ” Tiada kerajaan mana sekalipun di dunia ini kekal selama-lamanya apatah lagi kerajaan kurap (korup). Sejarah masa lampau telah membuktikan segalanya. Rakyat Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Bahrayn, Syria serta banyak negara yang lain telah merealisasikan teori ini baru-baru ini. Mereka boleh bangkit bersama-sama mengubah kerajaan mereka yang zalim terhadap rakyat, maka mengapa tidak kita?”

Shift your paradigm

Lensa Bersih.. (bakal menyusul)

4 comments:

  1. bodoh..gaduh sama sendiri.melayu lwn melayu.islam lwn islam.di mana2 pun sama seluruh dunia.dari zaman berzaman.bodoh!!!

    ReplyDelete
  2. gini ke org yg perjuangkan islam.nk bergaduh je.fitnah.pasal politik je padahal.bukan pasal membabitkan kepentingan agama pun.kalo mebabitkan agama islam x nak pula perjuangkan.pasal politik seme nak tunjuk hero.ko ckp lah apa pun tp pd aku peserta demo ni mmg bodoh bangang.

    ReplyDelete
  3. Rupanya ada spesis haiwan yang tersesat di sini..
    aku turut bersimpati atas empunya komen2 ko yang pemikirannya amatlah sempit lagi dangkal.. cuba ko bace apa mesej penulis dia dalam ni.. dasar penakut, setakat nak menyalak sorang2 baik x payah. berani dedah la diri tu siapa, macam aku x biasa jumpa je jenis pencacai2 macam ko ni.

    ReplyDelete
  4. Kadang2 cakap orang jahil xusah dilayan sebab dasar dia dah memang jahil. Dunia kini bukan seperti dahulu yang jika hendak mendapatkan maklumat cukup mudah dan untuk ditipu hidup2 juga begitu. COntohnya boleh lihat pada komentor yang xbernama sebab takut kepada bayang-bayang sendiri.

    pejuang kebenaran> haiwan pun lebih cerdik dari dia.

    ReplyDelete

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)