Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Wednesday, 23 December 2009

Mahasiswa Dan Kualiti

Seringkali kedengaran ucapan-ucapan berbaur semangat setiap kali bermulanya sesuatu masa atau tarikh itu samada semester baru, tahun baru dan sebagainya. Hal ini disebabkan adanya sikap mahu berubah ke arah yang lain samada kepada yang lebih baik atau buruk. Di dalam konteks seorang mahasiswa, seharusnya mereka berubah ke arah yang dapat meletakan mereka itu sebagai mahasiswa yang mempunyai minda kelas pertama dan bukan hanya sekadar kelas pertama dari sudut pointer. Kadangkala segelintir dari kita yang sibuk mengejar pointer sehingga mengabaikan hal-hal yang lain. Soal kemaslahatan umat sudah tidak diperdulikan lagi dan dianggap seolah-olah hal masing-masing. Rentetan dari sikap inilah menyebabkan kurangnya sambutan terhadap program-program luar ( selain yang termaktub di dalam silibus) menjadi 'tawar', dan apatah lagi jika menyentuh kepada program berbentuk kerohanian.

Mahasiswa yang bijak bukanlah mereka yang hanya terperap di dorm dengan mengadap latop semata-mata mahu melayan YM, apatah lagi Facebook yang kini dilengkapi dengan Farmville, Mafia Wars, lalu mereka mengabaikan apa yang sepatutnya dilakukan sebagai seorang yang terpelajar. Begitu juga dengan yang 'sawan' game. Jika tidak mereka itu tidaklah lebih dari budak-budak nakal yang memenuhi Cyber Cafe untuk bermain game semata-mata. Namun jika sekadar untuk menghilangkan tension belajar dan sebagainya maka ianya tidaklah mengapa jika sudah tiada ikhtiar lain. Semoga kita sentiasa berfikiran semakin matang dan bukan bersikap kebudak-budakan yang mana terlalu mudah dipengaruhi oleh sesuatu yang belum tentunya benar.



0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)