Kemenangan Yang Hampir

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (Surah al-Fath 48:1)

Memaknai Hidup Dengan Perjuangan

Jadilah penolong-penolong agama Allah dalam menegakkan agamaNya di muka bumi ini

Kalam Murabbi

Amanat Untuk Pemuda dan Pemudi

Kesatuan Ummah

Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul (Surah An-Nisa’4:59)

Pedulisme dan Faham

Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya (HR al-Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Monday, 9 May 2011

Ana, blog & mereka

Bismillahirrahmanirrahim..

"Demi Masa * Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian * Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar *" (QS Al-'Asr:1-3)



Blog haidaralkarar suatu masa dahulu

Terasa begitu lama meninggalkan penulisan dalam dunia maya ini apatah lagi setelah hampir 2 minggu meninggalkan alam kampus buat sementara. Dukacita buat visitor setia blog haidaralkarar, treat di blog itu sudah sampai masa untuk 'direhatkan' bagi memberi penumpuan pada blog ini sahaja di samping faktor-faktor lain. Segala posting di dalam blog tersebut telah adalah menjadi bahan arkib saya dan segala apa yang berhubung dengan blog tersebut seperti Taqrib, Rise of Islam & sebagaiya, boleh terus berhubung dengan saya di link2 yang disediakan.


Masih mekar lagi dalam minda saya akan Latihan Ilmiah (Tesis) yang bernama "Konflik Antara Faham Salaf dan Ibn Taymiyyah Terhadap Tawhid al-Asma' wa al-Siffah", terkesankan beberapa bulan bergelumang dengan kitab-kitab Arab dengan pelbagai versi dan pandangan dari ulama Islam. Fasa menimba ilmu teori dan secebis praktikal dalam Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah telah pun berakhir dan kerana itu pentingnya dalam tempoh kita bergelar mahasiswa ini untuk memanfaatkan sebaik mungkin kehidupan di sini dengan mencari ilmu-ilmu tambahan yang 'murah' (bak kata Bob Lokman) di merata tempat.

Tetap mendapat sambutan dari 'orang luar' (gambar hiasan)

Iklim dunia hari ini semakin berubah dengan pelbagai isu dan peristiwa2 besar. Bermula dari revolusi yang berlaku di negara-negara Arab sehinggalah pergolakan yang berlaku hari ini masih lagi tidak berkesudahan. Tunisia dan Mesir yang telah direvolusikan masih lagi dalam fasa reganerate negara mereka. Libya pula masih bergolak dan demikian juga apa yang berlaku di Bahrain, Yaman dan Syria. Kesemua negara bergolak tersebut tidak kesemuanya mengalami proses yang 'normal'. Di Syria misalnya, pihak media Barat memomokkan dunia dengan isu kekejaman kerajaan Asad kepada rakyat walhal banyak sumber lain melaporkan ia tidaklah sepertimana yang digambarkan. Kemudian, isu kematian Osama yang menimbulkan 1000 persoalan. Osama yang dikatakan mati beberapa kali pada tahun-tahun yang terdahulu, akhirnya mati kembali di tangan tentera Amerika dalam satu serangan. Gambar yang dipublisitikan oleh media Barat juga gagal meyakinkan semua pihak sejauh mana kebenarnya kerana zaman kini, tidak ada yang mustahil. Di posting yang lain, insha-Allah saya akan cuba memberikan sedikit kupasan mengenai isu2 ini.


Dilema blog

Merespon kepada beberapa pandangan sahabat2 berhubung metode penulisan blog saya, memang tidak dapat dinafikan bahawa blog haidaralkarar.blogspot adalah lebih bersifat world view sebaliknya di sini lebih kepada campus view sekaligus menyentuh dalam konteks negara ini. Dalam dunia bloggers ini, bukanlah suatu perkara yang mudah dan remeh kerana ia melibatkan pembawaan fikrah dan pemikiran empunya blog. Malah, tidak silap jika peribadi seseorang itu dapat diketahui hanya dengan mengkaji dan mengamati bentuk penulisannya. Dunia blogger tidak menjanjikan segala pandangan kita diterima dan di 'LIKES' kerana adakalanya dipandang negatif oleh pihak-pihak yang tidak sefikrah atas faktor-faktor tertentu. Blogger hanya bertindak menyampaikan apa yang tercetus dalam minda mereka untuk dinilai oleh setiap pembaca dan visitor dan ia terserah kepada mereka untuk menerima atau menolak dan adakalanya tidak mengira samada kuat atau lemahnya hujah yang dikemukakan.

Cukup sampai di sini sahaja untuk coret-coretan kali ini. Insha-Allah kita bersua pada masa2 yang akan datang.

Wallahu'alam

Friday, 22 April 2011

Aayah kepada Uli al-Bab

Awan, makhluk Allah yang sinonim dengan pembentukan hujan, Dalam sebuah ayat, informasi tentang proses pembentukan hujan dijelaskan:

"Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan- gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan." (Al Qur'an, 24:43)

Para ilmuwan yang mempelajari jenis-jenis awan mendapatkan temuan yang mengejutkan berkenaan dengan proses pembentukan awan hujan. Terbentuknya awan hujan yang mengambil bentuk tertentu, terjadi melalui sistem dan tahapan tertentu pula. Tahap-tahap pembentukan kumulonimbus, sejenis awan hujan, adalah sebagai berikut:

TAHAP - 1: Pergerakan awan oleh angin: Awan-awan dibawa, dengan kata lain, ditiup oleh angin.

TAHAP - 2: Pembentukan awan yang lebih besar: Kemudian awan-awan kecil (awan kumulus) yang digerakkan angin, saling bergabung dan membentuk awan yang lebih besar.

TAHAP - 3: Pembentukan awan yang bertumpang tindih: Ketika awan-awan kecil saling bertemu dan bergabung membentuk awan yang lebih besar, gerakan udara vertikal ke atas terjadi di dalamnya meningkat. Gerakan udara vertikal ini lebih kuat di bagian tengah dibandingkan di bagian tepinya. Gerakan udara ini menyebabkan gumpalan awan tumbuh membesar secara vertikal, sehingga menyebabkan awan saling bertindih-tindih. Membesarnya awan secara vertikal ini menyebabkan gumpalan besar awan tersebut mencapai wilayah-wilayah atmosfir yang bersuhu lebih dingin, di mana butiran-butiran air dan es mulai terbentuk dan tumbuh semakin membesar. Ketika butiran air dan es ini telah menjadi berat sehingga tak lagi mampu ditopang oleh hembusan angin vertikal, mereka mulai lepas dari awan dan jatuh ke bawah sebagai hujan air, hujan es, dsb. (Anthes, Richard A.; John J. Cahir; Alistair B. Fraser; and Hans A. Panofsky, 1981, The Atmosphere, s. 269; Millers, Albert; and Jack C. Thompson, 1975, Elements of Meteorology, s. 141-142)

Kita harus ingat bahwa para ahli meteorologi hanya baru-baru ini saja mengetahui proses pembentukan awan hujan ini secara rinci, beserta bentuk dan fungsinya, dengan menggunakan peralatan mutakhir seperti pesawat terbang, satelit, komputer, dsb. Sungguh jelas bahwa Allah telah memberitahu kita suatu informasi yang tak mungkin dapat diketahui 1400 tahun yang lalu. (link)

Sama-sama hayati agungnya kebesaran Allah s.w.t terhadap kejadianNya:

































* Namun masih ramai dalam kalangan manusia itu kufur terhadap segala nikmat pemberianNya.. Tanda-tanda (Aayah) tersebut hanyalah memberi kesan bagi yang mahu menggunakan akal pemikirannya..

Thursday, 14 April 2011

KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011






OBJEKTIF

Antara objektif utama penganjuran program ini ialah;

1. Menjelaskan isu-isu semasa kewangan yang melibatkan persoalan dan kemusykilan berkaitan isu riba berteraskan perspektif Islam.

2. Memberikan kefahaman yang jelas terhadap semua pihak terhadap takrifan riba seperti yang telah dijelaskan oleh Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama’ muktabar.

3. Menjadi medan kepada para agamawan, pemain industri dan semua pihak untuk menyatakan pendapat untuk mencapai kesepakatan secara bersama.


PENYERTAAN

Seminar menjemput penyertaan dari para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai kewangan, penyelidikan dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, wakil-wakil masjid serta orang perseorangan.


PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

08.00 pg Pendaftaran Peserta
09.00 pg UCAP UTAMA DAN PERASMIAN

09.30 pg SESI 1

Riba: Takrif dan Konsepnya Menerusi Al- Quran dan As- Sunnah
Oleh: Prof. Madya Dr. Abdul Aziz bin Haji Hanafi, Dekan Kuliyyah Syariah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah

Aplikasi Riba Dalam Sistem Kewangan Semasa: Pendirian Syariah Terhadap Penggunaan Wang Kertas
Oleh: Ustaz Mohd. Nazri bin Chik, Ketua Jabatan Shariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

10.30 pg Minum pagi
11.00 pg SESI 2

Riba Dalam Perbankan Islam: Antara Persepsi dan Realiti
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin, Ketua Pegawai Eksekutif, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Sistem dan Operasi Perbankan Islam Semasa: Tinjauan dan Ulasan
Oleh: Dr. Abdul Rashid bin Dail, mantan Prof. Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Aplikasi Syariah Dalam Produk Kewangan
Oleh: Ustaz Mohd. Zamerey bin Abdul Razak, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah, Asian Finance Bank

12.30 tgh Rehat/ Makan Tengahari/ Solat Zuhur

02.30 ptg SESI 3

Isu- Isu Semasa Riba dalam Jual Beli Emas dan Perak
Oleh: Ustaz Mohamad Fairooz bin Abdul Khair, Penyelidik Bersekutu, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Pengharaman Riba Serta Kaitannya Dengan Konsep Tasawwuf
Oleh: Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan

05.00 ptg Penutup dan Bersurai

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Konvensyen ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Yuran Penyertaan (Seorang) :
Agensi Kerajaan, Swasta, NGO = RM 150
Individu/ Perseorangan = RM 100
Ahli PUM = RM 70
Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah = RM 50

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 05 Mei 2011 dengan menghubungi:

Sdra. Azmi : 013-384 0710
En Nizam : 012-291 1335
Pejabat : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks : 03-5511 4302

Email : pumselangor@yahoo.com
Website :

Wednesday, 30 March 2011

FBookers with sins



Renungan bersama..

Ramai di kalangan wanita pada hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita itu yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat (sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian bg mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bergurau mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. (sumber asal)

* Harap ianya dapat dijadikan iktibar bersama buat kita yang bergelar muslim & muslimah yg baik & beriman..
FirmanNya yang bermaksud : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [ An-Nur:31]

Yang kena menjaga pandangan satu hal, dan yang perlu menutup aurat satu hal dengan erti kata masing-masing perlu memainkan peranan sebagai seorang yang taat kepada perintah Allah s.w.t dalam apa jua tindakan dan kelakuan. Tidak kiralah apabila berada dalam aktiviti berbentuk sosial seperti Riadhah, Dinner, berassignment, berehlah dan sebagainya yang kesemuanya perlu mengikut garis panduan syarak. Sekadar melaksanakan tanggungjawab berpesan2 kpd kebenaran kesabaran utk kemaslahatan bersama.. Tugas kita hanya menyampaikan, selebihnya terpulang pada empunya diri mahu melaksanakan ataupun tidak..

ونسئلك الله أن يجعلنا من القوم الذين يستمعون القول ويتبعون أحسن