Kemenangan Yang Hampir

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (Surah al-Fath 48:1)

Memaknai Hidup Dengan Perjuangan

Jadilah penolong-penolong agama Allah dalam menegakkan agamaNya di muka bumi ini

Kalam Murabbi

Amanat Untuk Pemuda dan Pemudi

Kesatuan Ummah

Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul (Surah An-Nisa’4:59)

Pedulisme dan Faham

Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya (HR al-Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Sunday 24 March 2013

Dedikasi Buat Penggodam

"Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist."
Hairan sungguh mengapa masih ada pihak (saya percaya ia manusia) yang sanggup menceroboh ke dalam akaun saya semata-mata untuk memadam tulisan saya mengenai beberapa isu Syria. 

Tidak sekadar itu, password pun diubah. Syukur Alhamdulillah, Allah tidak mengizinkannya melakukan khianat kepada keseluruhan tulisan saya. Barangkali pelakunya adalah seorang yang tidak sependapat dengan saya dalam beberapa perkara.

Beginilah, setiap manusia yang diberikan akal fikiran oleh Allah mempunyai hak untuk menyampaikan pandangannya berdasarkan ilmu pengetahuan yang dia ada. Selagi mana ia mempunyai sandarannya yang tersendiri maka ia wajar dihormati. 


al-Syahid Dr. Said Ramadhan al-Buti ketika menghadiri Konferens Kesatuan Islam di Tehran pada 2011. Turut kelihatan, Habib Umar al-Hafeez dan Habib Ali al-Jufri di sebelah kiri dan kanan beliau.

Demikian Islam mengajarkan kita untuk berlapang dada dalam perbezaan pandangan. Bahkan Islam mengajar penganutnya untuk berbahas (hujah dibalas hujah) dan bukannya melakukan sesuatu tindakan yang sepatutnya seperti mensebotaj pihak lain. Jika kita bersedia mengkritik pandangan pihak lain, mengapa pula kita tidak sedia dikritik sedangkan ia adalah suatu yang normal dalam konteks akademik. Boleh jadi ada perkara yang kita tahu tetapi rakan kita tidak tahu dan boleh jadi ada perkara yang rakan kita tahu tetapi kita tidak tahu.

Apapun, doa saya kepada pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini semoga diberi petunjuk oleh Allah.

# Saya memohon maaf jika tulisan-tulisan saya banyak yang tidak sependapat dengan pandangan sahabat-sahabat kerana sekadar itu kurnia ilmu Allah kepada saya. Sememangnya masih banyak perkara yang saya perlu pelajari. Bi'awnillah.

Syria: 8 Agamawan Telah Terbunuh



Mungkin mereka menyangka boleh memanipulasi berita pembunuhan Dr. Said Ramadhan al-Buti, namun mereka hakikatnya gagal menutup sejumlah Syuhada' Ulama' dan Agamawan Syria yang dibunuh oleh pihak tajaan Amerika dan sekutunya ini. Tertanya-tanya juga dimana mereka ketika kesemua agamawan ini dibunuh?

Sejumlah 5 Ulama Ahlu Sunnah, 2 Ulama Syiah dan seorang Paderi Ortodok menjadi mangsa keganasan pihak tajaan asing ini.

21 Mac 2013: al-Syahid al-Allamah Dr. Said Ramadhan al-Buti (Ketua Kesatuan Ulama Syam)

19 Mac 2013: al-Syahid Syaikh 'Adnan So'ab (Imam Masjid Muhammadi)

30 Disember 2012: al-Syahid Syaikh Solah (Mudir Khazanah Waqaf)

27 Ogos 2012: al-Syahid Syaikh Hasan bartawi (Imam Masjid Imam Nawawi)

25 Julai 2012: al-Syahid Syaikh Abdul Latif al-Syami (Imam Masjid Aminah)

15 Jun 2012: al-Syahid Syaikh Abdul Qudur (Imam Hawzah Syiah)

14 April 2012: al-Syahid al-'Allamah Sayyid Nasr al-Alawi (Ulama Syiah)

15 Febuari 2012: Father Fadi Hadad, Paderi Gereja Ortodok Damsyiq.




Wahai Kerajaan Syria baik puak penentang, betapa sanggupnya kalian mempertaruhkan ratusan ribu darah rakyat Syria dan para Ulama semata-mata ingin mengekal dan mendapatkan kuasa. Saya cukup yakin, semua ini tidak akan berlaku tanpa perancangan rapi daripada kuasa asing (Amerika dan sekutunya) seperti mana yang sering disebut oleh al-Marhum al-Syahid al-Boti dalam khutbah-khutbah beliau.

Umat Islam, usah berhenti dari terus berdoa dan berdoa..

Saturday 23 March 2013

Pengormatan Terakhir Buat Murabbi Ummah Bumi Syam - As Syahid Dr. Said Ramadhan al-Buti (Gambar Penuh)














Penghormatan terakhir buat Tokoh Murabbi Agung Bumi Syam oleh pelbagai lapisan agama

Dahulu, al-Syahid menyembahyangkan jenazah prajurit Syria, 
kini beliau disembahyangkan ribuan rakyat Syria



Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah 
buat para pejuang yang syahid di Syria. Al-Faatihah


Kesyahidan al-Buti: Biar Gambar Berbicara






Sahabat dunia akhirat
Meskipun beliau sentiasa ditohmah dengan puak pendokong pemberontak ini, beliau sama sekali tidak berganjak dalam mempertahankan kemaslahatan yang lebih utama
Sokongan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada 
perjuangan suci gerakan Islam di Palestin

Pada tahun 2005, beliau telah menjualkan rumahnya semata-mata untuk 
mendanai Hamas bagi membangunkan Ghaza

Isu Syria yang gagal difahami ramai pihak melainkan 
segelintir pihak sahaja antaranya al-Syahid Ramadhan al-Buti

Kebencian dan dendam golongan 'pejuang' Syria kepada beliau telah lama membara.


 Dahulu, al-Syahid menyembahyangkan jenazah prajurit Syria, 
kini beliau disembahyangkan ribuan rakyat Syria



Sementara itu: "Well done bro! Our job is completed!"

Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah 
buat para pejuang yang syahid terkorban di Syria. Al-Faatihah



Friday 22 March 2013

Menyoroti Biografi al-Allamah Dr. Said Ramadhan al-Buti rahimahullah

Umat Islam telah kehilangan ulama terbaik masa kini Al'alim Al`Allamah Asy Syaikh Said Ramadlan Al Buthi rahimahullahuta'ala ketika beliau mengisi Ta’lim di Masjid Al Iman di Kota Damsyiq, Syria, selepas maghrib Khamis, 21 Mac 2013. Beliau Syaikh Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthi adalah salah seorang tokoh ulama dunia yang menjadi sumber rujukan masalah-masalah keagamaan.

Ketika kritikan terhadap tradisi Maulid dan zikir berjama’ah, misalnya, dilontarkan para pendakwa “muslim sejati”, al-Buthi hadir menjawab kritikan itu. Malah, dalil yang digunakan sama sepertimana dalil yang diperhujahkan para pengkritik itu.

Pada sisi lainnya, beliau juga mengkritik dengan tajam pola pemikiran Barat. Hujah-hujahnya membuat stereotip yang negatif terhadap Islam dan ketimuran pun luput.

Sa’id Ramadhan Al-Buthi lahir pada tahun 1929 di Desa Jilka, Pulau Buthan (Ibn Umar), sebuah kampung yang terletak di bagian utara perbatasan antara Turki dan Iraq. Beliau  berasal dari suku Kurdi, yang hidup dalam tekanan kekuasaan Arab Iraq selama berabad-abad.


Bersama ayahnya, Syaikh Mula Ramadhan, dan anggota keluarganya yang lain, Al-Buthi berhijrah ke Damsyiq pada ketika umurnya memasuki empat tahun. Ayahnya merupakan figure yang amat dikaguminya.

Pendidikan daripada sang ayah sangat membekas dalam kehidupan intelektualnya. Ayahnya memang dikenal sebagai seorang ulama besar di Damsyiq. Bukan saja pandai mengajar murid-murid dan masyarakat di kota Damsyiq, Syaikh Mula juga seorang ayah yang memberikan sepenuhnya perhatian dan tanggung jawab bagi pendidikan anak-anaknya.

Dalam karyanya yang mengupas biografi kehidupan sang ayah, Al-Fiqh al-Kamilah li Hayah asy-Syaikh Mula Al-Buthi Min Wiladatihi Ila Wafatihi, Syaikh Al-Buthi mengurai awal perkembangan Syaikh Mula dari masa kanak-kanak hingga masa remaja ketika turut berpe-rang dalam Perang Dunia Pertama. Kemudian menceritakan pernikahan ayah¬nya, berangkat haji, hingga berhijrah ke Damsyiq, yang kemudian harinya menjadi titik awal kehidupan baru bagi keluarga asal Kurdi itu.

Masih dalam karyanya ini, Al-Buthi menceritakan kesibukan ayahnya dalam belajar dan mengajar, menjadi imam dan berdakwah, pola pendidikan yang diterapkannya bagi anak-anaknya, ibadah dan kezuhudannya, kecintaannya kepada orang-orang salih yang masih hidup maupun yang telah wafat, hubungan baik ayahnya dengan para ulama Damsyiq di masa itu, seperti Syaikh Abu Al-Khayr Al-Madani, Syaikh Badruddin Al-Hasani, Syaikh Ibrahim Al-Ghalayayni, Syaikh Hasan Jabnakah, dan lainnya, yang menjadi mata rantai tabarruk bagi Al-Buthi. Begitu besarnya atsar (pengaruh) dan kecintaan sang ayah, hingga Al-Buthi begitu terpacu untuk menulis karyanya tersebut.

Dari Damsyiq ke Kaherah

Sa’id Ramadhan Al-Buthi muda menyelesaikan pendidikan menengahnya di Institut At-Tawjih Al-Islami di Damsyiq. Kemudian pada tahun 1953 ia meninggalkan Damsyiq untuk menuju Mesir demi melanjutkan studinya di Universiti Al-Azhar. Dalam tempoh dua tahun, beliau berhasil menyelesaikan pendidikan sarjana S1 di bidang syari’ah. Pada tahun berikutnya di Universiti yang sama, ia mengambil kuliah di Fakulti Bahasa Arab hingga lulus dalam waktu yang cukup singkat dengan sangat memuaskan dan mendapat izin mengajar bahasa Arab.

Kemahiran Al-Buthi dalam bahasa Arab tak diragukan. Sekalipun bahasa ini adalah bahasa ibu orang-orang Arab seperti dirinya, sebagaimana bahasa-bahasa terkemuka dalam khazanah peradaban dunia, ada orang-orang yang memang dikenal kepakarannya dalam bidang bahasa, dan Al-Buthi adalah salah satunya yang menguasai bahasa ibunya tersebut. Di samping itu, kecenderungan kepada bahasa dan budaya membuatnya senang untuk menekuni bahasa selain bahasa Arab, seperti bahasa Turki, Kurdi, bahkan bahasa Inggeris.
Lulusnya dari Al-Azhar, Al-Buthi kembali ke Damsyiq. Ia diminta untuk membantu mengajar di Fakulti Syari’ah pada tahun 1960, hingga berturut-turut menduduki jabatan pentadbiran, bermula dari pengajar tetap, menjadi wakil dekan, hingga menjadi dekan di fakulti tersebut pada tahun 1960.

Lantaran keluasan pengetahuannya, beliau diberi kepercayaan untuk memimpin sebuah lembaga penyelidikan theologi dan agama-agama di Universiti yang berpusat di Timur Tengah itu.

Tak lama kemudian, Al-Buthi dipilih pimpinan rektorat kampusnya untuk melanjutkan program doktoral bidang usul syari’ah di Al-Azhar hingga lulus dan berhak mendapatkan gelaran doktor di bidang ilmu-ilmu syari’ah.

Aktivitinya sangat padat. Beliau aktif mengikuti pelbagai seminar dan persidangan peringkat antarabangsa di pelbagai negara di Timur Tengah, Amerika, mahupun Eropa. Hingga sebelum kematian beliau, masih menjawat jawatan sebagai salah seorang anggota di lembaga peneli-tian kebudayaan Islam Kerajaan Jordan, anggota Majlis Tertinggi Penasihat Yayasan Thabah Abu Dhabi, dan anggota di Majlis Tinggi Senat di Universiti Oxford Britain.

Penulis yang Sangat Produktif

Al-Buthi adalah seorang penulis yang sangat produktif. Karyanya menca¬pai lebih dari 60 buah, meliputi bidang syari’ah, sastra, falsafah, sosial, masalah-masalah kebudayaan, dan lain-lain. Beberapa karyanya yang dapat disebutkan di sini, antara lain, Al-Mar‘ah Bayn Thughyan an-Nizham al-Gharbiyy wa Latha‘if at-Tasyri’ ar-Rabbaniyy, Al-Islam wa al-‘Ashr, Awrubah min at-Tiqniyyah ila ar-Ruhaniyyah: Musykilah al-Jisr al-Maqthu’, Barnamij Dirasah Qur‘aniyyah, Syakhshiyyat Istawqafatni, Syarh wa Tahlil Al-Hikam Al-‘Atha‘iyah, Kubra al-Yaqiniyyat al-Kauniyyah, Hadzihi Musykilatuhum, Wa Hadzihi Musykilatuna, Kalimat fi Munasabat, Musyawarat Ijtima’iyyah min Hishad al-Internet, Ma’a an-Nas Musyawarat wa Fatawa, Manhaj al-Hadharah al-Insaniyyah fi Al-Qur‘an, Hadza Ma Qultuhu Amama Ba’dh ar-Ru‘asa‘ wa al-Muluk, Yughalithunaka Idz Yaqulun, Min al-Fikr wa al-Qalb, La Ya‘tihi al-Bathil, Fiqh as-Sirah, Al-Hubb fi al-Qur‘an wa Dawr al-Hubb fi Hayah al-Insan, Al-Islam Maladz Kull al-Mujtama’at al-Insaniyyah, Azh-Zhullamiyyun wa an-Nuraniyyun.


Gaya bahasa Al-Buthi istimewa dan menarik. Tulisannya kaya dengan tema-tema yang dibawanya. Tulisannya tidak tersasar dan keluar dari akar permasalahan dan kaya akan sumber-sumber rujukan, terutama dari sumber-sumber rujukan yang juga diambil lawan-lawan debatnya.

Akan tetapi bahasanya ada kalanya tidak dapat dipahami dengan mudah oleh kalangan bukan pelajar, disebabkan unsur falsafah dan mantiq, yang memang merupakan kepakarannya. Oleh kerana itu, majlis dan halaqah yang diasakannya di pelbagai tempat keramaian kota Damsyiq menjadi sarana untuk memahami karya-karyanya.

Walau demikian, sebagaimana dituturkan pecinta Al-Buthi, di samping mampu membedah logik, kata-kata Al-Buthi juga sangat menyentuh hati, sehingga mampu membuat pembacanya berurai air mata.


Pembela Mazhab yang Empat

Syaikh Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthi membina halaqah pengajian di masjid Damsyiq dan beberapa masjid lainnya di sekitar kota Damsyiq, yang dijalankan hampir setiap hari. Majlis yang dipimpinnya selalu dihadiri ribuan jama’ah, laki-laki dan perempuan.


Selain mengajar di berbagai pusat pengajian, beliau juga aktif menulis di berbagai media massa tentang tema-tema keislaman dan hukum yang asing, di antaranya berbagai pertanyaan yang diajukan kepadanya oleh para pembaca. Ia juga menyemarakkan program dialog keislaman di beberapa stesyen televisyen dan radio di Timur Tengah, seperti di Iqra‘ Channel dan Ar-Risalah Channel.

Tokoh Pembela Ahlu Sunnah Waljamaah

Dalam hal pemikiran, Al-Buthi dianggap sebagai tokoh ulama Ahlussunnah wal Jama’ah yang lantang membela konsep-konsep Mazhab yang Empat dan aqidah Asy’ariyah, Maturidiyah, Al-Ghazali, dan lain-lain, dari serangan pemikiran dan pengkafiran sebahagian golongan yang menganggap hanya merekalah yang benar dalam hal agama (baca: Salafi Wahabi). Berbekal pengetahuannya yang amat mendalam dan diakui berbagai pihak, beliau masak dengan berbagai permasalahan yang timbul dengan fatwa-fatwanya yang bertabur hujah dari sumber yang sama yang untuk dijadikan dalil para lawan debatnya. Hujah-hujah Al-Buthi juga menyejukkan bagi yang benar-benar ingin memahami pemikirannya.


Al-Buthi bukan hanya seorang yang pandai di bidang syari’ah dan bahasa, ia juga dikenal sebagai ulama Sunni yang multidisiplin. Beliau terkenal dengan kealiman dalam ilmu falsafah dan aqidah, hafizh Qur’an, menguasai ulumul Qur’an dan ulumul hadis dengan cermat. Sewaktu beliau melakukan kritikan keatas pemikiran falsafah materialisme Barat, di sisi lain beliau juga melakukan pembelaan atas ajaran dan pemikiran mazhab fiqih dan aqidah Ahlussunnah, terutama terhadap tuduhan kelompok yang menisbahkan dirinya sebagai golongan Salafiyah dan Wahabiyah.



Dalam hal yang disebut terakhir, ia menulis dua karya yang meng-counter berbagai tuduhan dan dakwaan-dakwaan mereka, yakni kitab berjudul Al-Lamazhabiyyah Akbar Bid’ah Tuhaddid asy-Syari’ah al-Islamiyyah dan kitab As-Salafiyyah Marhalah Zamaniyyah Mubarakah wa Laysat Mazhab Islamiyy. Begitu pula hubungannya dengan gerakan-gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin Syria yang kelihatan kurang baik, tentunya dengan berbagai perbezaan pandangan, yang menjadikan ketidaksetujuannya itu kelihatan dalam sebuah karya yang berjudul Al-Jihad fi al-Islam, yang terbit pada tahun 1993.


Barisan Ulama yang setia bersama-sama al-Syahid al-Buti melawan konspirasi jahat pihak asing terhadap Syria

Tawassuth

Di era 1990-an, Al-Buthi telah menampakkan keintelektualannya dengan menggunakan sarana media informasi, seperti televisyen dan radio. Ini demi membawa pemikiran-pemikirannya yang tawassuth (pertengahan) di tengah gerakan-gerakan fundamentalisme Islam yang muncul.


Sayangnya, disebabkan keakrabannya dengan penguasa politik Syria saat itu, Hafizh Al-Asad, menimbulkan sikap dingin di kalangan pemerhati politik. Namun pendekatannya itu menjadi wadah politik Syria dalam menyokong perjuangan Hamas (Harakah al-Muqawamah al-Islamiyah) dalam menghadapi ancaman Israel, sekalipun beberapa pandangannya dicemuh beberapa pihak.


Walaupun di usia yang semakin senja, Syaikh Al-Buthi masih tetap menulis, samada melalui websitenya yang sendiri mahupun beberapa media massa dan elektronik lainnya. Betapa besar harapan umat ini, khususnya kalangan Ahlussunnah wal Jama’ah, menanti karya-karyanya yang lain terlahir, untuk memenuhi dahaga ilmu yang tak pernah habis-habisnya. 


Di mata beberapa ulama dan ustadz-ustadz yang pernah menimba ilmu di Syria, saat ini Al Buthi lebih dikenal sebagai tokoh ulama sufi dibanding tokoh pergerakan. Buku-buku karya Al Buthi banyak beredar di Indonesia dan karyanya banyak menjadi rujukan. Salah satu bukunya berisi kritik terhadap gerakan kelompok Salafy Wahabi berjudul Salafiyyah; Marhalah Zamaniyyah Mubarakah La Mazhab Islami.



Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya: "Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku" 

Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran). Semoga Allah senantiasa memberikan ampunan dan Rahmat yang agung kepada beliau, amiin. Rahimahullah ya Syaikhul Syuhada'..

Nota penulis: adalah suatu kedustaan jika ada pihak menambah kata-kata Habib Ali al-Jufri perihal perbicaraannya dengan al-Syahid Dr. Ramadhan menyokong konspirasi kuasa asing ke atas Syria. Lihat juga (link), khutbah terakhir al-Buti (link), respon Mufti Syria (link), dan fatwa seorang Ulama yang mendorong pembunuhan al-Buti (link) serta tuduhan keji seorang Ulama Saudi terhadap al-Buti (link). Adalah perlu jelas di sini, beliau sama sekali tidak bersama dengan kemungkaran rejim diktator Basyar, akan tetapi beliau lebih cenderung untuk menolak campur tangan kuasa asing terhadap Syria.


# Artikel ini telah dipetik dan diolah dari sini mengikut gaya bahasa yang sesuai.

Kredit gambar: google & buletinikrab.blogspot.com