Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
“Sesungguhnya perjuangan itu tidak mengenal erti penat & lelah. Demi Islam tercinta, ia perlu diteruskan. Semoga usaha untuk menyampaikan risalah Islam ini diterima Allah sebagai salah satu amal jariah semasa menghadap-Nya pada suatu hari yang pasti akan tiba..”
blog's design by faizassyirazi. Powered by Blogger.

Follow by Email

Tuesday, 7 February 2012

Harry Potter: Illuminati & Pengaruh Satanisme VII (Akhir)

Dalam siri yang lalu (sini), saya telah kupaskan mengenai beberapa 'simbol' utama yang digunakan dalam cerita Harry Potter ini, serta sedikit sejarah dan hubungannya dengan illuminati. Kemudian, sedikit pandangan Islam mengenai Ular - salah satu dari simbol illuminati. Saya tidak pernah menganggap perkara tersebut adalah kebetulan semata-mata dan tidak benar seperti mana pada pandangan sesetengah pihak. Saya tidak pasti apakah mereka ini menolak disebabkan sikap fanatik atau sudah tenggelam dalam dasar lautan propaganda pihak musuh. Yang penting saya sudah berusaha untuk menyampaikan.


Bukan apa, siri cerita Harry Potter bukanlah satu-satunya cerita yang mempunyai hubungan dalam illuminati. Boleh dikatakan hampir keseluruhan cerita (dan juga animasi) yang produknya dari Hollywood mempunyai konsep yang serupa, 'mengilluminatikan' fikrah manusia sejagat. Saya pasti, kebanyakan dari 'illuminatian' ini hakikatnya telah menguasai proxy-proxy utama dalam pembuatan filem. Terlalu banyak. Nasihat saya, hati-hati.



Berbalik kepada topik simbol, antara yang lainnya adalah cermin ramalan.


7. Mirror of Erised


Dalam siri pertama (Harry Potter and The Sorcerer’s Stone), terdapat sebuah cermin yang boleh menunjukan keinginan Harry Potter yang disebut sebagai The Mirror of Erised (Bab 12 ). Di sini JK. Rowling menggunakan sebuah anagram dengan menuliskan kalimah “Desire” sebagai “Erised”. Anagram merupakan salah satu bentuk perkataan yang digunakan Ksatria Templar dan kelompok-kelompok okultis lainnya untuk menyembunyikan mesej rahsia mereka. Salah satu dari keinginan Harry Potter adalah untuk melihat kedua orang tuanya yang dizahirkan oleh cermin tersebut.

Cermin merupakan peralatan utama okultisme dalam melihat masa lalu dan masa depan (meramal). Dalam buku “A-Z of Wicca” (Gernina Dunwich, hal.114) disebutkan, “ Amalan ramalan yang merupakan praktikal sihir untuk mengetahui masa lalu, sekarang, atau masa depan adalah kebanyakannya adalah dengan menggunakan , cermin, kaca, bola kristal, lilin, bayangan air, dan sebagainya.” Di dalam Ensiklopedia Okultisme juga menyatakan, “Orang-orang yang mempelajari okultisme selalu menggunakan cermin untuk melihat dunia roh…” (Gerald & Grosset, Dictionary of the Occult, p. 153)

Dalam siri pertama Harry Potter ini, cermin tersebut memang digunakan Harry untuk bisa bertemu dengan roh kedua orang tuanya. Orang-orang Kristian Barat menuding JK. Rowling mengajarkan sesuatu yang dilarang oleh agama mereka, pada mereka al-kitab ( Bible ) jelas-jelas melarang mana-mana amalan menghubung atau menghadirkan roh orang mati (Deuteronomy 18:11). Tambahan pula jelas dikatakan bahawa orang yang masih hidup tidak akan sekali-kali dapat berhubung dengan orang yang sudah mati (Lukas 16:19-31).


Watak-Watak Inspirasi

1. Alkemi dan Nama 'Nicholas Flamel'

Alkemi merupakan satu ilmu kimia abad pertengahan di Eropah yang kononnya boleh menukarkan logam biasa menjadi emas. “Secara simbolik, ilmu kimia abad pertengahan adalah suatu seni kebatinan untuk mengubah bentuk manusia yang rohani ke dalam suatu bentuk yang lebih tinggi dan abadi." (Geddes & Grosset, Dictionary of the Occult, hal. 15-17).

Saya tidak pasti, apakah ilmu kimia Nicholas Flamel ini sudah dicampur adukkan dengan ilmu hitam kerana ilmu kimia hakikatnya dirintiskan oleh tokoh sarjanawan Islam, Jabir Ibn Hayyan (721 M). Daripada Jabir (sini) inilah ilmu kimia mula berkembang seterusnya sampailah ke Eropah setelah mereka melalui fasa zaman kegelapan.

Nicholas Flamel

Manakala salah seorang tokoh Alkemi utama bernama Nicholas Flamel (1330-1417) adalah berasal dari Perancis. The Philosophers Stone (Batu Ahli Falsafah)  sememangnya bersumberkan dari buku 'The Book of Abraham The Jew yang dipercayai mengandungi rahsia-rahsia hebat, hasil himpunan catatan falsafah dan formulasi tertentu seperti menukar besi menjadi emas di samping menceritakan kehidupan akan datang (sini).

The Book of Abraham The Jew

Nama beliau ini dengan jelas telah digunakan JK. Rowling sebagai salah satu karakter siri pertama Harry Potter sebagai penjaga batu sihir. Salah satu Ritual Masonic adalah berkait rapat dengan penggunaan batu-batu yang membantu menyempurnakan ritual sihir tertentu kerana dianggap memiliki tuah dan keajaiban.


Selain yang sudah dinyatakan di atas, ada banyak simbol-simbol atau mahluk Okultis lainnya yang dipaparkan dalam Harry Potter siri pertamanya, antara lain: Quidditch, Sapu Terbang, Nimbus, Anjing Berkepala 3 (Fluffy), Quirell, dan Catur. 

The Checkered: Signifikasi kepada pertemuan antara dua dunia


The Checkered: Sinonim dengan Freemason - illuminati

Pada simbol Catur (The Checkered), jelas pada kita bahawa ianya simbol Freemasonry. Hampir seluruh markas Freemasonry di seluruh dunia memiliki lantai kotak-kotak hitam putih yang disebut The Checkered Floor, dan ia digunakan dalam ritual pengijazahan calon Mason baru atau kenaikan darjat keanggotaan.


2. Siapakah Vablastky (Blavatsky) - Pengarang Silibus Ilmu Sihir Hogwards



Terdapat sebuah nama yang digunakan oleh JK. Rowling di dalam cerita ini iaitu nama pengarang buku ramalan masa depan (silibus mata pelajaran sihir Hogwards), Madame Blavatsky. Nama ini bagaimanapun telah diubah oleh JK. Rowling kepada Cassandra Vablastky. Persoalanya, siapakah watak ini?



Harry Potter dan Madame Blavatsky

Madame Blavatsky adalah di antara yang mempunyai kaitan rapat dengan sejarah Freemasonry di Indonesia. Perempuan Yahudi Rusia bertubuh rendah dengan pandangan mata yang seperti burung hantu ini hidup di zaman penjajahan Belanda dan memiliki sebuah kediaman dengan tanah yang cukup luas di bandar Jakarta, Indonesia. 

Kini tanah yang didirikan rumah Blavatsky itu telah digunakan untuk membina Pejabat Pos dan Telekomunikasi di Jalan Medan Timur. Sewaktu dahulu, jalan ini sering di sebut Blavatsky Weg atau Jalan Blavatsky. Blavatsky inilah Ibu kepada ajaran pluralisme yang sekarang digembar-gemburan kaum Liberal iaitu, Jaringan Islam Liberal (JIL).


Harry Potter dan Mesir Kuno

Pada siri Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, diceritakan ketika keluarga Ron Weasley ke Mesir, Hermione mengakui bahawa dirinya begitu takjub dengan para penyihir Mesir yang dianggapnya sebagai sumber segala sumber ilmu sihir dunia. Apa yang ditulis JK. Rowling ini merupakan petunjuk kuat jika dunia sihir Harry Potter memang berasal dari sihir Mesir Kuno. Dan para ahli sejarah tidak ada yang membantah jika ilmu sihir Mesir kuno memiliki satu istilah KABBALAH (istilah ini bagaimanapun terkenal di dalam agama Yahudi yang lebih berkonsepkan mistisisme)



Kabbalah ini sehingga kini masih wujud. Bahkan ramai di kalangan selebriti Hollywood adalah merupakan anggota dari Kabbalah Center of Los Angeles. Madonna sendiri merupakan ikon Kabbalah Hollywood. Dan adalah bukan kebetulan jika JK. Rowling memilih Daniel Radclife sebagai pemegang watak Harry Potter, di mana Radclife adalah merupakan seorang anak campuran Yahudi-Inggeris.


Kesimpulan

Sihir dan Islam

Mesej di dalam Harry Potter kepada kita jelas menunjukan kepada kita bahawa jika ada Black Magic (Sihir Jahat) maka di sana adanya White Magic (Sihir Baik). Ini adalah perkara yang hendak diterapkan oleh JK. Rowling kepada jutaan kanak-kanak di dunia ini dengan cara yang halus dan Islam sendiri telah menegaskan bahawa sihir itu adalah suatu perkara yang kufur dan syirik kepada Allah SWT. Hal ini tidak jauh dari pandangan Yahudi yang mengatakan bahawa sihir baik itu wujud menerusi  riwayat Israeliyyat, kisah Harut dan Marut.


Firman-Nya :

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ 

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (QS Al-Baqarah: 102)

Allah SWT sendiri telah menjelaskan kepada kita bahawa jika mengajar ilmu sihir itu adalah merupakan kekufuran maka yang mempelajarinya juga adalah kekufuran. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:

“Jauhilah tujuh perkara yang akan membinasakan.” Para sahabat bertanya: “Apakah ia?” Beliau bersabda: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa tanpa haq, makan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, dan menuduh orang-orang yang beriman yang menjaga diri dengan perkara keji.” 

Dalam riwayat Tirmidzi, Jundub bin Ka’ab Assa’ meriwayatkan dari Nabi SAW bahawa dalam hukum Islam, hukuman untuk mereka yang mengamalkan sihir adalah dipenggal dengan pedang.


Sikap Kita Sebagai Muslim Mukmin

Cerita Harry Potter yang pernah kita tontoni atau baca selama ini jelas mengajari sihir tanpa sedar kepada kita. Bahkan para pengkaji dari Barat sendiri menyatakan bahawa Harry Potter adalah merupakan Handbook of Occult, Buku Pegangan Okultisme. Kerana bahayanya mesej yang cuba dibawa dalam cerita ini, para pendeta gereja di Barat dan di kalangan pendidiknya, telah terlebih dahulu menyatakan akan bahayanya kepada minda kanak-kanak. Risikonya amatlah besar.

Begitu juga kepada mereka yang jahil akan agama. Segalanya terpulang kepada diri kita sebagai yang telah mengetahui untuk mengambil langkah berwaspada kepada setiap helah dan racun yang ditaburkan oleh pihak musuh demi merosakkan akidah umat Islam khususnya. 

Pada saya, cerita yang kita ingin sajikan kepada masyarakat haruslah mempunyai nilai-nilai keIslaman yang menepati kehendak syara’ demi melahirkan masyarakat yang berakhlak tinggi dan bukan yang berimiginasi dengan perkara yang pelik-pelik apatah lain jika ianya berkaitan dengan Ilmu Hitam. 

Sungguhpun begitu, ia tiada masalah (bergantung pada mudharat) jika melibatkan kehadiran pihak yang sewajarnya seperti Ibubapa atau golongan Ustaz, para ahli akademik dan sebagainya sebagai pengulas kepada sesebuah cerita itu agar penonton tidak hanyut dengan kefahaman akal sendiri.


Saya melihat, ghazwah al-fikr yang pihak musuh cetuskan melalui filem seharusnya kita balas dengan 'senjata' yang sama. Saya pasti, di luar sana ada Muslim yang pakar dalam menulis industri pemfileman ini walaupun tidak sehebat filem yang mereka produksikan. Filem-filem ala-ala box office versi Islamic ada juga yang kita boleh dapati dewasa ini.  Apa lebih yang dikesali, Muslim yang mengikuti rentak irama mereka jauh lebih ramai..

Setidak-tidaknya, jika mahu menonton filem, pilihlah filem yang menyempaikan mesej nilai-nilai murni dan keagamaan. Media hakikatnya memainkan peranan yang penting dalam membentuk persepsi seseorang itu. Antaranya; 1. Valley of The Wolves: Palestin - 2011 (Turki) 2. Children of Heaven - 1997 (Iran) 3. Hafalan Solat Delisa - 2011 (Indonesia) 4. Laskar Pelangi (Indonesia) dan sebagainya. Novel-novel islami juga banyak cuma agak kurang individu yang sanggup untuk memfilemkannya.

Wallahu'alam.






Bibliografi (amat disarankan jika mahu membuat kajian lanjutan):

Al-Quran
Al-Hadis
http://google.com/
http://wikipedia.com/
http://www.spotlightministries.org.uk/
http://www.spotlightministries.org.uk/harrypotterarticle.htm
http://www.therealpotter.com/
http://news.bbc.co.uk/hi/english/education/newsid_1638000/1638887.stm
http://news.bbc.co.uk/hi/english/education/newsid_693000/693779.stm
http://news.bbc.co.uk/hi/english/entertainment/newsid_864000/864984.stm
http://cana.userworld.com/cana_harrypotter.html
http://cana.userworld.com/cana_morehpotter1.html
http://www.lasttrumpetministries.org/tracts/tract7.html
http://www.reachouttrust.org/regulars/articles/occult/hpotter.htm
http://www.reachouttrust.org/regulars/articles/occult/hpotter2.htm
http://www.family.org/pplace/pi/harrypotter/A0018569.cfm
http://www.cuttingedge.org/news/hpmain.html



Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi kita...
Justeru, berhikmahlah dalam melaksanakannya (^ ^,)